Utama Blog Laman 149

Buat Android Screenshot Lebih Menarik Dengan Hishoot Template!

0

Antara kelebihan yang terdapat di Android adalah kebolehan mengubah suai paparan homescreen. Anda bebas mengubah ikon, pelancar dan widget! Bagi mereka yang sukakan citarasa estetik pastinya mahukan peranti mereka cantik dipandang dari luaran dan dalaman. Antara pelancar popular yang digunakan untuk ubah suai homescreen seperti Nova Launcher, Kustom widget dan Zooper widget. Tetapi hari ini the_eraser bukan nak tulis mengenai Nova Launcher atau widget tetapi aplikasi Hishoot yang boleh menghasilkan screenshot seperti yang telah the_eraser hasilkan di bawah.

“Wah! Pakai Google Pixel ker?” Ada yang bertanya soalan sedemikian dan saya hanya tersenyum. Gambar tersebut bukan gambar peranti Pixel peribadi tetapi hanyalah sekadar bingkai template yang diisi dengan screenshot! Macam best kan?
Macam mana nak buat ni? Boleh tak pakai gambar peranti lain? Boleh!
Anda perlu muat turun dan memasang aplikasi Hishoot2i dan template. Ini template Google Pixel yang digunakan pada gambar di atas. Selesai pasang anda buka aplikasi Hishoot seperti yang tertera pada gambar di bawah.
Jika anda swipe kanan pada kad AHX Colored Pixel Red, anda boleh uninstall atau favourite template kegemaran anda.
Untuk edit Hishoot template, tekan pada kad AHX Colored Pixel Red dan ia akan membuka halaman Hishoot editor. Di sini anda boleh memasukkan screenshot anda ke dalam bingkai template. Tekan pada butang hijau Screen 1 dan cari screenshot yang anda telah buat. Jika belum buat, tekan butang kombinasi screenshot peranti anda untuk membuat screenshot!
Anda juga boleh mengaktifkan atau mematikan efek shadow dan glare. Pada butang Background anda boleh memasukkan background belakang atau menukar warna latar. Pada butang Badge, anda boleh letak nama ikut suka hati atau hide nama supaya screenshot nampak lebih kemas.
Selesai edit, tekan pada ruang atas di gambar atau tekan butang back untuk save. Butang hijau logo save akan muncul. 
Gambar akhir Hishoot anda akan disimpan di folder Hishoot atau terus tekan butang share di notification drawer.

Untuk mencari template Hishoot bagi peranti-peranti popular yang lain, anda boleh cari di Google+, Dropbox atau search di Google. Untuk hasilkan template sendiri pakai Photoshop pun boleh.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Cara Pasang Arch Linux (2017.08.01 ISO) Dan KDE Plasma

0

Bertemu lagi kita kali ini dengan satu tutorial untuk pemasangan sistem operasi Arch Linux. Tutorial ini adalah versi kemas kini dari tutorial sebelumnya di sini.

Dalam Linux setiap satu benda adalah fail. Jadi kalau tahu apa fungsi setiap satu fail dan di mana letak duduknya maka untuk memasang Arch Linux tidak akan menjadi masalah.

Bila kita muka belajar memasang, dari situ akan pandai buat partition, nak buat dual boot, pasang persekitaran meja, dan lain-lain.

Basic to learn Linux is to know the system files.

1. Ok, kita teruskan kepada pemasangannya. Dalam tutorial ini saya akan gunakan VirtualBox. Bila dah selesai muatkan ISO ke dalam tetapan, maka apabila kita klik pada Start, paparan ini akan muncul.

2. Klik Enter untuk memasuki persekitaran sistem (pastikan anda klik Enter pada versi yang sepadan dengan peranti anda. x86_64 adalah untuk 64-bit). Anda akan disambut paparan seperti berikut. Ya, kalau anda belum tahu lagi, pemasangan Arch Linux adalah sepenuhnya menggunakan baris perintah. Tiada paparan antaramuka yang akan membantu anda seperti Ubuntu atau Linux Mint.

3. Pertama sekali, periksa terlebih dahulu sambungan internet anda. Disarankan untuk anda menggunakan sambungan berwayar (seperti Streamix, Unifi, Maxis Fibre).

Gunakan perintah ping -c 3 google.com

4. Sekarang kita perlu tetapkan cakera. Taipkan cfdisk dan klik Enter pada gpt.

5. Dari sini, klik New untuk menentukan dan mengubah saiz partisi.

6. Anda boleh lihat dari tetapan saya, 10GB saya peruntukkan untuk Linux filesystem dan 1GB pula untuk swap. Halakan ke Write dan klik Enter.

7. Taipkan yes, klik Enter. Seterusnya halakan ke Quit dan klik Enter.

8. Kemudian, kita perlu konfigurasikan/format partisi itu tadi. Mulakan dengan perintah berikut:

mkfs.xfs /dev/sda1 <<< Ini merujuk kepada partisi Linux filesystem (rujuk kepada gambar di atas tadi ya)

Saya format ia kepada xfs berbanding ext4 seperti tutorial sebelum ini, kerana ianya lebih bagus, laju, dan ohsem. Heheh.

mkswap /dev/sda2 <<< Ini untuk buat partisi swap pada Linux swap

9. Ikut kesemua perintah berikut dan fahamkan tujuannya.


mount /dev/sda1 /mnt <<< Bertujuan untuk mount partisi ini kepada /mnt

mkdir /mnt/boot <<< Bertujuan untuk cipta direktori ‘boot’

mkdir /mnt/home <<< Bertujuan untuk cipta direktori ‘home’

mount /dev/sda1 /mnt/boot <<< mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/boot

mount /dev/sda1 /mnt/home <<< mount partisi sda1 kepada direktori /mnt/home

swapon /dev/sda2 <<< hidupkan Swap untuk partisi sda2 jika anda mahu ia dibaca oleh genfstab.

cd /mnt <<< halakan sistem kepada direktori /mnt

10. Gunakan pacstrap untuk pasangkan base group. Saya galakkan anda pasang sekali base-devel. Pemasangan memang akan mengambil sedikit masa, bergantung juga kepada kelajuan internet anda.

pacstrap /mnt base base-devel
11. Janakan fstab.
genfstab -p /mnt >> /mnt/etc/fstab
Semak semula fstab tersebut dengan:
nano /mnt/etc/fstab
Berikut adalah contoh apa yang akan dipaparkan. Anda perlu pastikan hanya / ditandakan dengan nombor 1. Ini adalah untuk mengelakkan ralat ‘welcome to emergency mode’, atau senang cerita kalau salah tanda, sistem operasi tidak dapat boot.
#
# /etc/fstab: static file system information
#
<file system>   <dir>   <type>  <options>       <dump>  <pass>
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /               xfs            rw,relatime,data=ordered        0 1
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /home           xfs            rw,relatime,data=ordered        0 2
# UUID=4d5af8d0-e62c-4a05-86f4-8f48d380b48d
/dev/sda1               /boot           xfs            rw,relatime,data=ordered        0 3
# UUID=9afd2190-c06b-41fa-ae28-40107579524e
/dev/sda2               none            swap            defaults        0 0
12. Masuk ke dalam persekitaran chroot.
arch-chroot /mnt
Tetapkan nama host:
echo omghackers > /etc/hostname
(Contoh nama host yang saya gunakan adalah omghackers)
Tetapkan zon masa (untuk jam):
ln -sf /usr/share/zoneinfo/Asia/Kuala_Lumpur /etc/localtime
Uncomment (buangkan tanda #) pada mana-mana locales yang anda mahu (untuk bahasa).

nano /etc/locale.gen
Kalau mahukan Bahasa Inggeris, buangkan tanda # pada dua baris berikut:
en_US.UTF-8 UTF-8
en_US ISO-8859-1
Janakan locales itu tadi dengan baris perintah:
locale-gen
13. Hidupkan internet.
systemctl enable dhcpcd@eth0.service

ATAU

systemctl enable dhcpcd
14. Kemudian buat kernel hook dengan perintah ini:

mkinitcpio -p linux
15. Tetapkan kata laluan untuk akaun root:
passwd
Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya:
useradd -m -g users -s /bin/bash arya <— Gantikan ‘arya’ dengan nama pengguna pilihan anda.
passwd arya <<< Tetapkan kata laluan untuk pengguna.
Perlu diingatkan, sewaktu anda menaip kata laluan, ianya memang tidak akan kelihatan, bahkan asterisk sekalipun.
16. Pasangkan bootloader pilihan anda. Saya memilih untuk kekal menggunakan GRUB.
pacman -S grub
grub-install /dev/sda <— kalau ada masalah pemasangan, contohnya pemasangan dalam VirtualBox, gunakan perintah –force :
grub-install –force /dev/sda
grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg
17. Setelah siap semua, keluar dari persekitaran chroot dengan:
exit
Atau tekan kekunci Ctrl+D.
Kalau anda mahu, anda boleh unmount kesemua partisi itu tadi dengan:
umount -R /mnt
Dan setelah itu:
reboot
Anda akan disambut dengan GRUB! Yes! Tapi sebelum itu jangan lupa remove terlebih dahulu live CD/DVD (ISO) yang ditetapkan sebelum pemasangan (kalau guna VirtualBox).
18. Tapi buat masa ini kita perlu pasangkan sudo (kalau belum pasang lagi), jadi log masuk menggunakan akaun root anda dahulu. kemudian:

pacman -S sudo
Sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo
EDITOR=nano visudo
Nak mudah tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.
Contohnya:
root ALL=(ALL) ALL
arya ALL=(ALL) ALL
Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.
Kalau anda malas nak taip kata laluan setiap kali anda gunakan perintah sudo, letakkan nama pengguna di bawah # %wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL seperti ini:
%wheel ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL
arya ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL


(Langkah nombor 18 ini adalah optional)
19. Pastikan internet ada ya. Kalau in case tiada, gunakan:
systemctl enable dhcpd
20. Pasangkan semua keperluan sistem operasi.
pacman -S xorg xorg-server xorg-xinit xterm
Kalau anda memasang ia dalam VirtualBox:
pacman -S virtualbox-guest-utils
SIAP!
Sekarang tibalah masa untuk kita pasangkan KDE Plasma.
Saya memilih untuk pasangkan KDE minimal, jadi baris perintah berikut digunakan:
pacman -S plasma-desktop
20. Boleh juga pasangkan aplikasi lain yang diperlukan, contohnya:

pacman -S konsole dolphin firefox kate
Kemudian, cipta satu fail yang akan digunakan untuk masuk ke persekitaran meja KDE Plasma:

echo “exec startkde” > ~/.xinitrc
21. Reboot. Setelah itu, anda boleh mulakan/masuk persekitaran meja KDE Plasma dengan perintah:
startx
AKHIRNYA SEMPURNA.

Baiklah. Diharap anda berpuas hati dengan tutorial ini. Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Playerunknown’s Battlegrounds: Permainan Komputer Paling Popular Ketika Ini

0

Battlegrounds Playerunknown adalah permainan selamatkan diri sendiri dalam komputer di mana anda dan sehingga 98 pemain akan terjun daripada kapal terbang ke pulau di mana anda mencari senjata dan peralatan yang kemudian digunakan untuk membunuh orang lain.

Kenapa orang selalu bercerita tentang permainan komputer PUBG ini?. Kerana ia adalah permainan yang sangat popular. SteamSpy menganggarkan 6.5 juta pemain telah membeli permainan ini dengan harga $ 29.99 iaitu RM 74.90 dari platform Steam, dan ia dalam carta penjualan terbaik untuk Steam sejak dilancarkan pada Mac 2017.

Mengapa nama permainan komputer ini digelar Battlegrounds Playerunknown?. Asalnya Brendan Greene adalah pengarah kreatif permainan bagi permainan komputer ini merupakan seorang mod permainan video bagi “Pertempuran Royale” untuk Arma 3 dan kemudian berunding dengan H1Z1 untuk membuat mod inspirasi. Hasil daripada campuran kedua permainan komputer tersebut maka lahirlah – Playerunknown’s Battlegrounds ini.

Anda tahu filem Battle Royale daripada Negara Jepun? Itu adalah idea utama sebenarnya dalam permainan komputer ini namun begitu oleh kerana nama Battle Royale itu adalah hak cipta terpelihara, maka nama tersebut ditukar sebagai Battle Ground kerana tiada siapa pun akan mengambil hak cipta permainan komputer tersebut.

Nama rasmi sebenarnya adalah PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS dan ianya memang semua berhuruf besar kerana nampak bagus begitu.

Permainan ini hanya pada PC untuk masa ini, dan hanya boleh didapati melalui platform Steam atau pada halaman rasmi permainan. Pautan bukan Steam pada halaman akan memberi anda kod muat turun yang harus diaktifkan pada Steam, bagaimanapun, sehingga pada dasarnya ia hanya pada pengguna eksklusif Steam.

Semua orang jatuh ke kawasan yang sama dengan kebolehan masing-masing dan mengikuti senjata dan peralatan yang sama apabila mereka berada di darat. Semua orang bermula setiap pusingan dengan tidak ada apa-apa peralatan kecuali pakaian yang dibawa dari sepanjang masa bermain mereka.

Anda perlu menggunakan akal yang ada untuk mencari senjata, kit medan, perisai dan skop, dan terpulang kepada anda untuk memilih masa untuk mula mencari pemain lain secara aktif. Dan elakan dari dibunuh oleh pemain lain pada masa yang sama.

Sesetengah orang suka melompat masuk, mencari senjata dengan pantas dan pergi memburu, sementara yang lain menunggu sehingga mereka mempunyai perisai,peralatan perubatan dan pemilihan senapang yang baik dengan beberapa tambahan sebelum mereka melibatkan pemain lain dalam pertempuran. Anda boleh memilih jika anda ingin santai bagi setiap pusingan, atau meletakkan diri anda dalam keadaan berisiko tinggi yang boleh mengakhiri pusingan anda dengan cepat. Terpulang kepada anda. Anda sendiri yang tentukan dengan strategi yang tersendiri.

Jadi apa tunggu lagi?. marilah bersama-sama bermain permainan ini bersama rakan anda!.

>>> Playerunknown’s Battlegrounds

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Google Mempertingkatkan Kelajuan Internet

0

Jurutera di Google telah membangunkan algoritma baru untuk mempertingkat TCP, protokol pengangkutan utama untuk trafik di internet, dengan mengoptimumkan kelajuan di mana lalu lintas dihantar supaya ia tidak menyekat laluan yang ada.

Mereka mengatakan kaedah kelajuan mereka, yang disebut laluan jalur lebar dan jalur penyebaran (BBR), mengukur cara terpantas untuk menghantar data ke laluan yang berbeza dan mampu mengendalikan lalu lintas dengan lebih cekap apabila laluan data menjadi sesak. Google sudah menggunakan BBR untuk mempertingkatkan trafik YouTube, dan bulan lepas syarikat itu membuat BBR tersedia di Platform Google Cloud. Google mengatakan pelaksanaan BBR meningkatkan trafik Youtube yang sudah dioptimalkan dengan purata 4% secara purata, dan sebanyak 14% di beberapa negara.

TCP dibangunkan pada tahun 1970-an sebagai sebahagian daripada sut protokol TCP / IP untuk memformat data ke dalam paket untuk penghantaran di seluruh internet. Penyelidik di Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (IETF) menganggarkan bahawa lebih daripada 90% trafik IP dihantar melalui TCP.

Sejak beberapa dekad yang lalu terdapat banyak usaha untuk mempercepat TCP / IP, ramai yang berfokus pada bagaimana TCP menangani kesesakan internet. TCP direka untuk melambatkan seberapa cepat ia menghantar lalu lintas apabila ia merasakan kesesakan, yang ditentukan oleh memantau bilangan paket yang hilang dalam pengangkutan.

Bagaimanapun, Van Jacobson, salah seorang pereka asal TCP dan salah seorang jurutera utama yang membangun BBR, berkata jika TCP hanya melambatkan lalu lintas apabila ia mengesan kehilangan paket, ia hanya melambatkan proses tersebut.

BBR tidak menunggu masalah kehilangan data paket kata Jacobson. Ia menstrukturkan semula seolah-olah ia mempunyai panjang dan garis pusat untuk menentukan berapa banyak data boleh muat di dalamnya.

BBR sentiasa menganggarkan masa lalu lintas dan laluan lalulintas melalui pelbagai laluan, jadi ia tahu berapa lama ia akan mengambil data untuk melintasi rangkaian jika ia menghantarnya pada kadar tertentu. Dengan berbuat demikian, BBR menghantar lalu lintas pada kelajuan yang boleh dikendalikan oleh rangkaian. Ini lebih berkesan daripada kawalan kesesakan TCP asal.

BBR bukan usaha pertama untuk mempercepat TCP. Penyelidik di Universiti North Carolina dikatakan telah membangunkan salah satu algoritma kawalan kesesakan berasaskan kerugian yang paling popular yang digunakan dalam TCP hari ini, menamakan peningkatan kawalan kesesakan binari (BIC) dan seterusnya, CUBIC. Pada tahap tinggi, ia juga merakam pengukuran untuk menganggarkan kelajuan optimum di mana untuk menghantar data apabila kesesakan dikesan. Satu lagi algoritma kawalan kesesakan yang menjadi popular dinamakan RENO.

Pengguna Platform Google Cloud secara automatik akan mendapat faedah BBR apabila menggunakan perkhidmatan Cloud GCP tertentu, termasuk Cloud Spanner, BigTable, Storage, CDN dan Load Balancing tanpa sebarang kos tambahan.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Lightning Browser! – Pelayar Laman Web Yang Ringan dan Pantas

0

LIGHTNINGBROWSER

Pelayar web android yang perlu ada bagi seorang power user bagi penggunaan Internet laman web yang pantas.

Lightning Browser merupakan satu pelayar laman web Android yang dicipta oleh Anthony Restaino pada masa lapang beliau . Beliau lebih mengutamakan prestasi berbanding fungsi yang berlebihan tetapi nice to have sahaja, dan yang paling penting adalah ianya perisian sumber terbuka.”Full-screen, check. Inverted Rendering, check. All the search engines you want, check. Search Suggestions, Bookmarks, History, User Agents, Reading Mode”

Kelebihan yang telah diutamakan sendiri oleh pencipta adalah:

  • Rekabentuk
  • Kelajuan
  • Privasi
  • Feature
  • Sumber Terbuka
  • Percuma!

Selain daripada mengutamakan prestasi , pelayar laman web ini juga menumpukan terhadap minimalisma dari segi reka bentuk antaramuka pengguna. Tidak terdapat banyak butang yang mengelirukan, dan lebih kepada antaramuka pengguna yang intuitif bagi pengguna jangka masa panjang. Pencipta aplikasi ini juga memastikan ia patuh terhadap aturcara rekabentuk yang telah ditetapkan oleh Google.

Tanpa menulis lebih panjang, mari kita lihat kekuatan bagi pelayar laman web Lightning Browser


Paparan utama Lightning Browser, sangat minimalistik. Muka hadapan diletakkan enjin pencarian untuk mengelakkan kekosongan pada bahagian tengah.
Di bahagian atas kanan terdapat butang menu yang boleh diseret.
Di bahagian atas kiri pula terdapat butang untuk membuka senarai Tab yang terbuka.
Seterusnya, senarai Tab yang terbuka boleh dicapai dengan menyentuh butang pada bahagian atas kiri atau menyeret jari dari kiri dan secara automatik senarai ini ditarik ketengah.

 Lightning Web Browser- screenshot
Manakala apabila anda cuba untuk menyeret dari kanan pula, fungsi yang paling penting atau dealbreaker bagi sesetengah orang adalah fungsi senarai Bookmark yang mudah dicapai.

TP;TB
Terlalu Panjang;Tidak Baca

    Secara keseluruhan, aplikasi Lightning Browser terasa seperti satu aplikasi yang premium dan dibina dengan sangat baik walaupun dicipta oleh seorang sahaja(dibantu oleh komuniti github dan ulasan pengguna di Play Store). Ia sesuai digunakan untuk pelayar laman web harian anda, sangat laju dan ringan berbanding Chrome pada Android, malah saya mengesyorkan pembaca untuk menggunakan pelayar laman web ini untuk smartphone yang mempunyai RAM 1GB dan kebawah.[Klik sini untuk memuat turun aplikasi Lightning Browser]

artikel versi 0.1

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

5 Tips Memilih Custom ROM Yang Bagus

0
Antara keseronokan dalam menggunakan peranti Android sudah tentulah keupayaan untuk menggunakan custom ROM. Bagi individu yang tidak berpuas hati dengan ROM pengeluar ataupun yang inginkan prestasi maksima daripada peranti mereka, custom ROM sememangya menjadi pilihan. Tidak kurang juga mereka yang mahu mencuba custom ROM demi mencari kelainan. Dengan lambakan custom ROM yang ada untuk anda cuba, pastinya anda naik pening memikirkan varian mana yang harus dipilih. Jadi, di sini saya akan memberikan tips bagaimana untuk memilih custom ROM yang sesuai untuk anda. Selamat membaca!

Substratum merupakan pengurus tema yang paling popular di Play Store dan berguna untuk menukar kebanyakan aspek visual peranti anda. Memerlukan sokongan OMS untuk berfungsi dengan sempurna.

1) Lihat sokongan pada ROM. (OMS/DUI, f2fs, OTA)

Ini antara perkara penting yang perlu dititikberatkan. Antara sebab utama anda memilih untuk menggunakan custom ROM adalah untuk menikmati lebih banyak fungsi dan customization yang tiada pada ROM asal pengeluar. Lihat dulu samada ROM anda menyokong fungsi OMS (Overlay Manager Service) ataupun tidak untuk menikmati ROM yang menawarkan penukaran warna tema dengan mudah dan menyeluruh. Sokongan f2fs untuk penggunaan memori yang lebih pantas dan lancar berbanding format ext4 yang digunakan oleh ROM asal. Dan juga sokongan OTA (Over The Air) untuk memudahkan kemaskini. OTA berfungsi untuk anda muat turun kemaskini secara terus pada telefon tanpa menggunakan PC.

Lihat kekerapan kemaskini ROM bagi menjamin sokongan yang berterusan untuk peranti anda.

2) Lihat kekerapan kemaskini

Ini juga faktor penting dalam memilih ROM yang sesuai untuk peranti anda. Sebab itu lah juga saya jarang menggunakan ROM yang baru sahaja dimuat naik. Biasanya saya akan tunggu keluaran kemaskini kedua atau ketiga untuk saya jangkakan kekerapan kemaskini sesebuah ROM. Ada juga pembangun yang membuat ROM dan kemudiannya membiarkan saja pembangunan ROM tersebut bersawang tanpa sebarang kemaskini susulan. Kemaskini sekerap sebulan sekali juga sudah cukup bagus kerana Android Security Patch juga dikemaskini sebulan sekali.

Pembangun berkumpulan biasanya menghasilkan ROM yang lebih berkualiti.

3) Lihat samada ROM daripada pembangun tunggal atau kumpulan

Ini berkait rapat dengan poin di atas. ROM yang dibina oleh kumpulan biasanya mempunyai kemaskini yang lebih kerap dan lebih kurang ralat berbanding dengan ROM yang dibina oleh hanya seorang pembangun tunggal. Ini mungkin berkait rapat dengan komitmen dan masa yang boleh digunakan untuk membangunkan ROM. Pembangun berkumpulan pula biasanya datang daripada varian ROM yang memang terkenal dan mempunyai komuniti rasmi mereka tersendiri. Saya secara peribadi lebih suka memilih ROM yang dibangunkan oleh kumpulan dan mempunyai saluran kemaskini dan forum rasmi mereka sendiri.

Bug sebegini sememangnya mengganggu prestasi kerja dan menyakitkan hati.

4) Lihat senarai ralat (bug)

Sebagai seorang yang sibuk dan sering bekerja, anda memerlukan peranti pintar anda untuk membantu dalam tugasan seharian, bukannya membebankan anda dengan perangai dan ralat di sana sini. Saya sering menggunakan peranti saya untuk menyimpan rekod, menyemak maklumat, membantu dalam navigasi dan melakukan editing walaupun di dalam perjalanan. Jadi, ROM yang stabil menjadi pilihan utama saya. Tidak dapat dinafikan, ada banyak ROM dengan penawaran fungsi dan tema yang sangat cantik tetapi masih lagi mempunyai banyak isu seperti kegagalan sambungan Bluetooth, kegagalan navigasi GPS, kegagalan sambungan WiFi, kegagalan kamera, dan sebagainya. Jadi, sekiranya anda seorang yang banyak menggunakan peranti pintar anda dalam kehidupan dan pekerjaan seharian, pilihlah ROM yang lebih stabil dengan tiada isu ralat.

Pelbagai varian custom ROM untuk dipilih, masing-masing dengan fungsi istimewa yang tersendiri.

5) Lihat fungsi tambahan pada setiap ROM


Ini adalah perkara yang membezakan di antara sesuatu ROM dengan ROM yang lain. Ada yang menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama dengan melakukan modifikasi pada kernel. Ada yang menawaran prestasi yang lebih pantas pada peranti. Ada yang menawarkan lebih banyak pilihan untuk menggunakan butang navigasi contohnya, sentuh dua kali di butang Home untuk mengambil screenshot dan sebagainya. Pelbagai tawaran fungsi khas mungkin boleh menyukarkan anda untuk memilih, tetapi janganlah mabuk dengan pilihan yang banyak. Sama seperti semasa anda pergi window shopping, senaraikan sahaja apa yang anda perlukan dahulu, kemudian barulah pilih pilihan yang sesuai.

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

5 Sebab Saya Bencikan Peranti Nirbingkai Tanpa Bezel

0

Dasawarsa ini, sudah menjadi trend bagi peranti pintar untuk hadir tanpa bezel. Lebih-lebih lagi bagi peranti flagship. Para pengeluar dilihat berlumba-lumba untuk mengeluarkan peranti mereka dengan rekaan tanpa bezel. Sebelum saya bermula, apakah itu bezel? Bezel ialah bingkai ataupun permukan hadapan bagi sesebuah gajet atau peranti yang selain daripada skrin.

Dalam erti kata mudah, bezel ialah badan atau bingkai yang mengelilingi skrin peranti anda. Antara faktor utama di dalam trend ini adalah faktor estetika. Di zaman kemajuan teknologi ini, hampir semua pengeluar sudah berupaya mengeluarkan peranti dengan spesifikasi tinggi dan kuasa pemprosesan yang pantas setaraf dengan pengeluar besar seperti Samsung dan Sony.

Jadi, antara strategi yang digunakan oleh para pengeluar bagi membezakan mereka dengan pesaing lain dan secara langsung menarik lebih ramai pembeli adalah dengan tidak lain dan tidak bukan, menghasilkan peranti dengan rekaan yang lebih menarik ataupun menghasilkan pelancar ataupun ROM sendiri. Untuk artikel pada kali ini, saya akan menyentuh perihal rekaan peranti tanpa bezel dan sebab-sebab mengapa saya tidak menyukainya.

Mod satu tangan oleh pengeluar bagi mengatasi masalah sentuhan tanpa sengaja dan kesukaran menaip pada peranti tanpa bezel

1) Kesukaran menaip dan kekerapan berlakunya sentuhan tanpa sengaja

Dengan pengurangan saiz bezel di sisi dan bawah skrin, saya dapati terlalu kerap berlakunya kesalahan dalam menaip dan sentuhan tanpa sengaja terutama sekali apabila melibatkan aplikasi di dalam mode skrin penuh seperti ketika bermain permainan mudah alih. Mungkin ada yang tidak perasan, tapi ini adalah antara sebab kebanyakan pengeluar telefon dan pembangun aplikasi kini menyediakan mod satu tangan. Mereka sudah menyedari masalah yang dihadapi oleh pengguna yang timbul akibat daripada trend ini tetapi memilih untuk melindunginya dengan kaedah lain demi memenuhi permintaan pembeli.

Kedudukan jari dan genggaman tangan yang janggal ketika menggunakan peranti



2) Masalah kesihatan tangan akibat rekaan yang tidak ergonomik

Sebenarnya, rekaan tanpa bezel adalah tidak ergonomik. Ergonomik bermaksud rekaan alat kegunaan harian yang mematuhi dan mengikuti tahap dan keadaan optimum tubuh badan mengikut teori biomekanik.  Bezel yang lebih lebar pada sisi dan bawah skrin sepatutnya mampu merehatkan jari anda ketika menaip dan mengelakkan sendi jari bergerak dalam julat pergerakan yang terlalu kecil dan tidak selesa. Peranti tanpa bezel telah memaksa jari dan genggaman tangan anda berada dalam keadaan posisi yang janggal dan tidak selesa ketika menggunakan peranti. Maka, tidak hairanlah tahap kesihatan tangan rakyat Malaysia kini semakin menurun dan berlaku pertambahan kes penyakit tangan seperti Carpal Tunnel Syndrome, de Quervain’s Tenosynovitis dan Trigger Finger yang ketara.

Peranti tanpa bezel lebih mudah pecah dan rosak

3) Bezel yang lebih kecil mengurangkan tahap ketahanan peranti

Sekiranya anda penggemar video ujian jatuh seperti saya, anda mungkin akan bersetuju dengan saya. Kerapkali juga saya mendengar keluhan daripada rakan sekerja tentang peranti yang baru sahaja dibeli mereka sudah rosak atau pecah gara-gara terjatuh dari poket, terlepas dari genggaman (saya dah kata, peranti ini tidak ergonomik), ataupun dibaling anak-anak. Antara model yang paling terkenal dengan masalah ini ialah Samsung Note Edge, dengan rekaan skrin melengkung di bahagian sisi sebelah kiri.

 

Kos alat ganti skrin peranti tanpa bezel biasanya hampir separuh harga peranti!

4) Penyelenggaraan peranti tanpa bezel memerlukan kos dan kemahiran yang tinggi

Seperti poin saya di atas, peranti tanpa bezel kerapkali mengalami kerosakan pada badan atau skrin peranti. Apabila rosak, sudah tentulah ia perlu dibaiki atau diganti. Anda boleh meninjau harga alat ganti ini. Kebiasaannya, alat ganti peranti tanpa bezel boleh mencecah hampir separuh harga peranti ketika baru dibeli! Tetapi bagi peranti dengan rekaan bezel yang besar dan “kurang menarik”, harga alat ganti skrin atau badan peranti selalunya jauh lebih rendah pada kadar 1/4 harga peranti ketika baru dibeli. Tambahan pula, pada peranti tanpa bezel, ruang bagi memuatkan komponen menjadi lebih kecil dan diletakkan sangat rapat di antara satu sama lain. Ketika proses membuka peranti dengan peralatan membaiki, sekiranya anda tidak berhati-hati, peranti akan mungkin akan mengalami lebih banyak kerosakan atau kepatahan pada komponen lain dalam proses merungkai peranti anda.

Saya merupakan pengguna Xperia Acitve suatu ketika dulu. Sangat selesa di tangan walaupun kecil.
-Gambar sekadar hiasan, jari saya lebih ketot. ???

5) Peranti dengan bezel lebih selesa dibawa

Sekiranya anda pernah menggunakan peranti dengan bezel dan kemudiannya beralih kepada peranti tanpa bezel, hal ini akan lebih ketara. Sekiranya dahulu anda tanpa segan silu mencampakkan peranti anda ke atas katil ketika bergegas menanggalkan seluar untuk ke tandas, kini dengan peranti tanpa bezel, anda mesti lebih tertib dalam meletakkan peranti anda kerana bimbang ia akan rosak atau terjatuh. Kebimbangan ini sedikit sebanyak akan menganggu rutin harian anda. Malahan, tidak sihat untuk kesihatan mental anda kerana berkemungkinan akan meningkatkan stress dalam dunia yang sudah sedia ada mencabar di masa kini.

Dalam hal ini, bukanlah saya ingin mengatakan pengeluar bersalah. Pengeluar cuma menuruti kehendak pengguna berdasarkan kepada peraturan supply and demand. Jadi, sebagai pengguna, buatlah pilihan yang bijak. Adakah anda lebih mementingkan estetika ataupun kefungsian?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Heart Attack (Freelancer) : Komedi Romantik Yang Buatkan Anda Ketawa dan Menangis

0

Apa khabar semua pembaca? Untuk artikel kali ini, saya lebih selesa menggelarkannya sebagai “Imbas Kembali” kerana filem ini sudah terlalu lama keluar untuk saya berikan review. Bagi saya, saya memang amat menggemari filem-filem dari jiran kita Thailand kerana filem mereka sarat dengan pelbagai elemen tanpa perlu menggunakan elemen-elemen tarikan seksual bagi membuatkan filem mereka menarik. Filem yang menjadi pilihan saya pada kali ini adalah filem Heart Attack (Freelancer).

Filem ini bermula dengan membawa kepada pengenalan penonton kepada watak utama filem ini iaitu Yoon yang sudah tidak tidur selama 3 hari bagi menyiapkan tugasannya sebagai pereka grafik bebas. Kita juga telah dikenalkan dengan ejen Yoon iaitu Je yang kelihatannya sedang tidur di rumah Yoon. Pada awalnya, kita menyangka Yoon dan Je merupakan pasangan kekasih kerana pada awal cerita kita dapat melihat mereka sangat rapat dan saling memahami antara satu sama lain.

Belum pun siap kita berspekulasi mengenai hubungan mereka, kita telah meyaksikan konflik walaupun di awal cerita. Majikan tidak berpuas hati dengan hasil kerja Yoon walaupun Yoon telah berusaha selama 4 hari tanpa tidur untuk menyiapkan projek di saat-saat akhir ketika penyerahan projek. Jadi, Yoon terpaksa membuat perubahan di pejabat majikannya juga dengan serta merta dan berjaya.

Habis sahaja konflik pertama, Yoon menghadapi pula konflik kedua. Ayah kepada kawan rapatnya telah meninggal dunia di saat Yoon mempunyai masa yang sangat terhad untuk menyiapkan projek lain. Yoon berbelah bahagi untuk menggunakan masanya kepada siapa. Melawat rakannya atau menyiapkan kerja. Jadi, Yoon telah menghadiri majlis pengkebumian ayah rakannya dan pada masa yang sama, menyiapkan kerjanya sekali lantas membawa kepada babak yang sangat lucu tetapi cepat sekali bertukar sedih kerana kawannya kecewa Yoon dilihat datang kerana terpaksa ke majlis pengkebumian ayahnya.

Seterusnya, kita dikenalkan pula dengan watak sampingan iaitu Peng dan Jerd. Menariknya dengan watak ini, mereka cuma muncul di skrin dengan masa yang sangat singkat dan sangat jarang. Tetapi, mereka memainkan peranan yang sangat besar di dalam penceritaan plot filem ini walaupun masa skrin mereka sangat sedikit. Di sinilah terlihat kualiti dan kekuatan plot dalam filem ini.

Konflik sebenar bermula apabila kita mendapati Yoon mula mengalami bintik-bintik gatal dan menganggu prestasi kerjanya. Demi menjimatkan masa, Yoon telah pergi ke klinik swasta dan akhirnya terpaksa menghabiskan kesemua gajinya kerana kos rawatan swasta yang mahal. Tetapi Yoon tidak sembuh malahan penyakitnya semakin teruk. Jadi, Yoon telah ke klinik kerajaan demi mendapatkan rawatan dengan harga yang jauh lebih murah. Masalahnya, di klinik kerajaan barisan menunggu tersangat panjang dan Yoon telah terlepas giliran kerana tertidur. Saya terketawa ketika babak ini kerana perkara ini jugalah yang sering menjadi ejekan netizen Malaysia mengenai hospital kita. Padahal, kalau di Thailand, keadaannya jauh lebih teruk!

Di sini, kita diperkenalkan degan heroin filem ini iaitu Dr Imm. Antara perkara lain yang saya sangat suka dengan filem ini ialah butiran yang terperinci di dalam dialog dan lakonan tanpa kita terasa terlalu banyak maklumat sedang dilontarkan. Yoon, sebagai pereka grafik yang sentiasa sibuk, hanya memakai baju t, seluar trek dan berselipar dan kadang-kadang memakai jaket sepanjang filem ini. Dr Imm sebagai doktor, cuma memakai blaus dan kot putih, sesuai dengan imej doktor. Dan Je sebagai ejen pereka grafik bebas sering membawa beg yang besar bagi menggalas muatan kerja. Mungkin bagi orang biasa, perincian ini tidak membawa apa-apa makna. Tetapi bagi saya, perincian ini sangat menyenangkan mata dan melepaskan tekanan kepada otak saya dalam menonton filem tidak seperti filem dan drama yang sering menggambarkan watak dengan keterlaluan contohnya arkitek yang sering mengusung pelan kerja, doktor yang sering memakai stetoskop di telinga ataupun ahli perniagaan yang sering membawa beg. Kadang-kadang, less is more.

Dialog-dialog dalam filem ini juga kedengaran sangat cerdik. Banyak disebut terma-terma dan perkataan yang sesuai dan tepat seperti Photoshop, Stamp Tool, Paracetamol dan sebagainya. Yoon juga tak henti-henti menggaru di klinik dan ketika berkerja dan Dr Imm sering menegahnya dari menggaru setiap kali babak mereka mucul di skrin. Seperti yang saya kata tadi, perincian ini sangat menyenangkan otak saya dalam menikmati filem ini. Pada pertemuan pertama mereka juga, Dr Imm telah meminta Yoon menukar rutin harian bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya terutama sekali tidur dengan cukup. Ini merupakan dilema terbesar bagi Yoon.

Yoon gagal mematuhi arahan Dr Imm dan ini menyebabkan kerjanya terganggu dan penyakitnya bertambah teruk. Ini mengakibatkan Yoon terpaksa berjumpa Dr Imm berulang kali dan Dr Imm dapat meneka Yoon tidak mengikuti nasihatnya walaupun Yoon cuba menipunya. Sama seperti doktor di dunia sebenar yang dapat tahu anda tidak memakan ubat anda walau anda memberitahu mereka anda telahpun makan. Akhirnya Yoon dan Dr Imm telah berjanji untuk membantu satu sama lain kerana Yoon terpaksa terus bekerja atau hilang pekerjaan manakala Dr Imm perlu memastikan Yoon sembuh atau dia akan gagal sebagai doktor pelatih.

Di pertengahan cerita kita dapat tahu sebenarnya Je mempunyai teman lelaki dan hubungan di antara Je dan Yoon adalah umpama adik beradik yang sangat rapat. Pada saat Yoon tidak keruan kerana keliru tentang perasaannya terhadap Dr Imm, Je merancang untuk berkahwin dan meletakkan tekanan terhadap Yoon kerana Yoon bimbang akan kehilangan kerja selepas ini. Babak demi babak berlalu, dan Je akhirnya berkahwin dan Yoon telah sembuh sepenuhnya. Dalam proses perubahan rutin dan perpisahan dengan Je, Yoon seolah-olah memberontak seperti anak kecil dan ini membuatkan Je serba salah. Tetapi akhirnya Yoon mengaku Yoon terasa kehilangan yang sangat besar kerana Je adalah Je, dan takkan ada Je 2 bagi Yoon.

Yoon telah menggunakan masa terluang di hari cuti dengan melancong ke pantai dan beriadah walaupun baginya aktiviti itu sangat membuang masa dan tiada manfaat. Tiada shot menarik dalam filem ini. Tetapi lontaran emosi dan keindahannya jelas bagi yang menghayati dan mampu memahami filem ini menerusi dialog-dialog bersahaja dan monolog yang jujur dan kadangkala mencuit hati.

Cerita ini berakhir dengan Yoon akhirnya terpaksa berjumpa semula Dr Imm untuk mendapatkan rawatan penyakit kulitnya setelah hampir mati akibat tidak tidur selama 12 hari berturut-turut kerana telah dimanipulasi oleh Peng untuk menyiapkan kerja. Ketika ini, Yoon telah menyesali pelbagai perkara dalam hidupnya. Barulah Yoon sedar bahawa dia belum bersedia untuk mati.

Kesimpulannya, sekiranya anda mahukan filem yang mempunyai sinematografi yang hebat serta pelakon-pelakon yang seksi, filem ini bukan untuk anda. Pelakonnya cuma berbaju kasual dan bersahaja. Sekiranya anda memerlukan babak bercumbu untuk merasai elemen cinta, filem ini juga bukan untuk anda. Kesemua pelakon tetap kekal dalam karakter masing-masing. Yoon sebagai seorang introvert yang mementingkan logik, Dr Imm sebagai seorang doktor yang profesional dan Je sebagai seorang yang tegas tetapi memahami. Tidak ada sepotong ayat cinta pun yang dituturkan oleh Yoon mahupun Dr Imm di dalam filem ini kepada satu sama lain. Namun, walaupun tanpa mimik muka dilamun cinta dan kata cinta, tarikan di antara dua karakter ini dapat dirasai oleh penonton. Anda perlu tonton sendiri kerana terlalu banyak untuk diulas tetapi terpaksa saya padatkan untuk artikel pada kali ini.

Selamat menonton!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Tips Dan Trik Incognito Mode: 5 Kegunaannya Yang Tidak Melibatkan Perkara NSFW

0

Ramai yang menyalahertikan Incognito Mode sebagai satu mode yang mampu menjadikan diri anonymous. Tidak, tidak sama sekali bahkan jauh dari itu.

Incognito Mode (Chrome), Private Browsing (Firefox), InPrivate Browsing (Edge/IE) adalah mode yang sama, nama yang berbeza.

Jadi apa sebenarnya ‘private browsing‘ ni? Ia adalah sebuah sesi penggunaan/pelayaran internet tanpa cookies yang dikongsi atau direkodkan. Segala data ketika menggunakan mode ini akan dipadam secara automatik setelah pengguna menutup pelayar.

Jadi apa yang boleh kita lakukan dengan private browsing/incognito mode?

Kalau anda kreatif, pelbagai perkara boleh anda ‘manipulasi’.

Rahsia Tinggal Rahsia Takkan Masuk History Lagi

Kenapa nak berahsia? Oh ya, biasalah, kadang-kadang kita nak buat kejutan. nak belikan anak atau isteri hadiah tapi tak mahu mereka tahu.

Jadi Incognito adalah jalan penyelesaiannya. Sebaik pelayar ditutup, aktiviti carian akan dipadamkan, oleh itu tiada jejak yang akan ditinggalkan di sebalik sejarah pelayaran.

Log Masuk Ke Beberapa Akaun

Ini perkara biasa, sekiranya anda mempunyai beberapa akaun bagi satu jenis media sosial ataupun emel. Mungkin satu akaun adalah untuk hal-hal berkaitan dengan kerja, manakala satu lagi pula adalah untuk hal-hal peribadi.

Anda boleh log masuk ke dalam kedua akaun tersebut, satu menggunakan pelayar biasa, satu lagi menggunakan Incognito Mode.

Lihat Kedudukan Laman Di Enjin Carian

Perkara ini adalah penting buat para blogger (biasanya).

Bagaimana nak lihat hasil carian tanpa ada bias terhadap sejarah carian kita? Incognito mampu membantu (lagi). Bagaikan hasil carian kepada ‘orang awam’, anda akan dapat lihat di mana kedudukan laman blog anda berada.

Kalau tiada tu, huh. Apa boleh buat, terpaksa perbaiki lagi SEO dan template.

Menonton YouTube Tanpa Menjejaskan Sejarah Tontonan

Ada banyak sebab kenapa kita nak tonton YouTube tanpa menambah ia ke dalam sejarah tontonan. Biasanya dari sejarah inilah akan muncul pengesyoran di laman utama.

Kalau anda berhajat nak tengok video-video yang ‘pelik’, atau agak tidak kena jenis video tersebut dengan diri anda ke, haaa, boleh la tekan Incognito Mode laju-laju.



Untuk Kajian ‘Aneh’, Tanpa Menyebabkan Anda Kelihatan ‘Jahat’

Hmmm, anda lihat sahajalah gambar di bawah. Terkadang kajian yang dilakukan memang ‘out-of-context‘ serta pelik.

Anda tidak mahu hasil carian seperti ini muncul di ruangan sejarah? Ok, Incognito ON.

Baiklah, apa lagi kegunaan Incognito Mode selain menonton bahan-bahan terlarang dan NSFW? Jom kongsikan di ruangan komen.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

IrfanView: Aplikasi Alternatif Terbaik Bagi Menggantikan Photos Dan Photo Viewer

0

Siapa yang sudah menggunakan aplikasi Photos dalam Windows 10 tahu bagaimana perlahannya ia dalam memaparkan sesuatu gambar yang dibuka.

Manakala Windows Photo Viewer pula meskipun jauh lebih laju meninggalkan Photos, namun kefungsiannya masih lagi tertinggal jauh ke belakang berbanding Paint.

Di sinilah hadirnya IrfanView melengkapi ciri antara ketiga-tiga aplikasi tersebut. Ya, namanya memang macam nama orang Melayu, tetapi ia mendapat nama bersempena penciptanya,  Irfan Skiljan, dari Bosnia.

Selain ianya laju, ia juga mempunyai pelbagai fungsi yang boleh menggantikan Paint bagi tujuan penyuntingan pantas seperti cropping dan sebagainya.

Manakala bagi tujuan memaparkan gambar-gambar, ianya jauh lebih laju lagi berbanding Windows Photo Viewer. Ianya ringan, sangat sesuai digunakan pada PC, laptop, atau tablet yang berspesifikasi rendah.

Ia sememangnya dicipta dengan tujuan penyokongan terhadap pelbagai jenis gambar, bahkan juga beberapa jenis format video, selain kelajuan menjadi fokus utama.

Tetapan yang pelbagai

 Muat turun ia di sini: IrfanView

Views: 3

Iklan Newspaper Inline