Utama Blog Laman 325

Apa Itu Trafik Organik?

0

Mr.Hac masih belum menemui nama yang sesuai untuk kaedah yang Mr.Hac olah-cipta. Jika anda mempunyai idea yang bernas, tolong namakan boleh? Ada yang mengatakan formula sebegini hanya satu penipuan (scam) tetapi Mr.Hac sendiri telah marasai hasilnya. Dan ilmu yang bakal Mr.Hac berikan nanti semuanya PERCUMA saja. Jadi terpulang kepada penilaian anda.

Pengenalan Kepada Trafik Organik (Organic Traffic)

Quote dari Wikipedia:

Web traffic which comes from unpaid listing at search engines or directories is commonly known as “organic” traffic. Organic traffic can be generated or increased by including the web site in directories, search engines, guides (such as yellow pages and restaurant guides), and award sites.

Dapatlah difahami dengan mudah bahawa trafik organik ialah trafik web yang datang dari enjin carian hasil dari pencarian kata kunci yang berkait rapat dengan penggunaan menyeluruh hasil paparan muka depan enjin carian itu sendiri.

Bagaimana mengoptimumkan penggunaan enjin carian untuk mendapatkan trafik organik yang maksimum? Merujuk kepada Ryan Deiss, terdapat 3 algoritma Google yang perlu diketahui dan difahami oleh semua iaitu:

1. Isi kandungan (kata kunci, nama domain, tag, dan lain-lain)

2. Pautan (inbound, outbound, dan lain-lain)

3. AKTIVITI (trafik, langganan RSS, komen, kemaskini, dan lain-lain)

Matlamat kita adalah untuk mendapatkan ranking pertama (kalau boleh) hingga ke sepuluh pada paparan muka depan hasil enjin carian. Berikut adalah contoh dari Mr.Hac:

Dapat dilihat keputusan hasil carian bagi setiap kata kunci yang disasarkan adalah berjaya melalui google.com. Meskipun tersenarai pada nombor 7, mahupun 10, ia akan tetap memberi trafik organik yang jauh lebih banyak berbanding paid listing. Anda perlu tahu bahawa antara google.com dan google.com.my mempunyai hasil carian yang BERBEZA. Oleh itu dengan mengoptimumkan keputusan hasil carian untuk ‘memihak’ kepada blog anda tidak kira dari mana-mana enjin carian utama, terutamanya Google adalah prioriti nombor 1 supaya anda akan sentiasa MENANG di muka depan Google.

Kebanyakkan orang di luar sana mengakui mereka adalah PAKAR kepada kaedah ini, yang umumnya dikenali sebagai Search Engine Optimization (SEO). Namun mereka sebenarnya tidak lebih dari sekadar TAHU, berbanding perkataan PAKAR yang merujuk kepada kearifan dalam bidang tersebut.

Kerana SEO bukan hanya sekadar bermain dengan perkataan, kata kunci, pengubahsuaian templat blog untuk menjadikan ia ‘mesra’ enjin carian, dan contoh-contoh lain. Ia LEBIH dari itu. Kerana setiap kata kunci yang diinginkan untuk digunapakai mempunyai sasaran (target) tertentu, oleh itu anda sepatutnya sudah dapat menjangkakan berapa banyak jumlah pelawat unik yang akan diterima jika ia berjaya. Disebabkan ia perlu kepada satu golongan sasar, maka KAJIAN lanjut perlu dibuat agar kata kunci itu menepati kehendak carian semasa mahupun akan datang.

Pada entri akan datang Mr.Hac akan mengupas dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh dicapai
melalui 3 algoritma Google itu tadi.
Sampai berjumpa lagi, Wassalam.

UPDATED SCREENSHOT:

Serammm niiiiehhhhh.. ^^

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Perpetual Traffic Formula : Reupload, Reborn, Reality

0

Ramai antara sahabat-sahabat blog Mr.Hac yang mahu Mr.Hac menulis mengenai kaedah memanipulasi algoritma Google yang satu ini, iaitu Perpetual Traffic Formula. Namun atas sebab-sebab hak cipta, Mr.Hac tidak mahu mengulas lanjut berkenaan formula trafik organik (Organic Traffic) ini. Akan tetapi, Mr.Hac akan menulis mengenai kaedah trafik organik yang Mr.Hac olah-cipta sendiri.
Nama formula ini? YOU GIVE THE NAME. Can you?

Kaedah ini tidak jauh berbeza dengan Perpetual Traffic, namun anda perlu tahu algoritma Google bukanlah mainan anak-anak. Jadi sebelum Mr.Hac menulis entri lanjutan dari entri ini, Mr.Hac mahu anda fikirkan bahawa untuk mendapatkan trafik YANG SEPATUTNYA mengikut niche blog masing-masing ialah tidak begitu sesusah yang disangka. Jika mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan bloggers, Mr.Hac mungkin akan menulis e-book lagi untuk anda.

Mr.Hac akui, pada mulanya memang agak kecewa bila mengenangkan trafik blog ini yang hanya mampu mencecah 1000-2000 Unique Visitors (UV) sehari, berbanding blog hiburan, politik atau blog peribadi yang dapat mencecah rekod sehingga 50,000-100,000 UV sehari. Jika ‘bernasib baik’ barulah MyHackersAreHere boleh mencecah sehingga 4000 UV. Namun apabila dikenangkan kembali, dengan Hacking Tutorial Niche sebagai nadi utama blog, Mr.Hac kembali berpuas hati kerana itulah jumlah yang SEPATUTNYA. Kenapa? Kerana bila dikaji semula tabiat membaca dikalangan rakyat Malaysia khususnya Melayu untuk niche blog sebegini sememangnya berada dalam jumlah yang agak mengecewakan boleh berpuas hati.

Untuk entri-entri yang akan datang, jika berkesempatan untuk berkongsi, Mr.Hac akan memberikan tips-tips mendapatkan trafik organik yang berterusan dan dalam jumlah yang SEPATUTNYA bagi blog anda. Tidak kisahlah anda menggunakan platform blogger atau wordpress sebagai platform, ia sesuai untuk semua.

Hari ini, muat turun terlebih dahulu kesemua pra-tonton teknik/kaedah Perpetual Traffic Formula yang diasaskan oleh Ryan Deiss. Apa yang pasti, anda tidak perlu membayar lagi untuk trafik masuk secara ‘sukarela’ ke blog anda. Tiada teknik KOTOR lagi MURAHAN yang digunakan. Cukup sekadar Google sebagai rakan blog anda. Terima kasih kerana membaca.

Klik untuk muat turun:

1. Perpetual Traffic Formula

2. Traffic Formula (Video 1)

3. Traffic Formula (Video 2)

4. Cherry Picker Software (Video)

5. Authority Codes (Video)

Tips: Klik pada ‘Direct download’ untuk kelajuan muat turun yang stabil, tinggi dan tanpa waktu menunggu.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ultimate Windows Context Menu Customizer: Aplikasi Klik Kanan Terbaik

0

Salam..semuanya.

Spekulasi bajet 2012 sudahpun reda..damm! Bajet yang tak terkata..Macam mana? Puas hati semua..?

Hidup mesti diteruskan..Kembali kepada entri . Hari ini kita hendak memperkenalkan satu aplikasi yang akan menyenangkan kerja semua orang. Satu kerja yang mudah akan menjadi bertambah mudah hanya dengan beberapa langkah mudah.

Ultimate Windows Context Menu Customizer nama yang agak berjela tetapi sebenarnya ringkas untuk di adaptasikan. Terlalu mudah untuk digunakan termasuk kaum pemula. Dan yang penting sekali ianya percuma, mudah alih, bebas virus dan selamat digunakan.


Ianya adalah aplikasi yang membenarkan anda untuk menambah, mengubah, mematikan dan membuang menu di klik kanan mengikut keperluan anda. Anda boleh melancarkan program rutin tanpa perlu meraba kat start menu yang sudah sedia sesak itu. Anda juga boleh membuka fail atau folder hanya dengan 2 klik sahaja. Tambah menarik lagi anda juga boleh melancarkan laman sesawang kesukaan anda dengan lebih pantas.Terlalu mudahkan?


Terlalu banyak fungsi dalam satu aplikasi. Kerana itu kita anggap ini adalah aplikasi klik kanan yang terbaik kita temui. Hakikatnya terlalu banyak yang seumpamanya di luar sana..namun bagaikan ada yang tiada setelah kita ujicuba. Rajin-rajinlah menggodek pasti tambah lebih menarik. Jangan takut mencuba kerna ianya takkan mendatangkan impak yang tak munasabah ke atas komputer anda.

OS: Windows XP, Vista and 7

Klik sini-> UMCMC ©pr67am™201110

Kata laluan: pr67am

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Supertuxkart : Permainan Yang Menceriakan

0

Lama sungguh rasanya tak update. Mr.Hac baru balik dari bercuti. Maaf kiranya ada antara anda yang bosan menunggu entri baru. Oleh itu Mr.Hac bawakan kepada anda entri yang ‘ringan’ untuk permulaan sekembalinya Mr.Hac ke sini ok?

Mr.Hac baru lepas pasang sebuah permainan (game) pada Linux Mint yang diberi nama sebagai Supertuxkart. Permainan ini telah mengingatkan Mr.Hac kepada Crash Bandicoot, permainan perlumbaan kereta kecil kart dengan haiwan sebagai watak utamanya dan anda boleh menggunakan pelbagai ‘keistimewaan’ yang diperolehi di pertengahan perlumbaan dan memanipulasikannya untuk mencapai kemenangan.

Antara keistimewaan yang dimaksudkan itu ialah kebolehan untuk menembak kereta lawan dengan menggunakan bom. Cara mendapatkannya ialah dengan melanggar kotak-kotak yang terdapat pada jalan dan setelah melanggar, anda akan mendapat pelbagai jenis keistimewaan secara rawak.

Berikut adalah beberapa paparan skrin (screenshot) dari permainan ini:

Untuk pengetahuan anda, permainan ini hanya untuk Ubuntu dan Linux Mint sahaja. Untuk Windows.. Errr.. Anda buat dual boot dengan Ubuntu atau Linux Mint sahajalah ya! Untuk Windows memang tiada..

Mr.Hac menggalakkan anda mencuba permainan ini kerana yang pertamanya, ia adalah permainan dengan paparan 3D, yang kedua ianya PERCUMA dan yang ketiga disebabkan ia percuma, anda tidak perlu mencari patch atau crack dan terdedah kepada virus. Tambahan lagi, ia amat menyeronokkan! Anda tidak akan bosan lagi pada waktu lapang anda.

Untuk memasangnya, jika anda pengguna Ubuntu, anda boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center, dan jika anda pengguna Linux Mint, sila pasangnya melalui Software Manager. Jika anda pengguna Windows pula, anda boleh muat turun fail pemasangnya (installer) di sini -> Supertuxkart 0.7.2
Eh.. alamak! Kantoi pulak! Ada la untuk pengguna Windows! Saja je nak buat gempak sikit!
Sedih ke tadi? Hahahah!

Chow sin chiiiiii..!!

RUJUK:

1. Supertuxkart

2. Blog – Supertuxkart

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Cara Bypass Sharecash Yang Berkesan!

0

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya.. Perghhh.. Introoo..

Ok..Ok.. Abaikan.. Mr.Hac ingin memberikan kepada anda sebuah tool yang diberi nama Epic Shitcash Downloader. Kegunaan tool ini adalah untuk membantu anda bypass sharecash survey dengan berkesan. Sila tonton video di bawah:

Anda boleh lihat hasil imbasan virus di VirusTotal:

Hasil imbasan ini adalah dari Mr.Hac sendiri. Oleh itu anda tidak perlu ragu dengan integritinya. Mr.Hac telah memuat naik ia ke dalam UploadUR untuk dikongsikan bersama dengan anda semua. Mediafire? Sori la..Kalau bagi kerja tu SENANG sangat takut nanti tak reti nak appreciate usaha orang. Lagipun, saiz fail ini sangat KECIL. Tak perlu bimbang tentang kelajuan server.

Klik -> Epic Shitcash Downloader

Mr.Hac:
Jangan lupa baca Read Me 1st tu ok!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Download Ubuntu Unleashed 2011 Edition Covering 10.10 and 11.04, 6th Edition E-Book

0

E-Book dalam format PDF ini adalah antara E-Book kegemaran Mr.Hac. Tapi kali ini Mr.Hac ingin berkongsi dengan anda semua setelah selesai memuat naiknya ke dalam laman UploadUR.com.

E-Book ini menceritakan segala-gala maklumat yang terperinci mengenai Ubuntu (Versi 10.10 dan 11.04) dari proses pemasangannya (installation) sehinggalah kepada cara menggunakan dan mentadbir Ubuntu dengan berkesan serta menyeluruh.

Selain itu, ia sesuai untuk mereka yang mahu keluar dari kebiasaan penggunaan asas. Meskipun ia
disasarkan kepada pengguna biasa hinggalah pengguna termaju (advance), pengguna baru yang membaca buku ini dengan baik akan dapat memanfaatkan pelbagai tips dan trik di dalamnya. Apa yang paling penting ialah ia akan membantu anda mengurangkan rasa takut untuk mencuba sistem operasi Linux terutamanya Ubuntu yang sangat mesra pengguna baru!

Mr.Hac: Versi Ubuntu Unleashed 2012 masih belum diperolehi lagi. Tiada yang memuat naik ia ke dalam laman perkongsian fail. Oleh itu tunggu masanya nanti, ia pasti akan dapat ke tangan Mr.Hac juga!

Klik -> Ubuntu Unleashed 2011 Edition Covering 10.10 and 11.04, 6th Edition

UPDATE:

Mediafire -> Ubuntu Unleashed 2011 Edition Covering 10.10 and 11.04, 6th Edition

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OpsIsrael: Pendamaian Hacker Malaysia dan Indonesia

0

Ini ada satu lagi berita menarik yang Mr.Hac dapat dari blog kenahack.com.

OpsIsrael ialah sebuah operasi yang menyeru kesemua penggodam-penggodam (tidak kira taraf anda dari Lamer hingga ke Elite) yang beragama Islam untuk melakukan penetration testing keatas
laman berdomain .il.

Quote dari kenahack.com:

Pengumuman ini tidak bermaksud KH menggalakkan aktiviti godaman ( hacktivism ) , namun sebagai penyelesaian pencerobohan laman negara Indonesia dan Malaysia yang berkesudahan dengan pergaduhan , maki memaki , caci mencaci yang sememangnya merugikan ilmu yang ada serta mencerminkan sikap penganut agama Islam yang kita semua cintai ini.

Cara menyertai #OpsIsraeL:

1 – Pentest / deface ( defacement perlu letak perkataan OpsIsraeL )
2 – Notify @ zone-h ( notifier = OpsIsraeL )
3 – Contoh : http://zone-h.org/mirror/id/15544403

Paparan skrin (screenshot) contoh godaman yang telah dilakukan:

Senarai laman yang telah digodam diletakkan di sini -> http://zone-h.org/archive/notifier=Opsisrael

Satu lagi quote dari KH:

Turut digalakkan menyokong daripada peserta negara lain

OpsIsrael tidak dicadangkan oleh KH , ianya sepakat daripada supporter. KH cuma dilantik sebagai media. Harap Maklum.

Berita penuh di sini -> KH

Mr.Hac: Mari kita pamerkan kebencian terhadap Israel melalui segala perbuatan yang termampu. Jangan hanya lembut lidah berkata-kata tapi anda tidak berbuat apa-apa. Ramai rakan-rakan penggodam Mr.Hac dari Indonesia yang menyertai operasi ini (Rujuk KH). Mr.Hac berharap anda yang mampu melakukannya akan turut serta.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Ace Translator: Terjemahkan Bahasa Dunia

0

Salam..

Menyusul lagi dgn sebuah perisian yg agak ringkas tetapi amat besar fungsinya. Bilamana kita menjelajah alam maya, kita akan temui berbagai jenis bahasa. Yang pastinya kita takkan mampu nak faham kesemua bahasa tersebut. Lebih malang lagi bila tersinggah di laman China, Jepun, Spain dan seumpamanya..haram satupun kita tak faham!

Demi merungkai sedikit sebanyak masalah tersebut kita perkenalkan Ace Translator kpd semua. Menyokong 64 bahasa di dunia dgn 41 bahasa yg boleh ‘bercakap’ (text-to-speech). Di samping memahami terjemahan bolehlah belajar pula cara sebutannya. Menarik tak?

Tambah menarik lagi Ace Translator juga menyokong Bahasa Melayu. Sedia maklum tidak banyak perisian yg boleh menyokong bahasa kita. Walaupun AceTranslator bukanlah 100% sempurna tapi memadailah memahami sedikit terjemahan daripada langsung tak faham apa-apa.

Sayugia di ingatkan persisian ini hanya boleh di gunakan dgn talian internet. Untuk yg berminat, di sini kita kongsikan siri terkini Ace Translator versi mudah alih ( portable).

Di ujicuba: Windows 7 Ultimate SP1 x32

Klik -> AceTranslator 9.2.0.616 ©pr67am™201110

Kata laluan: pr67am

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Soluto: Software Anti-Kekecewaan

0

Soluto merupakan software PERCUMA yang dapat mengoptimumkan sistem komputer anda.
Didatangkan dengan GUI yang menarik dan mudah untuk para pengguna.

Apa yang Soluto boleh buat?
   – Dapat menyingkatkan masa boot komputer anda.
   – Melajukan pelayar web anda.
   – Meningkatkan kelajuan pc anda.

Nak tau lebih lanjut, cubalah sendiri —> Soluto

Hah tunggu apa lagi, cuba lahh =)
Sorry kalau entri aku ni simple sangat.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Justkhai.com Di Hack Oleh AhliSyurgaCrew

0

Justkhai.com kenahack oleh AhliSyurgaCrew. Sengaja Mr.Hac tulis begitu kerana Mr.Hac selalu mengikuti berita-berita dan isu dalam blog kenahack.com (KH). Bagi yang belum tahu, KH ialah blog yang mengutarakan isu-isu keselamatan untuk laman-laman web dan blog dan juga berita mengenai penggodam sama ada dari dalam atau luar negara (Sebab tu la Mr.Hac suka ikut).

Di bawah ini ialah paparan skrin (screenshot) dari laman Zone-H yang boleh
dilihat di sini -> http://www.zone-h.org/mirror/id/15540943

Tak pasti sama ada pengalaman bertukar menjadi ego, yang pastinya Mr.Hac tidak bersetuju dengan kenyataan Khai mengenai blogspot dalam entrinya ini : Perkara yang membuatkan korang sangat ketinggalan zaman

Terpulanglah pada pandangan masing-masing kan. No comment.
You’ve just been hacked bro. Kita muhasabah je la mana yang kurang, mana yang lebih.

Thanks kenahack for this news.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline