5 Tips Memilih Custom ROM Yang Bagus

Antara keseronokan dalam menggunakan peranti Android sudah tentulah keupayaan untuk menggunakan custom ROM. Bagi individu yang tidak berpuas hati dengan ROM pengeluar ataupun yang inginkan prestasi maksima daripada peranti mereka, custom ROM sememangya menjadi pilihan. Tidak kurang juga mereka yang mahu mencuba custom ROM demi mencari kelainan. Dengan lambakan custom ROM yang ada untuk anda cuba, pastinya anda naik pening memikirkan varian mana yang harus dipilih. Jadi, di sini saya akan memberikan tips bagaimana untuk memilih custom ROM yang sesuai untuk anda. Selamat membaca!

Substratum merupakan pengurus tema yang paling popular di Play Store dan berguna untuk menukar kebanyakan aspek visual peranti anda. Memerlukan sokongan OMS untuk berfungsi dengan sempurna.

1) Lihat sokongan pada ROM. (OMS/DUI, f2fs, OTA)

Ini antara perkara penting yang perlu dititikberatkan. Antara sebab utama anda memilih untuk menggunakan custom ROM adalah untuk menikmati lebih banyak fungsi dan customization yang tiada pada ROM asal pengeluar. Lihat dulu samada ROM anda menyokong fungsi OMS (Overlay Manager Service) ataupun tidak untuk menikmati ROM yang menawarkan penukaran warna tema dengan mudah dan menyeluruh. Sokongan f2fs untuk penggunaan memori yang lebih pantas dan lancar berbanding format ext4 yang digunakan oleh ROM asal. Dan juga sokongan OTA (Over The Air) untuk memudahkan kemaskini. OTA berfungsi untuk anda muat turun kemaskini secara terus pada telefon tanpa menggunakan PC.

Lihat kekerapan kemaskini ROM bagi menjamin sokongan yang berterusan untuk peranti anda.

2) Lihat kekerapan kemaskini

Ini juga faktor penting dalam memilih ROM yang sesuai untuk peranti anda. Sebab itu lah juga saya jarang menggunakan ROM yang baru sahaja dimuat naik. Biasanya saya akan tunggu keluaran kemaskini kedua atau ketiga untuk saya jangkakan kekerapan kemaskini sesebuah ROM. Ada juga pembangun yang membuat ROM dan kemudiannya membiarkan saja pembangunan ROM tersebut bersawang tanpa sebarang kemaskini susulan. Kemaskini sekerap sebulan sekali juga sudah cukup bagus kerana Android Security Patch juga dikemaskini sebulan sekali.

Pembangun berkumpulan biasanya menghasilkan ROM yang lebih berkualiti.

3) Lihat samada ROM daripada pembangun tunggal atau kumpulan

Ini berkait rapat dengan poin di atas. ROM yang dibina oleh kumpulan biasanya mempunyai kemaskini yang lebih kerap dan lebih kurang ralat berbanding dengan ROM yang dibina oleh hanya seorang pembangun tunggal. Ini mungkin berkait rapat dengan komitmen dan masa yang boleh digunakan untuk membangunkan ROM. Pembangun berkumpulan pula biasanya datang daripada varian ROM yang memang terkenal dan mempunyai komuniti rasmi mereka tersendiri. Saya secara peribadi lebih suka memilih ROM yang dibangunkan oleh kumpulan dan mempunyai saluran kemaskini dan forum rasmi mereka sendiri.

Bug sebegini sememangnya mengganggu prestasi kerja dan menyakitkan hati.

4) Lihat senarai ralat (bug)

Sebagai seorang yang sibuk dan sering bekerja, anda memerlukan peranti pintar anda untuk membantu dalam tugasan seharian, bukannya membebankan anda dengan perangai dan ralat di sana sini. Saya sering menggunakan peranti saya untuk menyimpan rekod, menyemak maklumat, membantu dalam navigasi dan melakukan editing walaupun di dalam perjalanan. Jadi, ROM yang stabil menjadi pilihan utama saya. Tidak dapat dinafikan, ada banyak ROM dengan penawaran fungsi dan tema yang sangat cantik tetapi masih lagi mempunyai banyak isu seperti kegagalan sambungan Bluetooth, kegagalan navigasi GPS, kegagalan sambungan WiFi, kegagalan kamera, dan sebagainya. Jadi, sekiranya anda seorang yang banyak menggunakan peranti pintar anda dalam kehidupan dan pekerjaan seharian, pilihlah ROM yang lebih stabil dengan tiada isu ralat.

Pelbagai varian custom ROM untuk dipilih, masing-masing dengan fungsi istimewa yang tersendiri.

5) Lihat fungsi tambahan pada setiap ROM


Ini adalah perkara yang membezakan di antara sesuatu ROM dengan ROM yang lain. Ada yang menawarkan jangka hayat bateri yang lebih lama dengan melakukan modifikasi pada kernel. Ada yang menawaran prestasi yang lebih pantas pada peranti. Ada yang menawarkan lebih banyak pilihan untuk menggunakan butang navigasi contohnya, sentuh dua kali di butang Home untuk mengambil screenshot dan sebagainya. Pelbagai tawaran fungsi khas mungkin boleh menyukarkan anda untuk memilih, tetapi janganlah mabuk dengan pilihan yang banyak. Sama seperti semasa anda pergi window shopping, senaraikan sahaja apa yang anda perlukan dahulu, kemudian barulah pilih pilihan yang sesuai.

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x