Utama Blog Laman 326

Facebook Bekerjasama Dengan Websense!!

0

Facebook kini bekerjasama dengan syarikat penapisan internet yang terkenal iaitu Websense untuk melindungi penggunanya dari ancaman pautan berbahaya (Malicious Links).

Jika pengguna klik pada mana-mana pautan yang dikategorikan sebagai ‘Malicious Links’ oleh Websense, satu paparan amaran akan dikeluarkan dan ia akan menyarankan pengguna untuk kembali kepada halaman sebelumnya. Satu butang ‘Return to previous page’ yang besar terletak di sebelah kanan manakala jika pengguna tegar untuk pergi juga kepada pautan tersebut, satu pilihan ‘Ignore this warning’ terdapat disebelah kiri dalam saiz yang kecil!

Imej dari http://www.informationweek.com/

Sistem penapisan itu dikuasakan oleh Websense’s ThreatSeeker Cloud dan Advanced Classification Engine (ACE). Ia merupakan sistem yang menyimpan dalam pangkalan datanya segala maklumat berkaitan dengan pautan mahupun laman yang berbahaya. Selain itu sistem ini juga mampu mengesan pautan berbahaya yang belum dikesan oleh sistem itu sendiri mahupun mana-mana perisian antivirus dan internet security, seolah-olah ia mempunyai kebijaksanaan Heuristik.

Canggih?? Ada lagi! Sistem ini juga dikatakan akan ‘mengikuti’ mana-mana pautan yang dibuat oleh khidmat/servis ‘URL Shortener’ seperti bit.ly, adf.ly, goo.gl dan lain-lain lagi untuk memastikan keselamatan penuh penggunanya! Ini bererti mana-mana pautan yang membawa kepada laman palsu (phishing) akan disekat oleh Websense sebelum dapat dimanipulasikan oleh pembuatnya!

Websense juga mengeluarkan Defensio, sejenis aplikasi untuk pengguna Facebook memantau jenis-jenis pautan yang boleh di pos ke Wall mereka. Ia bukan sahaja mampu menyekat pautan berbahaya seperti phishing, tetapi juga mampu menyekat pautan berunsur lucah, perjudian, dadah, keganasan, ucapan berbaur kebencian dan lain-lain lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu One Kini Dilancarkan Untuk Windows

0

Ini ada satu lagi berita baik untuk para pengguna. Ruangan storan awan (Cloud Storage) Ubuntu, Ubuntu One kini melancarkan untuk pengguna sistem operasi Windows. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi Ubuntu One pada komputer dan memasangnya untuk menikmati ruang storan awan sebanyak 5GB!

Faedah yang dapat dinikmati oleh pengguna tegar Ubuntu ini dapat dinikmati pula oleh pengguna Windblows Windows. Sesungguhnya SUMBER TERBUKA sememangnya akan sentiasa terbuka kepada semua biarpun dari pengguna sumber terkatup tertutup!

Anda cuma perlu muat turun perisian Ubuntu One untuk Windows dan ikuti langkah-langkah pengaktifannya di sini -> Ubuntu One Windows Installer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Login Youtube Dengan Akaun Gmail

0

Ada berita baik untuk semua. Kini anda boleh log masuk (Login) ke dalam Youtube dengan menggunakan akaun e-mel Google (Gmail) yang sedia ada. Tidak perlu lagi untuk mencipta akaun Youtube yang baru dimana sebaik sahaja anda log masuk menggunakan Gmail, anda akan diberikan pilihan sama ada ingin menaik taraf kepada akaun Youtube atau tidak.

Untuk menghubungkan akaun Gmail sekaligus menaik taraf ia kepada akaun Youtube, pertama sekali anda perlu log masuk ke Youtube menggunakan akaun Gmail anda.
Kemudian, klik pada pautan ini -> Upgrade

Faedahnya? Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencipta akaun Youtube yang baru dan selepas menghubungkan Gmail dengan akaun Youtube, anda akan dapat melakukan kesemua yang boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai akaun Youtube. Menarik bukan?

P/S: Bagus juga Google beli Youtube. Senang-senang je macam-macam faedah yang kita dapat!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tukar AM : PM Jam Desktop Menjadi Nama Anda

0

Salammm.. Lagi entri trick untuk anda! hehe. Tukar AM : PM jam di desktop menjadi nama anda. Menarik bukan? Hehe. Okay, terus kepada langkah-langkahnya.

Untuk pengguna Windows XP dan Windows 7.
1.—> Pergi ke Control Panel dan Klik pada Region And Language. Pastikan anda menukar paparan control panel anda menjadi “small Icons” atau “Classic Mode”.

2.—> Klik pada Additional Settings.

3.—>  Dalam tab Additional Settings tu, pergi ke tab “Time”.
4.—> Padamkan AM dan PM itu dan gantikan mengikut kesukaan anda. Klik pada Apply dan Ok.

p/s : Dalam Win XP pun settingsnya sama sahaja. 🙂
Selamat Mencuba ! 🙂

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Buat Komputer Anda Bercakap Apa Yang Anda Taip

0

Salamm. Lama dah saya tidak masuk sini kan. Minta maaf ya Mr. Hac. Saya busy dengan assignment. Hehe. Kepada yang bertanyakan tentang entri saya sebelum ini, nanti saya reply secepat mungkin.

Ok, terus pada Title. Trick biasa dan  mudah je ni. hehe. Secara kasarnya, anda boleh membuat komputer anda bercakap mengikut perkataan yang anda taip.

Langkah pertama, Buka notepad, dan copy-paste item di bawah ini.

Dim message, sapi
message=InputBox(“What do you want me to say?”,”Speak to Me”)
Set sapi=CreateObject(“sapi.spvoice”)
sapi.Speak message













2. --> Save dengan menggunakan nama "Speak.vbs" dan tekan enter.









3. ---> Tekan pada file "Speak.vbs" itu dan taipkan perkataan yang anda mahu. 



Selamat Mencuba. :) 
 
Kredit: http://theheatweb.com/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

RedZone.My : Web Hosting Terbaru Paling Murah!

0

Ini merupakan tawaran yang paling hebat setakat yang Mr.Hac tahu! Mr.Hac telah menerima e-mel dari individu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘synruz ensha’. Beliau memperkenalkan kepada Mr.Hac akan web hosting terbaru iaitu RedZone yang dilancarkan pada hari Sabtu, 1/10/2011! Baru sangat tu!
Antara soalan cepumas yang Mr.Hac tanya ialah “Protection dari hackers ade tak?” Heheh! ^^
Berikut Mr.Hac quote sebahagian dari e-mel tersebut:

Untuk pengetahuan Mr Hac, kami menjual 1 pakej pada harga RM399 untuk renew setiap tahun adalah pada harga RM149. Berkaitan ape yang terdapat dalam pakej tersebut sy akan update semula untuk memberi maklumat yg lebih detail. Slepas mendapat semua maklumat sy akan update kepada Mr Hac dan berharap Mr Hac akan paparkan entry Redzone Webhosting. Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat pada Redzone Webhosting :

1. 50 GB of Web Space
2. UNLIMITED GB of Bandwith
3. UNLIMITED Email Account
4. UNLIMITED Domain Hosting
5. UNLIMITED Subdomain
6. UNLIMITED MySQL Databse
7. FREE Site Builder
8. FREE Auto Seller
9. FREE Domain Name
10. FREE Instant Setup
11. No Hidden Fees

Berkaitan dengan protection dr hackers, team developers Redzone memberi jaminan bahawa security adalah terjamin dan sebarang masalah blh hubungi bahagian teknikal Redzone.

Murah dan tawaran yang gempak! Setahun cuma perlu bayar RM149 sahaja!
Cuma buat masa ini mereka hanya menyediakan bayaran melalui PayPal (Alamak.. ‘potong’)
Kalau anda mahu membuat pembayaran secara terus (bank in), anda perlu menghubungi beliau dan anda akan memperolehi pakej yang dijanjikan selepas membuat pembayaran.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi synruz ensha di alamat e-mel synruz_murder@yahoo.co.uk

P/S: Mr.Hac pun masih kurang jelas mengenai proses pembayaran. Harap synruz boleh tampil di sini membuat penjelasan yang lebih terperinci.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Welcome! Welcome! Welcome Bro pr67am™!

0

Kalau masuk ni, dah ada 5 orang penulis jemputan (tak kisah la yang aktif atau tidak).
Gempak tak? Mr.Hac berharap sangat kehadiran mereka akan memantapkan lagi entri-entri dalam blog ini. Kepada bro pr67am™, Mr.Hac harap anda dapat kongsikan di sini ilmu dan pengalaman ada dalam bidang IT. Kalau bukan pasal hacking pun tak mengapa, janji ada benda baru di sini!
Selamat datang diucapkan!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

BlueStacks : Pemain Aplikasi Android Untuk Windows

0

Salam. Hari ni pd0sh nak memperkenalkan BlueStacks, Yay!

BlueStacks merupakan pemain aplikasi android untuk Windows. BlueStacks masih lagi dalam peringkat alpha dan belum di”release”kan kepada umum. Jadi kalau anda mahu cuba BlueStacks ini boleh la daftar sebagai alpha tester dekat sini. BlueStacks akan direlease untuk alpha tester pada 11 Oktober ini melalui email anda.
(Link untuk download akan diberi melalui email)

Ni demo BlueStacks yang sangat cool!
Macam best kan??

Tak sabar tunggu 11 Oktober.
Nanti rajin-rajin la check email =)

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hack Windows Administrator Password : PC Login Now

0

PC Login Now bukanlah dicipta dengan tujuan untuk menggodam (hack) kata laluan akaun pentadbir (Administrator) Windows sebenarnya. Tajuk tu gempak je! Hehe!

Kegunaan tool ini lebih kepada pemulihan (recovery) kerana kalau Mr.Hac nak sebut perkataan ‘godam’ macam kurang sesuai pula (Segan dengan bro Fikri). Ye lah. Pakai tool la katakan. Tapi kebolehan tool ini sememangnya merangkumi pemulihan kata laluan dalam kes sekiranya anda terlupa atau buat-buat lupa!

Antara Ciri-Ciri PC Login Now ialah:

1. Kadar pemulihan sehingga 100%

2. Set semula kata laluan Windows Logon

3. Ubah akaun biasa kepada Administrator

4. Kunci/Disable akaun Windows

5. Menetapkan kata laluan kepada status tanpa luput (never expired)

6. Menyokong syskey

7. PERCUMA seumur hidup!

Cara-cara Menggunakannya:

1. Muat turun fail ISO PC Login Now di sini -> PC Login Now

2. Rakamkan (burn) ke dalam CD menggunakan perisian ImgBurn atau perisian-perisian lain yang seumpama dengannya.

3. Boleh juga rakamkan ke dalam USB Pendrive menggunakan UNetbootin. Pilih pada pilihan kedua (Diskimage)

4. Set BIOS untuk boot sama ada dari CD/DVD-ROM atau USB Pendrive.

5. Jika PC anda gagal boot secara automatik, tekan kekunci esc atau F9 atau mana-mana kekunci yang membolehkan anda menukar ‘boot order’. Selepas itu, pilih untuk boot dari CD/DVD-ROM atau USB Pendrive.

6. Anda akan dapat melihat seperti di bawah, klik Next:

7. Anda perlu pilih sistem operasi yang terpapar:

8. Pilih pula akaun pengguna (User):

9. Menukar status akaun:

10. Jika anda menemui keadaan akaun seperti ini, maka ia bererti tidak boleh diubahsuai:

11. Hanya perlu klik Next dan selesai! Reboot PC anda untuk menggunakannya!

Kredit Gambar: PC Login Now Guide

Entri ini Mr.Hac dedikasikan untuk bro DGodam. Kat mana ko sekarang bro? Sampai sekarang senyap.
Aku rindukan sifu aku!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Skin Pack 7.0 For Windows 7

0

Ubuntu Skin Pack ini telah diberikan oleh Penulis/Admin dari blog Bagas31.com, Bro Idshan. Kredit kepada beliau! (Bro Idshan minta Mr.Hac remove link credits yang diberikan kepada blog tersebut sebentar tadi)

Dah jelas katanya, perisian ini digunakan oleh siapa dan untuk apa. Ia hanya untuk pengguna Windows 7 (32bit dan 64bit) dan digunakan untuk merubah penampilan Windows 7 supaya menjadi tak ubah seperti Ubuntu! Sama ada dari Logon Screennya, Taskbar, Windows Explorer, Icon, dan banyak lagi!

Windows 7 32bit -> UploadUR

Windows 7 64bit -> UploadUR

Jangan risau bro Idshan. Mr.Hac muat naik 100% macam yang kamu bagi ok. So kredit dalam tu tak diusik. Cheelllaaxxx..

Views: 4

Iklan Newspaper Inline