TikTok Shop Ditutup Secara Rasmi di Indonesia Oleh Pemerintah

Desas-desus akhirnya menjadi realiti. TikTok Shop akhirnya ditutup secara rasmi di Indonesia setelah langkah regulasi baru daripada kerajaan Indonesia.

Fakta menarik, TikTok Shop pertama kali dilancarkan di dunia di Indonesia. Dengan Indonesia menjadi pasaran terbesar TikTok Shop. Indonesia bertanggungjawab menjadi lapangan ujian bagi TikTok Shop. TikTok yang dimiliki syarikat gergasi China, ByteDance dikatakan berjanji untuk melabur dalam sektor e-dagang Indonesia untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi Indonesia.

Kerajaan Indonesia telah meluluskan undang-undang digital baru di mana platform media sosial tidak boleh menjadi plaform e-dagang dalam aplikasi yang sama. Ini bagi melindungi kepentingan gedung fizikal dan atas talian tempatan. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga berkata, e-dagang adalah perkara yang bagus untuk ekonomi negara. Namun, jika tiada kawalan, ia akan mengancam ekonomi tempatan.

TikTok bagaimanapun, memberikan kenyataan akan akur dengan undang-undang baru Indonesia ini. Ada kemungkinan TikTok akan mengeluarkan aplikasi baru untuk TikTok Shop sahaja bagi mematuhi peraturan baru ini.

Di Malaysia, masih tiada tindakan dan khabar berita tentang TikTok Shop. Segalanya dilihat berjalan seperti biasa.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x