Linux Mint For The Win! Farewell Ubuntu!

Yeah. Ni nak cerita pula pasal Linux Mint. Dulu masa Mr.Hac guna Ubuntu, pada masa tu dalam hati ni dah cakap “Wow.. This is astounding.. The best OS la setakat ni!”
Sebabnya terasa kagum lepas guna Totem Movie Player. Bila ada video yang tidak boleh dimainkan, akan keluar satu popup untuk membantu kita mainkan juga video tersebut dengan memuat turun dan memasang codec yang tiada dalam sistem.

Tak cukup dengan itu, segala yang ada dalam Ubuntu amat menarik hati, daripada tampilan desktop, sehingga kepada pelayar web, semuanya menyebabkan Mr.Hac tidak mahu menggunakan OS lain sehinggalah…

Mr.Hac mencuba Linux Mint.. Sangat mudah, sangat pantas dan ringan. Jika anda merasakan Ubuntu sudah cukup pantas, anda patut cuba Linux Mint kerana ia jauh lebih pantas dari itu. Linux Mint merupakan sebuah distro Linux berasaskan Debian dan Ubuntu yang mana ia merupakan distro dengan penambahbaikan dari OS Ubuntu yang sedia ada. Dari Ubuntu versi terbaharu, ia ditambahbaik lagi dengan codec yang lengkap, system tweak untuk kepantasan dan kemudahan, dan tampilan desktop yang cantik dan menyenangkan mata yang memandang. Ini juga membawa maksud anda tidak perlu lakukan banyak perkara seperti mana Ubuntu setelah memasang Linux Mint. Codec yang dikenali sebagai ubuntu-restricted-extras telah dipasang secara lalai (default) dalam Linux Mint.

Bagi pengguna baharu, Linux Mint adalah distro yang terbaik untuk memulakan langkah mencuba Linux pada komputer. Tambahan pula, segala kemudahan yang dapat dinikmati ketika menggunakan Ubuntu dapat juga digunakan pada Linux Mint. Sebagai contoh, kesemua perisian yang berada dalam Ubuntu Software Center (USC) ada juga di dalam Linux Mint Software Manager. Baris perintah juga tidak jauh berbeza dan boleh dikatakan sama. Bagi mereka yang dah gunakan Linux Mint, tolong tambah jika ada yang tertinggal melalui ruang komen di bawah ya?

Mr.Hac berharap kepada para pengguna Windows di luar sana yang masih takut untuk menggunakan sistem operasi Linux, cubalah Linux Mint hari ini dan rasakan ‘keseronokannya’ atau anda akan ketinggalan berbanding orang lain yang sudah merasainya. Jangan kerana Terminal, baris perintah dan mind set bahawa Windows adalah superior OS serta lebih mudah digunakan menyebabkan anda menjadi manusia pemalas dan penakut! Beside, who said Windows can beat Open Source?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img