Kerisauan Saya Dengan Aplikasi Parking

Terkejut saya pagi ini kerana menerima notifikasi daripada aplikasi Flexi Parking. Katanya, kenderaan saya telah dikompaun di Kuala Langat. Saya sekarang berada di Terengganu. Kenderaan saya jadi mangsa klon kah?

Bila disemak, rupa-rupanya “kenderaan saya” yang dikompaun adalah nombor plat rawak yang saya gunakan sebagai placeholder dalam aplikasi Flexi Parking. Saya ingatkan nombor plat berkenaan tak wujud. Rupanya ada pemiliknya.

Walaupun nampak tak berbahaya, tapi saya lihat ada sedikit bau-bau risiko di sini. Terutama sekali jenayah menghendap ataupun stalker. Ini kerana, sesiapa pun boleh memasukkan nombor kenderaan dalam aplikasi tanpa pengesahan milikan. Ini memudahkan pengguna apabila menggunakan kereta sewa atau pinjaman.

Seperti biasa, anda tidak boleh dapat semuanya. Jika anda mahukan kemudahan, anda kena terima akan ada risiko privasi. Jika anda mahukan privasi, anda harus terima proses yang melecehkan.

Sebagai perbandingan, lihatlah kawasan perumahan berpagar dan perumahan kampung. Di kawasan berpagar, untuk masuk ke rumah perlu tunjukkan bukti anda seorang penduduk di situ. Ada pengawal keselamatan di pintu pagar. Pelawat tidak boleh masuk dengan bebas. Tidak sama dengan di kampung di mana anda bebas menerima kunjungan dan berkunjung ke rumah siapa pun.

Saya tak kata aplikasi Flexi Parking ini tidak menjaga privasi. Tapi saya lihat ini adalah cabaran baru dengan kedatangan teknologi baru. Mungkin pihak berwajib boleh memikirkan penyelesaian baru juga. Bayangkan, nombor kenderaan anda dijejak oleh penghendap. Setiap kali anda dikompaun, orang berkenaan dapat tahu anda sedang berada di mana.

Pengajarannya? Bayarlah parking anda. Jangan sampai dikompaun. Kepada pemilik kenderaan bernombor ABC1234, saya minta maaf kerana telah menciduk nombor plat anda dalam aplikasi Flexi Parking.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x