Walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi untuk Malaysia, dan ada ura-ura sekatan akaun/peranti untuk yang mencuba melalui apk, tetapi ‘ini Malaysia’, tak langsi kalau tak langgar. Hehe.
Pokémon GO telah menjadi suatu fenomena, baik yang mengikuti kartunnya dulu mahupun yang secara tiba-tiba menyertai gelombang yang hadir. Buat masa ini kebanyakan PokéStops dan gym berada di tempat biasa iaitu taman-taman, bangunan-bangunan dan lain-lain tempat biasa dikunjungi manusia.
Namun selepas ini Niantic akan membuka peluang kepada mana-mana peniaga yang hendak menjadi penaja kepada PokéStops/gym dengan membayar kepada Niantic sejumlah yuran tertentu dan sekaligus menjadikan tempat perniagaan mereka lebih ‘meriah’ dengan kehadiran para pemain Pokémon GO.
Apa yang pasti sebuah PokéStops yang ditaja hanya akan mempunyai item-item ketika ia aktif sahaja. Sebaik ia luput, maka tiada apa lagi yang akan ada di situ melainkan ditentukan sepenuhnya oleh Niantic.
Sumber : Engadget