Hack Windows Administrator Password : PC Login Now

PC Login Now bukanlah dicipta dengan tujuan untuk menggodam (hack) kata laluan akaun pentadbir (Administrator) Windows sebenarnya. Tajuk tu gempak je! Hehe!

Kegunaan tool ini lebih kepada pemulihan (recovery) kerana kalau Mr.Hac nak sebut perkataan ‘godam’ macam kurang sesuai pula (Segan dengan bro Fikri). Ye lah. Pakai tool la katakan. Tapi kebolehan tool ini sememangnya merangkumi pemulihan kata laluan dalam kes sekiranya anda terlupa atau buat-buat lupa!

Antara Ciri-Ciri PC Login Now ialah:

1. Kadar pemulihan sehingga 100%

2. Set semula kata laluan Windows Logon

3. Ubah akaun biasa kepada Administrator

4. Kunci/Disable akaun Windows

5. Menetapkan kata laluan kepada status tanpa luput (never expired)

6. Menyokong syskey

7. PERCUMA seumur hidup!

Cara-cara Menggunakannya:

1. Muat turun fail ISO PC Login Now di sini -> PC Login Now

2. Rakamkan (burn) ke dalam CD menggunakan perisian ImgBurn atau perisian-perisian lain yang seumpama dengannya.

3. Boleh juga rakamkan ke dalam USB Pendrive menggunakan UNetbootin. Pilih pada pilihan kedua (Diskimage)

4. Set BIOS untuk boot sama ada dari CD/DVD-ROM atau USB Pendrive.

5. Jika PC anda gagal boot secara automatik, tekan kekunci esc atau F9 atau mana-mana kekunci yang membolehkan anda menukar ‘boot order’. Selepas itu, pilih untuk boot dari CD/DVD-ROM atau USB Pendrive.

6. Anda akan dapat melihat seperti di bawah, klik Next:

7. Anda perlu pilih sistem operasi yang terpapar:

8. Pilih pula akaun pengguna (User):

9. Menukar status akaun:

10. Jika anda menemui keadaan akaun seperti ini, maka ia bererti tidak boleh diubahsuai:

11. Hanya perlu klik Next dan selesai! Reboot PC anda untuk menggunakannya!

Kredit Gambar: PC Login Now Guide

Entri ini Mr.Hac dedikasikan untuk bro DGodam. Kat mana ko sekarang bro? Sampai sekarang senyap.
Aku rindukan sifu aku!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img