OMG! Hackers? telah menggunakan khidmat omg-host sejak tahun 2021. Sebelum itu, kami menggunakan hosting bajet dari Namecheap, dan terbukti harga murah yang dibayar seringkali menyukarkan, serta ‘memalukan’ kami apabila ia gagal menampung serangan DDoS oleh ‘anak-anak’ nakal di Indonesia.
Laman web kami selalu dilanda badai serangan yang entah kenapa (kami buat salah apa dengan mereka?), dan akibatnya laman web tidak dapat dibuka. Namun, setelah beralih ke omg-host, setakat ini walaupun kelajuan laman tidaklah sepantas ‘jiran-jiran’ kami yang lain seperti lowyat.net atau SoyaCincau, tetapi paling penting tiada lagi downtime yang menyusahkan kerja-kerja kami.
Ini berkat jasa lebar jalur (bandwidth) tanpa had yang diberikan. Selain itu, laman kami juga setakat ini dapat bertahan (Alhamdulillah), daripada serangan dengan perlindungan oleh Bitninja. Pada awal penggunaan, saya agak kurang gemar dengan adanya Bitninja ini kerana disebabkan oleh perlidungannya yang agak ‘keras’, saya sendiri sukar untuk log masuk ke dalam laman. Namun, selepas beberapa lama saya mendapati Bitninja ialah elemen paling penting dalam menghadapi pelbagai anasir tidak baik di luar sana.
Sama ada serangan DDoS atau berbagai percubaan penggodaman, Bitninja dapat menjadi perisai yang unggul. Tidaklah saya katakan ia sebagai satu bentuk penyelesaian be-all and end-all untuk laman web kita, tetapi tanpa dinding pertahanan ini, maka boleh dikatakan perlindungan lain ibarat senipis kulit bawang. Hanya menanti masa diracik-racik individu dengan niat jahat.
Dengan pakej CPanel bermula semurah RM10 sebulan, anda akan diberi ruangan camera sebanyak 5GB, dan had lebar jalur sebanyak 50GB. Jika anda baru hendak berkecimpung dalam pembinaan laman web, contohnya laman web resepi masakan atau blog peribadi, pakej ini sesuai dilanggan. Jika anda ingin lebih sedikit ruangan cakera beserta had lebar jalurnya, maka adalah lebih baik juga anda tambah sedikit iaitu langgan pakej RM20 dan dapatkan ruangan sebanyak 20GB, serta lebar jalur sebanyak 100GB.
Pun begitu, untuk golongan lebih pro, pakej RM100 (tambahan hingga RM250) amatlah berbaloi sekali.
Anda akan diberikan ruangan cakera sebanyak 50GB, dan penggunaan lebar jalur tanpa had. Dengan kombinasi Bitninja bersama pengoptimuman cache dari Litespeed, anda hanya perlu mencari tema yang disukai dalam melengkapkan laman web anda.
Untuk pengetahuan, omg-host kini mempunyai ciri cloud auto scale, yang akan menaiktaraf RAM dan CPU apabila penggunaan sumber laman menjadi tinggi. Ini akan dapat mengurangi isu prestasi dan downtime yang sering menghantui pemilik laman.
Sekiranya anda berminat, anda boleh buat pendaftaran, penukaran domain, dan pelbagai lagi secara terus di omg-host. Bagi proses pendaftaran dan pembayaran, anda bolehlah ikuti langkahnya menerusi paparan video di bawah.
MALAYSIA, 15 Mac 2023 – realme membuat penemuan berani pada “The Champion” C55 buat kali pertama dengan kejutan. Salah satu perkara yang paling ikonik tentang C55 ialah ciri “Mini Capsule” baharu di bahagian atas skrinnya. Ini ialah peranti realme pertama dengan teknologi yang mengubah permainan ini, dan ia akan menjadikan pengalaman telefon kami lebih lancar dan bersepadu sejak dahulu lagi. Fungsi “Kapsul Mini” menyesuaikan diri dengan paparan dan akan dililit pada potongan kamera lubang tebuk.
“Mini Capsule” ialah ciri mesra pengguna yang boleh memberikan pengguna realme pemberitahuan untuk tahap bateri, status pengecasan bateri dan penggunaan data pada telefon. Kumpulan pertama adegan terutamanya ditetapkan untuk pengecasan pantas, dan adegan berikut akan terus ditingkatkan mengikut keperluan pengguna.
Apabila anda menerima pemberitahuan penting, tebuk lubang kamera mengembang untuk menyampaikan maklumat kepada anda dengan lebih lancar berbanding sebelum ini, menggabungkan perkakasan dan perisian dengan sempurna untuk pengalaman pengguna peringkat seterusnya. Malah terdapat animasi cahaya dinamik untuk membina rasa interaksi yang lebih kuat, sambil menjadikan pengalaman lebih menyeronokkan dan meriah.
Dengan realme C55, produk Juara pertama kami, kami membawa pengalaman pengguna ke peringkat seterusnya. Ini bermula dengan produk Siri C kami yang paling maju, dengan inovasi dan penemuan besar dalam semua bidang pengalaman telefon.
Mengenai realme:
realme ialah syarikat teknologi pengguna global yang baru muncul yang mengganggu pasaran telefon pintar dan AIoT dengan menjadikan teknologi canggih lebih mudah diakses. Ia menyediakan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk penetapan trend kepada pengguna muda pada harga yang berpatutan.
Ditubuhkan oleh Sky Li pada 2018 dan didorong oleh semangat “Dare to Leap”nya, realme telah menjadi salah satu daripada 5 pemain telefon pintar terbaik di 30 pasaran global dalam masa tiga tahun sahaja, dan realme telah memasuki 61 pasaran di seluruh dunia, termasuk China dan Asia Tenggara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika, serta mempunyai pangkalan pengguna global melebihi 140 juta.
Malaysia Memperkenalkan Visa Digital Nomad Dengan DE Rantau, Berazam Jadi Hab Utama di Asia Tenggara. Saya Tidak Teruja.
Malaysia mengambil langkah sama seperti negara jiran kita dalam memperkenalkan visa bagi warga asing yang ingin bekerja sebagai nomad digital. Terma Digital Nomad ini semakin popular digunakan di kalangan generasi muda. Ia menerangkan mereka yang bekerja tanpa pejabat dan bebas bekerja walau di mana jua dalam dunia.
Antara contoh mereka yang tergolong dalam Digital Nomad adalah mereka yang bekerja sebagai pempengaruh, programmer, malahan pelabur matawang digital. Mereka boleh bekerja dari mana sahaja dan hanya memerlukan internet untuk bekerja dari jarak jauh.
Saya secara peribadi, tidak teruja dengan langkah kerajaan ini.
Sebabnya? Bali. Bali sebuah lokasi paling popular di kalangan warga asing sebagai rumah kedua sudahpun menerima kesan buruk daripada kemudahan visa penginapan mereka. Warga tempatan juga sudah muak dengan pelancong asing yang menetap sebagai expat di Bali. Gabenor Bali malahan telah mengeluarkan arahan warga asing tidak dibenarkan memandu di Bali walaupun motosikal kerana banyaknya kes kemalangan yang diakibatkan oleh warga asing. Mereka juga memandu dengan melulu dan tidak mengikut undang-undang setempat.
Warga tempatan Bali juga dieksploitasi sewenangnya terutama sekali kaum wanita dan gadis bawah umur. Banyak kes serangan seksual dilaporkan terhadap warga tempatan yang dilakukan oleh warga asing. Polis Indonesia juga mengakui kes serangan seksual sukar diselesaikan kerana pelaku hanya tinggal sementara di Bali. Begitu juga kes penipuan dalam perkahwinan kerana mahukan visa pasangan.
Bagaimana Pula di Malaysia?
Malaysia masih lagi gagal menangani masalah gejala sosial warga asing. Kes pemandu mabuk masih lagi tiada akta yang tegas untuk membanteras kejadian sama. Begitu juga dengan hak pekerja terutama sekali umat Islam. Masih lagi terjadi kes pekerja Islam dipaksa membuka tudung, dilarang solat, dan dipaksa bersentuhan dengan bukan muhrim.
Apabila diadukan, sensitiviti dan had pergaulan mengikut hukum Islam ini malah dilecehkan. Saya masih ingat lagi isu pakaian pramugari, ada ahli parlimen malah dengan sombong mengatakan jika seksi, jangan tengok. Kalau mahu pakai tudung, cari kerja lain.
Belum lagi saya ungkit isu iklan kerja “mandarin speaking only”. Hak pekerja tempatan pun kerajaan tak mampu selesaikan, kita sudah mula menjemput pekerja warga asing datang bermastautin di negara kita. Inilah namanya kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kebuluran.
Hebat Sangatkah Jaringan Internet Kita Untuk Menampung Penghijrahan Digital Nomad?
Digital Nomad memang sinonim dengan data. Mereka perlu sentiasa berhubung dengan ibu pejabat mereka di serata dunia. Server utama mereka bukan berada dalam negara. Muat turun dan muat naik berpuluh GB data sudah menjadi kebiasaan. Hebat sangatkah kemampuan internet Malaysia untuk menampung bebanan ini? Main Valorant pun ping tinggi.
Liputan 5G pun tidak menyeluruh. VoLTE tidak tersedia di semua tempat dan sambungan mudah alih boleh saya katakan teruk di seluruh Malaysia. Jaringan fiber? Hanya ada di kayangan saja. Susah didapati dan terhad. Port penuh, port penuh. Adakah dalam fikiran kerajaan, 80,000 (kononnya) Digital Nomad ini ingin disumbat di Kuala Lumpur saja?
Bagaimana Kerajaan Ingin Menapis Pemohon Visa Yang Berkualiti?
Tuntasnya, bukan niat saya untuk membangkang langkah kerajaan ini. Jika dilaksanakan dengan teratur, ia akan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan sejagat. Masalahnya adalah pelaksanaan dan polisi. Adakah kerajaan boleh mengekang masalah yang akan timbul dengan kebanjiran warga asing? Apakah mekanisme kerajaan untuk memastikan pemohon visa adalah pekerja yang sah? Ingat, kita mahukan pekerja digital. Bukannya pengemis digital yang buat video puji-puji Malaysia dan mengutip pendapatan daripada pengiklanan. Kita juga sedang menghadapi masalah penipu warga asing yang mengoperasikan sindiket penipuan atas talian atau scammer.
Rakyat Perlu Lebih Berjati Diri Jika Ingin Hidup Bersama Warga Asing
Rakyat Malaysia ini memang tergila-gilakan pujian warga asing. Puji nasi lemak pun views cecah berjuta. Video pun tidak berkualiti. Penonton pula hanya terdiri daripada majoriti daripada warga tempatan. Jadi kandungan mereka sebenarnya tiada nilai tambah pun pada negara baik dari segi ekonomi ataupun promosi pelancongan. Hairan juga saya, kandungan sebeginilah yang dikongsikan oleh Tourism Malaysia dalam bahan promosi mereka di media sosial.
Pandangan saya, Malaysia perlu merangka undang-undang yang lebih ketat dan memperkemaskan penguatkuasaan. Kita tidak mahu Malaysia menerima nasib sama seperti Bali. Cukup-cukuplah kita terseksa dengan PATI dan penjenayah kulit hitam. Jangan pula visa Digital Nomad jadi visa Digital Beggar dan Digital Scammer.
Konsert Jelajah COLDPLAY – Music of The Spheres: Live at River Plate yang dijadualkan di Malaysia telah dibatalkan. Menerusi satu pengumuman oleh GSC itu, pihak penganjur memberi jaminan semua pembeli tiket akan mendapat pulangan wang semula. Konsert virtual ini akan ditayangkan di pawagam untuk menghargai peminat COLDPLAY di Malaysia.
Seperti biasa, kipas susah mati terpaling menyokong telah menyalahkan kerajaan dan badan agama dalam keputusan pembatalan ini. Kononnya, konsert dibatalkan atas faktor agama dan sensitiviti umat Islam. Walhal, faktanya adalah konsert dibatalkan kerana jualan tiket yang terlalu rendah dan tidak mencapai kuota. Terpaling kipas susah mati tak beli tiket ke tu?
Tengoklah peminat BLACKPINK. Konsert mereka berjalan dengan jayanya. Konsert Jay Chou juga mendapat sambutan dan diteruskan walau pelbagai halangan cuba diberi oleh peminat bola sepak. Seingat saya lah, amat jarang kerajaan menyekat konsert di Malaysia. Kalau ada yang komen menentang pun, itu selepas konsert diadakan. Itu hak sesiapa sahaja untuk bersuara di sebuah negara demokrasi. Komen-komen mereka ini, tidak diambil kira kerajaan pun untuk membatalkan sebarang konsert.
Lain kali, tengok dulu Bocchi The Rock. Barulah faham sistem dan perjalanan konsert macam mana. Jualan tiket perlu mencapai kuota sebelum sesebuah kumpulan muzik boleh membuat persembahan.
Kuala Lumpur , MALAYSIA , 9 Mac 2023 – Xiaomi hari ini mengumumkan Redmi 12C, telefon pintar peringkat permulaan serba baharu, menawarkan salah satu persembahan paling berkuasa dalam segmen harganya di Malaysia bermula hanya pada RM 599.
Dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G85, Redmi 12C membenarkan sehingga 6+5GB RAM dilanjutkan dan sambungan storan 1TB¹ untuk operasi harian yang lebih lancar, aplikasi yang lebih cepat dimulakan serta lebih banyak storan untuk kandungan anda. Menampilkan bateri 5,000mAh yang besar, peranti ini memberikan anda kuasa yang mencukupi untuk bertahan sepanjang hari. Dilengkapi dengan penderia cap jari yang canggih dan responsif, Redmi 12C lebih menonjol kerana membenarkan pengguna membuka kunci telefon atau membuka aplikasi.
Dengan paparan HD+ 6.71″ yang besar dan nisbah aspek 20.6:9 yang anggun, Redmi 12C membawa pengalaman yang lebih baik dan mengasyikkan apabila membaca, menonton video dan permainan. Selain itu, mod membaca membantu melegakan ketegangan mata yang mungkin datang dengan masa skrin yang dilanjutkan. Ini paparan yang lebih besar dan lebih baik dikemaskan ke dalam reka bentuk yang bergaya dan boleh dikenali, bersama-sama dengan tepi rata dan belakang melengkung unibody yang meningkatkan estetika keseluruhan dan rasa cengkaman. Redmi 12C didatangkan dalam empat warna: Kelabu Grafik, Biru Laut, Hijau Pudina atau Ungu Lavender .
Di hadapan kamera, Redmi 12C mampu merakam detik-detik yang jelas dengan perincian yang lebih besar dalam pemandangan harian dengan kamera utama 50MPnya. Dengan bantuan HDR dan Mod Malam yang berkuasa, Redmi 12C mampu mengambil gambar pemandangan malam bandar yang lebih jelas dengan butiran yang lebih besar walaupun dalam situasi yang mencabar.
Harga dan ketersediaan
Redmi 12C akan tersedia di Malaysia dan akan datang dalam dua varian – 4GB+128GB dan 6GB+128GB. Mulai 16 Mac, mereka yang berminat boleh membeli Redmi 12C di Kedai Xiaomi Sah dan peruncit rasmi lain di Malaysia, dan di kedai dalam talian rasmi di Lazada dan Shopee .
Pra-pesanan untuk Redmi 12C bermula dari 9 Mac. Untuk masa terhad, mereka yang membeli mana-mana peranti akan menerima Redmi Buds 4 Lite percuma (bernilai RM139), sementara stok masih ada.
Varian Produk
harga
Perjanjian pra-pesanan
(9 – 15 Mac)
Buka perjanjian jualan
(16 Mac dan seterusnya)
Redmi 12C (4GB+128GB)
RM 599
Percuma Redmi Buds 4 Lite (bernilai RM139)
Fon Kepala Dalam Telinga Xiaomi Percuma Asas(bernilai RM39)
Redmi 12C (6GB+128GB)
RM 699
¹ Sambungan Memori hanya tersedia apabila terdapat ruang storan yang mencukupi pada peranti anda. Lanjutan kapasiti storan RAM berbeza-beza mengikut model yang berbeza.
UOB Malaysia sedia bantuan banjir termasuk bantuan bayaran balik sehingga enam bulan kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Kuala Lumpur, Malaysia, 9 Mac 2023 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Bank akan menyediakan bantuan banjir, termasuk bantuan bayaran balik sehingga enam bulan, kepada pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat yang terjejas akibat banjir di seluruh negara baru-baru ini.
Program bantuan UOB Malaysia bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan yang mendapati punca pendapatan dan perniagaan mereka terjejas akibat pandemik dan bencana termasuk banjir. Selain bantuan bayaran balik, Bank juga menawarkan bantuan lain kepada pelanggan seperti pengurangan dalam ansuran bayaran balik bulanan dan lanjutan tempoh bayaran balik.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “UOB sentiasa bersedia membantu pelanggan kami ketika masa senang mahupun susah. Kami memahami cabaran kewangan yang mungkin dihadapi oleh ramai pelanggan disebabkan banjir baru-baru ini. Program bantuan kami menyediakan pilihan bayaran balik dan juga bantuan lain, disesuaikan dengan keadaan berbeza yang dihadapi pelanggan, bagi meringankan beban kewangan sambil membantu mereka pulih dengan lebih cepat daripada bencana ini.”
Sebagai sebahagian daripada program bantuan ini, UOB Malaysia akan mengetepikan fi dan caj tertentu untuk penggantian kad debit dan kredit ataupun buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. Bank juga akan mengetepikan caj bayaran lewat kad kredit untuk pelanggan yang terjejas.
Di samping itu, Bank telah menyediakan proses tuntutan di bawah elaun kesulitan banjir untuk produk bankasurans terpilih yang ditaja jamin oleh rakan kongsi insuransnya. Ini akan membolehkan rakan kongsi insurans mempercepatkan pemprosesan tuntutan.
Untuk mendapatkan program bantuan UOB Malaysia, pelanggan boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui laman web Bank. Pelanggan individu juga boleh menghubungi talian khusus Bank yang beroperasi 24 jam di 03-2612 8121, manakala perniagaan kecil boleh menghubungi Talian Perbankan Perniagaan UOB di 03-2616 6800. Perniagaan dan pelanggan korporat lain boleh menghubungi pengurus perhubungan masing-masing untuk mendapatkan butiran lanjut dan bantuan.
UOB Malaysia juga menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan perbankan digitalnya, termasuk Perbankan Internet Peribadi UOB, UOB Infinity dan aplikasi mudah alih UOB Mighty, untuk keperluan perbankan mereka. Pelanggan yang ingin mengunjungi cawangan di kawasan terjejas banjir dinasihati menyemak laman web Bank terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai waktu buka dan operasi.
Kuala Lumpur, Malaysia, 28 Februari 2023 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, mengumumkan pada Kongres Dunia Mudah Alih 2023 pelancaran global realme GT3 – peneraju kelajuan generasi akan datang dengan pengecasan pantas 240W yang pertama di dunia dihasilkan secara besar-besaran .
Bermula generasi pertama, Realme GT Series telah mewakili inovasi teknologi realme yang paling canggih, daripada reka bentuk beg pakaian yang mengagumkan pada GT Master Series kepada realme premium premium GT2 Pro Series, dan kini pemutus had laju – realme GT3 .
“realme diasaskan dengan semangat Dare to Leap dan misi memperkasakan generasi muda dengan teknologi dan reka bentuk lompat ke hadapan.” Chase Xu, Naib Presiden realme dan Presiden Pemasaran Global realme, menyatakan: “Memasuki tahun ke-5, realme mengambil lonjakan yang lebih besar ke hadapan dengan menjadi jenama pertama yang menembusi siling kaca industri. Ia menunjukkan komitmen realme untuk menambah baik kami kehadiran pasaran melalui teknologi inovatif dan hubungan yang lebih baik dengan khalayak muda kami.”
240W: Piawaian Pengecasan Tertinggi di Dunia
240W bermakna lebih daripada sekadar kelajuan pengecasan pantas yang membara; Ia juga mewakili kuasa pengecasan terpantas yang pernah dihasilkan secara besar-besaran di pasaran dan kuasa pengecasan maksimum yang mungkin di bawah piawaian USB-C. Bersama-sama ia menjadikan 240W standard pengecasan tertinggi di dunia.
Dari segi pengalaman pengguna, 240W adalah jawapan muktamad kepada kebimbangan bateri. Ia mempercepatkan pengecasan telefon pintar kepada beberapa minit dan juga saat. Menggunakan kuasa pengecasan 240W, ia hanya mengambil masa 80 saat untuk mengecas realme GT3 kepada kapasiti 20%. Ia hanya mengambil masa 9 minit dan 30 saat untuk mengecas sepenuhnya bateri 4600mAh peranti.
Inovasi Bateri dan Pengecasan sepenuhnya
Sebagai jenama pertama dalam industri yang menghasilkan pengecasan pantas 240W secara besar-besaran, realme telah mencapai inovasi sepenuhnya dalam segala-galanya daripada pengecasan keselamatan kepada jangka hayat bateri dan kepada keserasian aksesori.
Teknologi pengecasan pertama tiga industri. Bermula dengan seni bina pengecasan, realme GT3 mempunyai tiga set cip pengecasan maksimum untuk dicas pada masa yang sama, menghasilkan kecekapan pemindahan 98.5% yang dipertingkatkan semasa pengecasan. Selain itu, realme GT3 didatangkan dengan kabel pengecasan 12A tersuai. Kabel 12A ultra-pantas menyediakan arus pengecasan tertinggi dalam industri. Tambahan pula, realme menyediakan teknologi pengecasan GaN dwi, yang termasuk cipset GaN hujung ke hujung dalam kedua-dua telefon dan penyesuai. Akibatnya, walaupun mempunyai 60% lebih kuasa yang tersedia, penyesuai 240W adalah lebih kecil daripada penyesuai 150W.
Keselamatan Pengecasan Maksimum. Salah satu cabaran paling sukar untuk pengecasan kuasa tinggi ialah kawalan suhu. Realme GT3 dilengkapi dengan sistem penyejukan cecair VC bersaiz 6580mm2 yang meliputi 61.5% bateri dan memastikan pelesapan haba yang cekap. Untuk memastikan keselamatan pengecasan maksimum, realme GT3 turut menyertakan reka bentuk kalis api PS3, 13 penderia suhu dan 60 lapisan perlindungan keselamatan. TÜV Rheinland juga telah memperakui realme GT3 untuk sistem pengecasan pantas yang selamat, menjadikannya produk pertama dengan pengecasan pantas 200W atau lebih tinggi untuk menerima pensijilan.
Bateri Tanpa Risau Tahan Lama. Menurut ujian makmal dalaman, realme GT3 mempunyai jangka hayat 80% selepas lebih 1600 kitaran pengecasan dengan 240W didayakan, iaitu lebih daripada dua kali ganda standard industri 80% kesihatan bateri selepas 800 kitaran pengecasan. GT3 juga menggunakan pengecasan pintar, yang mengesan status pengguna dan menukar status pengecasan kepada mod perjalanan, mod tidur atau mod dalam kereta. Bukan sahaja telefon boleh dihidupkan secara pintar, tetapi ia juga membantu untuk memelihara kesihatan bateri dan mengelakkan pengecasan berlebihan.
Reka Bentuk Antara Muka Nadi: Bayangkan semula Interaksi Telefon Pintar
Selain daripada 240W yang luar biasa, realme GT3 mendorong reka bentuk telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi. Realme GT3 mempunyai tetingkap lut sinar di sebelah modul kamera. Pengguna akan menemui deko chipset yang digilap, set cip NFC dan Sistem Antara Muka Pulse yang inovatif dengan cincin pencahayaan RGB berbentuk C di dalamnya.
Mengambil inspirasi daripada telefon bimbit permainan, Reka Bentuk Antara Muka Nadi realme GT3 memaparkan kesan cahaya yang berbeza bergantung pada status telefon. Sebagai contoh, apabila telefon dicas 20%, ia akan memaparkan kesan cahaya pernafasan merah; apabila ia dicas kepada 21%-100%, ia akan memaparkan kesan cahaya pernafasan ungu; dan apabila ia dicas sepenuhnya, lampu ungu akan sentiasa menyala. Apabila ada panggilan masuk, lampu berkelip dengan cepat. Semasa menerima pemberitahuan, sistem pencahayaan akan memaparkan warna putih; untuk kira detik 10 saat sebelum mengambil foto, telefon akan memaparkan pancaran warna biru, putih dan oren.
Sistem Antara Muka Pulse sangat boleh diperibadikan, menambahkan elemen yang menyeronokkan dan interaktif pada telefon. Pergi ke tetapan > kertas dinding & reka bentuk > cahaya pernafasan, pengguna boleh memilih daripada 25 rona warna, 2 jenis irama dan 5 mod kelajuan pencahayaan untuk gaya yang diperibadikan.
Daripada Pempopularisasi kepada Peneraju Industri
realme terkenal kerana menyediakan teknologi termaju kepada pengguna muda. Teknologi pengecasan pantas tidak berbeza. Dengan realme X7, realme ialah jenama pertama yang memperkenalkan 65W kepada titik harga pertengahan pada tahun 2020. Dengan GT Neo3, realme mengeluarkan kelajuan pengecasan terpantas di dunia sebanyak 150W pada tahun 2022. Dan kini, dengan realme GT3, realme sedang menetapkan piawaian baharu dengan kuasa pengecasan maksimum peneraju industri sebanyak 240W. realme telah berkembang daripada pendemokrasi kepada pemisah kepada pemecah had industri.
Selain daripada sentiasa mencari kemajuan teknologi, realme juga mendemokrasikan pengecasan pantas di semua titik harga. Counterpoint meletakkan realme pertama dalam penembusan pengecasan pantas untuk portfolio produk dalam julat harga pertengahan hingga tinggi ($250-$399). realme juga mencapai kadar penembusan pengecasan pantas sehingga 85% dalam portfolio produk di bawah $250. realme berhasrat untuk mendemokrasikan pengecasan pantas dengan lebih jauh dengan mengumumkan semasa pelancaran globalnya bahawa 90% daripada portfolio produk globalnya pada 2023 akan menyertakan pengecasan pantas 33W atau lebih tinggi.
Realme GT3 hadir dalam pelbagai pilihan varian storan untuk dipilih, termasuk 8+128GB , 12+256GB , 16+256GB , 16+512GB dan varian 16+1TB istimewa . Tersedia dalam dua pilihan warna Pulse White dan Booster Black , harga runcit yang disyorkan global untuk realme GT3 akan bermula dari $649 .
PUTRAJAYA, 6 Dis ? Ujian kelajuan perkhidmatan 5G syarikat telco semasa prebiu media 5G Kini Sedia di Malaysia hari ini.?fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?,?,
Betul juga kenyataan saudara kita ni. Telco kita sebenarnya claim perjalanan lebih dengan pengguna. Kalau kerja kerajaan, dah boleh didakwa dengan SPRM dah. Dan sebenarnya memang Facebook dan Google sudahpun ada ibu pejabat mereka di Malaysia. Kandungan Facebook dan Google sudahpun “disalin” di server Malaysia. Dalam erti kata mudah, kandungan yang kita akses seharian sebenarnya adalah “salinan” kandungan asal daripada server utama.
Sebab itulah kalau kita bermain permainan atas talian, kita akan dapati ping kita selalu tinggi. Permainan atas talian tidak mempunyai server tempatan. Dalam permainan atas talian barulah kita boleh lihat kemampuan sebenar telco kita. Ini barulah boleh dikatakan “internet” kerana kita sedang melayari data yang ada di luar negara.
Sebenarnya kita ni sudah banyak terlebih bayar. Harga internet kita sangat mahal, tak padan dengan apa yang telco bagi.
Kepelbagaian kaum dalam bidang seni adalah satu topik yang sentiasa diperbahaskan dan penuh kontroversi. Bermula daripada kebangkitan revolusi kulit hitam, semangat ini merebak ke bidang ekonomi dan bidang seni. Hollywood contohnya, banyak menerima tekanan untuk menyertakan lebih banyak watak kulit hitam sebagai salah satu langkah untuk menayangkan semangat kulit hitam di Amerika. Selain daripada golongan kulit hitam, golongan minoriti yang lain juga mendesak mereka diberikan hak dan peluang yang sama untuk mewakili golongan mereka dalam hasil seni dan hiburan berskala besar di Hollywood.
Peningkatan capaian global juga telah membuka lebih banyak kepelbagaian dalam bidang hiburan di Amerika. Anime yang dahulunya cuma dinikmati oleh orang Asia kini semakin diterima di Amerika. Kemajuan platform strim atas talian juga lebih memudahkan penonton di Amerika untuk menonton kandungan anime. Ia sekaligus melonjakkan populariti anime di Amerika Syarikat. Malahan, dengan populariti perkhidmatan strim atas talian juga telah berjaya membawa anime ke benua lain seperti di Eropah dan negara-negara teluk.
Yuu Kamiya, pencipta siri No Game No Life juga tidak terkecuali daripada kritikan kepelbagaian kaum dalam karyanya. Kesan daripada populariti karya beliau di luar daripada Asia, No Game No Life telah menerima peminat baru daripada barat. Ini telah menyebabkan para peminat dari barat mengkritik karya beliau yang tidak menepati citarasa dan budaya di barat.
Yuu Kamiya telah memuat naik pengakuannya di Twitter beliau. Menurutnya, seorang peminat telah mengkritik beliau kerana tidak menyertakan watak kulit hitam sedangkan latar belakang No Game No Life adalah semasa zaman pertengahan di Eropah. Menurut peminat tersebut lagi, di zaman pertengahan Eropah, sudahpun ada golongan kulit hitam di sana.
Yuu Kamiya, bagaimanapun dalam ciapannya mengesahkan No Game No Life tidak berlatar belakangkan di zaman pertengahan Eropah. Tambahnya lagi, adakah di zaman pertengahan Eropah wujud juga golongan Elf dan Furry seperti yang terdapat dalam No Game No Life?
Tambah Yuu Kamiya lagi, beliau mungkin terlalu menekankan budaya Jepun dalam karyanya dan tidak sensitif dengan nilai moral dunia barat. Sebagai seorang kacukan Jepun-Portugis-Itali yang dilahirkan di Brazil lalu membesar di Amerika Syarikat dan kini menetap di Jepun dengan kerakyatan Brazil, Yuu Kamiya sangat gemar mencampurkan kepelbagaian budaya dalam karyanya.
Saya sudah cuba selama seminggu dan gantikan SoundBar asal saya iaitu SonicBar BT6500. Pandangan pertama saya, “Power jugak!”. SonicBar 5300BT hadir dalam pakej yang lebih kecil berbanding BT6500 dengan rekaan yang lebih moden. Ia kini hadir dalam satu kotak sahaja lengkap 1 set bersama-sama dengan subwoofer. Dengan tanda harga RM299 sahaja, sememangnya anda tidak boleh mengenepikan model ini dalam radar anda sekiranya anda mahu mencari soundbar yang baru.
Apa Yang Best?
Design yang menarik. Saiznya yang kecil jadikannya sesuai untuk digunakan di TV atau PC anda. Berbanding dengan BT6500, saiznya dua kali ganda lebih kecil. Soundbar direka dengan lebih pendek tetapi lebar ke depan. Subwoofer juga ketara lebih kecil. Kemasan krom di sisi buatkan ia nampak lebih garang dan moden. Ia masih lagi ada lubang skru sekiranya anda ingin menggantungnya di dinding.
Dari segi bunyi, soundbar kedengaran lebih kuat dengan lebih bass. Mungkin kerana perubahan rekabentuk dan lubang angin di belakangnya. Kadangkala saya tidak perasan terlupa memasang suis subwoofer kerana bunyi dari soundbar sudah cukup kuat dengan bass yang memadai untuk kegunaan harian menonton TV.
5300BT juga sudah dikemaskini dengan firmware baru dari SonicGear. Ia kini boleh mengesan input dengan automatik. Dengan BT6500, setiap kali saya pasang soundbar saya perlu set input kepada AUX kerana ia akan berada dalam mode Bluetooth secara default. Dengan 5300BT, ia akan mengesan ada input dari bicu 3.5mm dan terus bertukar kepada mode AUX.
Kawalan EQ juga diperbaharui. Pada remotenya kini butang preset lebih jelas. Anda boleh memilih sama ada inginkan bunyi untuk TV, Music atau Movie. Tambahan lagi, anda juga boleh mengubah sendiri kekuatan Treble dan Bass yang anda inginkan. Kalau saya, kawalan begini lebih mudah dan lebih senang untuk mencari bunyi yang diingini.
Apa Yang Tak Best?
Kerana subwoofer kini lebih nipis, ia kurang berkuasa berbanding abangnya. Lubang bass kini dihalakan ke depan namun kerana kotaknya yang lebih kecil, bass agak lemah dengan abangnya. Mungkin pada kali ini, SonicGear hanya meletakkan subwoofer sebagai peneman kepada SoundBar ini kerana soundbarnya sahaja sudahpun ada julat bass dan mid yang agak bagus.
5300BT kini tidak lagi boleh berfungsi sebagai radio. Jadi, pada bulan Ramadhan kelak, anda tidak boleh gunakan sistem pembesar suara TV anda sebagai radio. Jika anda gunakan radio pada TV, tiada masalah. Tapi jika anda mahu mendengar stesen radio FM, 5300BT tiada kemampuan itu.
Rumusan Saya
Kesimpulannya, 5300BT adalah kemaskini kepada abangnya BT6500 dengan sedikit perubahan. Dari segi rekabentuk dan kejelasan suara soundbar, ia ada peningkatan ketara. Saiznya yang lebih kecil jadikan ia sesuai digunakan bersama PC di atas meja anda. Walaubagaimanapun, pengecilan subwoofer mungkin tidak digemari sesetengah pendengar yang gilakan bass.