Free Rapid Downloader : Multi/Cross Platform Free Downloader

Artikel ini telah disumbangkan oleh bro pr67am dan telah disunting (EDIT) kembali oleh Mr.Hac. Kredit kepada beliau. Jika anda juga mahu menyumbangkan artikel seperti beliau bolehlah buat perkara yang sama iaitu dengan menulis ke dalam Microsoft Words, kemudian memuat naik fail tersebut ke dalam laman perkongsian fail Mediafire. Hantarkan pautan kepada Mr.Hac melalui Hubungi Admin. Mudah!

Salah satu tool yang mesti ada pada sebuah PC adalah ‘pemuaturun’. Antara yang paling popular tentunya Internet Download Manager. Semua org maklum dah! Tetapi tidak semua kerja muaturun boleh dilakukan dengan IDM kerana ‘bugs’ dan seumpamanya. Kena akui perlu ada alternatif bilamana ‘orang harapan’ dah tak boleh buat kerja lagi.

Memang ada pemuaturun lalai (default) yang sudah terbina dalaman (built-in) di dalam sesebuah pelayar tapi bagi kita ia belum cukup cemerlang untuk bekerja bilamana dipacu ke file hosting berbayar seperti Turbobit, Wupload dan seumpamanya.

Kita nak perkenalkan satu perisian yang mudah digunakan iaitu Free Rapid Downloader. Rasanya ramai dah tahu atau mungkin ada lagi yang belum tahu.Tak perlu kata apa-apa..senyum.. Free Rapid Downloader adalah percuma. Ianya juga ‘portable’. Senang disimpan dan mudah dibuang. Haha! Tak perlu tweak apa-apa pun. Free Rapid Downloader memang dicipta utk sedia guna. Anda hanya perlu salin dan tampal (copy paste) URL yang hendak dimuaturun..siap! Hah!..Kelajuan? Cuma amat sedikit kalah oleh IDM (IDM kan terbaik.. Berbayar tu!)

Dah 3 tahun kita gunapakai perisian ni rasanya belum ada bencana besar yang menempelak. Harus diingat.. benda yg percuma seumpamanya ada satu perkara yang kita MESTI ambil kira iaitu kemaskini (update) dari laman pembangunnya. Yap..Free Rapid Downloader sentiasa di kemaskini secara auto. Maksudnya ada pakar yang sentiasa bekerja bagi memastikan pluginnya terkini dan selesa untuk digunakan.

Di sini tiada isu perkauman..Free Rapid Downloader sedia digunapakai oleh setiap jelata tak kira anda penduduk Windows, Mac atau Linux..maupun anda berbangsa x86 atau x64.
Percuma, Ringkas, Berwibawa.. Pilihan di tangan sekadar celup pengalaman.

Klik -> FRD 0.85u1 Final ©pr67am™201110.zip

Kata Laluan : pr67am

Kasik komen sikit kawan-kawan!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img