Utama Blog Laman 327

Free Rapid Downloader : Multi/Cross Platform Free Downloader

0

Artikel ini telah disumbangkan oleh bro pr67am dan telah disunting (EDIT) kembali oleh Mr.Hac. Kredit kepada beliau. Jika anda juga mahu menyumbangkan artikel seperti beliau bolehlah buat perkara yang sama iaitu dengan menulis ke dalam Microsoft Words, kemudian memuat naik fail tersebut ke dalam laman perkongsian fail Mediafire. Hantarkan pautan kepada Mr.Hac melalui Hubungi Admin. Mudah!

Salah satu tool yang mesti ada pada sebuah PC adalah ‘pemuaturun’. Antara yang paling popular tentunya Internet Download Manager. Semua org maklum dah! Tetapi tidak semua kerja muaturun boleh dilakukan dengan IDM kerana ‘bugs’ dan seumpamanya. Kena akui perlu ada alternatif bilamana ‘orang harapan’ dah tak boleh buat kerja lagi.

Memang ada pemuaturun lalai (default) yang sudah terbina dalaman (built-in) di dalam sesebuah pelayar tapi bagi kita ia belum cukup cemerlang untuk bekerja bilamana dipacu ke file hosting berbayar seperti Turbobit, Wupload dan seumpamanya.

Kita nak perkenalkan satu perisian yang mudah digunakan iaitu Free Rapid Downloader. Rasanya ramai dah tahu atau mungkin ada lagi yang belum tahu.Tak perlu kata apa-apa..senyum.. Free Rapid Downloader adalah percuma. Ianya juga ‘portable’. Senang disimpan dan mudah dibuang. Haha! Tak perlu tweak apa-apa pun. Free Rapid Downloader memang dicipta utk sedia guna. Anda hanya perlu salin dan tampal (copy paste) URL yang hendak dimuaturun..siap! Hah!..Kelajuan? Cuma amat sedikit kalah oleh IDM (IDM kan terbaik.. Berbayar tu!)

Dah 3 tahun kita gunapakai perisian ni rasanya belum ada bencana besar yang menempelak. Harus diingat.. benda yg percuma seumpamanya ada satu perkara yang kita MESTI ambil kira iaitu kemaskini (update) dari laman pembangunnya. Yap..Free Rapid Downloader sentiasa di kemaskini secara auto. Maksudnya ada pakar yang sentiasa bekerja bagi memastikan pluginnya terkini dan selesa untuk digunakan.

Di sini tiada isu perkauman..Free Rapid Downloader sedia digunapakai oleh setiap jelata tak kira anda penduduk Windows, Mac atau Linux..maupun anda berbangsa x86 atau x64.
Percuma, Ringkas, Berwibawa.. Pilihan di tangan sekadar celup pengalaman.

Klik -> FRD 0.85u1 Final ©pr67am™201110.zip

Kata Laluan : pr67am

Kasik komen sikit kawan-kawan!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Game Snake Dalam Youtube

0

Salam, Mr. Hac buat announcement punya lah awal. Tak sempat nak ready lagi. Ok jadi saya la penulis jemputan yang Mr. Hac katakan tu. Panggil saya pd0sh je. Bukan DDos, bukan Hetrik Rosyan mahupun Rosyam Nor.

Ok malam ni pd0sh nak kongsi sikit pasal Main Game Snake dalam Youtube.
Bila streaming video dalam Youtube, kadang-kadang kena tunggu buffering baru boleh play kan?

Bila video sedang buffering, tekan arrow key up ataupun down. Sekarang anda akan melihat bulatan buffering tu akan bergerak macam ular.

Sekurang-kurangnya dapat hilang stress tunggu buffer kan?
Selamat Mencuba =)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Seorang Lagi Penulis Akan Menyumbangkan Karya!

0

Yeah! Masa Kiren mula-mula menulis artikel terawal beliau di blog ini, Mr.Hac terlupa untuk buat entri alu-aluan seperti yang biasa Mr.Hac buat. Jadi Kiren, entri ni kira dua dalam satu lah ya! Halalan Thoyyiban la heh! Namun tengoklah hasilnya. Entri beliau mendapat komen yang paling banyak setakat ini. Alhamdulillah..

Malam ni, hanya nak bagi tahu pada semua pembaca bahawa selain Kiren (TheKayrane), seorang lagi penulis baru akan mula menulis dan menyumbangkan akal fikiran, idea mahupun ilmu dalam bentuk penulisan. Mr.Hac tak tahu nak panggil apa, tapi rasanya nama beliau ialah Firdaus. Nak panggil P-DoS atau P-DDoS boleh? Hehehe Hetrik Rosyan!

Mr.Hac berharap dengan ramainya penulis jemputan di blog ini, maka setiap artikel yang dihasilkan akan mejadi lebih berkualiti dan mampu menarik hati anak-anak muda khususnya Melayu untuk tertarik hati dengan dunia IT dan yang berkaitan dengannya.

Pada mereka yang mahu menyumbangkan artikel, mahu menulis di sini, tidak kiralah entri itu berbentuk cerpen seram sekalipun, asalkan ada kena mengena dengan IT, Mr.Hac tak kisah. Kalau anda mahu, berikan e-mel anda kepada Mr.Hac. Dengan pantas Mr.Hac akan tambah ke dalam senarai penulis jemputan, ok?

Klik pada ruangan Hubungi Admin di atas tu, isi borang yang ada di situ dengan tajuk ‘Saya Nak Menulis’. Lepas tu tunggu Mr.Hac terima permintaan anda dan menambah anda ke dalam senarai penulis jemputan. Anda kena periksa e-mel untuk mengesahkan jemputan dan selepas itu anda boleh terus log masuk ke blog ini dan mula menulis. As simple as that.

Jangan malu, jangan segan. Kalau rasa ada bakat, ada ilmu untuk dikongsi, cepat-cepat ‘apply’!
Hahaha hasta pronto evelybody!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

UploadUR Hosting : File Hosting Terbaru Dari Silent Hackers

0

Malam semalam Mr.Hac menerima panggilan dari individu yang dikenali, iaitu Founder/Admin Forum Silent Hackers Malaysia (SH), Bro Hatzwan @ Hatz. Beliau memaklumkan kepada Mr.Hac bahawa SH kini melancarkan laman perkongsian fail baru yang dinamakan sebagai UploadUR Hosting.

Laman perfongsian ini menampilkan ciri-ciri baru yang sangat-sangat menarik perhatian pencinta atau mereka yang menyukai hobi muat turun iaitu antaranya:

1. Kelajuan muat turun yang tinggi.

2. Tiada masa menunggu.

3. Muat naik fail sehingga bersaiz 10GB.

4. Menyokong Download Manager (DownThemAll juga disokong oleh laman ini!)

5. Ruang simpanan fail TANPA HAD!

Cukuplah tu kan! Laman Mediafire juga bagi Mr.Hac tidak sehebat ini! Tahniah Mr.Hac ucapkan kepada Hatz dan para Admin Silent Hackers yang bertungkus lumus menaikkan lagi nama anak Malaysia khususnya MELAYU ke mata dunia. Mr.Hac berharap dengan adanya laman perkongsian ini, Admin-admin dari JieAzz Movie dan TeamAryzs akan mengambil peluang untuk mencuba dan merasai sendiri hasil kerja tangan anak-anak muda Melayu kita.

Apa yang perlu anda lakukan untuk memilikinya? Anda cuma perlu klik pada ‘Register’, isikan borang ringkas yang disediakan dan akaun anda akan aktif serta merta tanpa melibatkan pengaktifan melalui e-mel! Tak cukup menarik lagi? Bukan itu sahaja, anda boleh terus memuat naik fail-fail anda untuk dikongsikan bersama rakan-rakan! Tak perlu lagi anda buat dua-tiga langkah pengaktifan seperti laman-laman perkongsian yang lain. Cuma buat masa ini mereka belum menyediakan skim affiliate buat para pengguna. Jika ada nanti, Mr.Hac akan maklumkan.

Screenshot UploadUR Hosting:

Klik untuk mendaftar -> UploadUR Hosting

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Theme Tersembunyi Pada Windows 7

0

Salam semua…

Dalam entri yang lepas Analyzer telah membuat review bagi God Mode.Namun pada entri kali ini ada 1 lagi benda-benda tersembunyi pada Windows 7.Sebenarnya banyak lagi tapi biarlah Analyzer rungkai satu persatu.

Terdapat Tema atau Theme pada Windows 7 yang disembunyikan dari pengguna.Kalau anda tidak tahu apa itu Theme,klik kanan pada Desktop dan klik pada Personalize.

Dah tengok dah theme-theme yang anda ada sekarang?ok,kita teruskan pulak pada tutorial ini.Ada dua cara nak buat.Analyzer akan ajar dua cara tersebut sekaligus ok.Ingat ya,tutorial ini hanya untuk Windows 7 sahaja.


Cara Pertama

1. Pergi ke Control Panel.

2. Klik pada Folder Options. Nota :jika tiada Folder Options,tukar view anda di hujung kanan sebelah atas sekali.




3. Sekarang klik pada butang View

4. Anda perlu tik atau uncheck pada kotak Hide protected operating system files (Recommended).Klik Apply dan Ok.Klik juga pada Show hidden files and drivers
5. Akan muncul satu Tetingkap amaran dan klik saja Yes

6. Sekarang sila pergi ke C:WindowsGlobalizationMCT

7. Pada dalam Folder ini anda akan lihat Folder MCT-XX dimana XX akan dilihat sebagai AU,CA atau lain-lain nama.Ini bergantung kepada Code negara pengguna Windows.
8. Pada dalam setiap Folder MCT-XX,anda akan terjumpa folder Theme dan klik pada setiap file berformat .theme dalam setiap Folder.
Cara Kedua

1. Buka Notepad.
2. Salin dan pastekan code dibawah kedalam Notepad tadi.
Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionThemesInstalledThemesMCT]
“%windir%GlobalizationMCTMCT-AUThemeAU.theme”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-CAThemeCA.theme”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-GBThemeGB.theme”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-USThemeUS.theme”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-ZAThemeZA.theme”=””
[HKEY_CURRENT_USERSoftwareMicrosoftWindowsCurrentVersionExplorerWallpapersKnownFoldersWindows WallpapersMergeFolders]
“%windir%GlobalizationMCTMCT-AUWallpaper”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-CAWallpaper”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-GBWallpaper”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-USWallpaper”=””
“%windir%GlobalizationMCTMCT-ZAWallpaper”=””
3.Savekan Notepad tadi kepada nama allregional.reg.
4. Sekarang klik dua kali padanya dan akan keluar satu tetingkap “permission” dan klik saja Yes.

5. Siap sudah,klik kanan di Desktop dan pilih Personalize.Anda akan lihat theme baru untuk anda.Selamat mencuba semua!



Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cool Tricks Pada Windows 7

0

Windows 7 telah memonopoli sebahagian besar pengguna komputer di seluruh dunia pada ketika ini.Mungkin ada sesetengah pengguna yang tidak tahu ada “triks tersembunyi” pada Windows 7.
Kebanyakkan pengguna memanggil ia sebagai “God Mode”.

God Mode ialah suatu folder yang sengaja disembunyikan oleh pihak Microsoft kerana sebab-sebab tertentu.Fungsi God Mode ini ialah membenarkan pengguna menukar dan mengubah keseluruhan tetapan Windows 7 dalam hanya satu folder.Kalau tidak faham Analyzer terangkan sikit.

Contohnya sebelum ini anda hendak menukar password Windows anda,anda perlu klik pada butang start,control panel dan user account.Tapi jika pada God Mode ini anda hanya perlu klik pad folder God Mode dan pilih terus “Change Windows Password”.Mudahkan?

Caranya begini.

1.Buat satu folder pada desktop.

2. Salin perkataan ini  GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}

3. Namakan semula folder itu tadi kepada nama kod diatas.

4. jika folder itu tadi akan bertukar icon kepada gambar dibawah,maknanya anda berjaya.jika
tidak,ajukan pertayaan anda pada komen dibawah.

Klik pada folder seperti ikon diatas dan lihat sendiri apa itu God Mode.Untuk maklumat semua,triks ini hanya berjaya pada Windows 7 sahaja.Ada sesetengah forum menyatakan bahawa Windows Vista juga berjaya.Akan tetapi hanya pada Windows Vista 32bit sahaja.Jikalau dibuat pada Windows Vista 64bit,ia mampu untuk “Crash” dan lebih teruk lagi Bluescreen.Ini terjadi kerana kebayakkan pengguna mengatakan Windows Vista adalah sistem pengoperasian yang tidak stabil dan ada yang mengatakan Windows Vista ialah sistem pengoperasian yang gagal bagi Microsoft.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Lock Desktop Dengan Software

0

Mesti anda semua tak suka apabila rakan-rakan anda atau kakak anda atau ibu bapa anda cuba untuk aksess laptop anda apabila anda ke tandas ataupun untuk ke mana-mana walaupun hanya sekejap saja. Kini anda boleh kunci desktop anda tanpa perlu logout atau shut down laptop anda.

Cara-cara Melakukannya:

Muat turun fail ini dan ekstrakkanya. 🙂

Klik -> WIndows Lock

Selamat mencuba. 🙂

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Menyingkap Rahsia Di Sebalik ‘Free Facebook Password Hacking Software’

0

Sekarang Facebook bukan lagi media untuk berkenalan sahaja. Ia merupakan satu FENOMENA, satu perasaan ‘kebanggaan’ kepada mereka yang mempunyai akaun dan kenalan dari seantero dunia.

Pelbagai peristiwa, sejarah, terakam melalui Facebook. Ada antaranya yang baik, cemerlang, tak kurang juga yang sedih dan tragis! Namun apabila kesemua ini bergabung berselirat, maka tidak hairanlah menggodam akaun Facebook menjadi KEGILAAN dan kemudian menjadi satu TREND kepada mereka yang mahukannya.<— Amacam? Best tak intro? Haha Harimah Rahman!

Melalui kajian yang Mr.Hac lakukan, hampir 98% pembaca mahupun yang ‘kebetulan’ singgah ke blog ini lalu menghubungi Mr.Hac melalui ruangan Hubungi Admin mahukan cara yang paling SENANG untuk menggodam Facebook dan kalau boleh mahukan sebuah tool untuk melakukannya. Kata kunci ‘how to hack facebook account’ yang dulu menjadi kegemaran kini bertukar menjadi ‘free facebook password hacking software’. Sudahlah mahukan yang PERCUMA, mahukan yang SENANG, tak mahu pula belajar dari asasnya! So now you’re ready to listen to me? Lets move on..

Scam, Scam, Scam, s**t Totally Scam!

Keylogger – Fakta: Jika anda KERAP memuat turun pelbagai tool untuk KONONNYA dapat menggodam kata laluan Facebook secara PERCUMA dan MUDAH lagi SENANG tanpa memeningkan kepala dan hati anda yang malas, maka persiapkan lah komputer anda dengan ANTIVIRUS yang kuat dan dikemaskini secara kerap dan berkala. Kerana kebiasaannya tool yang KONONNYA PERCUMA lagi MUDAH digunakan ini mengandungi keylogger atau trojan di dalamnya. Nak lagi best? RAT.. Kalau dah mula rasa prestasi komputer mula menurun, maka jangan hairan jika duit dalam bank ‘ghaib fi awalul basar’, atau akaun-akaun anda yang lain pula dimanipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
So you think you can hack huh?

Phisher – Fakta: Pernah guna tool yang KONONNYA meminta anda untuk memasukkan maklumat diri (credentials) seperti alamat e-mel serta kata laluan untuk dapat menggunakan tool tersebut, maka anda secara langsungnya memberikan maklumat sulit anda itu kepada pembuat tool berkenaan! Bagaimana pula tu? Mudah, apabila phishing melalui e-mel menjadi semakin sukar, maka tool yang bertindak sebagai ‘phishing page’ a.k.a phisher menggantikannya dengan menempatkan diri kepada dekstop anda atas kerelaan anda sendiri. Yap.. Apabila anda klik pada butang ‘Hack’ (atau apa saja yang tertera) ia akan memaparkan GUI seolah-olah ‘hacking in progress’. Tapi akhir keputusannya ZERO, NADA, ZILCH. Nak yang percuma lagi kan?

Youtube – Fakta: Semuanya ‘auta’ belaka! Tiada satu pun tools yang datang dari Youtube diberikan secara PERCUMA tanpa ada Udang Di Sebalik Kejadian! Mahu apa lagi dari tool percuma?? Virus lah! Kalau tak percaya cuba muat turun salah satu tool yang mendakwa dapat menggodam Facebook dengan mudah.
Ada alert dari antivirus? Ada kan!
Err.. Habis tak kan takda langsung yang berkesan Mr.Hac? Tak ada lah cik adik!

Perkhidmatan Godam Dalam Talian – Fakta: Mereka yang mencipta laman web seperti ini tidak lain tidak bukan mahu menjana profit yang tinggi dari hasil KEMALASAN anda. Mungkin ada sesetengah dari anda yang sanggup membayar orang lain supaya godamkan akaun pasangan, kawan mahupun seteru (ada bukti dalam e-mel Mr.Hac). Orang seperti inilah target dalam kaedah pemasaran laman-laman web seperti itu. MUNGKIN, dan sekali lagi MUNGKIN ada yang benar, namun sanggupkah anda membayar dalam mata wang USD? Kalau sanggup dipersilakan. Tapi hasilnya tiada jaminan!

Sebelum anda terkena tolong beringat sikit dan tolong ‘peringat’ sama pada kawan-kawan yang ada niat seperti di atas. Jangan kerana tool kecil yang bersaiz tak sampai 1MB, seluruh hidup anda kucar kacir jadinya. Cuba rajin-rajinkan diri, pertingkatkan lagi ilmu anda, dan jadilah manusia yang dapat membezakan antara baik dan buruk realiti di dunia siber ini!
Petuanya, belajar Bahasa Inggeris pandai-pandai, ambil tahu ‘bahasa IT’ sampai cekap, InsyaAllah selamat.

Jadi lepas ni Mr.Hac tidak akan balas lagi e-mel yang meminta untuk godamkan akaun Facebook orang lain, no matter it is for good purpose or not! BELAJARLAH DARI MULA.
Kalau tak mahu pasangan anda menipu dalam perhubungan, ambil tahu sikit pasal IT. Kerana ‘buta’ dalam hal IT tu lah yang kena tipu tu! Marah dengan ayat kasar ni? Lantak kau lah! Heheh Helikopter!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pasang Firefox 7 Pada Ubuntu/Linux Mint

0

Mozilla Firefox 7 kini dilepaskan kepada para pengguna. Mr.Hac sudah pun mencuba versi stabil ini dan ternyata ia lebih smooth, lancar, laju, dan gerek sehhh..

Pada entri Mr.Hac yang lepas, Mr.Hac ada memberikan cara untuk mengemaskini versi Firefox sekiranya proses pengemaskinian tidak berjalan seperti sepatutnya (atau apa sajalah sebabnya!)

Kali ni Mr.Hac akan berkongsi cara menaik taraf versi Firefox melalui Terminal. Prosesnya kalau nak diikutkan sama sahaja sebenarnya, ada la beberapa folder yang berbeza. Alih sana, alih sini, tapi cuma kali ini dalam bentuk baris perintah.

Cara Memasang (Install) Firefox 7 Pada Ubuntu/Linux Mint:

1. Muat turun Firefox versi terbaru di sini -> mozilla.org

2. Klik kanan pada fail firefox-7.0.tar.bz2 dan pilih Extract Here
Boleh juga jika anda mahu gunakan baris perintah. Jika fail itu ditempatkan pada folder/direktori ‘Downloads’, maka ikut seperti di bawah:

cd ~/Downloads/

tar xjf firefox-7.0.tar.bz2

3. Alihkan ke direktori /opt
Jika anda sudah mempunyai Firefox versi lama pada direktori /opt, ‘keluarkannya’ dengan baris perintah di bawah:

sudo rm -r /opt/firefox

Salin folder dengan label ‘firefox’ ke dalam ‘Home Folder‘ anda (penting ni!). Kemudian, alihkannya ke dalam direktori /opt dengan baris perintah berikut:

sudo mv firefox /opt/firefox7

5. Tetapkan pautan simbolik kepada Firefox versi terbaharu dengan baris perintah di bawah pula:

Buat satu salinan sandaran kepada Firefox versi lama:

sudo mv /usr/bin/firefox /usr/bin/firefox-old

Cipta pautan simbolik yang mengarahkan kepada Firefox versi baharu (Firefox 7)

sudo ln -s /opt/firefox7/firefox /usr/bin/firefox

Selesai dah! Dah boleh terus cuba!

Bonus:

Gunakan Baris Perintah Sudo Tanpa Kata Laluan:

Sesiapa yang selalu bermain dengan baris perintah ‘sudo’ pasti tahu akan hal ini. Kita perlu memasukkan kata laluan pada pertama kali arahan sudo dikeluarkan, manakala arahan seterusnya akan mendapat ‘authority’ dari kemasukkan kata laluan yang sebelumnya itu tadi. Tetapi jika anda rimas untuk memasukkan kata laluan setiap kali, maka anda boleh cuba kaedah berikut:

Taipkkan baris perintah/arahan ‘sudo visudo’ dan tekan ‘Enter’.
Kemudian masukkan baris berikut pada akhir baris yang terpapar:

putra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Sila gantikan ‘putra’ dengan nama pengguna anda.

Tekan kekunci Ctrl+x pada papan kekunci komputer anda, taip ‘y’ dan tekan Enter. Siap!

P/S: Tapi ingat. Cuma gunakan cara ni pada komputer kegunaan di rumah sahaja. Kat tempat kerja jangan ok! Tak pepasal jahanam PC korang kalau ada orang godek Mr.Hac tak tanggung!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Web Cruiser – Web Vulnerability Scanner

0

Terdapat pelbagai perisian bagi menguji tahap keselamatan sesebuah laman sesawang.Pada entri yang terdahulu Analyzer telah pun mengeluarkan review tentang Acunetix Web Security Scanner.Pelbagai perisian yang sama fungsi seperti ini sama ada perisian open source (percuma) mahu pun enterprise (berbayar).Pilihan ditangan pengguna bagi memilih web vulnerability scanner yang terbaik.

Ujian penembusan/penegangan (Penetration Testing @ Pentest) adalah sangat penting bagi sesuatu laman web bagi mengelakkan sesuatu laman web itu di masuki seterusnya di ambil alih.Pada setiap laman web tidak akan terkecuali berhadapan kemungkinan menghadapi serangan SQL Injection dan Cross Site Scripting.

Web Cruiser mampu memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada pada sesebuah laman web dengan melakukan Ujian Penetration Testing.Apa yang menarik pada Web Cruiser ialah :

  • Crawler (laman Directories dan Files)
  • Vulnerability Scanner : SQL Injection,Cross Site Scripting,XPath Injection dan sebagainya
  • SQL Injection Scanner
  • SQL Injection Tool : GET/Post/Cookie Injection POC(Proof Of Concept)
  • SQL Injection untuk SQL Server : PlainText/Union/Blind Injection
  • SQL Injection untuk MySQL : PlainText/Union/Blind Injection
  • SQL Injection untuk DB2 : Union/Blind Injection
  • SQL Injection untuk Accsess : Union/Blind Injection
  • Post Data Resend
  • Cross Site Scripting Scanner dan POC
  • XPaht Injection Scanner dan POC
  • Mendapatkan Cookie secara automatik pada Web Browser untuk Authentication
  • Laporan Pengeluaran

System yang diperlukan bagi menyokong Web Cruiser ialah Windows dan .Net Framework atau version yang lebih tinggi.Terdapat 2 versi Web Cruiser ini.Download di bawah :

Selepas anda selesai memuat turun,rujuk gambar dibawah bagi memasukkan registry key ini :
User :  WWW
Serial :  3E08-3C1B-CAFB-321F

Klik pada butang About dan masukkan user dan juga serial.Siap!!!
Berikut adalah beberapa Screen shot dari Web Cruiser :

Views: 21

Iklan Newspaper Inline