Facebook Bekerjasama Dengan Websense!!

Facebook kini bekerjasama dengan syarikat penapisan internet yang terkenal iaitu Websense untuk melindungi penggunanya dari ancaman pautan berbahaya (Malicious Links).

Jika pengguna klik pada mana-mana pautan yang dikategorikan sebagai ‘Malicious Links’ oleh Websense, satu paparan amaran akan dikeluarkan dan ia akan menyarankan pengguna untuk kembali kepada halaman sebelumnya. Satu butang ‘Return to previous page’ yang besar terletak di sebelah kanan manakala jika pengguna tegar untuk pergi juga kepada pautan tersebut, satu pilihan ‘Ignore this warning’ terdapat disebelah kiri dalam saiz yang kecil!

Imej dari http://www.informationweek.com/

Sistem penapisan itu dikuasakan oleh Websense’s ThreatSeeker Cloud dan Advanced Classification Engine (ACE). Ia merupakan sistem yang menyimpan dalam pangkalan datanya segala maklumat berkaitan dengan pautan mahupun laman yang berbahaya. Selain itu sistem ini juga mampu mengesan pautan berbahaya yang belum dikesan oleh sistem itu sendiri mahupun mana-mana perisian antivirus dan internet security, seolah-olah ia mempunyai kebijaksanaan Heuristik.

Canggih?? Ada lagi! Sistem ini juga dikatakan akan ‘mengikuti’ mana-mana pautan yang dibuat oleh khidmat/servis ‘URL Shortener’ seperti bit.ly, adf.ly, goo.gl dan lain-lain lagi untuk memastikan keselamatan penuh penggunanya! Ini bererti mana-mana pautan yang membawa kepada laman palsu (phishing) akan disekat oleh Websense sebelum dapat dimanipulasikan oleh pembuatnya!

Websense juga mengeluarkan Defensio, sejenis aplikasi untuk pengguna Facebook memantau jenis-jenis pautan yang boleh di pos ke Wall mereka. Ia bukan sahaja mampu menyekat pautan berbahaya seperti phishing, tetapi juga mampu menyekat pautan berunsur lucah, perjudian, dadah, keganasan, ucapan berbaur kebencian dan lain-lain lagi.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img