Utama Blog Laman 181

U Mobile P98 Menawarkan Data Sebanyak 30GB, Langganan Video Percuma, Penstriman Video-Onz dan Panggilan Suara Tanpa Had

0
U Mobile sering menjadi perintis kepada pelan data mobil yang banyak/besar/gedabak/gedemuk, dan mereka selalu memperbaharui atau menambahbaik sesuatu pelan walaupun selalu juga dikecam pengguna dek kerana liputannya yang masih ‘ciput’ sedangkan pelannya sangat membuatkan bakal pengguna tertarik dengan mudah.

Terbaru, pelan mereka iaitu P98 pula menjengah pasaran. Apa yang menarik? P98 menawarkan kuota data sebanyak 30GB (3G/4G), penstriman melalui Video-Onz tanpa had, juga panggilan suara tanpa had (tertakluk kepada Fair Usage Policy).

Selain itu para pengguna juga akan mendapat langganan video percuma pada salah satu rakan kongsi U Mobile tanpa bayaran tambahan. Untuk setiap SMS yang dihantar pula akan dicaj sebanyak RM0.03/SMS ke nombor dalam rangkaian U Mobile dan RM0.08/SMS kepada lain-lain rangkaian (serius murah).

Untuk mendapatkan akses percuma kepada langganan video, anda perlu menjadi pengguna pelan P98, dan kemudian lawati pautan Free Video Subscription ini. Masukkan nombor U Mobile, seterusnya U Mobile akan menghantar pin pengesahan untuk anda gunakan bagi tujuan pengaktifan. Sebaik sahaja aktif, anda akan menikmati langganan selama 30 hari yang bernilai RM10. Tawaran ini sah sehingga 31 Julai 2016.

Semak laman web U Mobile untuk mendapatkan lebih maklumat tentang pelan P98 atau lain-lain pelan yang anda minati.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Webe: We-be atau We-will-not-be?

0
Saya sebenarnya enggan hendak menulis tentang telco baru ini. Sebab saya tak mahu menjadi ejen pemberi harapan palsu kepada pengguna marhain yang sentiasa dahagakan revolusi kepada pelan data tanpa had kuota. Namun, pengguna juga perlu tahu apa yang akan datang kepada mereka, sama ada baik mahupun sebaliknya.Webe, sebuah syarikat usahasama antara P1 dan TM, telah pun melancarkan pelan mobil data tanpa had, panggilan dan SMS. Namun mengikut kepada sumber iaitu Lowyat.net, ‘unlimited data’ adalah masih tertakluk kepada ‘Fair Usage Policy’.

Buat sementara waktu ini, pelan ini hanya ditawarkan untuk para pelanggan P1 dan TM sahaja. Pelan bermula dari RM199, dan jika anda merupakan pelanggan sedia ada kepada P1/TM, anda akan menerima diskaun sebanyak RM60(+-), serta jika anda menggunakan pula mana-mana telefon pintar yang diiktiraf sebagai ‘Webe certified’, anda akan menerima tambahan RM60(+-) diskaun.

Tentang ‘Fair Usage Policy’. contoh yang diberikan adalah jika anda menggunakan servis SMS blasting, anda akan disekat. Juga jika anda ingin menggunakan WiFi tethering, anda perlu membayar tambahan sebanyak RM6 untuk setiap 2 jam. (Maklumat harga akan dikemaskini)

jemputan untuk mencuba khidmat dari telco/MVNO ini kepada pelanggan asal P1 dan TM telah pun bermula. Sepertimana yang anda boleh lihat pada paparan skrin yang telah saya muat naik ini, bayaran bulanan boleh menjadi seminima RM79 = RM83.74 (termasuk GST) setelah ditolak dengan diskaun.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Android 7.0 N Secara Rasminya Dinamakan Sebagai Nougat

0
Nampaknya harapan abam untuk melihat Android N dinamakan sebagai Android Nutela musnah apabila Google telah memilih Android ‘Nougat’ sebagai nama pilihan. Android versi ke 7 ini masih lagi dengan tema pencuci mulut/manisan/gula-gula/whateva dan anda boleh lihat gambar statue Android versi ini pada gambar berikut.

 

‘Huduh’.

Lantak la kau orang nak panggil abam reviewer tak profesional ke, tak best ke, tapi abam ada rasa macam rilisan kali ini lebih sambil lewa berbanding dahulu. Kurang-kurang buatlah Android tersebut betul-betul berbentuk Nougat, barulah ‘kena’ dengan namanya.

Anda boleh tonton pula video kononnya-proses-pilihan-nama oleh Google di bawah.

 

Ok lah, malas nak tulis panjang-panjang lagi. Abam ingin membawa diri ke Atlanta. Kecewa. Huh.

 

P/s: Sebenarnya nama dia bukanlah teruk sangat, tapi pada abam, macam yang abam cakap awal tadi, sekurang-kurangnya buatlah statue Android tu bagi kemas sikit. Barulah ‘sejuk’ sikit hati ni. Ramai juga yang abam baca dalam komen-komen di blog lain dan di YouTube telah complain benda yang sama. Harapnya versi yang akan datang, nama dan statue/maskotnya lebih ditelitikan lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Play Store Kini Mengaktifkan Penguji Beta Melalui Aplikasi

0
Kebiasaannya kalau dahulu, pengguna perlu mengikut satu pautan khas yang disediakan oleh pembangun untuk menjadi penguji beta bagi setiap aplikasi yang ingin dicuba.Tapi ceritanya itu dahulu. Sekarang tidak lagi, apabila Google Play Store dalam versi terbaru 6.7-6.8 telah mengaktifkan fungsi tersebut melalui dalaman aplikasi Google Play Store sahaja.

Ini bererti, pengaktifan keahlian bagi menjadi penguji beta boleh dibuat secara terus melalui Google Play Store tanpa perlu mengikut pautan lagi.

 

 

Ciri ini telah diaktifkan melalui ‘server-side’, jadi jika anda masih belum memperolehinya, sila sabar menunggu. Ia akan diaktifkan secara peringkat demi peringkat, pengguna demi pengguna.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bekazon, Era Komik Hybrid: Selamat Tinggal Ujang dan Apo?, Selamat Datang Bekazon!

0
Lebih kurang setahun negara dikejutkan dengan ‘kehilangan’ dua buah komik beserta ‘maskotnya’ yang ikonik iaitu majalah Ujang dan Apo? serta Pakcik Din Beramboi dan Mansor Todak. Operasi syarikat tidak lagi mampu menanggung kos yang kian meningkat, dan diakui faktor-faktor seperti GST beserta ‘industri’ cetak rompak ke dalam bentuk pdf telah membunuh industri komik yang kita sayangi ini.

Namun seperti madah pujangga ada berkata, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, cincin, kunci, dompet dalam laci.. Ehhh.. itu lagu. Hehe.

Seiring dengan berjalannya waktu, suara-suara dari para peminat sama ada yang tegar menyokong dengan membeli komik mahupun yang tegar membacanya dengan percuma melalui pdf, kesemuanya mahu supaya kedua komik lagenda ini kembali ke persada perkomikan tanah air.

Nama-nama yang legend seperti Lambok, Bijan, Bawang, Gayour, Petai, Cendol, Jumper, Spider, Nik, Sireh, Oren, Lengkuas, Ubi, Tembakau, Sukun, Aie, Taugeh, Bendi, dan ramai lagi telah disebut-sebut oleh peminat supaya kembali melukis dan menghiburkan hati yang lara.

Setelah melalui era kegelapan, kini tibalah masanya kedua-dua komik bersatu, bergabung, dan melakukan kemunculan semula yang menjadi KEJUTAN dalam komik terakhir Ujang dan Apo? iaitu isu 000, yang secara drastiknya bertukar menjadi Komik Bekazon Isu 01!

Sebelum ini kekecewaan para peminat sedikit terubat dengan kehadiran komik versi ‘half-comeback’ dengan nama Jenama X. Namun ianya tidak cukup untuk dijadikan sebagai sandaran kerana ia bukan santapan bulanan sebaliknya hanya ‘one-off comic’. Oleh itu dengan usaha keras dari pihak pekomik semua dan beberapa lagi ‘orang dalam’ industri, akhirnya lahirlah BEKAZON, sebuah komik hybrid untuk Gen XYZ.

Maka tak perlulah lagi meratap hiba, tak perlu lagi keluarkan air mata palsumu itu (untuk para lanun yang telah mencetak rompak komik-komik ini), juga tidaklah lagi diperlukan esak tangis, kerana dengan rasminya kartunis-kartunis dari kedua-dua belah komik telah pun bersatu di bawah payung Bekazon. Syukur, doa kita semua telah dimakbulkan.

Khas untuk anda, dibawakan kembali hampir kesemua mereka, dan jika anda tidak mahu lagi menunggu, jika stok majalah ini kehabisan di 7E mahupun kedai mamak/aney, maka anda bolehlah menempah ia melalui laman web rasminya di sini: Bekazon : Creative WebStore

Silalah tempah/beli sekarang! Jangan tunggu lagi! Orang yang benar-benar mempunyai perasaan rindu yang ASLI tidak akan menunggu!

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Cozmo, Robot Kecil Comel Sebesar Tapak Tangan Yang Pintar

0
Beberapa tahun lepas kita menyaksikan kelahiran robot-robot ‘separa’ pintar yang mampu berjalan, menari, bercakap, berbual, dan melakukan kerja-kerja rumah yang ringkas/mudah. Namun itu masih belum cukup untuk menggambarkan sejauh mana tahap kepintaran yang mampu dicapai oleh robot-robot moden.Atas sebab itu Anki, iaitu sebuah syarikat robotik dan kepintaran tiruan, telah pun mencipta sebuah robot kecil bersaiz telapak tangan yang sangat pintar, khas untuk hiburan seisi keluarga.

Cozmo bukanlah robot yang dicipta untuk dijadikan sebagai orang gaji anda, tetapi ia adalah robot untuk menghiburkan hati. Mengikut kata pembangun, saya quote sedikit:

Cozmo is born to play. He is charming, a bit mischievous, and unpredictable. He recognizes and remembers you. He interacts with you, plays games, and gets to know you over time.

Cozmo telah dibangunkan oleh para pakar dalam bidang robotik, animator bertaraf dunia, pembangun permainan terkenal dan pereka utama dari Batmobile, Cozmo bakal mencipta satu lembaran sejarah dalam dunia robot yang mana ia bukan lagi sekadar bahan atau alat untuk melakukan kerja-kerja di kilang atau di rumah.

Dikuasakan dengan teknologi robotik termaju berserta kepintaran tiruan, robot kecil ini dikatakan mempunyai bahagian ‘otak’ yang mampu memproses data lebih baik dari keseluruhan Mars Rover jika digabungkan. Tonton video di bawah untuk mendapatkan sedikit input tentang Cozmo ini.

Sumber : Anki – Meet Cozmo: Where The Magic of The Movies Meet Reality

Harga : $179.99

 

Views: 9

Iklan Newspaper Inline

Cleaner for WhatsApp (WhatsApp Cleaner) – Aplikasi Memudahkan Anda Untuk Memadam Kandungan Tidak Perlu

0
Pernahkah anda terfikir akan mudahnya kalau ada sebuah aplikasi yang membolehkan penggunakan untuk menelurusi kesemua jenis kandungan yang ada dalam WhatsApp supaya senang ‘kerja’ untuk padam mana-mana kandungan yang tidak diperlukan?Tahukah anda, bahawa kandungan WhatsApp bukan semata-semata gambar, video, dan nota suara?

Jom kita tengok aplikasi Cleaner for WhatsApp ini (WhatsApp Cleaner by tattobr).

Seperti yang anda dapat lihat, paparan antaramuka aplikasi ini adalah amat-amat mudah untuk difahami meskipun untuk para pemula. Ianya memaparkan:
Images (gambar), Audio, Video, Profile Pictures, Wallpaper, dan juga Voice Notes (nota suara). Terdapat juga paparan berapakah jumlah saiz keseluruhan fail-fail tersebut, dan di bawah sekali ada FAB berbentuk butang ‘padam’.

 

Jika diklik pada mana-mana pilihan, contohnya saya pilih ‘Images’, akan ada tiga bahagian penting yang ditunjukkan iaitu All iaitu Received dan Sent, serta bahagian Duplicated.
Kebiasaannya jika kita cuba untuk memadam melalui aplikasi file explorer, paparan antaramuka agak sukar dan rumit, manakala jika melalui aplikasi galeri pula, bahagian ‘sent’ dan ‘duplicated’ ini tidak pula terpapar, yang ada hanyalah ‘received’ sahaja.
Di sini, pilihan adalah lebih menyeluruh, jadi proses ‘pembersihan’ menjadi lebih berkesan.

Ada juga pilihan untuk menggunakan butang FAB berbentuk ‘padam’ tersebut untuk memadam kesemua sekali kandungan tanpa ‘fikir’, atau untuk memadam isi kandungan yang tidak kelihatan.

Pendek kata aplikasi ini sememangnya amat membantu dalam mengurangkan penggunaan ruang dalam kad sd anda, dan dalam masa yang sama sedikit sebanyak tidak perlu lagi anda menggunakan alasan ‘phone hang’ untuk keluar dari group yang aktif berborak. Sekian.

Muat turun : Cleaner for WhatsApp

 

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Serangan Rangkaian SS7 Untuk Menggodam Facebook

0
Menggodam Facebook bukan seperti cubaan mencari kerentenan pada sesebuah laman sesawang dengan menggunakan beberapa kaedah yang ‘biasa’ seperti suntikan SQL. Akan tetapi dalam masa yang sama ia juga tidaklah mustahil, asalkan tahu caranya dan mempunyai nombor telefon kepada tuan punya akaun.

Ini bukan lagi soal betapa ‘kuatnya’ kata laluan anda, tetapi penggodam hanya perlu melalui jalan belakang dengan melakukan eksploitasi terhadap rangkaian SS7.

Kuncinya di sini ialah nombor telefon anda yang sudah didaftarkan dengan akaun Facebook.

SS7 iaitu Signalling System Number 7 ialah protokol isyarat telefon yang digunakan oleh lebih dari 800 operator telekomunikasi seluruh dunia bagi membolehkan pertukaran maklumat antara satu dengan yang lain, bil antara karier dan lain sebagainya.

Namun masalah timbul apabila dalam rangkaian SS7 ini, mesej pengesahan dalam bentuk teks tetap dihantar tanpa mengira asal-usulnya. Oleh itu, para penggodam boleh ‘memperdayakan’ rangkaian SS7 ini untuk melencongkan mesej teks bahkan panggilan suara kepada peranti yang dimiliki sendiri oleh mereka.

Berikut adalah demo serangan rangkaian SS7.

 

Eksploitasi yang dilakukan di sini ialah penggodam tersebut perlu klik pada ‘Forgot account?’. Apabila diminta untuk memasukkan nombor telefon atau alamat e-mel, penggodam tersebut perlu memasukkan nombor telefon yang telah digunakan oleh pemilik akaun untuk dihubungkan kepada Facebooknya.

 

Penggodam kemudian melencongkan kandungan SMS yang mempunyai one-time passcode (OTP) kepada peranti mereka sendiri (PC, telefon pintar, tablet), seterusnya terus menukar kata laluan dan log masuk kepada akaun mangsa.

 

Nota kaki : Ini hanya sekadar demo, bukan tutorial.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Uji Cuba TheLanVPN Beta 1.0 Dengan Raatile Anti-DPI

0
Setelah dijalankan pembangunan demi pembangunan, TheLanVPN versi Beta 1.0 kini telah pun dilepaskan kepada semua penguji beta (buat masa ini).

Dengan slogan ‘We Are Faster Than Before’, ianya menepati keadaan apabila ternyata sambungan dengan rangkaian TheLanVPN bersama protokol Raatile Anti-DPI telah berjaya meningkatkan kelajuan muat turun. Saya menggunakan Ma*is Fi*er dengan kelajuan 20Mbps, dan apabila digandingkan bersama TheLanVPN + Raatile Anti-DPI, kelajuan muat turun telah pun naik kepada 30Mbps! Sesuatu yang mengujakan pada saya.

Berikut adalah paparan antamuka klien TheLanVPN:

Menurut hemat saya klien ini amat kemas sekali, walaupun ada satu atau dua paparan boleh lagi diperkemaskan. Ianya mudah difahami, sekaligus memudahkan para pengguna yang baru berjinak-jinak dengan dunia VPN untuk menggunakannya pada kali pertama.

Saya belum lagi menguji ia pada rangkaian yang disekat dengan firewall korporat. Setelah saya uji nanti, saya akan kemas kini reviu. Apapun, setakat ini, hanya satu pelayan (server) yang tidak berjaya disambungkan, akan tetapi kesemua pelayan lain berfungsi dengan jayanya.

Protokol yang terdapat pada TheLanVPN adalah:

Manakala senarai pelayan-pelayan yang ada pula ialah:

TheLanVPN akan dilancarkan secara rasmi setelah ujian terhadap versi beta ini melepasi penanda aras yang telah ditetapkan oleh barisan pembangun. Sama-sama kita nantikan rilisan versi stabil nanti.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Menyekat Akses Internet Pada Mana-Mana Aplikasi Windows

0
Kadang-kadang, kita perlu menyekat sesuatu aplikasi yang kerap digunakan oleh rakan daripada mendapatkan akses kepada internet, dek kerana:1. Rakan anda menggunakan internet secara percuma.

2. Mereka muat turun tanpa fikirkan kelajuan yang menurun.

3. Apa sahaja sebab dan situasi anda hadapi yang anda rasakan patut, sila tambah sendiri.

Jadi, apa yang kita perlukan adalah cara paling mudah untuk dengan pantas menyekat serta-merta akses terhadap internet, kepada mana-mana aplikasi tersebut.

WinAero OneClickFirewall adalah jawapan kepada soalan dalam minda anda.

OneClickFirewall bukanlah pengganti kepada firewall terbina dalaman sistem operasi anda. Ianya hanyalah pelengkap kepadanya, tambahan pula ia cuma akan menambah dua menu ke dalam Windows Explorer iaitu ‘Block Internet Access’ dan ‘Restore Internet Access’. Itu sahaja.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah muat turun fail pemasang di laman web rasmi pembangunnya iaitu WinAero OneClickFirewall.

Setelah siap dipasang, anda memang tidak akan dapat lihat apa-apa pintasan kerana seperti yang telah abam terangkan di atas, ia hanya akan menambahkan dua menu (integrate dalam bahasa omputihnya) ke dalam Windows Explorer, jadi tugas anda adalah cari mana-mana aplikasi yang telah menyusahkan hidup anda, kemudian klik kanan padanya, dan pilih ‘Block Internet Access’.

Sebagai contoh, lihat di bawah ini, abam telah sekat akses internet kepada Internet Explorer.

Abam harap perkongsian hari ini dapat memberi manfaat kepada anda. Tapi janganlah hangpa pedajai cikgu ka, penyarah ka, atau mak ayah. Ingat tu! Abam sumpah hangpa jadi peti ais!

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline