Utama Blog Laman 182

VLC for Android 2.0 Telah Dilepaskan Secara Rasmi Di Google Play Store

0
Ya, ya, abam tahu VLC for Android versi 2.0 ni dah lama keluar. Tapi ia baru sahaja dilepaskan dalam Google Play Store secara rasmi baru-baru ini.

Versi 2.0 yang dilepaskan secara ‘tidak rasmi’ melalui apkmirror telah pun abam uji cuba sebelum ini, dan nampaknya masih terdapat bugs yang menyebabkan ia force close pada peranti yang abam gunakan.

Namun dengan rilisan rasmi ini, ianya telahpun ditangani dan boleh dikatakan tiada lagi masalah padanya. Abam salin dan tampal log perubahan VLC 2.0 ini, anda terjemah sendiri la ya. Heheh.

2.0 introduces a large number of features, notably network disk browsing (Windows shares, UPnP, NFS, FTP, SFTP…), favorite folders and URLs, video playlists, rewritten notifications and control, popup video and a rewritten history.
It is also a merge of Android TV and Android versions, so that every device can optionally get the Android TV interface. The TV interface has been improved quite a bit too. Finally, it should be faster to decode and playback all video types.

 

 

 

Ada perkara yang abam lebih suka pada MX Player, tiada pada VLC, sama seperti SM Player (untuk PC), yang memiliki beberapa ciri menarik, tetapi tiada pada VLC untuk PC. Namun adakalanya frasa less is more itu terpakai untuk VLC.

Kerana jika anda inginkan sebuah pemain media yang boleh memainkan kesemua media anda, plug anda play, maka VLC adalah aplikasi yang paling sesuai. Hanya tinggal pasang dan guna sahaja. Jika anda mahukan sebuah pemain media yang lebih terkedepan, pilihlah MX Player (untuk Android) dan SM Player (untuk PC).

Muat turun —> VLC for Android

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Opera Mini Kini Lebih Padat Dengan Ciri Baru

0
Tahukah anda, dulu abam tak peduli sangat pasal Opera Mini ni.
Tapi lepas menggunakan Digi, segalanya berubah (kih kih kih).Maklumlah, dengan Digi, anda boleh layari mana-mana laman web tanpa dikenakan caj data (unlimited browsing sahaja, bukan unlimited downloading). Jadi bila dah macam tu, abam pun apa lagi, pasang dan guna. Bila dah guna, lama-kelamaan kita dapat lihat peningkatan ciri dan kualiti pelayar web ini.

Baiklah, mari kita telusuri bersama satu demi satu ciri-ciri baharu pada pelayar web ini.

Kini Opera Mini ada tema. Tema yang ringkas tapi, lebih baik ada dari tiada, kan?

 

Jangan tak tahu, Extreme mode sudah ada pemain media

 

Pemuka ‘Data savings’ yang baharu

 

Pengira penyekat iklan (Ad blocker counter)

 

Hmmm.. untuk omghejes anda whitelist la (kalau boleh). -_-

Ok, jom muat turun dan cuba Opera Mini —> Opera Mini web browser

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

elementary OS 0.4 Loki Beta Dilepaskan : Sesi Uji Cuba

0
Setelah sekian lama menunggu, elementary OS muncul jua dengan versi terbaru (Beta) iaitu Loki – 0.4.Sebelum abam terangkan serba-sedikit tentang sistem operasi ini, apa kata anda tonton dahulu macam mana dia punya kelajuan tu ye. Terus terang cakap, abam agak sedikit teruja dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh eOS Loki ini. Seperti versi sebelumnya, ia memang laju!

Namun, seperti yang anda dapat lihat dalam screencast yang telah abam Hac buat tu, ada la sedikit minor glitches yang tidak kelihatan sewaktu abam rakam, namun muncul pula pada video akhir. Telah ditegaskan oleh para pembangunnya, “Beta Means Beta”.

Ada beberapa ciri yang telah ditetapkan sebagai tetapan lalai (default) dalam eOS Loki, dan ada antaranya yang abam tak beberapa nak gemar sangat. Contohnya, tool baris perintah add-apt-repository tidak terdapat (terpasang) secara lalainya, dan juga pengurus fail .deb juga tiada. Ini bererti anda perlu mula dari 0. Walaupun jalan penyelesaiannya tidaklah sukar, namun sedikit menyusahkan kepada para pengguna yang baru hendak mencuba Linux.

Selain itu, jika anda menyalin tampal baris perintah ke dalam Terminal, anda juga akan diberi amaran seperti ini:

Terdapat banyak lagi perubahan lain yang boleh dilihat pada elementary OS Loki 0.4 ini, antaranya ialah:

1. Pelayar web Midori telah digantikan dengan Epiphany.

2. Terdapat pusat notifikasi baharu yang ditempatkan di Wingpanel.

3. Switchboard Plugs yang baharu.

4. Stor Perisian baharu yang diberi nama AppCenter.

5. Rekabentuk semula Mouse & Touchpad dan juga Power Switchboard, dan lain-lain.

Untuk anda yang berminat, maka bolehlah muat turun elementary OS Loki ini melalui pautan di bawah:

Klik —> elementary OS

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Data Mining?

0

Apakah itu Data Mining?

Data mining adalah sebahagian dari area komputer sains. Ianya berkaitan dengan proses pengiraan dalam mencari pattern dalam kuantiti data yang banyak. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencari pattern tersebut, antaranya artificial intelligence, machine learning, statistics dan database systems.

Apakah tujuan Data Mining ini?

Ianya bertujuan untuk merungkai informasi yang terdapat dalam data tersebut dan diubahkan kepada data yang boleh difahami oleh kita semua. Sebab itu kebanyakkan syarikat sekarang yang mempunyai data yang banyak menggunakan data mining untuk melihat sendiri informasi apa yang boleh di rungkai dari data tersebut. Sebagai contoh keboleh pasaran sesuatu produk. Syarikat yang menjual sesuatu produk sudah semestinya memerlukan informasi yang jelas dan kukuh sebelum mereka memasarkan produk mereka. Jadi mereka mungkin memerlukan sumber yang boleh mempengaruhi kehendak sesuatu pelanggan seperti tempat tinggal, pendapatan, status perkahwinan dan sebagainya. Jika mereka memiliki data-data tersebut, mereka boleh anggarkan pasaran mereka macam mana.

Contoh model yang digunakan dalam Data Mining?

Contohnya adalah Decision Tree. Ianya model berdasarkan pokok yang bercambah daunnya simbolik kepada punca dan akibatnya. Sebagai contoh di bawah :

Berdasarkan Decision Tree di atas, dapat kita buat satu analisis, iaitu jika orang itu berpendapatan kurang dari RM 5000 dan sudah berkahwin, mereka lebih cenderung untuk membeli kereta Avanza, mungkin atas faktor memiliki anak yang ramai? Atau lebih tenang menaiki kenderaan besar? Itu semua dapat kita buat jika kita ada banyak data!

Nak belajar lagi? Boleh google sahaja Data Mining. Keep learning!

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Tips Memilih VPN, Serta Servis VPN Terbaik Dan Termurah Di Malaysia

0
Setelah bertahun-tahun saya menggunakan servis VPN/SSH, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang mengajar erti sebenar privasi serta enkripsi. Saya bukanlah seorang security-freak yang poyo moyo, namun tidak dapat tidak VPN amatlah penting dalam kehidupan seharian saya meskipun saya cuma pekerja biasa, dek kerana rangkaian internet di pejabat telah disekat, di-firewalled, di-kononnya-antivirus-tolong-jaga, di-bla-bla-and-the-bla-bla.Dalam memilih servis yang saya ingin gunakan, saya agak cerewet, dan sesekali agak memilih, meskipun adakala lebih mahal. Oleh itu, saya kompilkan beberapa ciri VPN yang terbaik untuk anda gunakan, sebagai sekadar panduan. Nak ikut silakan, tak nak ikut pun tidak mengapa, anda ikut saya tak kaya, anda tak ikut saya tak miskin. Paling penting, ilmu mesti disampaikan.

Ciri Servis VPN Terbaik

1. Support team yang pantas dan mesra pengguna

Saya cukup ‘berbulu’ kalau ada antara jenis support team/individual yang lambat, tidak efisien dalam menyelesaikan isu, dan juga tidak mesra (‘gangster’). Sebaiknya jika ada apa-apa isu, anda boleh menghubungi admin dengan mudah baik di Facebook, Twitter, e-mel, mahupun lain-lain capaian.

2. Menggunakan OpenVPN dan Anti-DPI

Saya antara penulis di Malaysia ini yang amat-amat menitikberatkan ciri ini. OpenVPN (sebaiknya) ada, kerana kebiasaannya kaedah enkripsi yang lain tidak berkesan dalam melepasi sekatan firewall. Anti-DPI pula adalah ciri tambahan, yang menambahkan lagi rasa ‘selamat’ serta kebolehan VPN tersebut untuk dapat melangkau sekatan. (Berapa banyak lagi blog dalam Malaysia yang ada cerita pasal Anti-DPI ni ek?)

3. Boleh muat turun apa yang disukai

Dari pelbagai servis yang saya pernah gunakan, percuma, murah, mahal, ada antaranya yang tidak masuk dek akal kerana meskipun kita sudah menggunakan rangkaian mereka, kita masih lagi tidak boleh muat turun ‘sebarangan’.

Pada saya apalah gunanya membayar servis yang adakalanya mahal, namun apabila cubaan memuat turun sesuatu kandungan yang dilabel sebagai ‘melanggar hak cipta’ menjadikan akaun anda disekat (banned).

Perkara ini pernah saya hadapi dengan VyprVPN, dan ianya membuatkan saya terasa amat-amat mencerobohi privasi kerana mereka masih dapat mengetahui apa yang kita pernah muat turun serta mana jua laman-laman yang pernah kita kunjungi (oh well, bab ini boleh dibahaskan, sebab boleh dikatakan semua pun sama kan).

4. Log masuk di beberapa peranti

Log masuk melalui berbilang peranti juga amat penting, kerana zaman ini, sebagai contoh telefon pintar juga harus disambungkan ke rangkaian VPN supaya tidak dapat diintai oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

5. Tidak menyimpan log pengguna, tidak memantau, dan tidak peduli apa yang kita lakukan.

Ya, seperti yang saya katakan di atas, apalah guna kita disambungkan ke sebuah rangkaian virtual peribadi namun ianya tidak menjaga privasi anda setinggi mungkin, apabila mereka masih lagi memantau-mantau apa yang anda lakukan.

6. Kaedah pembayaran mudah

Senang bukan kalau ada pilihan untuk membayar menggunakan bank transfer sama ada Maybank2U atau CIMB Clicks. Buat yang dah mahir gunakan PayPal, ada pula pilihan untuknya. Ini yang kita mahukan!

7. Klien moden yang boleh dipasang pada persekitaran ber-firewall

Tak guna kalau ada klien yang dibuat sendiri namun apabila cuba dipasang, teeettttt! Tak lepas lah pula. Paling kurang ada config OpenVPN, jadi dalam situasi seperti ini pengguna masih dapat memanipulasi klien OpenVPN untuk melepasi sekatan.

8. Laju

Siapa yang suka bersambung kepada rangkaian yang perlahan bukan? Common sense.

9. Menggunakan pelayan (server) sendiri (kalau boleh!)

Cuba fikirkan, prinsip yang saya dapat sewaktu menggunakan VyprVPN dahulu, akan bagaimana sesuatu servis VPN itu dapat menjaga privasi anda apabila setiap pelayan bukan dimiliki oleh mereka sendiri! Pemilik kepada pelayan tersebut boleh bila-bila masa memantau penggunanya.

Namun saya juga sedar, kebanyakan pemilik bisnes VPN di Malaysia ini boleh dikatakan majoriti atau kesemuanya menyewa. Hendak langgan servis seperti VyprVPN yang menggunakan 100% pelayan sendiri, yang pertamanya agak mahal. Keduanya mereka terlalu tegas tentang kandungan muat turun yang kita lakukan (jadi privasinya mana??). Oleh itu, suka untuk saya ingatkan, jaga ‘tingkah laku’ anda di internet, jangan terlampau ghairah mencuba sesuatu yang bakal mengundang padah kepada anda.

Godam sana, godam sini, politik sana, politik sini. Akhir sekali destinasi anda – penjara.

Di bawah Security Offences Special Measures Act atau SOSMA, Seksyen 6 ada menyebut bahawa pendakwa raya di Malaysia boleh memaksa mana-mana pembekal komunikasi untuk memintas, mendengar dan arkib apa-apa komunikasi seseorang individu. Jadi, berhati-hatilah. Pembekal perkhidmatan VPN di Malaysia juga boleh dipaksa untuk mendedahkan aktiviti-aktiviti anda sekiranya perlu mengikut undang-undang.

Nak lebih selamat? Langgan servis VPN negara luar.

Beberapa Servis VPN Terbaik dan Termurah (Opsional) Di Malaysia

Yang bagus tidak semestinya mahal, dan yang murah tidak semestinya tidak baik (dah macam iklan sabun pencuci kain). Apa yang penting apabila kesemua ciri di atas dipenuhi, maka itulah yang terbaik untuk kita gunakan.

1. FinchVPN

Saya telah lama menggunakan servis dari mereka. Meskipun mereka jarang mengemaskini status tentang perkhidmatan mereka sama ada di Facebook atau Twitter mahupun Google+, namun ciri Anti-DPI, ciri klien mereka yang padat dengan pelbagai pilihan, dan harga pakej langganan yang murah iaitu antara RM10-20+- sebulan, menjadikan ia pilihan nombor satu saya. Servis mereka amat boleh diharap (reliable), dan tiada masalah untuk melepasi sekatan firewall di pejabat mahupun ISP Malaysia tanpa terputus-putus sambungannya.

2. TheLan VPN (Dahulu dikenali sebagai DelanVPN)

Sebuah syarikat baru mula, yang semakin stabil dan menunjukkan ciri-ciri di atas, TheLan VPN mengorak langkah dengan penjenamaan semula (iaitu dari nama DelanVPN), dan bakal memperkenalkan pelan baharu serta klien unik mereka sendiri. Jangan tak tahu, mereka juga mengimplementasikan teknologi Anti-DPI yang mereka namakan sebagai Raatile. Pelan mereka bermula serendah RM10 hinggalah RM20. Sama-sama kita nantikan.

3. BolehVPN

Servis dari syarikat ke 3 ini merupakan antara langganan yang agak mahal namun apabila melihat kepada klien-nya, terasa kepremiumannya (perkataan ini abam reka sendiri, mohon jangan kecam). Dari RM10 untuk seminggu (akaun percubaan) dan RM30 untuk sebulan, BolehVPN mampu membuktikan bahawa dengan harga yang anda bayar, dashboard klien boleh membuatkan anda terasa seperti seorang saintis pseudoscience yang agung.

Huh, cukuplah dahulu setakat ini, Tulis panjang-panjang cenggini hangpa baca ka? Heheh..
Ok, jom bukak puasa! Errr, maksud saya waktu azan Maghrib karang laaa.. Heheheh.

 

Views: 11

Iklan Newspaper Inline

Sim Prabayar Yes 4G LTE Bakal Dilancarkan, VoLTE Tersedia

0
Berita baik buat semua yang ingin mencuba telco/MVNO bersama telefon baru, Yes 4G LTE kini menawarkan kad sim prabayar dengan pelan data 30GB percuma untuk 2 bulan (15GB setiap bulan), 100 minit panggilan suara dan 100 minit SMS kepada rangkaian tempatan, serta panggilan tanpa had kepada rangkaian Yes, asalkan anda membeli telefon pintar Samsung dari siri J.Itu sahaja syaratnya.

Apa yang menarik, rangkaian Yes juga mengaktifkan Voice over LTE atau VoLTE, sebuah ciri baru dan pertama seumpamanya di Malaysia. Tak perlu bimbang untuk ‘kunci’ rangkaian 4G anda lagi, kerana panggilan suara tetap akan dapat disambungkan.

3 telefon pintar Samsung dari siri J, iaitu J1, J5, dan J7 akan mula dijual pada 16 Jun 2016 di semua cawangan booth jualan Samsung/wakil jualan dengan harga RM449, RM849, dan RM1049 mengikut turutan (termasuk GST), dan terdapat dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, putih, dan emas.

Mengikut kepada sumber berita, Yes 4G akan mula melancarkan pelan prabayar tersebut pada 30 Jun 2016, dan nombor akan bermula dengan 018.

Sumber : Malaysian Wireless

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

The Conjuring 2 : The Enfield Poltergeist

0
Saya tidak pasti sejauh mana James Wan mempunyai ‘jiwa Asia’, namun menonton The Conjuring 2 jelas menunjukkan bahawa beliau faham benar akan ‘kaedah’ kejiwaan filem seram orang Asia (Thailand contohnya) yang sememangnya mempunyai unsur-unsur menyeramkan melalui babak-babak suspens.Dalam filem ini juga kita akan dapat melihat sudah kurang penggunaan ‘jump scares‘ yang terlalu cliche, juga sudah terlalu ‘overused‘ oleh ramai pengarah-pengarah filem, ambil contoh dari Malaysia iaitu Syamsul Yusof, yang mana dalam filem beliau banyak penggunaan jump scares berbanding plot-plot menakutkan melalui babak ataupun lakonan.

Perkara ini telah pun saya jelaskan dalam review filem Munafik sebelum ini.

Review Filem Munafik (2016) : Perempuan Mengandung Jangan Mengada Pergi Tengok

[Reviu Tanpa Spoiler – Non Spoilery Review]

Filem ini juga tidak lagi bermain dengan watak skeptikal terhadap ‘hantu’, apabila nasib hampir kesemua orang adalah sama, iaitu apabila mereka mula cuba meyakinkan orang lain bahawa ‘hantu itu tidak wujud’, dengan tidak semena-mena ia muncul atau memanifestasi di hadapan mereka melalui objek-objek di sekeliling.

Kalau dalam The Conjuring, berkisar tentang gangguan makhluk halus dalam rumah/satu keluarga, The Conjuring 2 juga masih berkisar perihal yang sama, cuma mengambil tempat yang berbeza serta sedikit mood yang berlainan di mana watak utama rasukan kali ini ialah seorang kanak-kanak perempuan.

Dikatakan, The Conjuring 2 telah mengambil tema filem berasaskan kisah sebenar yang berlaku kepada sebuah keluarga di Enfield, yang mana bukan sahaja rumah tersebut yang didiami itu dihantui entiti, malah ahli keluarga juga dirasuki hingga memaksa permintaan terhadap bantuan ‘di luar kuasa’ pihak polis.

Watak Ed dan Lorraine Warren masih dikekalkan, manakala watak baru seperti keluarga Margaret Hodgson ditambah ke dalam senarai.

Apa yang abam Hac suka, ialah James Wan ni memang genius dalam mencipta putaran plot apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka akan muncul di akhir cerita. Ada watak-watak ‘penyiasat’ kes paranormal, dan ada juga watak ‘penyiasat’ versi skeptik, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan filem. Diakui, watak versi skeptik itu agak membosankan, tetapi ianya tidak dapat dibuang dek kerana dalam ‘kisah yang sebenar’ juga beliau ada (sabar aje lah).

Juga abam nak sentuh tentang sesuatu yang amat jarang sekali ditonjolkan dalam filem-filem seram, dan jarang pula diketahui oleh orang zaman sekarang, iaitu cabang ilmu terawangan yang dikuasai oleh Lorraine Warren, juga ilmu ini dikenali sebagai Astral Projection (Meraga Sukma).

Sukar untuk dijelaskan, sukar juga untuk ditulis ke dalam sebuah artikel, tetapi yang berminat untuk tahu boleh cuba baca pada pautan ini : Astral Projection

Kenapa penting untuk faham? Kerana filem ini banyak memainkan babak yang memaparkan situasi di mana Lorraine ‘berjalan-jalan di luar tubuhnya’ dan boleh pula berada di suatu masa lampau (time travel). Ianya agak sulit dan berat untuk difahami oleh orang kebanyakan, dan inilah suatu sisi yang dibawa oleh James Wan.

Pada abam, eloklah anda pergi tempah tiket dan tonton sekarang. Jangan nak layan lanun sangat. Lebih puas menonton di wayang, tambah pula bila hantu tu jerit, ewww.. >.<

Abam Hac boleh bagi meter kepuasan untuk filem ini, pada skala 10 —> 8.5/10 (cemerlang!)

 

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

KickassTorrents Memasuki Zon Kegelapan, Kini Mempunyai Alamat Dark Web

0
Laman indeks torrent yang popular selepas The Pirate Bay, iaitu KickassTorrents, kini sudah menambah sebuah pautan kepada lamannya melalui URL dark web, untuk mencegah sekatan.

Seperti yang kita tahu, buat masa ini laman The Pirate Bay sedang ‘down’. Tak habis-habis dengan isu serbuan oleh pihak berkuasa. Jadi setakat ini, laman KickassTorrents ini atau dikenali sebagai KAT, menjadi antara laman indeks torrent yang paling banyak dikunjungi pelawat.

Sebelum ini pun laman tersebut ibarat ‘stesen bas’, memang sentiasa dipenuhi pengunjung. Jadi, terdapat banyak pemegang hak cipta yang mensasarkan laman tersebut untuk ‘urusan’ take down, sekatan, dan sebagainya lagi.

Atas sebab itu, KickassTorrents telah melakukan pelbagai cara untuk melepasi setiap halangan, contohnya dengan mengoperasikan beberapa laman proksi. Terbaru, mereka telah membuat satu pautan URL dark web, khusus untuk pengguna mahir.

Laman dark web, seperti yang kita tahu, hanya boleh diakses melalui rangkaian The Onion Router atau TOR.

Abam dah cuba mengakses laman ini dipejabat melalui TOR dan semestinya ia boleh dimasuki meskipun agak perlahan (akibat firewall). Abam gabungkan dengan OpenVPN + AntiDPI, ia menjadi sedikit laju. Heh..

Anda bolehlah mencuba akses kepada laman torrent ini di sini : lsuzvpko6w6hzpnn.onion

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

DelanVPN Bakal Dijenamakan Semula Kepada TheLanVPN

0
Syarikat baru bertapak yang menawarkan servis VPN iaitu DelanVPN, bakal menjemakan semula (rebranding) VPN mereka itu kepada TheLanVPN.

“Dah tiba masanya untuk kami mengorak langkah lebih ke depan lagi dan kini lebih serius dalam bisnes, oleh itu penjemaan semula ini adalah perlu”, kata Mohamad Zulfahmy, lelaki muda dan tampan yang bertindak selaku pengasas/penubuh/pembubuh TheLanVPN.

Bersumberkan daripada beliau sendiri, katanya TheLanVPN bakal merealisasikan pelbagai ciri baru beserta pakej premium berbeza yang menawarkan faedah-faedah tertentu kepada penggunanya.

Tarikh bagi pelancaran (tidak rasmi) TheLanVPN ialah 30/06/2016.

We’re calling to inform our existing and new customer for our rebranding from DelanVPN to TheLanVPN. And we would like to make a giveaway and special promotion to new users, existing and special access to BETA testers. 

We also need new BETA Tester! Fill out the form at https://delanvpn.net/betatester

Berikut adalah antara ciri-ciri baru yang akan diimplementasikan dalam TheLanVPN:

TheLanVPN v1.0 

1. New package
2. All in one VPN for windows apps
3. Raatile Anti-DPI Technology with Windows apps
4. Android application
5. OpenVPN, L2TP and SSTP supported protocol
6. New Website and Client VPN Panel
7. Reseller system
8. New server with Torrent supported server
9. Zbigz premium account
10. TheLanDNS introduced
11. Simplified payments method
12. And coming more soon 

==== PACKAGE ==== 

TheLanVPN Core
RM 15/MONTH
-Unlimited bandwidth
-Unlimited speed
-All type VPN protocol (L2TP, SSTP, OpenVPN, Raatile AntiDPI)
-Access to all premium server
-No port forwarding
-No Premium TheLANDNS
-No Premium Zbigz account
TheLanVPN Pro
RM 20/MONTH
-Unlimited bandwidth
-Unlimited speed
-All type VPN protocol (L2TP, SSTP, OpenVPN, Raatile AntiDPI)
-Access to all premium server
-Port forwarding
-Premium TheLanDNS
-Premium Zbigz account

Jadi, bak kata orang putih, stay tuned guysss..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Alternatif Kepada DFX Sound Enhancer Untuk Ubuntu Linux : PulseAudio Equalizer?

0
Serius, saya dah cuba cari alternatif kepada DFX Sound Enhancer untuk Linux terutamanya Ubuntu, tetapi menemui jalan buntu (no pun intended). Dah bertahun rasanya saya bertanya di sana-sini, namun nampaknya tidak ketemu akan ia.Bukan apa, kalau kita mainkan lagu dengan tetapan ‘kosong’ atau ‘stock’ dari Ubuntu, untuk seorang audiophile seperti saya, bunyinya akan kedengaran seperti ‘dull’, tak sedap di halwa telinga, dan kedengaran seperti tak cukup ‘rempah’.

Jadi hendak tak hendak, terpaksa cuba juga PulseAudio Equalizer walaupun saya tahu ianya cuma sebuah, oh well, equalizer.

Mungkin buat Linuxer yang dah biasa guna, akan kata “Ek eleh, PulseAudio ni dah lama la bro orang guna”. Ya, memang dah lama, cuma masalahnya dulu saya tidak yakin dengannya. Maklum sajalah, well, equalizer je bro, bukan ala-ala ‘full system‘ audio enhancer seperti DFX Sound Enhancer itu.

Cuma, itulah. Selepas saya tweak sikit, seperti gambar yang anda boleh lihat di atas, keputusannya agak ‘wow’. Jauh lebih sedap bunyi yang dilontarkan oleh pembesar suara berbanding dengan semasa tidak menggunakannya.

Ubuntu 16.04 LTS + Dark Rhythmbox
Ada sesiapa berminat nak buat juga Rhythmbox anda seperti ini?
Untuk memasang ia pada Ubuntu 16.04 LTS, cuma perlu gunakan PPA dari WebUpd8 dan baris perintah seperti berikut:

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8

sudo apt-get update

sudo apt-get install pulseaudio-equalizer

Tweak ikut halwa telinga anda, dan enjoy..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline