Siri HONOR Magic5 dilancarkan, harga bermula dari RM3,499

0
309

KUALA LUMPUR, 6 April 2023 — HONOR Malaysia hari ini melancarkan dua telefon pintar flagship yang dinanti-nantikan ramai, Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs. Sebagai telefon pintar serba boleh generasi terbaharu, Siri HONOR Magic5 ditawarkan pada harga bermula RM3,499 Rakyat Malaysia pasti berbangga kerana menjadi negara pertama melancarkan dua Siri HONOR Magic sejak peranti berkenaan diperkenalkan kepada dunia, sekaligus menjadi pentas utama untuk penampilan sulung yang menakjubkan.

Penantian berakhir – Prapesan HONOR Magic5 Pro untuk hadiah percuma bernilai lebih RM1,200 

HONOR Malaysia juga mengumumkan prapesan HONOR Magic5 Pro pada harga RM4,299 untuk penstoran 12+512GB. Prapesan bermula pada jam 5 petang, 6 April hingga 14 April ini. Pembeli terawal yang membuat prapesan akan mendapat lebih banyak tawaran menarik dengan hadiah bernilai lebih RM1,200 yang terdiri daripada pengecasan pantas 50W HONOR SuperCharge Wireless Car Charger, HONOR CHOICE Portable Bluetooth Speaker, sarung telefon HONOR Magic5 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

Tawaran eksklusif ini hanya sah untuk HONOR Magic5 Pro dan prapesan boleh dilakukan menerusi beberapa saluran iaitu di laman sesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Store, Maxis, Pengedar Sah HONOR termasuk Senheng, SenQ, COURTS, Harvey Norman dan Urban Republic. Jangan lepaskan peluang awal ini untuk memiliki HONOR Magic5 Pro! 

Selain HONOR Magic5 Pro, jualan HONOR Magic5 juga akan dilancarkan pada 28 April 2023 pada harga RM3,499. Jadi antara individu pertama untuk memiliki HONOR Magic5 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM700.

Berikut sebab anda harus miliki HONOR Magic5 Pro: 

Dinobat Nombor 1 untuk Kamera DXOMARK – Milisecond Falcon Capture mengoptimumkan kelajuan proses imej kepada tahap lebih baik 

HONOR Magic5 Pro menggegarkan industri kamera telefon pintar dengan keupayaan kamera berkuasa yang diiktiraf Nombor 1 dalam DXOMARK. Memperoleh skor luar biasa 152, HONOR Magic5 Pro melakar satu penanda aras baharu bagi kualiti imej dan lebih hebat berbanding kamera telefon pintar lain. 

Fokus utama peranti ini iaitu tiga kamera utama Falcon Triple Main Camera yang merangkumi Kamera Lebar 50MP dengan ciri-ciri OIS, EIS, dan sensor besar 1/1.2 inci yang diubah suai untuk menangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej lebih cerah, jelas dan terang dengan warna dan perincian yang seolah-olah hidup umpama realiti. Milisecond Falcon Capture memberi kelebihan kepada HONOR Magic5 Pro untuk merakam kelajuan luar biasa dan meningkatkan kejelasan imej, membenarkan pengguna merakam apa sahaja situasi yang kompleks dalam milisaat dengan mudah. 

Berbanding model sebelumnya, HONOR Magic5 Pro kini dipertingkatkan pada kelajuan pengimejan dengan peningkatan dalam kelajuan perlancaran sebanyak 102%, kelajuan fokus 245%, reaksi shutter 147%, dan kelajuan pengimejan ditingkatkan 118%. HONOR Magic5 Pro adalah yang terbaik untuk merakam persembahan secara langsung dan acara sukan. Pada masa sama, ciri-ciri AI Motion Sensing Capture membolehkan kamera mengenal pasti pelbagai keadaan dengan tepat dan bijak mengenal pasti objek utama pada setiap keadaan bagi membantu pengguna merakam detik terbaik secara automatik. 

Kejayaan teknologi Bateri Ketumpatan-Tinggi Ultra 5000mAh pada badan yang nipis 

Direka untuk memenuhi permintaan gaya hidup moden, HONOR Magic5 Pro memiliki salah satu ciri mengagumkan iaitu bateri berketumpatan tinggi ultra. Dengan bateri kapasiti besar 5100mAh, pengguna tidak perlu risau dengan penggunaan HONOR Magic5 Pro kerana dapat kekal berhubung dan berhibur sepanjang hari. Sekali cas sahaja, HONOR Magic5 Pro menyokong sehingga 17.06 jam video YouTube tanpa henti dan 11.76 jam melayari Snapchat, sesuai bagi individu yang sentiasa sibuk sepanjang hari. Lebih baik, HONOR Magic5 Pro menyokong kedua-dua pengecasan wayarles HONOR SuperCharge Wireless 50W dan berwayar 66W agar pengguna dapat mengecas peranti dengan cepat dan mudah pada bila-bila masa. 

Nombor 1 Paparan DXOMARK untuk pengalaman menonton menakjubkan 

HONOR Magic5 Pro berjaya membuktikan objektif HONOR untuk memberi pengguna pengalaman menonton yang luar biasa menerusi skor DXOMARK  sebanyak 151. Menyerlah dari segi kualiti imej, salah satu ciri-ciri utama HONOR Magic5 Pro yang berbeza dari peranti lain adalah Cipset Paparan Diskret untuk prestasi luar biasa dan kecekapan kuasa. 

Ciri-ciri penjagaan mata termasuk Pemalapan PWM 2160Hz pada paparan LTPO yang pertama dalam industri, Paparan Malam Sirkadia dan Pemalapan Dinamik. HONOR Magic5 Pro juga diiktiraf dengan tanda dagang Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland bagi memastikan pengguna seronok menggunakan peranti tanpa mata menjadi letih atau kelesuan. Selain itu, HONOR Magic5 Pro turut dilengkapi kesan HDR yang sentiasa tinggi dan diiktiraf HDR10+ serta IMAX Enhanced. Ini membolehkan pengguna menikmati video dan filem dengan kualiti gambar optimum yang jelas dan lancar. 

Prestasi Tiada Tandingan dengan Cipset Snapdragon® 8 Gen 2 

Demi memastikan prestasi dan perhubungan peranti luar biasa, HONOR Magic5 Pro dikuasai oleh cipset Snapdragon® 8 Gen 2 terbaharu yang mampu menguruskan aplikasi penting dengan mudah. Pada masa sama, Siri HONOR Magic5 menampilkan antena tunggal binaan sendiri dan transmisi tanpa wayar. Dengan antena berasingan untuk Wi-Fi dan Bluetooth, rekaan inovatif ini dapat menghalang gangguan antara dua jaringan tanpa wayar, sekaligus membenarkan data dipindahkan secara serentak. Ini bermakna pengguna dapat kekal berhubung serta menikmati prestasi cepat dan boleh dipercayai tidak kira ke mana jua mereka pergi. 

HONOR bekerjasama dengan Enrich Malaysia Airlines untuk peraduan akses ke KLIA Golden Lounge

HONOR telah mengumumkan kolaborasi dengan Enrich Malaysia Airlines untuk menawarkan 7,000 mata ganjaran Enrich kepada pembeli Siri HONOR Magic bertuah. Mata ganjaran ini boleh ditebus untuk akses ke ruang istirahat mewah Malaysia Airlines Golden Lounge atau untuk tiket domestik Malaysia Airlines.  

Seramai 320 pembeli akan dipilih sebagai pemenang dan mereka berpeluang menikmati Hospitaliti Malaysia dan perjalanan premium di Golden Lounge sebelum berlepas atau transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk mengambil bahagian, pembeli hanya perlu menangkap foto atau video HONOR Magic5 Pro, HONOR Magic5 atau HONOR Magic Vs berserta berkongsi perkara disukai mengenai peranti tersebut di Facebook. Mereka juga dikehendaki tag dua rakan Facebook dan hantaran tersebut perlu dikongsi secara terbuka dengan bersertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich.

Pelancaran Anugerah HONOR Magic Moments 2023 — Hadiah bernilai sehingga USD 110,000 menanti pemenang! 

Sempena pelancaran dua telefon pintar flagship Siri HONOR Magic, HONOR turut mengumumkan pelancaran Anugerah HONOR Magic Moments. Anugerah ini merupakan acara tahunan peringkat antarabangsa HONOR dengan menganjurkan pertandingan fotografi telefon mudah alih. Pertandingan tersebut bertujuan memberi peluang  kepada individu untuk mempamerkan pengalaman estetik unik dan praktikal mereka menerusi lensa kamera telefon pintar. 

Tahun ini, HONOR meningkatkan tawaran hadiah kepada USD 110,000 dengan bilangan pemenang kepada 75 dari 67 orang. Tempoh penyertaan bagi anugerah ini bermula pada 6 April hingga 6 Ogos 2023. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman rasmi HONOR Magic Moments Malaysia di https://www.hihonor.com/my/magic-moments-awards/

Maklumat terkini mengenai promosi Siri HONOR Magic boleh mengukiti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web https://bit.ly/HONORMagicDualFlagship .

Bawah Artikel

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments