Utama Blog Laman 328

Baiki Error : Ubuntu/Linux Mint Fails To Boot After Update

0

AKHIRNYA.. Setelah berhempas pulas mencari jalan penyelesaian ke sana ke mari, bertanya dengan kawan-kawan kaedah pembaikan yang terbaik, Mr.Hac menemui sendiri kaedah membaiki GRUB atau MBR yang rosak dengan bantuan beberapa tool!

Bagi mereka yang pernah menghadapi masalah yang sama, sekarang inilah jalan penyelesaiannya.
Ada yang pernah mencadangkan kepada Mr.Hac supaya baiki OS Ubuntu/Linux Mint yang gagal untuk boot ke desktop dengan menggunakan Live CD atau Live USB, tetapi jika Live CD/USB itu sendiri sudah gagal untuk boot hingga ke desktop akibat ‘kesan sampingan’ dari GRUB yang rosak, jadi bagaimana cara terbaik untuk membaikinya tanpa perlu format semula?

Benda Yang Diperlukan:

1. Otak dengan akal fikiran.

2. Boot-Repair-Disk

3. UNetbootin

4. Pemacu kilat USB (USB Flash Drive)

5. Internet (tidak semestinya perlu)

Screenshot Boot-Repair

Kaedah Menggunakan Boot-Repair:

1. Muat turun Boot-Repair-Disk terlebih dahulu.

2. Rakamkan (burn) imej ISO Boot-Repair-Disk ke dalam pemacu kilat USB dengan menggunakan UNetbootin. Gunakan pilihan kedua (Diskimage), pilih imej ISO yang telah dimuat turun tersebut.

3. Setkan tetapan BIOS anda untuk menerima boot dari USB (enable) dan tukarkan ‘Boot Order’. Rujuk Youtube untuk kaedahnya.

4. Mulakan PC/Laptop/Netbook anda yang hendak dibaiki dan boot dari USB.

5. Langkah seterusnya akan terpapar antaramuka pengguna, pilih sama ada 32 atau 64 bit.

6. PC/Laptop/Netbook anda akan boot hingga ke desktop namun menggunakan sistem operasi ‘poket’ atau ‘mini’ dari USB tersebut (kalau tak silap dalam bentuk LXDE desktop).

7. Pilih ‘Recommended repair’ (Pilihan pertama)

8. Restart/Reboot PC/Laptop/Netbook anda.

9. Selesai! Semuanya dah beres!

P/S: Sekiranya ada apa-apa masalah, anda boleh rujuk forum Ubuntu.

Special thanks to bro Deensokmo!!

RUJUKAN:

1. Recovering Ubuntu

2. Ubuntu Secured Remix

3. [Boot-Repair] Graphical tool to repair the PC boot in 1 click!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

5 Firewall Terbaik Untuk Windows

0
Penggunaan Anti-virus bukanlah satu-satunya cara bagi menjaga komputer anda dari ancaman dunia cyber.Terdapat banyak kaedah-kaedah bagi melepasi pengesanan oleh Anti-virus.Lihat saja pada Keylogger,telah banyak versi Keylogger yang mampu meloloskan diri dari dikesan oleh Anti-virus.
Bukanlah Analyzer katakan yang Anti-virus tidak membantu komputer anda dari dijangkiti.Tidak sama sekali.Anti-virus yang boleh Analyzer cadangkan pada anda semua disini ialah Eset Smart Security.
Mr.Hac dalam penulisan beliau yang lepas telah memberitahu bahawa Eset telah mengeluarkan versi yang terbaru iaitu Eset Smart Security 5.
Terdapat 1 lagi kaedah dalam membantu anda membantu anda dalam menghadapi dunia cyber yaitu dengan pemasangan Firewall tambahan.Terdapat pelbagai Firewall dan juga ianya berlainan bagi tiap operation system seperti Linux,Windows,Mac dan lain-lain.Pada entri kali ini Analyzer membincangkan Firewall bagi Windows dahulu..Adeh panjangnya intro….
Zonealarm Firewall
Zonealarm memberikan penyelesaian yang efektif dalam melindungi komputer anda.Zonealarm terdapat dalam versi percuma dan juga versi profesional yang tidak percuma(hehehe..)
Ia mampu menangkis serangan penggodam, virus,malware, spyware dan lain-lain ancaman pada komputer anda.Zonealarm sangat bersesuaian(compatible) pada semua Windows(Windows XP,Vista,&7).Download Zonealarm Firewall



Comodo Firewall

Comodo Firewall adalah Firewall yang bijak dalam menghalang serangan-serangan luar dan cubaan membawa keluar data dari dalam komputer anda.Comodo Firewall datang dalam versi percuma dan juga versi pro.Comodo Firewall juga mempunyai perlindungan dari malware dan spyware(perlu pilih pada proses install).Ia juga bersesuaian pada semua Windows.Juga terdapat dalam 32bit dan 64bit.Download Comodo Firewall



Rising Firewall
Tidak banyak perbezaan bagi Rising pada Firewall-firewall diatas.Dalam pemantauan Analyzer di forum-forum Firewall luar negara,ramai yang mengatakan Rising ialah pilihan mereka.Rising mampu menlindungi aliran keluar dan masuk trafik pada sistem kita.Rising juga mampu melindungi sistem dari ARP Spoffing.Download Rising Firewall




     Online Armor Firewall

Online Armor Firewall ialah satu Firewall yang memberi perlindungan jangkitan dari dalam dan luar komputer.Ia datang dalam beberapa pilhan perlindungan seperti DNS-spoofing dan Keylogger.Online Armor Firewall memberikan perlindungan efektif dalam menentang Keylogger dan lama Phising.Download Online Armor Firewall




      F-Secure Internet Security

F-Secure Internet Security memberikan beberapa pilhan kawalan kepada komputer anda seperti menentang virus,worms,rootkits dan serangan zero-day.F-Secure Internet Security tidak akan muncul pop-up windows jika mengesan ancaman threat,ia akan menghalang terus dari memasuki dan membawa keluar data dari komputer anda.F-Secure Internet Security memberi perlindungan kepada anda dari Spamming,kecurian data dan juga Phising Site.Download F-Secure Internet Security.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Lindungi PC Dari Keylogger

0

Intro: Letih nak taip intro.

Keylogger: Ada sesiapa yang tak tahu lagi keylogger tu apa?
Kalau ada, RUJUK -> Google

Secara asasnya, sebaik-baik perlindungan adalah dengan cara pencegahan. Ini termasuklah tabiat pelayaran internet anda, tabiat muat turun dan juga perkongsian fail melalui storan bergerak anda, iaitu pemacu kilat (Flash drive @ USB Pendrive) dan cakera keras luaran (External HDD).

Tetapi jika semua langkah berjaga-jaga telah diambil, namun akhirnya PC anda menunjukkan tanda-tanda dijangkiti keylogger, seperti taipan pada papan kekunci menjadi lambat, prestasi PC merosot dengan mendadak (kerana keylogger juga menggunakan RAM dan memori yang sama pada PC anda) dan juga proses-proses pada PC anda terasa begitu ‘berat’, apakah lagi yang mampu anda lakukan selain format semula PC anda?

Baiklah. Sebelum format PC tersebut, anda hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga supaya segala apa yang anda taip pada papan kekunci tidak berjaya direkodkan dan dihantar kepada penggodam. Jadi bagaimanakah caranya?

Terdapat satu perisian yang mampu membantu anda mengenkripsi setiap apa yang anda taip dan menyebabkan data yang sepatutnya gagal dihantar kepada penggodam. Ia dipanggil Keyscrambler.

Menawarkan 3 pakej untuk komputer dengan sistem operasi Windows, ia boleh mencegah data sulit seperti nama pengguna dan kata laluan daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.

Muat turun versi percumanya di sini -> Keyscrambler Personal Free

Selepas pemasangan, anda hanya perlu restart PC anda, dan selepas itu segala aktiviti pada papan kekunci dan pelayar web anda akan terenkripsi oleh perisian ini seperti mana gambar di atas. Keylogger tetap akan merekodkan taipan pada papan kekunci anda, namun data yang diperolehinya adalah berbeza.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

UltraReach Kini Mengeluarkan UltraVPN

0

UltraReach Internet Corp, sebuah badan bebas yang telah mencipta perisian anti-censorship (anti-penapisan laman web), Ultrasurf, kini telah mengeluarkan sebuah produk baru yang berlainan konsep iaitu UltraVPN.

Ultrasurf ialah sebuah perisian berasaskan pelayan proksi (proxy server) yang bertujuan untuk ‘melawan’ tindakan kerajaan negara China yang telah menyekat laman-laman web daripada diakses penduduk negaranya, hinggakan laman Google juga disekat dari diakses! Kerana negara China terkenal dengan The Great Firewall of China, kini UltraReach kembali dengan perisian terbarunya UltraVPN, sebuah perisian berasaskan Virtual Private Network (VPN). Sehingga kini tidak diketahui protokol VPN mana yang digunakan, akan tetapi ada beberapa pengguna yang telah mengulas mengenai perisian ini dengan mengatakan ‘kejayaan’ mereka dapat mengakses penuh ke laman-laman web yang telah disekat oleh syarikat penyedia servis internet (ISP).

Tambahan pula, mereka dapat menggunakan servis P2P dengan kelajuan bandwidth yang memuaskan. Ini bererti biarpun UltraVPN ini baru memasuki versi pertama (1.0), ia sudah mula menunjukkan belangnya. Mr.Hac masih lagi dalam proses mengkaji ‘tingkah laku’ perisian ini untuk mengetahui kaedah atau protokol VPN mana yang digunakan dan bagaimana pula perisian sekecil ini mampu mewujudkan sambungan terenkripsi dalam bentuk VPN (aneh).

Mr.Hac telah mencubanya pada sistem operasi Linux Mint dengan bantuan Wine, namun ia gagal untuk dilancarkan (execute). Mr.Hac juga telah mencuba perisian ini pada Windows XP dengan suasana rangkaian ditapis dengan Websense.. dan.. Ahhh.. Nampaknya ia gagal untuk membuat sambungan kepada pelayannya. Websense win this time. Bagaimanapun, jika anda setakat disekat oleh Streamix dari melayari laman-laman web tertentu, anda boleh mencubanya dan berikan ulasan anda di sini. Jika anda berjaya dan IP anda telah ditukarkan, ini bermakna perisian tersebut mampu melakukan sambungan VPN dalam suasana rangkaian dengan tapisan sederhana.

Klik untuk muat turun -> UltraVPN

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Halalscape : Pelayar Web Islamik Yang Selamat

0

Mr.Hac mendapat maklumat mengenai Halalscape dari seorang pembaca dan tergerak hati untuk mencuba dan membuat ulasan mengenainya. Pelayar web berasaskan Firefox ini dikatakan berciri Islamik yang pertama di dunia.

Ia mempunyai Parental Control terbina dalaman dan dikatakan mampu menyekat laman-laman web yang mempunyai kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa yang terlupa akan dosa! Hahah! Orang dewasa pun kadang-kadang kena ada ‘parental control’ juga kan!

Ini bukan sahaja bererti laman-laman lucah, tetapi juga laman-laman yang mengandungi Malware. Mr.Hac telah mencuba untuk memuat turun Firesheep dari pelayar web ini, namun ia telah terlebih dahulu menyekat akses Mr.Hac kepada laman pembangun Addon itu.

Untuk sesiapa yang berminat, laman pembangunnya ada menyediakan Addon ‘Muslim prayer times’ beserta AZAN yang boleh ditambah dengan cara memuat turun, dan tak lupa juga Addon ‘Islamic calendar’. Jangan lupa, Addon ini boleh digunakan pada pelayar Firefox! Tak percaya, lihat screenshot di bawah, yang mana Mr.Hac telah mencuba Addon tersebut pada pelayar Firefox:

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Imbas Laman Web Dari Ancaman Malware

0

Jika anda taip sesuatu kata kunci pada laman carian Google, maka pada halaman depannya terpapar pelbagai pautan kepada blog-blog dan juga laman web untuk hasil carian. Pada waktu ini, blog-blog sedang mula memonopoli halaman muka depan Google dengan kaedah Search Engine Optimization (SEO).

Akan tetapi, bagaimana pula jika blog, atau laman-laman web tersebut mengandungi atau menghoskan MALWARE? Ini sudah tentu bakal membahayakan privasi anda selaku pengguna internet.

Oleh itu, Mr.Hac menyarankan agar anda mengimbas (scan) terlebih dahulu pautan (URL) blog-blog atau laman-laman web yang disyaki mengandungi malware yang berbahaya ini dengan pengimbas dalam talian seperti senarai di bawah:

1. Google Safe Browsing : http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=URL-Di Sini

Contoh: http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=myhackersarehere.com

Laman-laman Pengimbas Pautan Dalam Talian Yang Lain:

1. Sucuri Site Check

2. AVG Online Web Page Scanner

3. Online Link Scan

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Linux Mint For The Win! Farewell Ubuntu!

0

Yeah. Ni nak cerita pula pasal Linux Mint. Dulu masa Mr.Hac guna Ubuntu, pada masa tu dalam hati ni dah cakap “Wow.. This is astounding.. The best OS la setakat ni!”
Sebabnya terasa kagum lepas guna Totem Movie Player. Bila ada video yang tidak boleh dimainkan, akan keluar satu popup untuk membantu kita mainkan juga video tersebut dengan memuat turun dan memasang codec yang tiada dalam sistem.

Tak cukup dengan itu, segala yang ada dalam Ubuntu amat menarik hati, daripada tampilan desktop, sehingga kepada pelayar web, semuanya menyebabkan Mr.Hac tidak mahu menggunakan OS lain sehinggalah…

Mr.Hac mencuba Linux Mint.. Sangat mudah, sangat pantas dan ringan. Jika anda merasakan Ubuntu sudah cukup pantas, anda patut cuba Linux Mint kerana ia jauh lebih pantas dari itu. Linux Mint merupakan sebuah distro Linux berasaskan Debian dan Ubuntu yang mana ia merupakan distro dengan penambahbaikan dari OS Ubuntu yang sedia ada. Dari Ubuntu versi terbaharu, ia ditambahbaik lagi dengan codec yang lengkap, system tweak untuk kepantasan dan kemudahan, dan tampilan desktop yang cantik dan menyenangkan mata yang memandang. Ini juga membawa maksud anda tidak perlu lakukan banyak perkara seperti mana Ubuntu setelah memasang Linux Mint. Codec yang dikenali sebagai ubuntu-restricted-extras telah dipasang secara lalai (default) dalam Linux Mint.

Bagi pengguna baharu, Linux Mint adalah distro yang terbaik untuk memulakan langkah mencuba Linux pada komputer. Tambahan pula, segala kemudahan yang dapat dinikmati ketika menggunakan Ubuntu dapat juga digunakan pada Linux Mint. Sebagai contoh, kesemua perisian yang berada dalam Ubuntu Software Center (USC) ada juga di dalam Linux Mint Software Manager. Baris perintah juga tidak jauh berbeza dan boleh dikatakan sama. Bagi mereka yang dah gunakan Linux Mint, tolong tambah jika ada yang tertinggal melalui ruang komen di bawah ya?

Mr.Hac berharap kepada para pengguna Windows di luar sana yang masih takut untuk menggunakan sistem operasi Linux, cubalah Linux Mint hari ini dan rasakan ‘keseronokannya’ atau anda akan ketinggalan berbanding orang lain yang sudah merasainya. Jangan kerana Terminal, baris perintah dan mind set bahawa Windows adalah superior OS serta lebih mudah digunakan menyebabkan anda menjadi manusia pemalas dan penakut! Beside, who said Windows can beat Open Source?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Bypass Websense Menggunakan CMD.

0

Salam~.

Websense. Pasti ramai yang menghadapi masalah dengan Websense kan? Terutamanya yang berada di Pejabat mahupun Sekolah. Kini anda boleh bypass Websense ini menggunakan CMD tanpa software. Saya sendiri sudah mencuba, dan ternyata ianya berkesan.

Bagaimana nak guna cara ini? Okey, apa yang anda perlu adalah CMD atau Command Prompot.
Start > Taip CMD dalam search box anda dan akan keluarlah CMD. Salin kod di bawah dan paste dalam Cmd anda itu.

regsvr32 SOFTPUB.DLL
regsvr32 WINTRUST.DLL
regsvr32 INITPKI.DLL
regsvr32 dssenh.dll
regsvr32 Rsaenh.dll
regsvr32 gpkcsp.dll
regsvr32 sccbase.dll
regsvr32 slbcsp.dll
regsvr32 Cryptdlg.dll

sesudah itu, akan keluarlah satu dialog box seperti ini.
(Desktop Saya. Cantik tak? 😛 ) 
Anda hanya perlu tekan pada butang OK. Setelah siap, CMD akan tertutup dengan sendiri, dan anda sudah boleh masuk ke dalam website yang diblock. 🙂
tetapi saya sarankan anda agar menggunakan Incognito Mode apabila menggunakan ini. Ini kerana, walaupun anda sudah register files .dll ini, Web Browser anda akan menghantar history dan cookies anda ke dalam server mereka. 
Bagaimana nak guna Incognito Mode? Sila baca entry sebelum. Jadi, gunakanlah Incognito Mode dalam Google Chrome dan Firefox, barulah files ini akan tidak akan dikesan oleh system Penyelaras Websense di tempat anda.  🙂 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Firefox Incognito Mode (Private Browsing in Firefox)

0

Salam. 🙂

Dalam entry sebelum ini, saya telah menunjukkan cara untuk melayari internet secara anonymous menggunakan Google Chrome. Dalam entry ini, saya akan menunjukkan cara untuk menggunakan Incognito mode dalam Mozila Firefox.

Okey, masuk Firefox anda dan sesudah itu, tekan Tools > Start Private Browsing.

Dan sesudah anda menekan Start Private Browsing, satu Tab akan keluar.
Tekan pada Start Private Browsing, dan Siap! Anda kini melayari dalam mode Incognito. 🙂
Anda juga boleh menghentikan Private Browsing ini pada bila-bila masa. Caranya, Tekan Tools, dan Stop Private Browsing. 🙂

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Incognito (Private Browsing in Google Chrome)

0

helo3. hehe. salam perkenalan semua. 🙂 .
ini merupakan entry pertama sy dalam Blog ini sebagai Guest Author. hehe. Trima kasih kepada Mr.Hac kerana telah memberikan sy peluang ini. Hehehe. Okay, terus kpada point.

Google Incognito a.k.a Stealth Mode a.k.a Private Browsing dalam Google Chrome. apakah itu? Google Incognito ini adalah satu cara untuk melayari web secara Anonymous.

Bagaimana ianya berfungsi? senang saja. Incognito ini berfungsi apabila anda menggunakan Incognito Windows. Secara kasar, halaman web yang anda buka tidak akan direkod dan file yang anda download tidak akan ada dalam download history anda. sudah pun namanya Private Browsing kan? hehe.
Segala cookies juga akan dipadam setelah anda menutup Incognito windows ini.

Private Browsing ini penting agar maklumat kita tidak terdedah. ok, cara untuk membuka incognito windows ini , Pergi ke Google Chrome, Tekan spanar  kat sblah kanan atas tu, dan tekan New Incognito Windows. atau nak senang lagi, tekan je CTRL + SHIFT + N , dan anda akan terus masuk ke dalam windows tersebut. hehe. orait, selamat mencuba. 🙂 thx Mr. Hac kerana memberikan sy peluang ini. hehe. salam~

Views: 1

Iklan Newspaper Inline