Pasang Firefox 7 Pada Ubuntu/Linux Mint

Mozilla Firefox 7 kini dilepaskan kepada para pengguna. Mr.Hac sudah pun mencuba versi stabil ini dan ternyata ia lebih smooth, lancar, laju, dan gerek sehhh..

Pada entri Mr.Hac yang lepas, Mr.Hac ada memberikan cara untuk mengemaskini versi Firefox sekiranya proses pengemaskinian tidak berjalan seperti sepatutnya (atau apa sajalah sebabnya!)

Kali ni Mr.Hac akan berkongsi cara menaik taraf versi Firefox melalui Terminal. Prosesnya kalau nak diikutkan sama sahaja sebenarnya, ada la beberapa folder yang berbeza. Alih sana, alih sini, tapi cuma kali ini dalam bentuk baris perintah.

Cara Memasang (Install) Firefox 7 Pada Ubuntu/Linux Mint:

1. Muat turun Firefox versi terbaru di sini -> mozilla.org

2. Klik kanan pada fail firefox-7.0.tar.bz2 dan pilih Extract Here
Boleh juga jika anda mahu gunakan baris perintah. Jika fail itu ditempatkan pada folder/direktori ‘Downloads’, maka ikut seperti di bawah:

cd ~/Downloads/

tar xjf firefox-7.0.tar.bz2

3. Alihkan ke direktori /opt
Jika anda sudah mempunyai Firefox versi lama pada direktori /opt, ‘keluarkannya’ dengan baris perintah di bawah:

sudo rm -r /opt/firefox

Salin folder dengan label ‘firefox’ ke dalam ‘Home Folder‘ anda (penting ni!). Kemudian, alihkannya ke dalam direktori /opt dengan baris perintah berikut:

sudo mv firefox /opt/firefox7

5. Tetapkan pautan simbolik kepada Firefox versi terbaharu dengan baris perintah di bawah pula:

Buat satu salinan sandaran kepada Firefox versi lama:

sudo mv /usr/bin/firefox /usr/bin/firefox-old

Cipta pautan simbolik yang mengarahkan kepada Firefox versi baharu (Firefox 7)

sudo ln -s /opt/firefox7/firefox /usr/bin/firefox

Selesai dah! Dah boleh terus cuba!

Bonus:

Gunakan Baris Perintah Sudo Tanpa Kata Laluan:

Sesiapa yang selalu bermain dengan baris perintah ‘sudo’ pasti tahu akan hal ini. Kita perlu memasukkan kata laluan pada pertama kali arahan sudo dikeluarkan, manakala arahan seterusnya akan mendapat ‘authority’ dari kemasukkan kata laluan yang sebelumnya itu tadi. Tetapi jika anda rimas untuk memasukkan kata laluan setiap kali, maka anda boleh cuba kaedah berikut:

Taipkkan baris perintah/arahan ‘sudo visudo’ dan tekan ‘Enter’.
Kemudian masukkan baris berikut pada akhir baris yang terpapar:

putra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Sila gantikan ‘putra’ dengan nama pengguna anda.

Tekan kekunci Ctrl+x pada papan kekunci komputer anda, taip ‘y’ dan tekan Enter. Siap!

P/S: Tapi ingat. Cuma gunakan cara ni pada komputer kegunaan di rumah sahaja. Kat tempat kerja jangan ok! Tak pepasal jahanam PC korang kalau ada orang godek Mr.Hac tak tanggung!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img