Tips Memilih VPN, Serta Servis VPN Terbaik Dan Termurah Di Malaysia

Setelah bertahun-tahun saya menggunakan servis VPN/SSH, saya telah melalui pelbagai pengalaman yang mengajar erti sebenar privasi serta enkripsi. Saya bukanlah seorang security-freak yang poyo moyo, namun tidak dapat tidak VPN amatlah penting dalam kehidupan seharian saya meskipun saya cuma pekerja biasa, dek kerana rangkaian internet di pejabat telah disekat, di-firewalled, di-kononnya-antivirus-tolong-jaga, di-bla-bla-and-the-bla-bla.Dalam memilih servis yang saya ingin gunakan, saya agak cerewet, dan sesekali agak memilih, meskipun adakala lebih mahal. Oleh itu, saya kompilkan beberapa ciri VPN yang terbaik untuk anda gunakan, sebagai sekadar panduan. Nak ikut silakan, tak nak ikut pun tidak mengapa, anda ikut saya tak kaya, anda tak ikut saya tak miskin. Paling penting, ilmu mesti disampaikan.

Ciri Servis VPN Terbaik

1. Support team yang pantas dan mesra pengguna

Saya cukup ‘berbulu’ kalau ada antara jenis support team/individual yang lambat, tidak efisien dalam menyelesaikan isu, dan juga tidak mesra (‘gangster’). Sebaiknya jika ada apa-apa isu, anda boleh menghubungi admin dengan mudah baik di Facebook, Twitter, e-mel, mahupun lain-lain capaian.

2. Menggunakan OpenVPN dan Anti-DPI

Saya antara penulis di Malaysia ini yang amat-amat menitikberatkan ciri ini. OpenVPN (sebaiknya) ada, kerana kebiasaannya kaedah enkripsi yang lain tidak berkesan dalam melepasi sekatan firewall. Anti-DPI pula adalah ciri tambahan, yang menambahkan lagi rasa ‘selamat’ serta kebolehan VPN tersebut untuk dapat melangkau sekatan. (Berapa banyak lagi blog dalam Malaysia yang ada cerita pasal Anti-DPI ni ek?)

3. Boleh muat turun apa yang disukai

Dari pelbagai servis yang saya pernah gunakan, percuma, murah, mahal, ada antaranya yang tidak masuk dek akal kerana meskipun kita sudah menggunakan rangkaian mereka, kita masih lagi tidak boleh muat turun ‘sebarangan’.

Pada saya apalah gunanya membayar servis yang adakalanya mahal, namun apabila cubaan memuat turun sesuatu kandungan yang dilabel sebagai ‘melanggar hak cipta’ menjadikan akaun anda disekat (banned).

Perkara ini pernah saya hadapi dengan VyprVPN, dan ianya membuatkan saya terasa amat-amat mencerobohi privasi kerana mereka masih dapat mengetahui apa yang kita pernah muat turun serta mana jua laman-laman yang pernah kita kunjungi (oh well, bab ini boleh dibahaskan, sebab boleh dikatakan semua pun sama kan).

4. Log masuk di beberapa peranti

Log masuk melalui berbilang peranti juga amat penting, kerana zaman ini, sebagai contoh telefon pintar juga harus disambungkan ke rangkaian VPN supaya tidak dapat diintai oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

5. Tidak menyimpan log pengguna, tidak memantau, dan tidak peduli apa yang kita lakukan.

Ya, seperti yang saya katakan di atas, apalah guna kita disambungkan ke sebuah rangkaian virtual peribadi namun ianya tidak menjaga privasi anda setinggi mungkin, apabila mereka masih lagi memantau-mantau apa yang anda lakukan.

6. Kaedah pembayaran mudah

Senang bukan kalau ada pilihan untuk membayar menggunakan bank transfer sama ada Maybank2U atau CIMB Clicks. Buat yang dah mahir gunakan PayPal, ada pula pilihan untuknya. Ini yang kita mahukan!

7. Klien moden yang boleh dipasang pada persekitaran ber-firewall

Tak guna kalau ada klien yang dibuat sendiri namun apabila cuba dipasang, teeettttt! Tak lepas lah pula. Paling kurang ada config OpenVPN, jadi dalam situasi seperti ini pengguna masih dapat memanipulasi klien OpenVPN untuk melepasi sekatan.

8. Laju

Siapa yang suka bersambung kepada rangkaian yang perlahan bukan? Common sense.

9. Menggunakan pelayan (server) sendiri (kalau boleh!)

Cuba fikirkan, prinsip yang saya dapat sewaktu menggunakan VyprVPN dahulu, akan bagaimana sesuatu servis VPN itu dapat menjaga privasi anda apabila setiap pelayan bukan dimiliki oleh mereka sendiri! Pemilik kepada pelayan tersebut boleh bila-bila masa memantau penggunanya.

Namun saya juga sedar, kebanyakan pemilik bisnes VPN di Malaysia ini boleh dikatakan majoriti atau kesemuanya menyewa. Hendak langgan servis seperti VyprVPN yang menggunakan 100% pelayan sendiri, yang pertamanya agak mahal. Keduanya mereka terlalu tegas tentang kandungan muat turun yang kita lakukan (jadi privasinya mana??). Oleh itu, suka untuk saya ingatkan, jaga ‘tingkah laku’ anda di internet, jangan terlampau ghairah mencuba sesuatu yang bakal mengundang padah kepada anda.

Godam sana, godam sini, politik sana, politik sini. Akhir sekali destinasi anda – penjara.

Di bawah Security Offences Special Measures Act atau SOSMA, Seksyen 6 ada menyebut bahawa pendakwa raya di Malaysia boleh memaksa mana-mana pembekal komunikasi untuk memintas, mendengar dan arkib apa-apa komunikasi seseorang individu. Jadi, berhati-hatilah. Pembekal perkhidmatan VPN di Malaysia juga boleh dipaksa untuk mendedahkan aktiviti-aktiviti anda sekiranya perlu mengikut undang-undang.

Nak lebih selamat? Langgan servis VPN negara luar.

Beberapa Servis VPN Terbaik dan Termurah (Opsional) Di Malaysia

Yang bagus tidak semestinya mahal, dan yang murah tidak semestinya tidak baik (dah macam iklan sabun pencuci kain). Apa yang penting apabila kesemua ciri di atas dipenuhi, maka itulah yang terbaik untuk kita gunakan.

1. FinchVPN

Saya telah lama menggunakan servis dari mereka. Meskipun mereka jarang mengemaskini status tentang perkhidmatan mereka sama ada di Facebook atau Twitter mahupun Google+, namun ciri Anti-DPI, ciri klien mereka yang padat dengan pelbagai pilihan, dan harga pakej langganan yang murah iaitu antara RM10-20+- sebulan, menjadikan ia pilihan nombor satu saya. Servis mereka amat boleh diharap (reliable), dan tiada masalah untuk melepasi sekatan firewall di pejabat mahupun ISP Malaysia tanpa terputus-putus sambungannya.

2. TheLan VPN (Dahulu dikenali sebagai DelanVPN)

Sebuah syarikat baru mula, yang semakin stabil dan menunjukkan ciri-ciri di atas, TheLan VPN mengorak langkah dengan penjenamaan semula (iaitu dari nama DelanVPN), dan bakal memperkenalkan pelan baharu serta klien unik mereka sendiri. Jangan tak tahu, mereka juga mengimplementasikan teknologi Anti-DPI yang mereka namakan sebagai Raatile. Pelan mereka bermula serendah RM10 hinggalah RM20. Sama-sama kita nantikan.

3. BolehVPN

Servis dari syarikat ke 3 ini merupakan antara langganan yang agak mahal namun apabila melihat kepada klien-nya, terasa kepremiumannya (perkataan ini abam reka sendiri, mohon jangan kecam). Dari RM10 untuk seminggu (akaun percubaan) dan RM30 untuk sebulan, BolehVPN mampu membuktikan bahawa dengan harga yang anda bayar, dashboard klien boleh membuatkan anda terasa seperti seorang saintis pseudoscience yang agung.

Huh, cukuplah dahulu setakat ini, Tulis panjang-panjang cenggini hangpa baca ka? Heheh..
Ok, jom bukak puasa! Errr, maksud saya waktu azan Maghrib karang laaa.. Heheheh.

 

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img