Baiki Error : Ubuntu/Linux Mint Fails To Boot After Update

AKHIRNYA.. Setelah berhempas pulas mencari jalan penyelesaian ke sana ke mari, bertanya dengan kawan-kawan kaedah pembaikan yang terbaik, Mr.Hac menemui sendiri kaedah membaiki GRUB atau MBR yang rosak dengan bantuan beberapa tool!

Bagi mereka yang pernah menghadapi masalah yang sama, sekarang inilah jalan penyelesaiannya.
Ada yang pernah mencadangkan kepada Mr.Hac supaya baiki OS Ubuntu/Linux Mint yang gagal untuk boot ke desktop dengan menggunakan Live CD atau Live USB, tetapi jika Live CD/USB itu sendiri sudah gagal untuk boot hingga ke desktop akibat ‘kesan sampingan’ dari GRUB yang rosak, jadi bagaimana cara terbaik untuk membaikinya tanpa perlu format semula?

Benda Yang Diperlukan:

1. Otak dengan akal fikiran.

2. Boot-Repair-Disk

3. UNetbootin

4. Pemacu kilat USB (USB Flash Drive)

5. Internet (tidak semestinya perlu)

Screenshot Boot-Repair

Kaedah Menggunakan Boot-Repair:

1. Muat turun Boot-Repair-Disk terlebih dahulu.

2. Rakamkan (burn) imej ISO Boot-Repair-Disk ke dalam pemacu kilat USB dengan menggunakan UNetbootin. Gunakan pilihan kedua (Diskimage), pilih imej ISO yang telah dimuat turun tersebut.

3. Setkan tetapan BIOS anda untuk menerima boot dari USB (enable) dan tukarkan ‘Boot Order’. Rujuk Youtube untuk kaedahnya.

4. Mulakan PC/Laptop/Netbook anda yang hendak dibaiki dan boot dari USB.

5. Langkah seterusnya akan terpapar antaramuka pengguna, pilih sama ada 32 atau 64 bit.

6. PC/Laptop/Netbook anda akan boot hingga ke desktop namun menggunakan sistem operasi ‘poket’ atau ‘mini’ dari USB tersebut (kalau tak silap dalam bentuk LXDE desktop).

7. Pilih ‘Recommended repair’ (Pilihan pertama)

8. Restart/Reboot PC/Laptop/Netbook anda.

9. Selesai! Semuanya dah beres!

P/S: Sekiranya ada apa-apa masalah, anda boleh rujuk forum Ubuntu.

Special thanks to bro Deensokmo!!

RUJUKAN:

1. Recovering Ubuntu

2. Ubuntu Secured Remix

3. [Boot-Repair] Graphical tool to repair the PC boot in 1 click!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img