Utama Blog Laman 324

Formula Evolusi Algoritma (FEVAL)

0

Ya..Sepertimana yang anda baca, seperti itulah namanya. Formula yang Mr.Hac mahu anda namakan ia, kini sudahpun mempunyai nama, iaitu Formula Evolusi Algoritma (FEVAL). Sesuai dengan namanya, evolusi bermaksud perubahan. Perubahan itu merangkumi dari pelbagai segi, dari ciri-ciri yang dikehendaki oleh enjin carian untuk memberi hasil yang diusahakan, dan juga perubahan versi enjin carian itu sendiri dalam setiap tahun mendatang. Algoritma pula jika merujuk kepada Wikipedia bermaksud kaedah pengiraan. Kiraan itu juga merangkumi pelbagai aspek, antaranya kiraan yang bagaimanakah bakal menentukan kedudukan sesebuah laman web atau blog pada muka depan Google. Itu yang anda mahu, sebaik-baiknya di kedudukan nombor 1, betul kan?

Baiklah. Kita teruskan pembelajaran pada hari ini dengan melihat semula kepada Carta Alir Formula FEVAL iaitu:

Aktiviti -> Entri Baru -> Pautan Kembali Kepada Entri Baru Tersebut -> Aktiviti -> Tersenarai Di Muka Depan Google -> Trafik Organik

Kita perhatikan kepada rentak atau rangka kerja yang pertama iaitu mencari sebanyak mungkin, sehebat mungkin, sedahsyat mungkin aktiviti manusia yang bakal melakukan ‘kerja’ dan peranan besarnya dalam formula ini. Rangka kerja itu meliputi dari segi mendapatkan pembaca tetap, yang akan menyumbangkan kepada jumlah pelawat unik (UV) tidak kira siang mahupun malam, 24/7.

Rujuk entri Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 3 untuk membaca tips mendapatkan pembaca tetap bagi blog anda.

Kemudian katakanlah usaha anda akhirnya BERJAYA, iaitu blog anda kini mendapat purata pembaca tetap sebanyak 1000 orang, yang membawa kepada 1000 pelawat unik setiap hari. Setelah itu, barulah anda boleh teruskan kepada langkah kedua, dengan menulis sebaik mungkin setiap entri, agar ia menjadi sesuatu yang berguna kepada pembaca, dan pelawat ‘secara tidak sengaja’ khususnya, yang datang melalui Google!

Sehabis menulis, anda bergegaslah ‘keluar’ dari blog sendiri dan kemudiannya membuat pautan-pautan berkualiti dengan cara memberikan komen pada blog-blog/laman-laman web dofollow. Dalam pada masa yang sama, gerombolan pembaca tetap sudahpun menyumbangkan sejumlah besar aktiviti mereka di entri tersebut iaitu membacanya (dihitung melalui Page Views, tidak kiralah berapa kali mereka ‘Refresh’ pelayar web), memberikan komen dan setelah itu berbalas komen pula!

Tetapi itu belum cukup lagi. Anda sendiri perlu meneruskan setiap aktiviti yang berjalan dalam blog seperti membalas komen, memantau jumlah Page Views, jumlah pelawat unik dan sebagainya. Setelah itu sila perhatikan kepada Referral Links/URL. Jika terdapat pelawat datang dari blog-blog yang pernah anda lontarkan komen, bermakna anda sudah selangkah lagi untuk berjaya.

Setiap pelawat unik bererti TRAFIK. Dan setiap trafik bermaksud terdapatnya kehadiran AKTIVITI MANUSIA pada blog anda! Inilah yang paling dititikberatkan oleh Google! Tak guna ada blog dengan templat ‘MESRA’ enjin carian, diaplikasikan pula beberapa teknik SEO dalam entri-entri yang ditaip, tetapi tiada sebarang aktiviti manusia yang berjalan, maka hasilnya kosong. Oleh itu jangan hampa jika orang lain berjaya, anda tidak!

Apa yang penting, tolonglah…BIJAK memilih tajuk entri. Cubalah letakkan tajuk seperti ini:
‘Linux Command Line For Hacking Purposes’. Wah..Memang nampak gah di mata mereka yang pakar seperti anda, tetapi tidak kepada mereka yang baru hendak memulakan langkah dalam dunia IT! Jangan hanya mencipta tajuk yang mesra enjin carian sahaja, tetapi juga mesra kepada para PEMBACA terutamanya yang baru! Ini dalam konteks blog yang sama niche dengan Mr.Hac atau lebih kurang sama. Blog dengan niche selain dari tutorial komputer seperti kesihatan, isu-isu semasa, sukan, automotif dan sebagainya, juga perlu kepada tajuk untuk setiap entri bukan?
Jadi, silalah pastikan tajuk anda itu menarik dan bukan ‘menakutkan’.

Ok. Perhatikan kembali gerak kerja kita dari mula. Dari pencarian untuk memperbanyakkan aktiviti manusia pada blog anda, sehinggalah kepada membuat pautan-pautan berkualiti untuk ‘dihantar’ semula kepada entri. Mungkin akan ada yang berkata, “Hei Mr.Hac. This is so simple. I can’t believe your so called formula until you prove it to us. Can you?”

Sebenarnya, formula ini lebih RUMIT dari carta alir di atas. Namun untuk memudahkan para pemula blog memahaminya, jadi Mr.Hac permudahkan sebegitu rupa. Salahkah usaha Mr.Hac untuk membantu anda memahami sesuatu yang rumit? Harapnya tidak. Namun untuk membuktikan kejayaan kaedah-kaedah di atas, berdasarkan kepada ‘seeing is believing’, Mr.Hac buat beberapa paparan skrin (screenshot) untuk tatapan anda:

Sila teliti perkara berikut:

1. Trafik yang dicari melalui usaha anda sendiri dan BUKAN datang dari Google (dalam usaha plan strategi pertama). Maka ia belum lagi menjadi trafik organik. Ketika ini anda dalam fasa memperkenalkan blog anda kepada semua orang. Ketika ini algoritma AKTIVITI sudah pun dimulakan.

2. Setelah itu anda menulis entri di blog. Aplikasikan pula teknik-teknik SEO (Sila jangan sebut formula FEVAL ini sebagai formula SEO. Mr.Hac sudah mual apabila terlalu banyak blog membicarakannya meskipun ilmu didada belum ‘khatam’)

3. Kemudian anda membuat pautan untuk mendapatkan backlink berkualiti dengan memberikan komen di blog-blog yang lain. Sebaik-baiknya blog yang mempunyai ramai pengunjung, dan dalam niche yang sama atau lebih kurang sama dengan blog anda. Ini bertujuan untuk menarik minat pembaca tetap blog-blog yang anda berikan komen itu, dengan harapan mereka menjadi pembaca tetap blog anda pula! Serampang dua mata di situ..

4. Di sini dua ramuan algoritma sudah disedia dan dilengkapkan iaitu ISI KANDUNGAN dan PAUTAN.

5. Blog anda kemudiannya mendapat banyak trafik dari pembaca tetap yang mahu membaca entri terbaru, dan juga trafik dari pautan-pautan pada blog-blog lain. Komen-komen mula dibuat oleh para pembaca tetap. Mereka jugalah golongan pertama yang menaikkan jumlah Page Views pada entri anda itu tadi. Setelah itu kedudukan entri anda mula naik sedikit demi sedikit hingga akhirnya membawa kepada muka depan Google (Jangan lupa dan jangan abaikan kepadatan kata kunci yang betul dalam blog, dan jangan abaikan tips-tips SEO dari blog yang lain ok!).

6. Pada ketika ini, anda mula menjana TRAFIK ORGANIK yang diusahakan apabila para pengunjung yang membuat carian melalui laman Google klik masuk ke entri anda. Perhatikan juga di sini apabila trafik organik itu juga menyumbang kepada AKTIVITI (Lihat Carta Alir Formula FEVAL untuk memahami proses ini).

7. Kedudukan anda di muka depan Google akan KEKAL selagi aktiviti manusia berjalan dengan AKTIF pada entri yang tersebut. Sekiranya sudah tiada lagi aktiviti, maka tidak kiralah sehebat mana teknik SEO anda, entri itu akan jatuh kedudukannya.

Sebelum anda menuduh yang bukan-bukan, akan ringkasnya formula FEVAL ini, cubalah cipta sebuah blog dan biarkan ia dengan trafik yang kosong. Tanpa sebarang aktiviti, tanpa sebarang perubahan, anda buatlah entri yang hebat dari segi teknik SEO-nya, isi kandungannya, namun jika tiada aktiviti MANUSIA (semestinya bukan ROBOT!), jangan harap entri anda itu akan tersenarai pada muka depan Google sebaliknya dilontarkan secara mandatori ke dalam Google’s Sandbox!

Tak percaya? Silakan mencuba. Formula FEVAL untuk semua!

Mr.Hac: Cuba aplikasikan ia sebelum Algoritma Google BERUBAH lagi untuk tahun-tahun yang akan datang!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 3

0

Baiklah..Kita sudah masuk bahagian ketiga dalam siri penerangan algoritma Google untuk memenangi kedudukan teratas dalam hasil carian di Google. Sebelum tu, Mr.Hac nak tanya, berat sangat ke topik ni? Sampai takde sape nak komen pada entri sebelum ni (Bahagian 2).

Kali ini, biar Mr.Hac terangkan dengan lebih terperinci bagaimana kita mampu memenangi kedudukan di muka depan Google dengan formula yang Mr.Hac olah-cipta ini. Bawah ini ialah statistik trafik yang masuk ke dalam blog ini dan lihat sendiri ia paling banyak datang dari mana:

Plan Strategi Pertama:

Dapatkan Sebanyak Mungkin AKTIVITI MANUSIA

Seperti yang pernah Mr.Hac beritahu sebelum ini, blog yang menerima lebih ramai pelanggan suapan RSS (RSS Feed), menerima lebih banyak komen, dan lebih banyak trafik adalah blog yang lebih cepat memenangi kedudukan teratas carta carian Google di muka depan (Tanpa mengabaikan kaedah SEO pada entri).

Oleh itu, cara yang terbaik untuk blog anda juga mampu memenanginya adalah dengan:

1. Mendapatkan seramai mungkin PEMBACA TETAP blog anda. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1000 pembaca tetap yang menghasilkan 1000 pelawat unik (Unique Visitors) setiap hari. Jika artikel yang anda hasilkan berkualiti dan menarik, ini adalah tidak mustahil untuk direalisasikan. Tetapi macam mana pula nak dapatkan pembaca tetap Mr.Hac? Hmm..Baca tips seterusnya.

2. Perkenalkan blog anda kepada ‘dunia’. Caranya?

i) Ping entri blog setiap kali ada entri baru diterbitkan. Tidak kisahlah di apesal.com, ohblog.com, geng blogger. Ah! Tidak kisah lah dimana-mana saja asalkan matlamat anda untuk memperkenalkan blog anda kepada orang ramai terutamanya blogger-blogger yang lain tercapai.

ii) Hasilkan entri yang universal. Ini bermaksud kesemua lapisan masyarakat mampu untuk ‘menghadamkannya’, dari yang celik IT sehingga yang tidak, dari Melayu hingga Cina dan India, dari muda hingga ke tua semuanya mampu untuk memahami artikel anda. Jika anda tulis tajuk seperti contohnya, ‘The Google Algorithm Changes In 2011’, agak-agak berapa peratus yang akan klik pada entri itu ya? JANGAN RUMITKAN tajuk sehingga golongan pemula pun tiada hati untuk membaca keseluruhan isi! Rugi tu! Mr.Hac faham anda PAKAR, tetapi jika tiada yang mahu membaca, kejadahnya nak dapatkan aktiviti manusia dalam entri tu?? Berapa peratus pula golongan yang PAKAR seperti anda akan datang membaca entri anda itu lalu memberikan komen pula?? Ingat..Manusia ini ramai yang tinggi EGONYA.

iii) Buat tajuk yang mesra enjin carian, dengan erti kata bagaimana yang ‘diminta’ oleh orang dalam enjin carian tersebut, begitu jugalah dengan tajuk entri anda. Ambil tips Mr.Hac ini, kalau dalam bahasa inggeris, carian yang paling popular adalah ‘HOW TO…’, jadi dalam bahasa melayunya ‘Bagaimana Cara…’ atau kependekannya ‘Cara…Membuat…’ (Contoh). Boleh juga gunakan perkataan ‘Apa Itu…’ seperti contoh hasil carian di bawah:

Boleh faham tu kan?

iv) Dapatkan seramai mungkin pelanggan suapan RSS anda. Contoh suapan RSS, yang anda juga boleh melanggannya ialah seperti ini -> MyHackersAreHere RSS Feed Powered by FeedBurner

Macam mana nak buat RSS Feed? Itu nanti Mr.Hac akan tulis dalam entri akan datang pula. Ikut logik, jika blog anda sudah semakin ramai pengunjung melalui tips-tips di atas, maka secara automatik pelanggan suapan RSS anda juga akan bertambah dengan sendirinya, bukan?

v) Dapatkan seramai mungkin pengikut blog. Kerana apa? Kerana pengikut blog, meskipun tidak memberi trafik yang hebat, tetapi sekurang-kurangnya mereka inilah yang akan membaca entri anda ketika melihat tajuk yang menarik perhatian mereka. Kenapa pula trafik dari mereka tidak hebat Mr.Hac? Kerana kebanyakkan pengikut adalah dari kalangan blogger sendiri, dan majoriti dari mereka adalah merupakan pemula. Kebiasaannya golongan pemula ini akan mengikut lebih dari 1000 blog! Jadi agak-agak bagaimana mereka hendak menumpukan kepada blog anda seorang sahaja dari ‘Blogger Buzz Update’? Logik kan?

Plan Strategi Kedua

Tulis Entri Berkualiti

Untuk plan stategi kedua ini, rasanya tak perlu Mr.Hac tulis panjang-panjang. Cukup anda dengar tips ini, jika cara percakapan anda terang lagi jelas, jika cara pemikiran anda penuh dengan idea-idea kreatif dan kritis, maka begitu jualah dengan hasil penulisan anda, InsyaAllah.

Plan Strategi Ketiga

Dapatkan Sebanyak Mungkin Pautan Berkualiti

Selepas anda siap menaip entri dan menerbitkannya (post) di blog anda, apa yang perlu anda lakukan selepas itu ialah mencari sebanyak mungkin blog-blog/laman-laman web yang membenarkan Backlink dengan dofollow. Sebaik-baiknya dalam niche yang sama. Kemudian anda berikan komen yang bernas pada blog-blog tersebut sambil tinggalkan Backlink yang menghalakan kepada entri baru anda itu tadi. Terus lakukan perkara yang sama setiap kali entri baru dihasilkan. Itulah kepentingannya anda mengikut atau melanggan suapan RSS blog-blog itu tadi, supaya apabila mereka pula menghasilkan entri yang baru, anda menjadi pengomen yang pertama! Kenapa? Sila baca dalam entri Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 2

Sekarang sila perhatikan carta alir di bawah yang menghasilkan trafik organik kepada blog anda:

Aktiviti -> Entri Baru -> Pautan Kembali Kepada Entri Baru Tersebut -> Aktiviti -> Tersenarai Di Muka Depan Google -> Trafik Organik!

Inilah dia formula yang Mr.Hac olah-cipta tersebut! Bagaimana sekarang? Sudah bersedia untuk mengadaptasikannya pada blog anda? Silakan! Silakan mencuba!

Mr.Hac akan menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan dengan formula ini. Jika anda berminat, sila tolong namakan ia mengikut idea anda!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Komputer Terbaik & Terhebat Di Dunia..?

0


Salam.. kepada sekalian jelata..

Percaya atau tidak anda sebenarnya mampu memiliki komputer yang terbaik dan paling hebat tanpa menyeluk sen pun. Ini bukan cerita MLM, tiada sistem piramid, tiada ketuk pintu dan pastinya ini bukan cerita tipu duit untuk jadikan komputer anda paling berkuasa di dunia.

Microsoft telah menetapkan kadar dari 1.0 hingga 7.9 sebagai penentu tahap prestasi hardware dan software di dalam sesebuah komputer Windows. Dan anda saksikanlah sendiri gambar di atas.. Intel Core Duo dan RAM 2GB dengan OS x32 bit mampu mencecah score 7.9. Maknanya ia telah mencapai tahap tertinggi di dunia. Sudah pasti menggerunkan saudaranya i5 dan i7…Haahh… Gempak tak?


Bagi yang ingin merasai sendiri kehebatan yang tak masuk akal itu.. semestinya kita tidak lokek untuk kongsikan di sini. Dengar betul-betul noohhhh…..
  1.Terlebih dahulu pastikan anda telah mematikan (disabled) User Account Control (UAC).
  2.Untuk komputer yang belum pernah melancarkan Windows Experience Index (WEI) SAHAJA sila lancarkan terlebih dahulu dan lihatlah hasil score nya.. rasa tak seronokkan?
  3.Pergi ke > C:WindowsPerformanceWinSATDataStore
  4.Pergi ke > XML file yang paling BAWAH sekali (contoh: 2011-09-21 06.00.21.017 Formal.Assessment (Initial).WinSAT).
  5.Buka XML file tersebut dengan notepad atau wordpad.
  6.Cuba cari skrip seperti contoh di bawah kemudian ubahlah angka berwarna merah mengikut kesukaan anda. Nak letak 1000000 pun boleh KECUALI <SystemScore>7.9 memang tidak boleh melebihi jumlah tersebut.. kalau nak dikurangkan.. boleh!


  7.Selesai ubahsuai tutuplah XML file dan save.
  8.Kemudian pergi ke My Computer :klik kanan > Properties > Windows Experience Index.. Dan lihatlah hasil kerjatangan anda sendiri… Wwwoooow!!!..Rasa megah tak?

Nak rasa lebih megah lagi? Tunjuk-tunjuklah pada rakan, kawan, jiran, kenalan dan orang kampung betapa melampau power nya komputer anda. Tapi.. janganlah tunjuk pada otai IT seperti Tuan Arya Putra.. nanti kena gelak melampau pulak. Sebenarnya trik ini memang sudah sedia ada sejak zaman Vista lagi.

Sebelum terjadi sebarang masalah kepada anda. Dan sebelum Tuan Arya Putra kick out kita kerana mendatangkan masalah kepada anda. Di sini kita terangkan 2 langkah keselamatan:
  1.Sebelum mengubah apa-apa ke atas XML file.. terlebih dahulu buatlah salinan (copy) file tersebut sebagai backup dan simpan. Jika berlaku kerosakkan pada XML asal bolehlah anda delete dan ganti dengan XML yang telah di backup tadi.
  2.ATAU jika dah bingung tak tahu nak buat apa.. anda cuma klik Re-run the assessment untuk kembali kepada keadaan asal.

Syyhhh..! Sebenarnya ini hanyalah untuk suka-suka sahaja. Hakikatnya setinggi manapun score yang telah anda dapat, prestasi (performance) komputer anda tetap takkan berubah pun! Minta maaf banyak-banyaklah ya.. pipit tetap bersama pipit mana nak sama dengan i5 & i7 …Hisskkk… !

Selamat mencuba.. dan anda telah 2 3 langkah ke hadapan..

Di ujijaya: Windows Vista, 7

p/s: Telah ada perisian untuk trik diatas tapi secara peribadi kita berpendapat lebih afdal dibuat cara manual. Bukan susah pun..! Tak payahlah nak sesakkan drive C dengan benda remeh macam ni.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 2

0

Baiklah. Setelah panjang lebar Mr.Hac terangkan mengenai peranan besar yang dimainkan oleh algoritma ketiga Google iaitu Aktiviti Manusia, dapatlah kita simpulkan secara mudah teori yang ingin dibangkitkan di sini oleh Mr.Hac iaitu:

Semakin banyak aktiviti manusia pada sesebuah laman, semakin cepat kedudukannya diletakkan di muka depan Google

Ok. Biar Mr.Hac cuba jelaskan satu persatu bagaimana matlamat kita dapat dicapai. Anda mempunyai sebuah blog, dan anda sukakannya. Lalu anda menulis pelbagai artikel/entri yang menarik. Namun bagaimana caranya untuk anda kerap mendapat kedudukan yang baik pada muka depan Google?

Begini. Sebelum menulis, sila anggap anda sedang dan akan menulis post pada sebuah laman web, dan bukan sebuah blog. Oleh itu KUALITI setiap artikel perlu dijaga rapi. Di sini, algoritma pertama telah pun kita selesaikan, iaitu ISI KANDUNGAN. Kenapa perlu menganggap ia sebagai sebuah laman web? Hmm..Bagi Mr.Hac ini hanyalah strategi psikologi, untuk menjaga kualiti pada setiap penulisan yang kita buat. Bukan bermaksud penulisan pada blog (terutamanya blogspot) tidak berkualiti. Tidak. Tetapi kebanyakkannya begitu! Terimalah hakikat yang pedih lagi menyakitkan ini! Ringkasnya, hargai setiap penulisan anda, dan tulislah dengan baik, jika mahu kekal dalam top ranking muka depan Google! Orang baca pun puas hati kan?

Ingat. Sila jangan biarkan blog anda ‘bersawang’ dengan entri lama kerana setiap post baharu itu juga adalah aktiviti manusia, iaitu datangnya dari anda!

Kemudian, setelah selesai menulis, anda perlu mencari blog atau laman web yang membenarkan backlink dengan ‘dofollow’. Bagaimana caranya? Sila Google. Setelah menjumpai laman-laman berkenaan (Sebaik-baiknya dalam niche yang sama dengan blog anda), berikanlah komen. Pastikan komen anda juga BERKUALITI dan bukan hanya ayat-ayat ‘klise’ semata-mata seperti “wah..hebatlah entri awak ni!” atau “Hmm..boleh tahan jugak ayat ko”.

Kalau anda mahukan hasil yang baik, komenlah panjang sikit! Yang penting ikhlas. Setelah mendapat senarai blog-blog tersebut, sila bookmark dan langgan RSS Feed mereka supaya anda tidak ketinggalan artikel-artikel TERBARU. Untuk apa? Untuk menjadi pengomen yang PERTAMA sebaik-baiknya! Sebab? Sebabnya tidak lain tidak bukan, kebanyakan pembaca dan pelawat akan KLIK pada URL pengomen pertama, hingga ketiga. Tetapi seterusnya hanya ikut nasib. Tak lupa juga pelawat akan klik pada URL pengomen TERAKHIR kerana ia merupakan komen terakhir yang dibaca!

Di sini pula, algoritma kedua kita sudah selesai, iaitu PAUTAN. Dah nampak ke belum?
Ok. Macam ni. Dah selesai menulis (ISI KANDUNGAN), cari blog/laman web dofollow dan berikan komen, jadi anda akan mendapat BACKLINK ke entri TERKINI itu tadi (PAUTAN). Faham? Inilah matlamatnya. Kalau boleh, dapatkan sebanyak mungkin backlink dari blog-blog ber-PR tinggi dari 3 hingga 5. Kalau dapat 8 hingga 10 lagi baguslah kan!

Perhatikan di sini. Jika anda menerima Referral Link dari Google, bermakna anda telah mendapat inbound links yang baik, kerana bukankah Google itu sendiri ber-PR 10??
Satu lagi laman ber-PR tinggi yang boleh anda manipulasi ialah Facebook (PR 10), dan tak lupa juga Google Plus! (PR 8). Sebab itulah matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan tempat/kedudukan yang baik pada muka depan Google, kerana selain mahukan trafik organik yang banyak dan konsisten, anda juga perlu tahu tabiat orang kita yang tidak akan menyemak/mencari lebih dari laman pertama (muka depan) Google! Pedih kan hakikat ini? Dunia memang sadis!

Setelah itu, lengkapkanlah algoritma terakhir Google iaitu AKTIVITI MANUSIA dengan mendapatkan sebanyak mungkin pelawat ke blog anda. Pelawat mungkin akan datang dari backlink itu tadi, tetapi tidaklah sebanyak mana. Jadi caranya bagaimana pula untuk menambah bilangan aktiviti manusia seperti trafik, komen, pelanggan RSS, dan lain-lain lagi?

Kita akan bincangkan hal ini dalam bahagian yang seterusnya!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Online Demo!

0

Cool seh! Sekarang Ubuntu sudah boleh dicuba secara langsung (LIVE) dari laman web rasminya!

Sila lihat paparan skrin (screenshot) di bawah:

Amacam? Cool kan?
Tak sangka pula ‘Tour’ yang dimaksudkan adalah demo secara dalam talian, berbanding demo bergambar sahaja pada versi terdahulu.

Halaman tersebut boleh diakses di sini -> Ubuntu Online Demo

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 11.10 Sedia Untuk Dimuat Turun!

0

Yeah!! Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot rilisan akhir kini sudah dilepaskan kepada pengguna-penggunanya!

Bagi yang belum pernah mencuba/mengguna atau menggunakan sistem operasi selain Ubuntu, anda boleh muat turun fail berformat ISO di sini -> Ubuntu Download Page

Bagi yang sedang menggunakannya, anda boleh terus mengemaskini (update) versi Ubuntu melalui Update Manager. Anda hanya perlu klik ‘Upgrade’.

Selamat mencuba dan enjoy dengan sistem operasi versi baharu anda!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Huraian Algoritma Google (Aktiviti) : Bahagian 1

0

Sila perhatikan beberapa senario di bawah:

1. Pada tahun 2007, Google membeli FeedBurner dengan harga 100 juta USD. Mengapa perlunya Google untuk membeli pengumpul RSS yang tidak memberi sebarang keuntungan (dari segi kewangan)?

Nota: RSS (Really Simple Syndication) Feed, ialah format data yang diguna untuk menyediakan kepada para penggunanya kemaskini dari kandungan (laman web, blog). Penerbit kandungan tersebut biasanya akan menyediakannya melalui pengumpul (aggregator) RSS dan contoh pengumpul terdekat ialah FeedBurner.

2. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Google MEMBELI data-data dari laman web Alexa. Sepertimana yang diketahui, Alexa ialah laman yang memantau trafik web.

3. Kos mencipta dan membangunkan pelayar web Google Chrome serta membeli teknologi Google Analytics adalah sebanyak ratusan juta USD tetapi diberi secara percuma sahaja kepada pengguna.

4. Terdapat aplikasi percuma yang dinamakan sebagai ‘Google Toolbar’. Ia akan memberikan ‘statistik penggunaan’ kepada Google.

Apakah yang anda fikir? Begini penjelasannya:

1. FeedBurner menentukan berapa banyak PELANGGAN kepada kandungan sesebuah blog, cara yang paling tepat menentukan AKTIVITI MANUSIA.

2. Alexa ialah laman web yang memantau trafik ke web-web atau blog. TRAFIK ialah penunjuk kepada AKTIVITI MANUSIA.

3. Pelayar Google Chrome terkenal sebagai ‘LEGAL’ SPYWARE, kerana ia dikatakan akan memberi data-data mengenai penggunanya kepada Google. Sama juga halnya dengan Google Analytics. Ia memberikan data pengguna (pemilik laman web atau blog) dan ini menunjukkan kepada : AKTIVITI MANUSIA

4. Google Toolbar. Perlukah kepada penjelasan lagi? Jika anda tidak mematikan fungsi ‘Send usage statistics to Google’, ia akan menghantar data kepenggunaan kepada Google secara SAH dengan keizinan dari anda. Data itu lambang kepada, AKTIVITI MANUSIA.

Dengan kata lain, Google menggunakan kesemua cara di atas untuk MENGKAJI, MENENTUKAN DAN MENGETAHUI laman apakah yang sering dilawati oleh pengguna, BERAPA LAMA mereka kekal di situ dan apa yang mereka SUKA apabila melawat ke laman berkenaan.

Jika anda melihat secara teliti kepada perkara ini, Google perlu menambah AKTIVITI MANUSIA ke dalam algoritmanya. Kerana hanya dengan ISI KANDUNGAN serta PAUTAN, adalah mudah untuk dikuasai oleh para ‘Black Hat SEO Marketers/Practitioners’. Kerana itulah Google tidak akan memberikan hasil carian atau ranking yang diingini oleh para pemilik laman web mahupun bloggers sehinggalah laman/entri tersebut menerima TRAFIK meskipun kandungan BERKUALITI dan menerima Inbound Links yang memuaskan/baik/berkualiti.

Adakah anda tertinggal entri sebelumnya iaitu ‘Apa Itu Trafik Organik’?
Jika anda belum membacanya, perlu diketahui terdapat 3 algoritma Google iaitu ISI KANDUNGAN, PAUTAN, DAN AKTIVITI MANUSIA.

Andaikan isi kandungan dan pautan sebagai bahan-bahan masakan, maka anggaplah aktiviti manusia sebagai haba pemanasnya! Tanpa haba, anda hanya akan dapat memakan makanan mentah!

Sekarang bagaimana? Adakah anda masih merasakan algoritma Google amat sukar difahami dan hanya pakar SEO sahaja yang mampu menguraikannya? Fikir sekali lagi!

Mr.Hac: Petua Mr.Hac senang. Anggap setiap post di blog (entry) adalah sebuah post pada laman web. Oleh itu setiap kata kunci dan setiap apa yang kita taip hendaklah dijaga dan diperhatikan. Jumpa lagi!

Err.. Pernahkah anda membaca tips/huraian berkenaan SEO seperti ini di mana-mana blog berbahasa melayu? Tak pernah? Kalau rasa apa yang Mr.Hac ajarkan atau beritahu ini BERGUNA dan ilmiah, sila klik like pada page FB MHAH dan kliklah pada button Google Plus di atas. Terima kaseeeyyy!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Mudah Terbaik Tingkatkan Prestasi Windows

0

Salam..sekalian jelata..

Ada 2 alternatif penyelesaian kepada anda yang menghidapi penyakit komputer malas. Pertama dengan perisian (software) dan kedua secara kerjatangan (manual). Semestinya yang pertama adalah pilihan kebanyakkan makhluk di dunia. Berbanding pilihan kedua yang hanya dipilih oleh pengguna berpengalaman (advanced user) ataupun pemula (newbie) yang ingin mendalami alam IT.

Hakikatnya hendak menjadi seorang adiwira dalam dunia IT anda haruslah bermula dari kerja manual. Darinya anda akan kenal banyak bahasa, istilah, kod dan dot dot..yang takkan anda temui dalam kamus DBP.

Di entri kali ini kita akan berkongsi cara tweak mudah dan terbaik untuk meningkatkan lagi prestasi komputer anda. Namapun mudah sudah pasti bukan cara manual.. Terlalu banyak perisian di alam maya ini yang menawarkan kaedah sama. Tapi harus di fikir adakah ianya logik, berbayar, lengkap, ringan dan impaknya ke atas program lain dalam komputer.

Anda mahukan yang total percuma tanpa caj tersembunyi? Anda mahukan tweak lengkap setaraf pro? Anda mahukan program ringan tanpa perlu menyesak dalam drive C? Anda mahukan komputer yang stabil dan laju tanpa menjejaskan program lain? Dan pastinya anda mahukan perisian bebas virus..Simple Performance Boost..jawapan kesemua di atas. Dari pengalaman kita ini adalah perisian paling ringkas, mudah,hampir lengkap dan terbaik untuk digunapakai.


Menggunakan Simple Performance Boost seperti anda telah tweak 90% sistem windows. Ia akan mematikan (disabled) beberapa sistem lalai (default) termasuk sistem umum, rangkaian (network) dan visual dalam windows yang tidak diperlukan.


Caraguna yang teramat mudah..anda hanya perlu centang (tick) servis mengikut keperluan kemudian klik ‘Apply Tweaks’..dan matihidup (restart) komputer. Hanya dengan langkah beberapa saat..vrrroomm..nikmatilah perbezaan di luar jangka (windows yang tak pernah kena tweak memang akan rasa macam ni). Bagi yang tak tahu nak centang apa..ikut saja yang telah tercentang dalam perisian ini. Jangan takuttt..(kebanyakan orang kita memang takut mencuba). Apabila perisian ini dilancarkan buat pertama kalinya ia akan ‘backup’ sistem asal secara auto. Tak suka boleh ‘restore’ balik noohhhh..

Selamat mencuba dan anda akan selangkah maju ke hadapan…

Di ujijaya: Windows Vista, 7 Ultimate, 7 Home Premium.

Klik -> Simple Performance Boost ©pr67am™201110

Kata laluan: pr67am

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Sejarah Algoritma Google : Kenapa Ia Penting Untuk Blog?

0

Mr.Hac kali ini akan menceritakan serba sedikit sejarah Algoritma Google supaya anda akan lebih memahami mengapa ia begitu penting sekali dalam usaha memacu sebuah blog yang lebih berkualiti. Trafik hanyalah perkara sampingan, kecuali anda ingin menjana pendapatan, maka ia perlu ditukar prioriti kepada nombor 1.

Serba Sedikit Tentang Sejarah Algoritma Google : Bagaimana Ia bermula

Google 1.0 (1998-2003) -> Pautan Menguasai Keputusan/Hasil

Pada waktu ini carta hasil carian Google dikuasai oleh laman-laman web yang mempunyai lebih banyak inbound links yang berkualiti. Pemilik laman yang peka akan keadaan ini dan lebih menumpukan kepada pembinaan jaringan inbound links akan memenangi hasil carian pada Google.

Google 2.0 (2003-2006) -> Kandungan Menguasai Keputusan/Hasil

Pada 18 Jun 2003 Google melancarkan program Adsense. Adsense ialah program yang membenarkan pemilik laman web untuk menayangkan iklan yang ditaja oleh Google. Ini menggalakkan para pemilik laman web untuk membuat atau mencipta halaman yang mempunyai pelbagai KANDUNGAN, agar dapat disiarkan/ditayangkan iklan Adsense. Sememangnya keuntungan dijana dengan begitu hebat sekali. Bapa saudara Mr.Hac sendiri pernah mengaut keuntungan yang berganda hasil dari pendapatan Adsense pada tahun berkenaan.

Google 3.0 (2006-Awal 2010) -> Pautan Kembali Menguasai

Disebabkan terlalu banyak laman web yang wujud dengan kandungan SPAM sebagai ‘pemacu utamanya’, akibat dari itu Google menukar algoritma dan mereka berpatah kembali kepada PAUTAN dan ketika ini KUALITI pautan juga begitu dititik beratkan. Namun, ia juga tidak lama kerana pelbagai masalah timbul disebabkan oleh pakar ‘Black Hat SEO’ yang menjana trafik melalui pelbagai cara penipuan. Contohnya membuat komen-komen ‘palsu’ di laman yang membenarkan backlink, menulis secara ‘robot’ (dengan penggunakan perisian) pelbagai artikel ‘sampah’ dan menyebarkannya melalui internet, dengan meletakkan backlink kepada laman web mereka sebagai agenda utama dan banyak lagi!

Google 4.0 (2010-2011) -> AKTIVITI Melengkapkan Algoritma!

Google sekali lagi mengemaskini algoritmanya dan ia semakin bertambah kompleks dengan kehadiran satu lagi unsur iaitu : Aktiviti

Dapat diperhatikan di sini, blog yang:

1. Mendapat lebih banyak komen
2. Mendapat lebih ramai pelanggan RSS terutamanya Feedburner (yang mana ia telah dibeli oleh Google)
3. Mendapat lebih banyak trafik

Akan dapat naik ke muka depan hasil carian Google dengan lebih cepat dan kekal di situ lebih lama. Anda perlu tahu sekiranya entri itu sudah jarang dibaca, atau kata mudahnya sudah tiada lagi AKTIVITI MANUSIA di situ, maka kedudukan ia pada laman Google juga akan menurun dan berubah dari masa ke semasa.

Jika anda hanya mempunyai banyak inbound links, isi kandungan entri yang hebat tetapi trafik ZERO, tiada sebarang komen padanya, maka peluang anda duduk di muka surat beribu-ribu jumlahnya pada Google adalah cerah. Tahniah!

Mungkin ada sesetengah blogger yang sedar akan hal ini dan mengambil peluang/kesempatan untuk menjana ribuan trafik sehari ke blognya dengan cara MENGGODAM FAN PAGE akaun Facebook artis/selebriti yang mempunyai ramai pengikut atau MENGGODAM BLOG yang terkenal lalu meletakkan (post) pautan kembali kepada blog mereka. Kerana apa? Kerana sememangnya trafik penting, sebab ia melambangkan AKTIVITI MANUSIA (Human Activity) pada blog mereka. (Usaha ini menyalahi etika penggodam, jadi Mr.Hac memang tidak menyetujuinya)

Mr.Hac akan mengupas lebih lanjut mengenai algoritma ketiga Google ini pada entri berikutnya. Cukup dahulu untuk setakat ini buat semua pembaca. Terima kasih kerana datang singgah. Maaf la, Milo dah habis. Beli sendiri la air tu ya! Ahahah! Hasta prontoooooo!!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Selamat Datang Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot!

0

Akhirnya yang ditunggu sudah tiba! Setelah selesai menguji cuba versi beta, Mr.Hac mahu mencuba rilisan akhir (final release) dari siri sistem operasi Linux yang paling mesra pengguna, iaitu UBUNTU.

Imej dari ubuntumanual.org

Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dijadual untuk dilepaskan kepada pengguna pada 13hb Oktober 2011. Dengan beberapa pembaharuan drastik dari segi paparan antaramuka sehinggalah kepada fungsi dalaman dan pembaikan bug.

Berikut Mr.Hac senaraikan distro Ubuntu yang pernah dikeluarkan:

  1. 8.04 LTS – Hardy Heron
  2. 8.10 – Intrepid Ibex
  3. 9.04 – Jaunty Jackalope
  4. 9.10 – Karmic Koala
  5. 10.04 LTS – Lucid Lynx
  6. 10.10 – Maverick Meerkat
  7. 11.04 – Natty Narwhal
  8. 11.10 – Oneiric Ocelot

Untuk pengetahuan semua, versi akan datang dengan kod 12.04 (Long Term Support @ LTS) diberi nama sebagai Ubuntu Precise Pangolin, bersempena nama sejenis tenggiling. Jika anda ingin tahu lagi, kod nama untuk setiap keluaran akan dipilih berdasarkan susunan abjad dengan dua patah perkataan, berdasarkan kepada nama haiwan (yang hampir pupus, mungkin?).

Semoga dengan kehadiran versi baru Ubuntu ini, diharapkan agar lebih ramai lagi individu kreatif dan GENIUS lahir dari eksperimentasinya bersama dengan sistem operasi Linux ini yang mampu menjana idea-idea kreatif lagi kritis. All the best Ubuntu!

Views: 4

Iklan Newspaper Inline