Utama Blog Laman 166

Perbankan Lebih Mudah Dengan CIMB Pay & CIMB Eva

0

CIMB telah perkenalkan dua aplikasi baru yang bakal memudahkan pembankan pembayaran mudah alih iaitu CIMB Pay & CIMB Eva.

CIMB Pay satu aplikasi mirip Samsung Pay yang menggunakan teknologi NFC pada telefon anda untuk membuatkan bayaran. CIMB Pay boleh digunapakai dengan sistem Visa atau Mastercard berbanding dgn Maybank yang hanya menyokong sistem Visa sahaja.

Kebanyakan bank mula mengorak langkah untuk menggunakan teknologi ini bagi memudahkan para pengguna membuat pembayaran. CIMB Pay bakal menjadi pesaing kepada Samsung Pay yang ura-ura akan dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.

Tambahan kepada CIMB Pay, CIMB juga melancarkan CIMB Eva iaitu satu aplikasi pembantu maya. Aplikasi ini membolehkan pengguna bersembang secara maya dengan Eva. Setakat artikel ini ditulis, aplikasi ini dapat membuat pembayaran bil, membuat isian semula prabayar dan menyemak baki akaun anda.

Di masa akan datang kemungkinan ada lagi tambahan fungsi lain yang membolehkan Eva membantu anda dengan lebih cekap.

Kedua-dua aplikasi ini anda boleh muat turun di Google Play Store. Sebelum menggunakan aplikasi ini,diingatkan bahawa anda harus mempunyai akaun CIMB untuk mengaktifkan penggunaan aplikasi tersebut.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Interchange: Cult, Ritual Reinkarnasi, Siluman, Ini Bukan Filem Adaptasi Novel Picisan

0
Gambar kredit kepada stail.my
Pintu panggung dibuka, masuk saja ke panggung dan duduk di tempat, panggung masih kosong. Bila iklan dah hampir habis, panggung masih belum penuh. Dianggarkan dalam 1/10 sahaja jumlah kehadiran penonton ketika itu.Kurang pasti mengapakah sambutan terhadap filem ini kurang hangat. Adakah promosi yang kurang, tiada lagi penonton trailer di YouTube, atau penonton sememangnya telah hilang kepercayaan terhadap kualiti filem Melayu?

Apapun sebabnya, saya tetap menghabiskan tontonan.

Melihat kepada karya-karya Dain Said sebelum ini iaitu Dukun (2007) yang tidak dilepaskan untuk tayangan, serta Bunohan yang sememangnya penuh dengan aksi, berbeza dengan pengarahan filem cliche lainnya, menjadikan saya tidak berfikir dua kali untuk pergi menonton Interchange.

Sinopsis dan perincian filem:

– Interchange adalah filem bertema jenayah-noir-fantasi membawa kisah seorang jurugambar forensik bernama Adam. Rencam kerjayanya melihat mangsa-mangsa tidak berdosa dibunuh menemukan dia dengan Detektif Man yang sedang melakukan siasatan terhadap beberapa siri pembunuhan mengerikan di Kuala Lumpur.

 

Sewaktu menyiasat satu kes pembunuhan mengerikan, Adam bertemu seorang gadis bernama Iva. Persahabatan dijalin memberi satu harapan baru dalam hidup Adam selepas mereka jatuh cinta.

 

Konflik muncul apabila Iva mendedahkan dia adalah bomoh berasal dari Borneo yang sedang mencari jati diri suku kaumnya yang telah terperangkap dalam kaca negatif selama 100 tahun. Adam membantu Iva dalam usahanya untuk mati dalam keadaan tenang. Hal ini membawa Adam ke dunia Iva yang cukup gelap.

Penggambaran dilakukan sepenuhnya di Lembah Klang, antaranya sekitar Bukit Bintang dan Chowkit pada bulan Mac dan April tahun lepas. Interchange hanya mengambil masa selama 36 hari untuk diarahkan tetapi proses suntingan dan proses-proses produksi mengambil masa sedikit lama kerana melibatkan proses kesan khas yang rumit. – Sumber

Menarik bukan?

Spoiler Alert – Jangan Baca Kalau Masih Belum Tonton

Barangkali atas sebab-sebab promosi yang kurang mantap, Interchange kurang juga mendapat sambutan dari kalangan penonton. Sayang seribu kali sayang, kerana genre filem Melayu seperti ini jarang sekali keluar.

Filem ini membawakan jalan cerita yang agak berat, dan sarat dengan penceritaan sejarah di Borneo.

Segala-galanya bermula dari perbuatan pengembara Eropah yang mengambil gambar-gambar suku kaum Borneo dan ianya ibarat satu bentuk ‘sumpahan’.

Mereka mempercayai bahawa perbuatan mengambil gambar tersebut dapat membuatkan roh mereka terperangkap dalam kepingan negatif. Atas sebab itu, ‘mangsa-mangsa’ dari perbuatan ini melakukan pembersihan dengan mandi di sungai.

Namun apa yang tidak mereka sedari, perbuatan itu juga diabadikan dalam bentuk gambar (tak pastilah siapa yang mengambilnya). Dari situ, sumpahan kembali bermula.

Ini adalah mengikut pemahaman saya.

Setelah itu, dukun yang bertanggungjawab ke atas suku kaum ini telah berusaha membebaskan roh-roh yang terperangkap dengan cara pembunuhan ke atas individu-individu memiliki wajah yang sama dengan mereka yang telah dirakam.

Dukun tersebut – adalah Iva, dan Adam juga terselit dalam konflik ini untuk menutup upacara pembebasan jiwa. Nicholas Saputra pula bertindak sebagai pembantu dan juga pemegang kepada roh-roh tersebut. Mereka yang terperangkap ‘diwakili’ dengan seekor burung kecil, setiap seorang. Nicholas boleh diibarat sebagai penjaga semangat kepada suku kaum, dalam jelmaan seekor burung hibrid.

Di akhirnya, mereka ‘lahir semula’ sebagai burung kecil tersebut yang kemudiannya berterbangan bebas ke awanan.


Kesan Visual

Dari segi kesan visual, tiada apa yang dapat saya rungutkan. Dek kerana ia tidak membawa sesuatu unsur yang memerlukan heavy graphics ala Transformers, oleh itu apa yang ditonjolkan adalah secukup rasa.

Kesan visualnya mungkin tidaklah sehebat Transformers atau sepadu The Avengers, tetapi ianya cukup untuk menyampaikan visualistik acara mistik dan ritual yang sedikit asing dari pemikiran.

Jalan Cerita

Ya, skop dan jalan cerita yang dibawa oleh filem ini seperti yang saya katakan tadi, adalah sedikit berat dan sarat dengan sejarah – inspired from the true event (dari apa yang saya faham lah).

Apa yang boleh dihadamkan, adalah kematian merupakan sebahagian dari proses pembebasan jiwa/roh/semangat dan intipati filem ini adalah ‘itu’, ia merupakan kunci untuk meringankan minda bagi memahami dengan lebih mudah.

Diakui, masih banyak yang ingin saya komen tentang filem ini, tetapi genre berunsur ‘noir’ agak baru dalam arena perfileman Melayu/Malaysia dan saya masih cuba menghadamkan ia.

Mungkin pada orang lain ianya sudah lama, tetapi kena ingat berapa banyak filem Melayu yang established dengan rekod pecah panggung, apatah lagi bertemakan gelap seperti ini dalam tahun-tahun sebelumnya? Tak banyak bukan.

Dalam jumlah yang tidak banyak itu juga ada berapa kerat sahaja yang saya pergi tonton. Itu faktanya.

Proposisi dan Konklusi

Mungkin filem Melayu masih belum lagi mendapat kepercayaan dari para penonton untuk terus menonton di panggung wayang, meskipun ianya cukup mendapatkan minat para pemuat turun tegar untuk memuat turun ia secara haram di blog-blog yang ‘senang buat duit’.

Namun filem Interchange adalah sebuah pemangkin kepada evolusi yang diperlukan kepada filem Melayu. Kita memang terikat dengan agama, tetapi ia tidak membataskan kita kepada berkarya dengan penuh elemen mistikal.

Mana mungkin wujud manusia seakan labah-labah, tetapi Hollywood tetap membuat filem The Amazing Spiderman, dan itulah kotak yang patut kita koyak untuk membantu filem Melayu berevolusi menjadi semakin menuju ke arah Hollywood dari segi sinematografi, kesan visual, CGI dan sebagainya tetapi masih mengekalkan unsur kemelayuan yang jitu.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Digi Hadir Dengan Pelan Pascabayar Terbaru, Postpaid 110 ‘Unlimited 4G Weekend Internet’

0

Sudah genap setengah tahun saya menggunakan pelan SmartPlan 75 yang sudah lama R.I.P (tiada lagi dalam pelan untuk dilanggani). Setakat ini saya amat berpuas hati dengan pelbagai perkara yang ‘dipercumakan’ dalam pelan tersebut seperti iflix (akaun percuma), Spotify (data strim percuma), panggilan ‘percuma tanpa had’ dan juga data tanpa had untuk WhatsApp.

Terbaru, Digi melancarkan pelan pascabayar yang memperbaharui pelan-pelan lama (rasanya takde la lama sangat pun, baru-baru ni je released kan). Dengan pelan terbaru ini, kesemua pelan menunjukkan penambahan kepada jumlah bandwidth yang dibenarkan sedia ada iaitu Postpaid 50 sebanyak 10GB, Postpaid 80 kepada 20GB, dan Postpaid 110 kepada 25GB.

Apa yang menarik, pelan Postpaid 110 hadir dengan ‘unlimited 4G weekend internet’, iaitu penambahbaikan dari pelan sebelumnya.

Pelan Asal

Menurut nota dari laman web Digi, tiada disebutkan apa-apa had kepada kuota.

Namun, daripada paparan skrin yang saya dapat dari seorang kawan, aplikasi MyDigi menunjukkan pula kuota sebanyak 100GB untuk ‘4G weekend internet’ tersebut.

Apapun, saya akan kemaskini status kuota ini setelah mendapatkan kepastian dari pihak Digi. Setakat yang dilihat begitulah, 100GB untuk ‘UNLIMITED 4G’. Keliru betul dibuatnya.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Penjelasan Perbezaan Kelajuan Penyimpanan OnePlus 3/3T Serta F2FS

0
Sebelah kiri OnePlus 3 dan kanan OnePlus 3T, kredit pada droid-life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Tahukah anda, OnePlus 3 sebenarnya boleh capai kelajuan seperti OnePlus 3T?
Agak2 anda boleh tak? Mereka beza processor dan kapasiti penyimpanan tetapi menggunakan UFS 2.0 yang sama. Kita bincang di bawah

Kita lihat OnePlus 3T yang buka sana sini laju (sup sap, sup sap, macam jebon) dan processor Snapdragon 821 hanya merupakan penambahbaikan yang kecil (kecil la sangat hihihi) tapi, penyimpanan sama seperti OnePlus 3, iaitu UFS 2.0. Apa rahsia? Carl Peico-founder OnePlus memberi kunci rahsia kejayaan OnePlus 3T, iaitu sistem fail yang ditukarkan dari EXT4 kepada F2FS, yang mana memberi keputusan kelajuan yang berbeza apabila membuka aplikasi. F2FS merupakan sistem fail yang berbeza yang mengambil kesempatan terhadap penyimpanan flash pada peranti tersebut, maka akal dapat berfungsi seperti biasa dan OnePlus 3 dan 3T mempunyai penyelesaian penyimpanan UFS 2.0 yang cemerlang!

 


kredit untuk Mario Serrafero dari xda-developer, OnePlus 3T F2FS vs OnePlus 3 EXT4

Penyimpanan yang sama, cuma processor ja yang berbeza sedikit, tapi dengan pertukaran sistem fail ni saja cukup merupakan penambahbaikan yang gila pada pretasi dunia sebenar, dengan kelajuan sedikit lebih cepat bila buka aplikasi serta penambakbaikan yang ketara ketika loading membuka permainan yang berat seperti Asphalt 8, macam video kat atas tu. Untuk pengetahuan anda, OxygenOS Beta (sebelum ni nama dia Community Builds) sudahpun terdapat sokongan sistem fail F2FS, yang membawa penambahbaikan pada OnePlus 3.

Seperti video di bawah pula, menunjukan OnePlus 3 dengan OnePlus 3T 128GB membuka permainan yang berat seperti Asphalt 8 dengan sistem fail yang sama, iaitu F2FS. Keputusan agak mengejutkan kerana OnePlus 3 yang menggunakan sistem fail F2FS, kelajuan hampir nak sama dengan OnePlus 3T 128GB!

 


kredit untuk Mario Serrafero dari xda-developer, OnePlus 3 F2FS vs OnePlus 3T 128GB F2FS

Jadi, agenda apakah semua ini? Penambahbaikan yang ada pada OnePlus 3T, kini telah tiba untuk OnePlus 3 (iaitu OxygenOS Beta 8, Nougat), malah ini merupakan mod yang biasa untuk OnePlus One untuk sebab yang sama. hahahaha. Anda boleh cuba guna sistem fail F2FS ini dengan Format penyimpanan anda kepada F2FS melalui custom recovery seperti TWRP, tetapi untuk lebih selamat, tunggulah kemaskini yang rasmi untuk OnePlus 3 ataupun boleh cuba Beta 8. Seperti video di atas juga menunjukan perubahan yang ketara dan pengguna OnePlus 3 boleh lah cuba pada kemaskini Nougat dengan sistem fail F2FS, mesti anda akan suka kelajuannya.

Pengguna OnePlus 3T jangan ingat bahawa kelajuan buka aplikasi bukan datang dari Snapdragon 821 saja, tapi kebenaran telah terbukti bahawa anda mungkin ketinggalan kelajuan yang lebih oleh pretasi underclocking, berbalik pada lama yang bagus 2.15GHz daripada biasa OnePlus 3 dan Snapdragon 820. Ini mungkin membuatkan bateri OnePlus 3T ni besar kapasiti walaupun ia ringan, dan pasti para pemaju akan melaksanakan perubahan yang bijak untuk kernel dan menawarkan governors (profil kernel) yang berguna maka pengguna dapat menikmati pretasi kelajuan dan jangkahayat bateri yang terbaik bawah pada 2.35GHz.

Kesimpulannya, OnePlus 3 dan 3T akan berkelakuan sebahagian besar sama di bawah F2FS yang sama, yang mana akan datang untuk OnePlus 3 pada kemaskini rasmi Nougat. Perbezaan dalam kelajuan penyimpanan seperti mana yang diukur oleh AndroBench tidak kelihatan tambahan produk tambahan cip NAND dalam versi 128GB, tetapi sebaliknya perubahan yang dibuat pada asas sistem fail. Ini merupakan kebaikan untuk kedua-dua pengguna OnePlus 3 dan 3T dan jangan bimbang mengenai banyak pengalaman pengguna yang lebih suka memilih untuk simpanan yang sedikit. Akhir kata, kedua-dua peranti ini sangat-sangat jahat (dan terus berkembang sama sekali) walaupun terdapat isu-isu dengan kependaman sentuhan (untuk lebih lanjut mengenai isu kependaman sentuhan, klik pautan luar ini > OnePlus 3/3T Users Voice Concern Over Touchscreen Latency Issues

Jadi, jika anda ada pendapat dan soalan, sila komen di bawah yer?
Never Settle!
Sumber, xda-developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 3 Menerima Kemaskini Beta Nougat, OxygenOS Beta 8

0
Android 7.0 Nougat (OxygenOS Beta 8) pada OnePlus 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Setelah menanti beberapa bulan, akhirnya manisan yang dinanti-nantikan oleh pemilik OnePlus 3 telahpun tiba.
Ingat, risiko tanggung sendiri kerana ini versi Beta. Backup dahulu data untuk mengelakkan data hilang.

Saya sudahpun merasai OxygenOS Beta 8, 7.0 Nougat pada OnePlus 3 saya. Bagi saya, agak baik dan sedikit kecewa kerana 7.0, yang terkini 7.1.
Sebelum-sebelum ini saya telahpun mencuba ROM AICP, Resurrection Remix, Unofficial CyanogenMod 14.1 dan ROM tempatan, iaitu HEXA merupakan ROM buatan Malaysia, bagus anak muda #SupportLokalROM
Nougat merupakan versi baru, jadi biasa la ada ralat sana sini. hihihi
Ralat OxygenOS Beta 8? Saya akan terangkan di bawah.

Ini merupakan senarai maklumat kemaskini OxygenOS Beta 8 :

  • Naik taraf kepada Android 7.0 Nougat
    • Reka bentuk Notification yang baru
    • Reka bentuk Menu Setting yang baru
    • Pandangan Multi-Window
    • Balasan langsung Notification
    • Sokongan Custom DPI
  • Menambah Status Bar Icon Options
  • Menambah Quick Launch untuk aplikasi pihak ketiga
  • Penambahbaikan ubahsuaian Shelf
Untuk bagi yang tak tahu lagi, Beta atau nama lainnya Community Build (depa tukaq nama jadi Beta saja kot. hihihi) merupakan gabungan OxygenOS dengan HydrogenOS.
Bagi yang pernah memakai CyanogenMod 14 dan 14.1 pasti rasa biasa dengan kemaskini Beta terkini Oxygen (sama la kita. huhuhu, setia dengan Stock sebab kamera OxygenOS ohsem!)
Terlupa pulak nak senaraikan ralat-ralat yang terdapat dalam OxygenOS Beta 8 :
  • Android Pay
  • Isu kestabilan dan performance
  • Tema “Dark” menyebabkan sistem crash
  • Sensor tak rotate (bila main game, sensor berlawanan dengan screen rotate)
  • Community App tiada (kena install manual)
Jadi, sila backup dulu data kerana dikhabarkan Beta 8 ini merupakan partition F2FS seperti OnePlus 3T. Apa perbezaan F2FS dengan EXT4? Katanya lebih laju dari EXT4, ya OnePlus 3T pakai F2FS dan akan saya terangkan pada artikel akan datang.
Beta 8 ini tidak seperti Beta 7, jadi jika anda sanggup ambil risiko, sila muat-turun dahulu barang-barang di bawah :
Ini langkah-langkah untuk Unlock Bootloader, sekiranya anda Locked Bootloader, sila ikut langkah-langkah untuk Unlock Bootloader di sini (ini artikel English tau. hihihi)
  1. Extract zip platform-tools (keluarkan folder tersebut, letakkan pada lokasi C:/)
  2. TWRP letak dalam folder platform-tools
  3. Ada 2 kaedah untuk tukar recovery :
    1. Masuk fastboot mode (Power+Volume Up), tekan Shift dan klik kanan dalam folder platform-tools dan Open Command windows here. Taip fastboot devices, sekiranya keluar apa-apa code maknanya peranti anda berjaya sambung dengan komputer dalam mode fastboot. Taip fastboot flash recovery, kemudian copy nama TWRP tu dan klik kanan dalam Command Prompt tambah .img di hujungnya, seperti ini fastboot flash recovery twrp-3.0.2-1.28-oneplus3.img. Kemudian tekan enter dan anda sudahpun tukar recovery 😀
    2. Pindahkan file TWRP ke dalam phone, dan masuk recovery mode (Power+Volume Down atau masa on tu, tekan volume untuk access mode lain), pergi ke Install, kemudian cari di mana anda letak TWRP tu dan tekan Install Image baru nampak TWRP tu dan Flash as Recovery saja tau, dan back, Reboot>Reboot to Recovery. Tadaaa siap dah pakai TWRP yang serasi dengan Beta 8
  4. Pindah file ROM dalam phone (boleh pindah melalui TWRP)
    1. Bagi anda yang datang dari ROM lain selain Oxygen Beta 7, sila download OxygenOS Beta 7 juga ye.
  5. Pergi Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan OTG kemudian Slide to Wipe
  6. Pergi ke Mount dan untick System
  7. Pergi ke Install (tekan Install Zip jika tak jumpa file ROM) dan flash OxygenOS Beta 8
    1. Bagi anda yang datang dari ROM lain, selain daripada OxygenOS Beta 7, selepas anda flash OxygenOS Beta 7, sila back dan masuk Reboot>Recovery dan ikut step 5-8
  8. Flash SuperSU jika anda inginkan root, tapi peranti anda akan reboot sebanyak dua kali. Jika terlalu lama di logo OnePlus, anda cuba versi lain pulak SuperSU dan Xposed Framework tidak serasi lagi dengan Nougat.
  9. Reboot dan tahniah anda telahpun merasai OxygenOS Beta 8, 7.0 Nougat
Hati-hati kerana ada sesetengah pengguna selepas pasang OxygenOS Beta 8, partition bertukar kepada F2FS. Tapi saya buat banyak kali dapat EXT4 ja. arrrhhh!
Tapi jika anda dari F2FS nak tukar kepada EXT4 balik, khabarnya mengambil masa yang lama. Itu membuatkan saya guna sajalah EXT4 -_-Jika anda ingin merasai file system F2FS, sila backup kesemua data, then masuk TWRP, Advanced Wipe>Format Data dan taip yes dan Enter. Kemudian Back, Reboot>Recovery. Apabila sudah masuk balik recovery, sila transfer balik data yang anda backup dan flash ROM 🙂

Ok, sampai di sini saya menaip, jika ada sebarang pendapat dan perlukan bantuan, sila komen di bawah ye?
Selamat memasang OxygenOS Beta 8 🙂
Never Settle!

Ini video keseluruhan mengenai OxygenOS Beta 8 pada OnePlus 3 🙂

 


Dash Charging selama 30 minit lebih pada OnePlus 3, OxygenOS Beta 8

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

SwiftKey Menukar Kesemua Tema Berbayar Kepada Percuma

0

Tahukah anda, selain pembaharuan kepada kaedah ia ‘meneka’ apakah perkataan yang anda ingin taip seterusnya sudah berubah kepada rangkaian neural, terdapat satu lagi perkara baru kepada SwiftKey iaitu terkini, mereka menukar ‘status’ berbayar tema-temanya kepada percuma. Ya, PERCUMA.

Dahulu, abam bukan minat sangat dengan SwiftKey. Tapi sejak abam mendapati taipan ‘Flow’ juga ada pada bahasa Melayu (oh yeah, ianya sangat melajukan lagi taipan abam), maka sejak itulah SwiftKey terus menjadi papan kekunci utama meskipun kadang-kadang ada kemaskini yang menjadikan ia agak laggy. Heheh (kadang-kadang la).

Tak kisahlah apapun sebabnya, sama ada pembangun papan kekunci ini sudah kaya raya setelah dibeli oleh Microsoft, ataupun depa nak tunaikan nazar ke, ahhh, apa-apa je lah, yang penting kita dah dapat SEMUA tema berbayar. Tak perlu dibeli lagi. Buat anda yang masih belum ‘mengenali’ SwiftKey, mungkin inilah masa yang paling sesuai.

 


SwiftKey Keyboard

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Gambar Dan Video Di Instagram

0

Tak tau lah apa sebabnya anda berminat dengan ciri muat turun untuk gambar dan video di Instagram, tetapi kalau tanya abam, abam suka video-video kucing yang menarik di situ. Jadi kalau tak muat turun, esok-esok nak cari balik memang tak jumpa atau jenuh pula nak mencari.

Oleh itu, aplikasi ini boleh membantu apa yang dihajati. Ada dua aplikasi mempunyai fungsi yang sama, iaitu Insta+ dan OGInsta+. Abam guna Insta+ sebab terlampau malas nak test dua-dua. Heheh.

Anda boleh lihat paparan skrin aplikasi Insta+ di bawah ini.

 

 

Tak payah tutorial pun boleh faham kan? Tak kalau tak faham tak mengapa. Komen je dekat bawah ni. Kalau rajin nanti abam reply. Apapun silakan cuba dahulu ya. Muat turun aplikasi dengan menekan butang hijau kilat-kilat yang anda lihat ini.


Insta+ & OGInsta+

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Meizu Mengumumkan Model Terbaru PRO 6 Plus

0

Abam mula berminat dengan Meizu sejak menggunakan M2 Note. Walaupun kualiti binaan tidak se-gah jenama lain, tetapi abam sangat berpuas hati dengannya. Terkini, keluar pula model baru iaitu Meizu PRO 6 Plus. Apa yang ‘plus’ tu?

Antara cirinya ialah:

– 5.7″ QHD Super AMOLED display (518 PPI) – Perghhh.
– Exynos 8890 CPU, Mali-T880 MP12 GPU – Meleleh.
– 4GB LPDDR4 RAM, storan 64GB/128GB UFS 2.0 – Laju bagaikan Ferrari.
– USB-C 3.1.

PRO 6 Plus incorporates the latest USB standards: Type-C and USB 3.1. The USB Type-C connector no longer distinguishes between which side is up and which side is down, and supports a transmission bandwidth of 5Gbps, which means 1GB of data can be transferred within 10 seconds. The data cable has also been redesigned to support up to 60W charging. We made it more durable and secure by adding an active short-circuit protection device to protect your device against high temperatures and short circuit incidents.

– Kamera belakang 12MP f/2.0 dan kamera hadapan 5MP, IMX386 CMOS Sony sensor.

The new CD pattern technology allows the camera to take stunning pictures. 4-axis optical image stabilization with ƒ/2.0 large aperture and 6P lens allows PRO 6 Plus to produce brilliant photos at nighttime. The latest generation high-performance ISP image processor also significantly improves color, sharpness and noise reduction in photos and videos.

– Sensor cap jari.
– Bateri 3,400mAh.

Tak lupa juga terdapat ES9018K2M 32-bit DAC serta amplifier AD45275 untuk santapan telinga para audiophiles. Ia juga mempunyai 24W fast charging. Aih, berdarah hidung dibuatnya.

Ehh, ada lagi! Flyme OS versi terbaru yang ada pada Meizu PRO 6 Plus ini mempunyai kepintaran terbina dalaman yang dipanggil sebagai One Mind yang akan mengendalikan prestasi peranti berdasarkan kepada cara penggunaan.

Harga dijangka? Lebih kurang 2,999 CNY (RM1900+) untuk model 64GB dan 3,299 CNY (RM2140+) untuk model 128GB.

Via : AP
Rujukan : Meizu

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Video YouTube Di Android Menggunakan Aplikasi Dentex

0

Kebiasaannya, abam memang hanya menonton secara terus video-video di YouTube. Agak jarang muat turun kecuali hendak dimuat naik dan dikongsikan di Facebook.

Tetapi bagi sesetengah yang lain, mereka memerlukan versi luar talian (offline) kerana had kuota yang kecil. Ini amatlah dapat difahami kerana isu kuota ini bukan perkara baru.

Apapun sebabnya, hak muat turun adalah hak kami! (Dah macam iklan Milo pulak dah).

Atas sebab itulah abam menulis artikel ini.

Sebenarnya, artikel asal, saya nak tulis 5 aplikasi terbaik pemuat turun video YouTube di Android. 5 aplikasi tersebut adalah AIO Downloader, Dentex, TubeMate, Videoder, dan WonTube. Namun atas sebab kesemuanya adalah pemuat turun bagi satu laman yang sama, oleh itu saya mengambil keputusan untuk hanya menulis salah satu dari 5 aplikasi itu iaitu Dentex.

Kerana apa? Kerana saiznya yang paling kecil, paparan antaramuka pengguna yang mudah difahami (meskipun tidak sepenuhnya menggunakan spesifikasi Material Design), dan pelbagai pilihan yang terdapat dalam tetapan.

Berikut adalah beberapa paparan skrin aplikasi Dentex.

Anda boleh mencari mana-mana video dengan bar carian di atas, cuma anda tidak ada pilihan untuk log masuk ke akaun Google anda. Jadi, tiada video rawak yang dapat dilihat pada paparan hadapan aplikasi ini.

Sebaik memilih salah satu daripada pilihan carian, anda akan diberikan dengan senarai format video dan audio yang boleh dimuat turun. MP4, WebM, 3GP, dan MP3 adalah pilihan-pilihannya.

Anda juga boleh membuat tapisan pilihan menggunakan ciri ‘filter’ yang terdapat pada menu.

Pemuat turun (downloader) akan mendapatkan pautan terus pada video dan proses muat turun akan dimulakan sebaik sahaja anda klik pada ‘Download Here’.

 

Pilihan tetapan memaparkan ciri seakan Internet Download Manager iaitu muat turun secara serentak dan berangkai untuk melancarkan proses muat turun video.

Anda ingin cuba? Nah, pautan muat turun ada di bawah.


Dentex YouTube Downloader For Android

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Video Dengan Mudah Menggunakan Amaze Browser

0
Apa ‘masalah’ yang ada pada pelayar web utama seperti Google Chrome, Firefox dan beberapa lagi yang lain? Bersaiz besar, ‘laggy’, terkadang agak lambat respons, tiada penyekat iklan (Ad Block), dan pemuat turun terbina dalaman tidak menyokong video serta audio dari laman-laman web tertentu, contohnya YouTube.
Tahukah anda, terdapat satu pelayar web baru yang mempunyai penyekat iklan terbina dalaman, bersaiz kecil iaitu lebih kurang 2MB+, dan mempunyai pemuat turun yang berfungsi seakan Internet Download Manager (IDM)?
Pemuat turunnya itu, selain ia dapat memuat turun fail dengan cara membahagikan ia kepada beberapa bahagian dan sumber (seperti IDM), ia juga dapat mengesan pautan kepada video-video dan audio-audio terutamanya dari laman YouTube (ya, juga seperti IDM!).
Kemaskini status : Nampaknya Amaze Browser hanya menyokong laman selain YouTube. Laman YouTube buat masa ini tidak disokong kerana polisi Google. Nantilah bila-bila abam pujuk beliau untuk tambah feature tu ya. Huh.
Selain itu, mana-mana pautan video yang telah ‘dikesan’ akan disimpan selama satu hari, jadi anda tidak perlu lagi bersusah-payah mencari semula pautan tersebut. Amat memudahkan bukan?
Berikut adalah paparan skrin aplikasi Amaze Browser.
 Amaze Browser mengesan beberapa pautan kepada sumber video.
 Pautan yang telah dikesan, disimpan dalam satu tempat.

 

Pilihan untuk pautan, sama ada muat turun, mainkan pada pemain video, dan lain-lain.

Anda boleh muat turun dengan mengklik pada butang di bawah.


Amaze Browser

Views: 2

Iklan Newspaper Inline