Bekazon, Era Komik Hybrid: Selamat Tinggal Ujang dan Apo?, Selamat Datang Bekazon!

Lebih kurang setahun negara dikejutkan dengan ‘kehilangan’ dua buah komik beserta ‘maskotnya’ yang ikonik iaitu majalah Ujang dan Apo? serta Pakcik Din Beramboi dan Mansor Todak. Operasi syarikat tidak lagi mampu menanggung kos yang kian meningkat, dan diakui faktor-faktor seperti GST beserta ‘industri’ cetak rompak ke dalam bentuk pdf telah membunuh industri komik yang kita sayangi ini.

Namun seperti madah pujangga ada berkata, yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi, cincin, kunci, dompet dalam laci.. Ehhh.. itu lagu. Hehe.

Seiring dengan berjalannya waktu, suara-suara dari para peminat sama ada yang tegar menyokong dengan membeli komik mahupun yang tegar membacanya dengan percuma melalui pdf, kesemuanya mahu supaya kedua komik lagenda ini kembali ke persada perkomikan tanah air.

Nama-nama yang legend seperti Lambok, Bijan, Bawang, Gayour, Petai, Cendol, Jumper, Spider, Nik, Sireh, Oren, Lengkuas, Ubi, Tembakau, Sukun, Aie, Taugeh, Bendi, dan ramai lagi telah disebut-sebut oleh peminat supaya kembali melukis dan menghiburkan hati yang lara.

Setelah melalui era kegelapan, kini tibalah masanya kedua-dua komik bersatu, bergabung, dan melakukan kemunculan semula yang menjadi KEJUTAN dalam komik terakhir Ujang dan Apo? iaitu isu 000, yang secara drastiknya bertukar menjadi Komik Bekazon Isu 01!

Sebelum ini kekecewaan para peminat sedikit terubat dengan kehadiran komik versi ‘half-comeback’ dengan nama Jenama X. Namun ianya tidak cukup untuk dijadikan sebagai sandaran kerana ia bukan santapan bulanan sebaliknya hanya ‘one-off comic’. Oleh itu dengan usaha keras dari pihak pekomik semua dan beberapa lagi ‘orang dalam’ industri, akhirnya lahirlah BEKAZON, sebuah komik hybrid untuk Gen XYZ.

Maka tak perlulah lagi meratap hiba, tak perlu lagi keluarkan air mata palsumu itu (untuk para lanun yang telah mencetak rompak komik-komik ini), juga tidaklah lagi diperlukan esak tangis, kerana dengan rasminya kartunis-kartunis dari kedua-dua belah komik telah pun bersatu di bawah payung Bekazon. Syukur, doa kita semua telah dimakbulkan.

Khas untuk anda, dibawakan kembali hampir kesemua mereka, dan jika anda tidak mahu lagi menunggu, jika stok majalah ini kehabisan di 7E mahupun kedai mamak/aney, maka anda bolehlah menempah ia melalui laman web rasminya di sini: Bekazon : Creative WebStore

Silalah tempah/beli sekarang! Jangan tunggu lagi! Orang yang benar-benar mempunyai perasaan rindu yang ASLI tidak akan menunggu!

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img