OnePlus 3 Menerima Kemaskini Beta Nougat, OxygenOS Beta 8

Android 7.0 Nougat (OxygenOS Beta 8) pada OnePlus 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Setelah menanti beberapa bulan, akhirnya manisan yang dinanti-nantikan oleh pemilik OnePlus 3 telahpun tiba.
Ingat, risiko tanggung sendiri kerana ini versi Beta. Backup dahulu data untuk mengelakkan data hilang.

Saya sudahpun merasai OxygenOS Beta 8, 7.0 Nougat pada OnePlus 3 saya. Bagi saya, agak baik dan sedikit kecewa kerana 7.0, yang terkini 7.1.
Sebelum-sebelum ini saya telahpun mencuba ROM AICP, Resurrection Remix, Unofficial CyanogenMod 14.1 dan ROM tempatan, iaitu HEXA merupakan ROM buatan Malaysia, bagus anak muda #SupportLokalROM
Nougat merupakan versi baru, jadi biasa la ada ralat sana sini. hihihi
Ralat OxygenOS Beta 8? Saya akan terangkan di bawah.

Ini merupakan senarai maklumat kemaskini OxygenOS Beta 8 :

  • Naik taraf kepada Android 7.0 Nougat
    • Reka bentuk Notification yang baru
    • Reka bentuk Menu Setting yang baru
    • Pandangan Multi-Window
    • Balasan langsung Notification
    • Sokongan Custom DPI
  • Menambah Status Bar Icon Options
  • Menambah Quick Launch untuk aplikasi pihak ketiga
  • Penambahbaikan ubahsuaian Shelf
Untuk bagi yang tak tahu lagi, Beta atau nama lainnya Community Build (depa tukaq nama jadi Beta saja kot. hihihi) merupakan gabungan OxygenOS dengan HydrogenOS.
Bagi yang pernah memakai CyanogenMod 14 dan 14.1 pasti rasa biasa dengan kemaskini Beta terkini Oxygen (sama la kita. huhuhu, setia dengan Stock sebab kamera OxygenOS ohsem!)
Terlupa pulak nak senaraikan ralat-ralat yang terdapat dalam OxygenOS Beta 8 :
  • Android Pay
  • Isu kestabilan dan performance
  • Tema “Dark” menyebabkan sistem crash
  • Sensor tak rotate (bila main game, sensor berlawanan dengan screen rotate)
  • Community App tiada (kena install manual)
Jadi, sila backup dulu data kerana dikhabarkan Beta 8 ini merupakan partition F2FS seperti OnePlus 3T. Apa perbezaan F2FS dengan EXT4? Katanya lebih laju dari EXT4, ya OnePlus 3T pakai F2FS dan akan saya terangkan pada artikel akan datang.
Beta 8 ini tidak seperti Beta 7, jadi jika anda sanggup ambil risiko, sila muat-turun dahulu barang-barang di bawah :
Ini langkah-langkah untuk Unlock Bootloader, sekiranya anda Locked Bootloader, sila ikut langkah-langkah untuk Unlock Bootloader di sini (ini artikel English tau. hihihi)
  1. Extract zip platform-tools (keluarkan folder tersebut, letakkan pada lokasi C:/)
  2. TWRP letak dalam folder platform-tools
  3. Ada 2 kaedah untuk tukar recovery :
    1. Masuk fastboot mode (Power+Volume Up), tekan Shift dan klik kanan dalam folder platform-tools dan Open Command windows here. Taip fastboot devices, sekiranya keluar apa-apa code maknanya peranti anda berjaya sambung dengan komputer dalam mode fastboot. Taip fastboot flash recovery, kemudian copy nama TWRP tu dan klik kanan dalam Command Prompt tambah .img di hujungnya, seperti ini fastboot flash recovery twrp-3.0.2-1.28-oneplus3.img. Kemudian tekan enter dan anda sudahpun tukar recovery :D
    2. Pindahkan file TWRP ke dalam phone, dan masuk recovery mode (Power+Volume Down atau masa on tu, tekan volume untuk access mode lain), pergi ke Install, kemudian cari di mana anda letak TWRP tu dan tekan Install Image baru nampak TWRP tu dan Flash as Recovery saja tau, dan back, Reboot>Reboot to Recovery. Tadaaa siap dah pakai TWRP yang serasi dengan Beta 8
  4. Pindah file ROM dalam phone (boleh pindah melalui TWRP)
    1. Bagi anda yang datang dari ROM lain selain Oxygen Beta 7, sila download OxygenOS Beta 7 juga ye.
  5. Pergi Wipe>Advanced Wipe>tick semua kecuali Internal Storage dan OTG kemudian Slide to Wipe
  6. Pergi ke Mount dan untick System
  7. Pergi ke Install (tekan Install Zip jika tak jumpa file ROM) dan flash OxygenOS Beta 8
    1. Bagi anda yang datang dari ROM lain, selain daripada OxygenOS Beta 7, selepas anda flash OxygenOS Beta 7, sila back dan masuk Reboot>Recovery dan ikut step 5-8
  8. Flash SuperSU jika anda inginkan root, tapi peranti anda akan reboot sebanyak dua kali. Jika terlalu lama di logo OnePlus, anda cuba versi lain pulak SuperSU dan Xposed Framework tidak serasi lagi dengan Nougat.
  9. Reboot dan tahniah anda telahpun merasai OxygenOS Beta 8, 7.0 Nougat
Hati-hati kerana ada sesetengah pengguna selepas pasang OxygenOS Beta 8, partition bertukar kepada F2FS. Tapi saya buat banyak kali dapat EXT4 ja. arrrhhh!
Tapi jika anda dari F2FS nak tukar kepada EXT4 balik, khabarnya mengambil masa yang lama. Itu membuatkan saya guna sajalah EXT4 -_-Jika anda ingin merasai file system F2FS, sila backup kesemua data, then masuk TWRP, Advanced Wipe>Format Data dan taip yes dan Enter. Kemudian Back, Reboot>Recovery. Apabila sudah masuk balik recovery, sila transfer balik data yang anda backup dan flash ROM :)

Ok, sampai di sini saya menaip, jika ada sebarang pendapat dan perlukan bantuan, sila komen di bawah ye?
Selamat memasang OxygenOS Beta 8 :)
Never Settle!

Ini video keseluruhan mengenai OxygenOS Beta 8 pada OnePlus 3 :)

 


Dash Charging selama 30 minit lebih pada OnePlus 3, OxygenOS Beta 8

 

Iklan Google
Amir Hussaini
Amir Hussaini
Bio? Biarlah rahsia. ( ◡‿◡ *)

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img