Ulasan Beyerdynamic Byron BT Wireless: Kualiti Audio Premium Ala Studio

Baru-baru ini, syarikat Klingen & Erlesen Sdn Bhd menghubungi saya menyatakan hasrat mereka, meminta saya mengulas mengenai kualiti produk terbaru yang mereka lancarkan iaitu Byron BT Wireless dan Byron BTA Wireless.

Produk yang dihantar ke pintu rumah saya adalah ‘Byron BT Wireless’. Ianya adalah in-ear headphones tanpa wayar, menggunakan teknologi Bluetooth 4.1.

Berikut adalah spesifikasi teknikal Beyerdynamic Byron BT Wireless:

Reka Bentuk

Iklan Google

In-ear headphones tanpa wayar ini hadir dengan reka bentuk asas, mempunyai 3 saiz penutup telinga silikon yang selesa dipakai, magnet di belakang pemacu yang boleh diguna untuk melekatkan ia ‘sesama’ ketika tidak digunakan, dan juga hadir bersama sebuah beg premium lembut untuk penyimpanan dan bawa ke mana sahaja.

Ia mempunyai 3 butang kawalan, satu port USB mikro yang ditutupi oleh lapisan getah dan tempat kawalan yang berada di kawasan sebelah kanan (atas sedikit dan bukan di tengah seperti biasa).

Selain itu, Beyerdynamic juga menyediakan penyangkuk ekstra untuk disangkutkan pada telinga bagi aktiviti-aktiviti lebih lasak.

Kualiti Bunyi/Audio

Byron BT menggunakan codec dari Qualcomm iaitu Qualcomm aptX, dan SBC (codec wajib untuk peranti Bluetooth).

Sejauh yang saya gunakan, kualiti bunyinya adalah sangat seimbang. Bererti tiada lebihan bass yang terlampau pumping, atau treble yang terlampau nyaring. Kesemuanya keluar dari pemacu seperti yang sepatutnya, tidak lebih melampau, tidak pula kurang sehingga mencacatkan pengalaman mendengar.

Adakah kualiti bunyinya untuk para audiophile? Mungkin tidak, kerana saya pernah menggunakan produk JBL jenis yang sama, namun kualitinya adalah ‘sedikit lebih’ dari Byron BT ini.

Tetapi jika anda menyasar untuk mendapatkan in-ear versi tanpa wayar terbaik, ini adalah pilihannya.

Iklan Google

Saya tidak mahu mengulas terlalu terperinci mengenai high/mid/low range in-ear headphones ini, kerana seperti yang saya katakan di atas, ianya adalah setara, seimbang, dan mudah diterima oleh telinga. Apa yang pasti, sepertimana harganya yang premium, seperti itulah yang anda dapat.

Sepanjang apa yang saya uji, ada sesetengah bunyi yang tidak pernah saya dengari sebelum ini dari lagu-lagu biasa yang saya ‘layan’ setiap hari, dapat didengar dengan jelas. Ini adalah sasaran setiap audiophile, iaitu dapat pengalaman mendengar seakan kualiti bunyi di studio.

Mendengar sesuatu yang ‘tersembunyi’ adalah bonus terbaik pada Byron BT Wireless. Kualiti audionya adalah lebih dari sekadar ‘boleh diharap’.

Jangka Masa Bateri

Iklan Google

Ianya mengambil masa sehingga lebih kurang 1 jam hingga 1 jam setengah, atau maksima 2 jam untuk penuh, dan mempunyai jangka masa penggunaan sehingga 7 jam. Dari pengalaman saya sendiri, sepanjang penggunaan, boleh tahan sehingga 3 jam berturut-turut, kemudian jika dibiarkan selepas itu, baterinya masih ada untuk digunakan keesokan hari.

Ini adalah ciri in-ear ini yang amat saya sukai, kecuali ketika baterinya sudah lemah, akan ada ‘peringatan’ yang mengganggu dicelahan lagu.

Walaubagaimanapun, anda boleh mengelakkan ia dengan mengecaj terlebih dahulu sebelum setiap sesi penggunaan. Caj sahaja dalam 15 minit, ianya sudah cukup membantu.

Harga

Iklan Google

Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, harga asal bagi produk ini ialah RM827, dan bagi tujuan promosi kali ini, ia diturunkan kepada RM549. Sememangnya harga yang agak tinggi bagi produk seumpama dengannya, namun jangkaan harga seperti ini dapat diagak dari Beyerdynamic.

Iklan Google

Proposisi/Konklusi

Dari segi kualiti bunyi, terdapat pelbagai lagi produk seumpamanya, terutama versi berwayar yang mampu mengeluarkan bunyi lebih baik pada harga mampu milik.

Dari segi reka bentuknya pula, mungkin ada sesetengah orang yang akan mengkritik kedudukan kawasan butang-butang kawalannya yang terletak sedikit ke atas. Pada saya pula, saya tidak begitu kisah asalkan ianya tidak mengganggu pendengaran.

Secara keseluruhannya, jika anda ingin merasai pengalaman mendengar melalui pemacu Beyerdynamic yang premium, tanpa wayar, beserta codec Qualcomm aptX, maka ini adalah pilihannya.

Apapun, jika harga menjadi penanda aras, maka terdapat banyak lagi pilihan terutamanya on-ear headphones dari jenama lain seperti JBL yang lebih murah tetapi mempunyai kualiti bunyi bergred audiophile sejati.

Saya boleh berikan 8/10 bintang untuk kualiti keseluruhan Beyerdynamic Byron BT Wireless ini.

Sebarang pertanyaan mengenai produk ini, anda boleh terus ajukan ke Facebook BeyerdynamicMY atau e-melkan ke enquiry@beyerdynamic.com.my.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img