Saya bukanlah seorang yang pandai bercakap. Saya juga seorang yang dilahirkan dengan kemahiran komunikasi dan sosial yang teruk. Masalah perhatian menjadikan saya seorang yang cemerkap dan banyak selekeh dalam perbuatan dan perbualan. Saya juga sangat sedar dengan kekurangan saya ini dan kekurangan saya ini juga menghantui saya sepanjang zaman persekolahan saya.
Saya terjumpa buku ini ketika mengemas perpustakaan sekolah lama saya di MRSM Taiping dulu. Buku ini dah nak dibuang kerana sudah rosak kulitnya (gambar dalam post bukan gambar sebenar). Buku yang saya jumpa itu bersaiz kecil, lebih kurang saiz A6. Tapi hati saya tergerak untuk simpan daripada buang. Dan bermulalah detik perubahan yang saya kira paling besar dalam hidup saya.
Sebagai ‘budak asrama’, dah banyak kem motivasi dan ceramah motivasi yang saya hadiri (dan dipaksa hadir, ahah). Tapi, tak ada satu pun saya rasa ada impak. Semangat dua tiga hari, dan tiada kesan. Sampailah saya baca buku ini. Bukunya ringkas saja, tapi berikan anda beberapa tips ringkas dan mudah diamalkan untuk menjadi seorang individu yang lebih berkeyakinan dan berketrampilan.
Ia tidak memaksa anda menjadi orang lain atau menukar watak anda. Sebaliknya, ia cuma mengajar anda untuk lebih nampak yakin dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. Anda akan lebih dihormati ketika berkomunikasi dan anda akan lebih belajar menghormati orang lain ketika berkomunikasi.
Antara tips yang saya ingat dan amalkan sampai hari ini adalah jangan lokek dengan pujian dan sentiasa senyum ketika bercakap. Sekiranya anda memberi pujian kepada orang lain, anda akan lebih diingati dan urusan anda akan dipermudahkan. Begitu juga dengan senyuman. Apabila anda bercakap dengan senyuman, anda akan nampak dan kedengaran lebih yakin dan lebih dipercayai.
Buat anda yang ada masalah sama seperti saya, cubalah buku ini. Murah sahaja, tak sampai RM20 pun sekarang. Mana tahu, ia juga akan jadi titik perubahan hidup anda juga?
Topik viral hari ini adalah M Vertica di Cheras. Sebuah perumahan taraf kondominium. Dibina sebanyak 5 blok dengan 50 tingkat setiap blok. Jumlah keseluruhan unit adalah sebanyak 3,684 unit! Meriah! Dah macam sebuah bandar!
Di sini, kita bercakap tentang teknologi dan gaya hidup. Jadi saya cuba selidik tentang M Vertica, bandar mini persis bandar bangunan dalam filem Judge Dredd dan The Raid ini. Yang paling penting sekali yang saya fikir sudah tentulah akses internet di sini. Dengan rekabentuk sebegini, saya tak fikir kualiti indoor coveragenya kuat. Dalam pasaraya dan pejabat pun lemah, apatah lagi dalam kawasan padat begini. Ping pastinya ‘neraka’ dan talian pastinya akan congested sentiasa. Mungkin tuan Pendakwah Teknologi boleh pergi test, mana tau nak beli 1 unit di sini ke?
Fiber? 3,684 unit semuanya. Berebutlah anda semua nak dapatkan port. Di perumahan landed pun bercakaran tau nak dapatkan port? Jika nak pasang TV satelit, saya tak boleh fikir macam mana nak pasang. Ataupun macam mana keadaannya jika semua orang DAH pasang. Mesti berserayut piring Astro. 50 tingkat semuanya bang! Kalau ada centralized satellite dish, tak apalah. Tapi gas memasak dan pendingin hawa? Kalau tak berpusat, haru juga tu!
Bagaimana pula dengan khidmat penghantaran seperti kurier, e-hailing, penghantaran makanan? Flat 4 tingkat pun puas bergaduh dulu, apatah lagi 50 tingkat x 5 blok. Fuh!
“Saya dah sampai ni, awak kat mana?”
“Kejap bang, dah turun ni. Lif lambat”
“Saya dah sampai, makanan saya tinggal kat bawah”
“Saya nak awak hantar depan pintu saya!”
Bila dengar ejen sembang semuanya indah. “Lif laju! Parking banyak! Infrastruktur lengkap! Kawasan high demand!”. Tapi hakikatnya? Boleh lah baca review-review di internet dan media sosial. Walaupun ini kondo dan kononnya PATI tak kan mampu sewa, tapi realitinya kita semua tahu.
Kes PATI tinggal beramai-ramai di kondo bukan benda baru:
Berserk of Gluttony. Anime isekai/shonen baru yang saya baru tengok. Baru masuk episod 2. Best juga. Hero tak boleh level up kerana skillnya. Skill hero (Gluttony) ini dikategorikan “useless” kerana hanya menyebabkan hero ini sentiasa lapar. Sehinggalah pada suatu hari apabila dia tidak sengaja membunuh seorang perompak, barulah skillnya diaktifkan.
Mula-mula macam hambarlah juga. Hero lembik dan jadi mangsa buli golongan atasan. Klise sungguh untuk genre shonen ni. Tiba-tiba, hero baru tahu rahsia sebenar kuasanya dan menjadi sangat overpowered (OP). Dan bermulalah usaha hero untuk menyembunyikan identiti sebenarnya daripada diketahui watak heroin. Oh hoh, sangat klise! Tapi setakat ini, masih okey lagi. Boleh layan!
Amacam? Korang semua layan anime apa sekarang? Goblin Slayer pun baru mula musim baru tu.
Dari 10 Oktober 2023 hingga 13 Oktober 2023, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM1,000 pada kempen Festival Langsung Shopee 10.10 selain hadiah dengan pembelian dan juga berpeluang memenangi hadiah apabila mereka meninggalkan ulasan.
Pelanggan boleh mendapatkan peranti berikut dengan harga istimewa di Shopee:
produk
Harga Promo
Harga asal
realme 10 Pro 5G (8GB+256GB)
RM1,099
RM1,299
realme 10 4G (8GB+256GB)
RM749
RM999
realme C53 (6GB+128GB)
RM569
RM599
Realme Pad Mini Wifi (3GB+32GB)
RM499
RM599
realme Watch 2 Pro
RM149
RM299
realme Techlife Buds T100
RM79
RM129
Sementara itu, pelanggan boleh merebut baucar dengan diskaun sehingga 12% dan hadiah dengan pembelian apabila mereka membeli telefon pintar dan peranti AIoT terpilih melalui 10.10 #LazadaAda Sales .
Berikut adalah beberapa barangan yang layak mendapat diskaun istimewa di Lazada:
Banyak yang anda boleh dapat sekiranya mahir dalam teknik enjin carian. Contohnya, jika anda mencari kata kunci “Index of Daft Punk FLAC” di Google, anda akan terjumpa direktori simpanan atas talian file FLAC Daft Punk.
Adakah ia halal? Untuk pemiliknya, mungkin halal kerana mereka membeli album berkenaan dan cuma membuat salinan simpanan. Untuk orang lain yang mengakses alamat tersebut, sudah tentu tidak. Namun begitu, sesiapa saja boleh memuat turun fail tersebut sekiranya tahu alamat URL simpanan fail.
Anda boleh lihat, dalam direktori ini, album penuh Daft Punk – Random Access Memory dalam format FLAC boleh dimuat turun secara terus. Jika anda tidak membeli salinan album ini secara sah, anda telah melakukan cetak rompak jika memuat turun fail ini. Jika anda sudah membeli, maka index ini sangat berguna untuk anda jika ingin mendapatkan semula album anda sekiranya hilang.
Sekian perkongsian saya hari ini. Ini adalah hantaran untuk tujuan pendidikan, bukan menggalakkan cetak rompak. Cetak rompak boleh dihukum dan menyalahi undang-undang. Saya tidak bertanggungjawab terhadap tindakan anda. Segala alamat dan info diperolehi dari public domain dan boleh diakses secara public.
Gamesir Wireless Controller Kini Dilengkapi Dengan Hall Effect Sensor!
Gamesir baru sahaja melancarkan wireless controller mereka yang baru iaitu Gamesir Cyclone. Terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Cyclone Midnight yang berwarna hitam dan Cyclone Daybreak yang berwarna putih. Ia dibina dalam bentuk ergonomik dan layout seakan-akan controller Xbox.
Apa yang menarik? Ia kini dilengkapi dengan hall effect sensor pada butang trigger dan analognya. Hall effect sensor memang menjadi pilihan utama dalam dunia sekarang ini bagi penggemar controller kerana ia lebih sensitif, tahan lama, tepat dan tiada risiko stick drift. Tolok analog pada Gamesir Cyclone T4 Pro juga diberikan tekstur kasar dan permukan cembung untuk lebih genggaman ketika menggunakan ibu jari anda.
Stick drift adalah keadaan di mana joystick berfungsi seolah-olah sedang ditekan walaupun ia tidak ditekan. Ini adalah kerana, sistem joystick tadi telah haus dan sensornya sudah terganggu. Dengan hall effect sensor, keadaan ini tidak akan terjadi kerana tiada mekanisma yang akan bergeser dalam joystick.
Butang aksi pula jenis tactile micro switch untuk versi Pro berwarna hitam dan menggunakan plastik berkilat seperti akrilik untuk meliputinya. Untuk versi T4 yang berwarna putih, butang aksi dan arah menggunakan suis membran. Ada tekstur kasar untuk genggaman pada kesemua bahagian penting seperti joystick dan bahagian genggaman tangan, termasuklah di belakang. Butang makro tambahan juga ada di belakang, mudah dicapai dan agak berat. Jadi, sentuhan tidak sengaja agak minima untuk butang makro belakang.
Ia boleh berfungsi sebagai controller wireless dan juga berwayar dengan sambungan USB-C. Turut datang dengan dongle 2.4ghz untuk sambungan tanpa wayar latensi rendah. Dari segi keseluruhan binaan dan pandangan pertama, Gamesir Cyclone tampak dan rasa premium. Warna hitam sangat menggoda.
Saya akan cuba gunakannya untuk bermain permainan video seberapa ketika lagi sebelum memberi review prestasinya. Apa pun, Gamesir Cyclone memang mengancam!
Untuk Windows 11 saya, saya masih belum install sebarang pemain muzik lagi. Sebab pada PC saya ini, saya tak simpan sebarang fail lagu pun. Memang selalu strim saja di Spotify dan YT Music (baru dapat Unifi kan…)
Baru tadi saya recover balik Daft Punk Discography FLAC saya. Saya ingat nak pasang semula Winamp setelah projek Winamp ‘dihidupkan’ semula. Tapi, ada banyak drama pula dengan Winamp ‘baru’ ini. Sibuk nak join NFT lah, lepaskan versi kemaskini dengan Trojan lah, macam-macam.
Saya pasang MusicBee, tapi MusicBee ni perangai dia adalah selalu jem dan mati sendiri bila pasang lagu FLAC. Jadi, mana nak cari alternatif? Sudah tentulah Reddit. Haha.
Dan, akhirnya saya jumpa dengan WACUP ni. WACUP adalah pemain berasaskan Winamp versi 5.666 Pro. Banyak ciri-ciri menarik. Antaranya, kekulit baru Big Bento Modern 3.5 dengan pelbagai pilihan warna tersedia siap tanpa perlu muat turun tambahan. Tema dan UI yang telah dibina baru dengan lebih segar dan moden. Ia boleh memainkan lagu FLAC, MP3, M4A dan OGG saya tanpa sebarang masalah.
Memang saya syorkan. Ia dibina oleh komuniti dengan sumbangan pembangun asal Winamp. Boleh dapatkan di laman rasmi mereka: https://getwacup.com/
Dompet Fantom M ialah dompet premium serasi MagSafe yang direka bentuk untuk menjadi langsing, selamat dan bergaya. Ia diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan mempunyai perisai RFID terbina dalam untuk melindungi kad hangpa daripada imbasan yang tidak dibenarkan. M Wallet juga mempunyai mekanisme mengipas kad unik yang membolehkan hangpa mengakses kad hangpa dengan cepat dan mudah.
Berikut ialah ulasan yang lebih terperinci mengenai Dompet Fantom M:
Reka bentuk
Dompet Fantom M ialah dompet yang sangat anggun dan bergaya. Ia diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan mempunyai kemasan berus. Dompet itu sangat tipis, hanya berukuran 0.4 inci tebal. Ini menjadikannya mudah dibawa ke dalam poket hadapan anda tanpa menjadi besar atau tidak selesa.
M Wallet mempunyai mekanisme mengipas kad unik yang membolehkan anda mengakses kad anda dengan cepat dan mudah. Untuk menggunakan mekanisme mengipas, hanya tekan butang di sisi dompet. Ini akan menyebabkan kad berkibar dalam barisan yang kemas. Anda kemudian boleh dengan mudah memilih kad yang anda mahu dan mengeluarkannya daripada dompet.
M Wallet juga mempunyai perisai RFID terbina dalam untuk melindungi kad anda daripada imbasan yang tidak dibenarkan. Ini penting dalam dunia hari ini di mana penjenayah boleh menggunakan pengimbas RFID untuk mencuri maklumat kad kredit anda. Perisai RFID dalam M Wallet akan menyekat pengimbas ini, memastikan kad anda selamat.
Ciri-Ciri
Dompet Fantom M mempunyai beberapa ciri yang menjadikannya pilihan terbaik untuk dompet moden. Ciri-ciri ini termasuk:
Keserasian MagSafe: Dompet M adalah serasi dengan MagSafe, yang bermaksud ia boleh dipasang dengan mudah pada iPhone anda. Ini memudahkan untuk menyimpan dompet dan telefon anda bersama-sama, dan ia juga menghalang dompet anda daripada tercicir dari poket anda.
Perlindungan RFID: M Wallet mempunyai perisai RFID terbina dalam untuk melindungi kad anda daripada imbasan yang tidak dibenarkan. Ini penting dalam dunia hari ini di mana penjenayah boleh menggunakan pengimbas RFID untuk mencuri maklumat kad kredit anda.
Mekanisme mengipas kad: M Wallet mempunyai mekanisme mengipas kad unik yang membolehkan anda mengakses kad anda dengan cepat dan mudah. Ini adalah ciri hebat apabila anda perlu mencari kad tertentu dengan cepat.
Reka bentuk langsing: M Wallet sangat tipis, berukuran hanya 0.4 inci tebal. Ini menjadikannya mudah dibawa ke dalam poket hadapan anda tanpa menjadi besar atau tidak selesa.
Material Tahan Lasak: M Wallet diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi, menjadikannya sangat tahan lama. Anda boleh yakin bahawa M Wallet anda akan bertahan selama bertahun-tahun akan datang.
Kapasiti: Dompet Fantom M memuatkan sehingga 6 hingga 13 kad bergantung pada model. Ini cukup untuk kebanyakan orang, tetapi jika anda membawa banyak kad, anda mungkin ingin mempertimbangkan dompet yang lebih besar.
Keserasian Pemegang AirTag: Dompet Fantom M serasi dengan aksesori pemegang Fantom AirTag. Aksesori ini membolehkan anda melampirkan AirTag pada dompet anda supaya anda boleh menjejakinya dengan mudah jika ia hilang.
Mamu telah menggunakan Fantom M Wallet selama 2 minggu sekarang, dan Mamu sangat berpuas hati. Dompet itu sangat nipis dan bergaya, dan ia mudah dibawa dalam poket hadapan Mamu. Mekanisme mengipas kad adalah sangat mudah, dan ia memudahkan untuk mencari kad yang Mamu perlukan dengan cepat. Perlindungan RFID juga merupakan ciri yang hebat, dan Mamu tahu bahawa kad Mamu selamat daripada imbasan yang tidak dibenarkan.
Secara keseluruhan, Mamu sangat gembira dengan Dompet Fantom M. Ia adalah pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mencari dompet yang langsing, selamat dan bergaya.
Harga
Dompet Fantom M berharga $129 (sekitar RM590). Ini adalah harga premium, tetapi ia sejajar dengan harga dompet MagSafe berkualiti tinggi yang lain. Jika hangpa sedang mencari dompet MagSafe yang terbaik, Fantom M Wallet ialah pilihan yang bagus.
Kesimpulan
Dompet Fantom M ialah pilihan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mencari dompet yang langsing, selamat dan bergaya. Ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, dan ia mempunyai beberapa ciri yang menjadikannya bernilai tinggi untuk harga. Jika hangpa sedang mencari dompet MagSafe premium, Fantom M Wallet ialah pilihan yang bagus.
Desas-desus akhirnya menjadi realiti. TikTok Shop akhirnya ditutup secara rasmi di Indonesia setelah langkah regulasi baru daripada kerajaan Indonesia.
Fakta menarik, TikTok Shop pertama kali dilancarkan di dunia di Indonesia. Dengan Indonesia menjadi pasaran terbesar TikTok Shop. Indonesia bertanggungjawab menjadi lapangan ujian bagi TikTok Shop. TikTok yang dimiliki syarikat gergasi China, ByteDance dikatakan berjanji untuk melabur dalam sektor e-dagang Indonesia untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi Indonesia.
Kerajaan Indonesia telah meluluskan undang-undang digital baru di mana platform media sosial tidak boleh menjadi plaform e-dagang dalam aplikasi yang sama. Ini bagi melindungi kepentingan gedung fizikal dan atas talian tempatan. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga berkata, e-dagang adalah perkara yang bagus untuk ekonomi negara. Namun, jika tiada kawalan, ia akan mengancam ekonomi tempatan.
TikTok bagaimanapun, memberikan kenyataan akan akur dengan undang-undang baru Indonesia ini. Ada kemungkinan TikTok akan mengeluarkan aplikasi baru untuk TikTok Shop sahaja bagi mematuhi peraturan baru ini.
Di Malaysia, masih tiada tindakan dan khabar berita tentang TikTok Shop. Segalanya dilihat berjalan seperti biasa.
Terkejut saya pagi ini kerana menerima notifikasi daripada aplikasi Flexi Parking. Katanya, kenderaan saya telah dikompaun di Kuala Langat. Saya sekarang berada di Terengganu. Kenderaan saya jadi mangsa klon kah?
Bila disemak, rupa-rupanya “kenderaan saya” yang dikompaun adalah nombor plat rawak yang saya gunakan sebagai placeholder dalam aplikasi Flexi Parking. Saya ingatkan nombor plat berkenaan tak wujud. Rupanya ada pemiliknya.
Walaupun nampak tak berbahaya, tapi saya lihat ada sedikit bau-bau risiko di sini. Terutama sekali jenayah menghendap ataupun stalker. Ini kerana, sesiapa pun boleh memasukkan nombor kenderaan dalam aplikasi tanpa pengesahan milikan. Ini memudahkan pengguna apabila menggunakan kereta sewa atau pinjaman.
Seperti biasa, anda tidak boleh dapat semuanya. Jika anda mahukan kemudahan, anda kena terima akan ada risiko privasi. Jika anda mahukan privasi, anda harus terima proses yang melecehkan.
Sebagai perbandingan, lihatlah kawasan perumahan berpagar dan perumahan kampung. Di kawasan berpagar, untuk masuk ke rumah perlu tunjukkan bukti anda seorang penduduk di situ. Ada pengawal keselamatan di pintu pagar. Pelawat tidak boleh masuk dengan bebas. Tidak sama dengan di kampung di mana anda bebas menerima kunjungan dan berkunjung ke rumah siapa pun.
Saya tak kata aplikasi Flexi Parking ini tidak menjaga privasi. Tapi saya lihat ini adalah cabaran baru dengan kedatangan teknologi baru. Mungkin pihak berwajib boleh memikirkan penyelesaian baru juga. Bayangkan, nombor kenderaan anda dijejak oleh penghendap. Setiap kali anda dikompaun, orang berkenaan dapat tahu anda sedang berada di mana.
Pengajarannya? Bayarlah parking anda. Jangan sampai dikompaun. Kepada pemilik kenderaan bernombor ABC1234, saya minta maaf kerana telah menciduk nombor plat anda dalam aplikasi Flexi Parking.