Utama Blog Laman 167

18 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 16.04 LTS/16.10

0

Ye ye, Ubuntu 16.04 ni dah dilepaskan lama dulu. Tapi saya cuba sekalikan dengan Ubuntu 16.10 akibat pelbagai perkara yang perlu saya hadiri (biasa la, kerja pejabat ada kursus, heheh.).

Oleh, berikut saya jamakkan kesemua perkara yang saya lakukan setelah siap pemasangan Ubuntu 16.04 (saya guna LTS sebab malas fikir kemaskini versi setiap 6 bulan). Secara asasnya apa yang saya lakukan adalah pasang aplikasi yang diperlukan supaya sistem dapat berjalan dengan lancar dan memenuhi kehendak saya.

Saya senaraikan kesemua aplikasi-aplikasi penting beserta baris perintah/pautan untuk memasangnya.


1. Kemaskini sistem

Sebaik siap pemasangan, apa yang patut anda lakukan ialah kemaskini terlebih dahulu sistem operasi Ubuntu anda. Kalau memerlukan untuk mulai semula, maka mulai semulalah sistem operasi anda sebaik selesai kemaskini.

2. Pasang Chrome

Sejak dari mula Firefox menjadi pelayar web lalai pada Ubuntu. Namun pelayar web pilihan saya semestinya Google Chrome. Muat turun ia pada pautan ini : Google Chrome

3. Pasang Codec

Untuk codec yang lengkap serta sokongan pemain flash, anda boleh pasang ‘ubuntu-restricted-extras’.

sudo apt install ubuntu-restricted-extras

4. Pasang Guake

Guake adalah terminal kegemaran saya disebabkan ia boleh ‘muncul’ dari atas skrin dan jika terlihat oleh orang lain, “Woahhh”, adalah antara dialog yang biasa didengar. Heheh. Rasa macam nerd pun ada dibuatnya.

sudo apt install guake

 

5. Pasang SM Player

Ini adalah pemain video kegemaran saya, dan saya memilih SM Player sebagai nombor satu berbanding VLC kerana ia ada fungsi untuk ‘boost volume’ bagi mana-mana video yang audionya agak perlahan.

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo apt-get update
sudo apt-get install smplayer smplayer-themes smplayer-skins

 

6. Pasang Unity Tweak Tool

Apabila menggunakan Ubuntu (Unity), tidak dapat tidak aplikasi ini diperlukan bagi memudah kerja. Tukar tema, tukar ikon dan sebagainya lagi boleh dibuat dengan GUI ringkas.

sudo apt install unity-tweak-tool

 

7. Pasang GIMP

Pada sesetengah orang lain, GIMP tidak sama ‘level’ dengan Photoshop. Namun pada saya, jika pandai menggunakan ia, GIMP boleh juga melakukan pelbagai manipulasi imej yang setanding.

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp gimp-gmic gmic
sudo apt-get install gimp-plugin-registry

 

 

8. Pasang Handbrake

Saya amat meminati suntingan video. Salah satu aplikasi suntingan yang bagus bagi Ubuntu ialah Handbrake. Ianya adalah satu aplikasi lagenda, selagenda Ubuntu itu sendiri. Tapi biasanya Handbrake ini saya gunakan untuk proses pemampatan saiz video.

sudo add-apt-repository ppa:stebbins/handbrake-releases
sudo apt update
sudo apt install handbrake-gtk

 



9. Pasang Bleachbit

Windows ada CCleaner, Ubuntu ada Bleachbit. Mudah faham bukan? Aplikasi ini boleh membantu anda membersihkan sampah sarap yang ada dalam sistem sekaligus menjadikan sistem lebih lancar seakan baru dipasang.

sudo apt install bleachbit

 



10. Pasang OpenShot

OpenShot ialah sebuah lagi aplikasi penyunting video yang sangat penuh dengan ciri, yang mana jika anda biasa menggunakan Corel VideoStudio dalam Windows, anda akan cepat berasa serasi dengannya.

sudo add-apt-repository ppa:openshot.developers/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot-qt

 

11. Pasang Tema dan Ikon

Bab ini saya serahkan sepenuhnya kepada kreativiti anda. Untuk tema dan ikon kebiasaannya saya akan cari di blog ‘Noobslab’. Pandai-pandailah anda cari mana-mana yang kena dengan minat anda ya.

12. Pasang Internet Speed Meter Ubuntu

Pada Windows ada Netspeed Monitor, Ubuntu pula ada Indicator Netspeed Unity. Secara ringkasnya ia memaparkan kelajuan internet muat turun dan muat naik secara langsung.

sudo add-apt-repository ppa:fixnix/netspeed
sudo apt update
sudo apt install indicator-netspeed-unity

 

13. Pasang TLP

TLP digunakan bagi mengawal suhu laptop anda supaya ia sentiasa dalam keadaan suhu yang optimum/sejuk.

sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt update
sudo apt install tlp tlp-rdw
sudo tlp start

Selepas perintah terakhir itu, anda tidak perlu fikir apa-apa lagi kerana ia dijalankan secara auto. Oh ya, ia tiada paparan antaramuka pengguna.

14. Pasang Spotify

Apa lagi yang perlu saya ceritakan tentang Spotify? Cukuplah anda tahu muzik pada mana-mana sistem operasi pun akan lengkap dengan adanya Spotify. Tak payah banyak fikir, gunakan saja baris perintah berikut untuk memasang ia.

sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys BBEBDCB318AD50EC6865090613B00F1FD2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update
sudo apt-get install spotify-client

 

15. Pasang aplikasi seumpama WinRAR

Anda akan memerlukan ‘alatan’ ini untuk membuka mana-mana fail .rar dan .zip. Gunakan perintah di bawah bagi memasang alatan berkaitan.

sudo apt install rar unrar unzip

16. Pasang OpenVPN

Ini juga adalah suatu ‘bab’ yang tidak memerlukan intro panjang dari saya, dek kerana sudah terlalu banyak artikel mengenai OpenVPN yang telah saya catatkan di blog ini. Gunakan sahaja bar carian di atas untuk mencari artikel-artikel mengenainya.

Jika anda ingin memasang OpenVPN:

sudo apt install openvpn network-manager-openvpn

Pilihan :

17. Pasang NeoFetch

Neofetch akan memaparkan informasi sistem operasi dan peranti pada Terminal di sebelah logo sistem operasi yang sedang digunakan. Ianya seperti Screenfetch namun dengan lebih perincian serta info.

sudo add-apt-repository ppa:dawidd0811/neofetch
sudo apt update
sudo apt install neofetch

18. Pasang Internet Download Manager Ubuntu

Buat sementara waktu ini saya tidak menggunakan mana-mana pengurus muat turun pada Ubuntu, namun jika anda ingin menggunakannya, saya syorkan FlareGet kerana GUI padanya sangat menyerupai IDM pada Windows.

Muat turun : FlareGet

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Sesi Soal Jawab OnePlus, Edisi OnePlus 3T

0
Carl Pei (kanan sekali), bersama pasukannya pada sesi AMA (Ask Me Anything), kredit pada xda-developer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus telah mendapat sambutan yang hangat (seperti pisang goreng) pada tahun ini, berbanding dengan sambutan biasa-biasa pada produk tahun 2015.
Mereka berjaya menyampaikan salah satu pengalaman yang terbaik dan konsisten bahawa seseorang itu mampu membeli dalam harga yang tetap. OnePlus sekali lagi dalam berita dengan pelancaran OnePlus 3T yang “keluaran yang dipertingkatkan semula” produk terbaik mereka, yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai salah satu daripada barisan syarikat-syarikat besar.

Perlancaran OnePlus 3T yang lalu meninggalkan persoalan pada pengguna lama dan baru, dan boleh lihat pada artikel ini dan pasukan OnePlus menawarkan satu sesi AMA (Ask Me Anything) dekat Reddit. Lima orang dari pasukan OnePlus yang datang iaitu Carl Pei (Co-Founder), Aaron (pasukan ROM), Jonathon (pasukan Customer Service), Steven (Logistics) dan Caio (pasukan EU). Sesi AMA mendapat sambutan yang mengagumkan. Anda boleh rujuk link ini jika nak baca satu-satu atau baca di bawah ni yang telah himpunkan kesemua jawapan pada sesi AMA.

Mengenai kemaskini:

  • OnePlus 3/3T akan dapat official Android 7.0 Nougat dan Android 7.1 Nougat akan dilancarkan pada pertengahan kitaran pembangunan OnePlus dan dengan itu, mengintegrasikan akan menangguhkan jadual mereka untuk menyediakan Nougat.
  • Mengenai kemaskini Android 7.0 Nougat, kedua-dua peranti tersebut akan dapat kitaran kemaskini yang sama.
  • Kemaskini akan datang membawa Enhanced EIS (Electronic Image Stabilization) pada kedua-dua peranti untuk sensor kamera IMX298.
  • Tiada ETA (Estimated Time of Arrival) yang diberikan untuk kemaskini Nougat pada OnePlus 3, tetapi ia adalah “lebih cepat daripada apa yang anda fikirkan”.
  • Gabungan antara OxygenOS dan HydrogenOS sangat membantu syarikat bergerak lebih pantas dari sebelum ini yang mana kena menyelenggara dua produk yang berbeza dengan pasukan yang sama.


Mengenai OnePlus 3T, khususnya:
  • OnePlus 3T dilancarkan kerana OnePlus mempunyai keupayaan untuk meningkatkan produk mereka
  • Untuk memberi pencerahan pada yang keliru, kamera hadapan ialah Fixed Focus, bukan PDAF (Phase Detection AutoFocus).
  • Aksesori OnePlus 3 (casing, screen protector) boleh digunakan pada OnePlus 3T tanpa ada masalah (ye la luaran dia sama -_-).
  • Meningkatkan voltan bateri kepada 4.4v tidak berkompromi terhadap keselamatan peranti, tapi OnePlus mengesahkan Dash charger akan keluarkan haba dari peranti, sama seperti OnePlus 3.
  • Tiada naik taraf perkakasan kamera belakang OnePlus 3T.
  • OnePlus 3T tiada antena MIMO (Multiple Input, Multiple Output), tetapi ia menyokong MU-MIMO (Multiuser-Multiple Input, Multiple Output).
  • OnePlus 3T (dan juga OnePlus 3) tidak menggunakan Hybrid SIM dan menggunakan Dual SIM? Carl menjawab yang penyimpanan 128GB UFS 2.0 lebih baik daripada implementasi kad MicroSD.
  • Sebab kenapa MicroSD tidak dipilih kerana untuk mengelakkan masalah kepada pengguna.
  • OnePlus 3T menggunakan fail sistem F2FS manakala OnePlus 3 menggunakan EXT3, tapi kedua-duanya menggunakan UFS 2.0 untuk stor penyimpanan.
  • OnePlus 3T sudah ada Enhanced EIS 2.0.
  • Warna Gunmetal Grey pula atas permintaan pengguna forum dan reddit. Pengguna mahukan warna gelap, gelap itu menawan. ehemmm


Mengenai Sokongan Developer untuk OnePlus 3T:

Sokongan developer merupakan perkara yang serius. Kami mula jatuh cinta dengan custom ROM dan oleh sebab itulah membenarkan rooting/installing custom ROMs tanpa kehilangan jaminan (warranty) serta kami sentiasa keluarkan sumber kernel dan devices trees super awal-awal lagi, seperti disebut di dalam OP. Bagi devs yang mana kecewa mengenai 3T, kami dengar anda, kami paham dari mana anda datang dan kami ada menyediakan sesuatu untuk anda. Kami sebenarnya dah merancang sesuatu (yang mana tidak boleh diumumkan) mengenai hal ini. Jadi, tunggu sebentar, kami cari anda. – Bradon



Mengenai OnePlus 3:

  • Anda tidak boleh menukar bateri OnePlus 3T pada peranti anda. Ini memang 100% jaminan anda tidak sah (void for warranty) dari OnePlus mengenai pengubahsuaian ini. Tidak ada silang-keserasian berkaitan dengan bateri. (baru Admin plan nak tukar bateri OnePlus 3T hahaha)
  • OnePlus 3 akan menerima juga EIS 2.0, tapi tidak umumkan ETA
  • Kenapa OnePlus 3 tidak terima bateri 3,400mAh pada awal pembinaannya? Mereka memaklumkan bahawa ia masih di dalam fasa percubaan untuk memeriksa kebolehpercayaan sel ketumpatan yang lebih tinggi dan ia tidak bersedia untuk dipasangkan pada OnePlus 3 pada ketika itu. Sejak bateri merupakan perkakasan yang mementingkan kualiti, dan syarikat memilih “play-safe” dan tidak kompromi keselamatan pengguna.


Mengenai jualan dan negara:
  • OnePlus 3T akan datang ke India, tapi bila masanya itu tidak dimaklumkan dan sosial media OnePlus India akan membuat pengumuman tidak lama lagi.
  • Ketersediaan di beberapa kawasan adalah terhad kerana perlu tingkatkan pengeluarkan peranti.


Mengenai sokongan Daydream:
  • Kedua-dua peranti OnePlus 3 dan 3T tidak serasi lagi dengan Daydream dan tiada lagi perancangan mengenai sokongan Daydream pada masa ini.
  • Daydream diumumkan selepas OnePlus 3 direka, jadi rekabentuk kekal tidak terpengaruh oleh spesifikasi keserasian Daydream.


Mengenai pengajaran dari masa lalu:

Mengenai pengajaran dari OnePlus X dan 2, kami berfikir dan mencerminkan dengan lebih serta untuk lebih mengenali diri kita dan keadaan kita dan melakukan perkara yang betul. Dalam erti kata lain, untuk mencari diri kita yang sebenar, dan tidak mengeluh seperti pasaran atau persaingan yang membawa kita. – Carl Pei



Mengenai masa depan produk OnePlus:

  • Tiada lagi rancangan untuk teruskan edisi “T”. Syarikat akan suka untuk menilai penerimaan untuk model semasa, jadi ini terlalu awal untuk mengulas mengenai perkara ini.
  • Adakah terdapat lebih talian produk? Carl menjawab mungkin bila mereka “10x” dari saiz asal mereka dan banyak kerja perlu diselesaikan untuk sampai ke tahap itu.
  • Adakah harga produk masa hadapan bergerak ke hadapan pada skala harga? Adakah mata harga semasa yang mampan untuk syarikat? Pada masa ini, OnePlus gembira tapi ia merupakan pasaran yang sukar sehingga mereka tidak pasti untuk masa hadapan.
  • Adakah terdapat pek bateri Dash Charge pada masa akan datang atau simple cases (silikon/kelabu lutsinar) untuk OnePlus 3? Tidak ada rancangan lagi untuk mengesahkannya.
Seperti tajuk AMA (Ask Me Anything), harap terjawab sebarang persoalan yang bermain di minda anda. Jika ada sebarang pendapat dan persoalan, sila komen di bawah :). Harap apa yang maklumbalas dari pihak OnePlus, tidak mengecewakan pengguna setianya.Sumber, xda-developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 3T? Hebat Sangatkah?

0
OnePlus 3T, warna baru iaitu Gunmetal, lebih seksi dari Soft Gold

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Sepertimana yang anda sedia maklum, produk terbaru OnePlus ialah 3T.
Apakah 3T? Adakah seperti iPhone ada S di belakang, contoh 6S?
T merupakan selepas S, adakah lagi kuat dari S? hahaha. merapu ja

Oh ya, untuk baca sebab2 kenapa OnePlus 3T ni keluar, boleh rujuk link sini.
Bila anda sekali pandang, tiada perbezaan luaran antara OnePlus 3 dan 3T kan?
Hanya dalaman ada yang beza, tidak banyak tapi mengubah segalanya.
Spesifikasi sama seperti OnePlus 3 boleh lihat spesifikasi di sini, cuma saya senaraikan apa penambahbaikan yang ada pada OnePlus 3T

Info Secara Am

  • Warna : Gunmetal dan Soft Gold
  • CPU : Qualcomm® Snapdragon™ 821 Quad Core, Kryo™: 2x 2.35 GHz, 2x 1.6 GHz
  • Stor Penyimpanan : 64GB/128GB UFS 2.0 (Soft Gold hanya ada 64GB sahaja)
  • Bateri : 3,400mAh (non-removable), Dash Charge
Info Kamera Belakang
  • Pelindung Lensa : Sapphire crystal lens cover
  • Features : HQ (kalau dekat OnePlus 3, Clear Image)
Info Kamera Belakang
  • Sensor : Samsung 3P8SP Sensor, 16 MP, dan 1.0 µm
Berdasarkan spesifikasi di atas, menunjukan hanya sedikit perubahan perkakasan dan yang lain sama seperti OnePlus 3. Warna, processor, stor penyimpanan, bateri, pelindung lensa kamera belakang dan kamera hadapan merupakan perkakasan penambahbaikan pada OnePlus 3T.
Seperti dijanjikan oleh OnePlus, kamera belakang OnePlus 3T dan OnePlus 3 mengeluarkan keputusan yang sama mungkin kerana kamera sensor yang sama, cuma kamera hadapan 16 MP, jahat betul. Cuma ada masalah focus kamera depan, tapi keputusan gambar kamera hadapan agak mengagumkan!
Jadi, apa pendapat anda mengenai OnePlus 3T? Berbaloikah jika sudah mempunyai OnePlus 3, untuk upgrade kepada OnePlus 3T? Jika mempunyai sebarang pendapat, sila komen di bawah ye? Never Settle!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Agenda Apakah Disebalik OnePlus 3T? Farewell OnePlus 3?

0
Luaran sama, tapi dalaman berbeza, itulah OnePlus 3T

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Khabar angin mengenai keluaran produk baru OnePlus, akhirnya benar belaka.
OnePlus melancarkan OnePlus 3T, sebagai penganti OnePlus 3 pada 16 November 2016, 2 AM waktu Malaysia.

Tidak sampai 6 bulan selepas perlancaran OnePlus 3, mereka lancarkan produk baru iaitu OnePlus 3T. Mungkin cepat sangat mereka lancarkan produk baru yang membawa penambahbaikan yang mengagumkan hanya tambahan $40 – $50 (RM176.35 – 220.44). Ramai pengguna OnePlus, terutama sekali pengguna OnePlus 3 melahirkan rasa kecewa kerana pihak OnePlus mengeluarkan model baru untuk mengantikan jangkahayat OnePlus 3. Paling penting, OnePlus 3 tidak lagi sebagai peranti yang dah sampai ke penghujung hayatnya dari segi ketersediaan rasmi (bermakna tiada lagi warna Graphite).

Kini, OnePlus 3T menjadi flagship syarikat yang bergerak ke hadapan walaupun kedengaran seperti satu langkah yang radikal bagi syarikat tersebut namun pengguna OnePlus 3 jangan bimbang kerana sokongan perisian bagi OnePlus 3 akan bersambung bersama dengan OnePlus 3T, iaitu dua versi dalam peranti yang sama. Perisian tidak akan serentak pada pelancaran produk, mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk kedua-dua peranti ni menggunakan versi OxygenOS yang sama. Selepas itu, kedua-duanya akan mendapat kemaskini serentak sepanjang tempoh sokongan masing-masing.

Menurut OnePlus, OnePlus 3T dicipta selepas pelancaran OnePlus 3 kerana bekalan perkakasan yang terhad, dan melaksanakan penambahbaikan ini ke dalam peranti baru untuk mengoptimumkan barisan mereka. OnePlus tidak boleh mengendalikan pengeluaran pelbagai SKU pada masa yang sama, walaupun dalam sebahagian besar kerana kesukaran untuk mengekalkan pesanan yang berbeza (seperti processor, kamera dan lain-lain) pada dua set permintaan, tetapi  juga kerana pelbagai komponan berkongsi, dan ada juga yang jarang daripada yang lain.

Kita semua sudahpun tahu yang OnePlus 3 sudah kehabisan stok pada beberapa bulan yang lepas, dan penghantaran kelihatan sangat-sangat lambat. OnePlus beritahu, bahawa pembangunan OnePlus 3T bukan punca gangguan ini, dan terdapat dua aliran pengeluaran.Sebaliknya, mereka berkata ia mempunyai kaitan dengan peranti yang mencapai akhir-hidup yang hanya untuk beberapa minggu yang lalu.

Kebanyakan komponan merupakan tepat dan sama serta pengalaman juga turut sama sangat-sangat pada kedua-dua peranti. Sebagai contoh, kamera belakang, bukan sahaja sama dari segi perkakasan tetapi juga pengalaman yang dihasikan turut sama (tiada perbezaan dalam algoritma pemprosesan imej), kecuali kemasukan kemaskini EIS untuk video (Gambar kamera belakang OnePlus 3 sama saja dengan OnePlus 3T) serta kedua-duanya akan menjalankan pengoptimuman yang sama. Kamera depan ja jahat kerana 16MP, whatt?

Perubahan-perubahan yang lain seperti peningkatan kapasiti bateri iaitu dari 3,000mAh kepada 3,400mAh merupakan kelebihan yang jelas, dan ia difahami mengapa pengguna OnePlus 3 begitu kecewa kerana mempunyai bateri yang kecil, tetapi dimensi dan berat sama! OnePlus menyatakan bahawa profil tipis untuk reka bentuk yang lincin adalah salah satu keutamaan mereka apabila membina OnePlus 3, itu merupakan salah satu sebab mengapa bateri 3,000mAh. Walau bagaimanapun, bateri OnePlus 3T tidak secara fizikal lebih besar, tetapi sebaliknya ia telah melalui perubahan voltan yang lebih selamat dari 4.35 volt kepada 4.4 volt. (yang menjelaskan peningkatan 13% dalam mAh, bijak-bijak)

Berbalik pada topik perisian, OnePlus 3T memang dilancarkan bersama Android Marshmallow dan kemungkinan akan mendapat kemaskini Android Nougat sebelum tamatnya tahun 2016. OnePlus juga mengumumkan bahawa Nougat Community Build untuk OnePlus 3 akan datang dalam masa beberapa minggu lagi. (pada 16 November yang lalu OnePlus telahpun lancarkan kemaskini bagi OnePlus 3 dengan nama baru iaitu OP3_O2_Open_7 merupakan Beta yang ke-7). Ia juga perlu diambil perhatian bahawa versi OxygenOS yang OnePlus 3T pakai juga sama dengan Community Build termasuk UI dan reka bentuk yang bermakna tidak hampir dengan Stock Android sebagai tapak firmware utama kini boleh didapati untuk OnePlus 3. Jadi, pengguna OnePlus 3 telahpun menjadi penguji-beta bagi firmware yang bakal OnePlus 3T dilanckan bersama. Tiada sokongan Daydream untuk OnePlus 3T sama ada syarikat tersebut sedang membuat pilihan untuk mengetahui standard VR yang manakah yang mereka harus sasarkan, dan mereka menunggu untuk melihat bagaimana pasaran yang membangun pada Android.

Akhirnya, OnePlus maklumkan bahawa ini tidak menunjukkan barisan yang baru dan pengguna tidak boleh membuat kesimpulan bahawa akan ada dua SKU berasingan (satu model jadi superior) pada tahun 2017 dan seterusnya. Mereka mendakwa bahawa OnePlus 3T adalah satu fenomena keadaan dan bagi mereka untuk melepaskan peranti pada masa kini kerana pengoptimuman teknologi dan hubungan yang rumit antara bekalan, permintaan dan ketersediaan komponen. Ingat, OnePlus 3T akan dapat developer yang sama seperti OnePlus 3, termasuk masa sumber dilepaskan serta tidak akan hilang jaminan pada peranti sekiranya rooting/flashing ROMs. 🙂

Jadi, usahlah bersedih kerana ada penganti OnePlus 3, kerana OnePlus 3 masih lagi bad-ass phone ever made. hahaha. Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen pada ruang di bawah.

Sumber, xda-developers

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Dari Kepintaran Tiruan Hingga Kepada Kelahiran Cyborg : Apa Konklusi Yang Diingini?

0
Gambar kredit kepada Pinterest

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Google sudah pun lama mencipta kepintaran tiruan yang sedikit demi sedikit berubah, berevolusi, dan bercambah menghampiri kepada ciri seakan manusia sebenar.

Ianya lebih dari sekadar soalan berbalas jawapan. Google mahu menciptakan semua. Kita tahu ‘Assistant’ hanyalah sekadar pembantu maya dalam Android yang tidak bertubuh namun kadangkala apa yang mampu dilakukan olehnya dalam dunia maya ini diluar daripada apa yang difikirkan.

Apabila digabungkan kesemua teknologi kepintaran tiruan yang dimiliki oleh Google, dari gambar (RAISR), otak (Assistant), dan sebagainya lagi lalu ‘dimasukkan’ ke dalam sebuah tubuh sintetik, maka adalah tidak mustahil suatu hari nanti manusia tiruan akan lahir namun dengan ciri naik taraf yang unggul.

Apa yang diingini dari keseluruhan teknologi ini?

Kita tahu, robot atau cyborg tidak akan boleh melahirkan seorang anak sampai bila-bila. Tetapi, apakah faedah yang dapat diperoleh jika manusia perempuan cyborg dapat dihasilkan?

Ya, seorang manusia perempuan cantik yang tidak akan tua buat selama-lamanya, tidak akan mengalami kedutan-kedutan semulajadi, pintar, dan… akan sentiasa ‘sedia’ untuk seorang lelaki (tolong hadamkan sendiri).

Begitu jua sebaliknya dengan cyborg lelaki. Tidak akan tua, sentiasa kacak, sentiasa bertenaga tanpa perlu menjamah tongkat ali asli.

Namun, adakah ini penghujung kepada kesemua usaha berdekad lamanya, hanya sekadar untuk berhubungan kelamin dengan robot?

Benarkah suatu hari nanti robot yang kekal muda ini akan menggantikan manusia untuk tujuan seks? Menurut Matt McMullen, CEO RealDoll, beliau berpandangan hubungan kelamin bersama robot dapat membangkitkan hubungan cinta yang hambar terhadap pasangan serta dapat memperbaiki juga cinta atas katil dengan menambahbaik teknik yang ‘dipelajari’ bersama robot tersebut.

Tidakkah ia dikira sebagai penipuan atau bahasa Inggerisnya cheating kepada pasangan?

Apakah sebenar matlamat mereka ini pada penghujung penemuan dan penciptaan?

? Artikel ini adalah ulasan kepada dua post Daily Mail iaitu Meet Jia Jia the ‘robot goddess’ dan Sex with robots will be ‘mind blowing’.

Nota kaki abam :
Betapa hebat sekalipun ilmu sains, matematik, dan IT yang dimiliki, kata kunci yang masih belum mampu dicipta oleh Google dan lain-lain syarikat bersama saintis mereka melalui jaringan kepintaran tiruan ini ialah artificial consciousness atau bahasa Melayu-nya = Roh. Rangkaian neural pintar dengan trillion informasi dari seluruh pelusuk dunia yang diserapkan ke dalamnya tetap tidak akan sama dengan roh. Jadi, sungguhpun robot mahupun cyborg mempunyai kepintaran tiruan terhebat di dunia, di akhirnya ia tetap perlukan manusia sebagai pengendali.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

PhotoScan : Aplikasi Terbaru Google Khas Untuk Mengimbas Gambar

0

Selepas RAISR untuk gambar digital yang kekurangan kualiti akibat pelbagai medium, Neural Machine Translation untuk terjemahan Google Translate yang lebih baik dan Machine Learning untuk Google Play Music agar penstriman menjadi lebih ‘pintar’, kini Google mengumumkan pula PhotoScan, aplikasi khusus untuk mengimbas gambar lama anda.

Google menggelar ia sebagai ‘computational photography’ atau fotografi dengan kaedah pengiraan. Ia dapat menukar gambar lama anda kepada gambar versi digital menggunakan kamera pada telefon pintar.

Melalui video di atas, dapat kita lihat bahawa PhotoScan memerlukan anda untuk mengimbas gambar pada empat penjurunya dan kemudian ia akan menggabungkan kesemua ‘penjuru’ gambar tersebut dengan (sekali lagi) algoritma pintar/kiraan matematik lalu menghasilkan sebuah gambar sempurna tanpa pantulan cahaya dan lain-lain yang ‘merosakkan’ gambar digital anda.

Apa lagi tunggu? Jom cuba.

Muat turun : PhotoScan by Google Photos

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Google Memperkenalkan Terjemahan Neural Pada Google Translate

0

Jika anda pengguna tegar Google Translate seperti saya, anda pasti tahu betapa robotiknya terjemahan yang dibuat. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang menyampah juga. Hahah.

Apapun, Google translate sememangnya banyak membantu dari segi pemahaman bahasa, terutamanya Bahasa Inggeris. Walaupun terjemahannya perlu dihadamkan terlebih dahulu, tetapi ianya boleh difahami.

Namun itu semua akan berubah.

Google kini memperkenalkan sebuah penambahbaikan, pembaharuan yang signifikan. Sebelum ini, Google telah memasukkan ciri pembelajaran mesin (machine learning) ke dalam Google Play Music.

Ia dapat membantu pengguna seperti anda untuk mengenalpasti jenis lagu yang anda minat, dan dalam usaha menjadikan servis penstriman Google Play Music lebih ‘bijak’.

 

Tak lupa juga Google telah mengumumkan Rapid and Accurate Image Super-Resolution atau RAISR, sebuah metod menjana imej yang lebih besar daripada saiz asal yang lebih kecil menggunakan algoritma pintar dengan memasukkan perincian dengan nilai daripada pixel sekeliling.

Terkini, Google memasukkan pula ciri terjemahan neural atau Neural Machine Translation bagi menjadikan terjemahan Google Translate lebih tepat, dan bukan lagi robotik.

Antara sebab kenapa ia menjadi terjemahan yang kelakar dan tidak ‘kena’ dengan ayat ialah ia menterjemah satu demi satu patah perkataan dan bukannya keseluruhan konteks ayat tersebut.

Namun, melalui terjemahan neural, Google Translate akan cuba mendapatkan maksud kepada keseluruhan perkataan melalui – juga algoritma pintar, dan pembelajaran mesin.

Nampaknya, selepas ini, kita akan hidup bersama pelbagai kepintaran tiruan, dicipta oleh syarikat gergasi, yang tahu kesemua info tentang kita. Anda rasa?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara ‘Memaksa’ Windows Untuk Memadam, Memindah, Dan Menamakan Semula Fail Yang Terkunci

0
Semua sistem operasi ada pro dan kontra, ada kelebihan dan kekurangannya yang jika anda tahu cara menangani, ianya semudah alif ba dan ta.
kadang-kadang anda berasa seolah anda adalah ‘tuan’ kepada PC anda, sehinggalah sistem operasi mula menderhakai.
Ada fail yang anda ingin namakan semula (rename), padam (delete), atau pindahkan (move) tetapi tidak dapat dilakukan kerana telah dikunci (locked) oleh sistem operasi Windows yang memang suka memandai-mandai. Heheh.
Walaubagaimanapun, ada cara untuk lakukannya. Dulu, kita ada ‘Unlocker’. Namun perisian itu telah menjadi abandonware (R.I.P). Apapun kita masih ada penggantinya, iaitu ‘IObit Unlocker’. Ia adalah perisian yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu ‘membuka’ kunci (unlock) setiap fail yang terkunci oleh sistem dan membolehkan anda untuk menamakan semula, memadam, memindahkan, dan apa juga yang anda rasa anda boleh buat dengan fail tersebut.

Apa yang anda perlu lakukan ialah pasang perisian IObit Unlocker ini, dan anda sudah boleh gunakan ia melalui integrasi dengan explorer.

Muat turun : IObit Unlocker

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Adakah OnePlus 3T Dilancarkan Kerana Desakan Qualcomm Inc?

0
kredit gambar kepada The Country Caller

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus 3 ni telahpun dilancarkan sekitar lima bulan yang lalu tapi bagi pengguna OnePlus 3, termasuk Admin Amir Kubis sendiri merasakan mereka ni terlalu cepat sangat untuk perlancaran kemaskini untuk OnePlus 3, iaitu OnePlus 3T. Walau bagaimanapun, terpulang pada diri masing-masing kerana peranti tersebut tidak akan menjadi kemaskini utama.

Syarikat OnePlus akan mengeluarkan kemaskini yang terutamanya akan dikeluarkan kerana Qualcomm, Inc. Syarikat tersebut telahpun mengumumkan mengenai chipset yang terpantas iaitu Snapdragon 821!. Adakah cip tersebut bakal terdapat dalam OnePlus 3T? Jika benar, OnePlus 3T dapat mengalahkan produk terbaru Google, iaitu Google Pixel!

OnePlus 3T juga mendapat kemaskini perkakasan iaitu sensor Sony IMX398 yang mana selain OnePlus 3T, Oppo R9S juga dikhabarkan mendapat kemaskini perkakasan tersebut. Harap sensor baru tersebut dapat menambahbaik kamera OnePlus 3T, tetapi walaupun kamera ganas, tetapi tidak dapat menandingi peranti yang lain seperti iPhone 7 atau Samsung Galaxy S7 Edge. Kita tunggu dan lihat jika sensor tersebut dapat memberi kejutan pada kamera OnePlus.

Selain daripada dua ciri-ciri di atas yang hampir-disahkan, OnePlus 3T mungkin keluar dengan QHD berbanding dengan skrin Full-HD pada OnePlus 3 serta dikhabarkan mereka menambah stor penyimpanan yang besar iaitu 128GB, dan seperti biasa 64GB masih lagi ada.

Apakah agenda disebalik OnePlus 3T ni? Saya percaya bahawa OnePlus hendak menunjukkan bahawa mereka boleh mengeluarkan peranti dengan perkakasan yang terkini dan terbaik, tapi dengan harga yang murah!. Dikhabarkan juga harga OnePlus 3T ni mungkin mahal sedikit $80 (RM 348.74 tidak termasuk GST) dari peranti sebelum, iaitu OnePlus 3 dan adakah berbaloi?

Harapan saya, masa perlancaran OnePlus 3T tidak mengalami masalah stok habis seperti mana mereka alaminya dengan OnePlus 3. Kecewa juga la peranti habis stok dan penantian bukan sekejap dan kenapa mengeluarkan model baru hanya selepas lima bulan? Kenapa tidak tunggu lagi lima bulan akan datang, dan keluarkan OnePlus 4?

Jadi, adakah anda akan tukar atau kekal dengan OnePlus 3? Komen di bawah jika ada sebarang pendapat yang ingin dibincangkan.

Sumber, The Country Caller

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kelebihan dan Kekurangan Light Fidelity ( Li-Fi )

0


Li-Fi (Light Fidelity) ialah teknologi komunikasi tanpa wayar dua hala berkelajuan tinggi dan dirangkaikan sepenuhya sama seperti Wi-Fi. Dicipta oleh Professor. Harald Haas.
 Li-Fi adalah subset komunikasi tanpa wayar optik(OWC) dan boleh menjadi pelengkap kepada komunikasi RF (Wi-Fi atau rangkaian selular), atau pengganti dalam konteks penyiaran data. Setakat ini, kelaluannya diukur kira-kira 100 kali lebih cepat daripada Wi-Fi, mencapai 224 gigabit sesaat.
Ia adalah tanpa wayar dan menggunakan komunikasi cahaya nampak atau infra-merah dan berhampiran spektrum ultraungu (bukan gelombang frekuensi radio), sebahagian daripada teknologi komunikasi tanpa wayar optik, yang membawa lebih banyak maklumat, dan telah dicadangkan sebagai penyelesaian kepada batasan jalur lebar RF. Satu penyelesaian yang lengkap termasuklah proses pemiawaian yang diterajui industri.
diatas serba sedikit pengenalan pada Li-Fi. dibawah disenaraikan beberapa Kelebihan serta kekurangan Li-Fi.
KELEBIHAN LI-FI
  • Dapat digunakan di area sensitif. Berbeza dengan Wi-Fi yang menggunakan gelombang radio, Li-Fi menggunakan cahaya sehingga tidak berpengaruh besar terhadap area-area sensitif,
  • Dengan Kelajuan yang lebih tinggi , Dengan gelombang cahaya Li-Fi diharapkan memiliki kecepatan jauh dari pada Wi-Fi.
  • Gelombang cahaya yang digunakan tidak dapat menembus dinding yang membuat Li-Fi bersifat privacy sehingga diharapkan lebih Selamat.
KEKURANGAN LI-FI
 
  • Seperti teknologi baru lainnya Li-Fi juga masih banyak yang perlu di tambah baik untuk dapat digunakan secara umum
Layan Video dibawah.

SEKIAN,

*Sumber : Wiki serta Blog umum

Views: 2

Iklan Newspaper Inline