Utama Blog Laman 148

Tabagotchi: Tukarkan Pengurusan Tab Chrome Kepada Permainan Retro ‘Tamagotchi’

0
Google Chrome mempunyai pengurusan tab yang baik, di mana ia tidak akan buat keseluruhan pelayar web menjadi ‘crash’, sebaliknya hanya tab yang terlibat sahaja yang akan terhenti.
Namun ini menyembabkan penggunaan RAM menjadi sangat tinggi, disebabkan setiap satu tab mempunyai prosesnya yang tersendiri.
Ini dapat dihindarkan dengan menggunakan tab pada kadar minimum, terutamanya bagi mereka yang menggunakan RAM kecil. Ia juga mampu memberikan lebih fokus dari menguruskan begitu banyak tab pada satu masa.

Keserabutan ini dapat diatasi dengan bantuan Tabagotchi, klon kepada Tamagotchi, sejenis permainan retro zaman awal 2000an – akhir 90an.

Anda tidak perlu memberikan ia makan, minum, mandikan ia, atau bermain dengannya. Sebaliknya apa yang anda perlu lakukan hanyalah biarkan tab Chrome anda pada jumlah paling minimum yang mampu diuruskan oleh RAM anda.

Setiap kali anda buka satu tab, meter nyawa Tabagotchi akan hilang sebanyak 4 point, dan itu akan menyebabkan ita marah – lalu Tabagotchi anda lebih hampir kepada kematian.

Permainan Cyber Pet Tamagotchi

Jika anda rasa anda perlukan lebih fokus, Tabagotchi dapat membantu anda melakukannya.

Lebih sedikit tab yang anda buka, lebih sihat dan gembira cyber/virtual pet Tabagotchi anda!

Pasang ia di sini: Tabagotchi

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

HTC Dalam Rundingan Terakhir Menjual Sahamnya Kepada Google!

0

Syarikat HTC telah bersaing untuk membuat telefon terbaik di pasaran Android selama bertahun-tahun, tetapi syarikat itu mungkin tidak lama lagi mempunyai penyelamat disaat kejatuhan mereka iaitu Google sendiri.

Laporan Digitimes (melalui penerbitan Taiwan Commercial Times) bahawa HTC berada dalam peringkat akhir rundingan dengan Google kerana ingin menjual unit perniagaan telefon pintarnya. Tidak dinyatakan dengan jelas sama ada Google merancang untuk membeli perniagaan telefon pintar HTC sepenuhnya, atau hanya menjadi rakan kongsi strategi. Anda perlu mengetahui hanya yang terlibat sahaja ialah perniagaan saham telefon pintarnya. Sementara pasaran untuk HTC VR iaitu Vive dalam keadaan baik buat masa sekarang.

Jika HTC menjualkan unit saham telefon pintarnya pada Google, ia adalah satu langkah bijak kerana HTC telah mereka asal Google Pixel dan juga Google Pixel XL dan dijangkakan akan membina saiz yang lebih kecil untuk generasi kedua, memandangkan HTC antara adalah syarikat yang mereka telefon android pertama.

Sekiranya laporan tersebut berjaya, Google mungkin merancang untuk mengulangi pembelian Motorolanya. Sekiranya anda lupa, satu masa dahulu Google pernah memiliki perniagaan telefon Motorola selama kurang daripada dua tahun. Pada masa itu ia membantu memulihkan perniagaan telefonnya yang suram dengan siri Moto X, selepas itu ia menjual syarikat tersebut kepada Syarikat Lenovo.

Pada erti kata lain, pada asalnya sebenarnya Google tidak berniat langsung berkecimpung dalam dunia perniagaan menjual telefon androidnya. ( Telefon Nexus contohnya tidak mementingkan penjualan yang lebih baik ), jadi rancangan pengambilalihan terhadap syarikat HTC boleh menjadi satu idea yang baik pada masa ini, dan apabila Google memiliki semua saham perniagaan telefon pintar HTC barulah mereka dapat menyelaraskan proses membuat telefon Pixel baru, serta memberi Google sedikit kelebihan dalam persaingan terhadap Apple dan Samsung.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Chrono Download Manager: Pengganti IDM

0
Gambar cover dari blog Dedekarang
Terkadang ada rasa jemu menggunakan IDM dek kerana kemas kininya yang adakala terlalu kerap. Ini amat merimaskan buat pengguna cracked.
Hahahahahahahahahahahahahah. 
Jika anda beli lesen IDM, mungkin tiada apa yang mengganggu fikiran. Tapi saya rasa, ramai antara kita ni yang gunakan versi crack. Maklum sajalah, kalau beli secara sah melalui penjual di Facebook pun, paling murah adalah RM80, dan ia hanya untuk satu komputer sahaja.
Berapa banyak daa mau beli?
Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, saya perkenalkan, Chrono Download Manager, sebuah extension pemuat turun khusus untuk Google Chrome.
Chrono Download Manager ini ialah extension yang direka khas bagi menggantikan default download manager dalam Chrome yang sangat menyakitkan hati.
Ya, dengan adanya Chrono, anda tidak lagi perlu bimbang mengenai apa yang anda muat turun kerana jika ada masalah di pertengahannya, anda boleh sambung semula (resume) tidak ubah seperti IDM.
Ia juga mengintegrasikan notifikasi desktop, memudahkan mata anda untuk memantau progress muat turun.

Sepanjang saya menggunakannya, tiada apa yang menjadi ralat. Semua fail dapat dimuat turun dengan sempurna.

Kalau hendak disebut mengenai kontranya, apa yang saya dapati hanyalah:

1. Khusus untuk pelayar web Chrome. Pelayar web lain boleh menangis di bucu dinding.

2. Tidak boleh muat turun video di YouTube secara terus seperti IDM kerana hendak mengikuti terma dari Google.

Selain dari dua perkara ini, Chrono DM nampaknya menepati citarasa saya yang sudah malas hendak mencari aplikasi crack, atau mengulang beli aplikasi yang sama bagi komputer yang lain.

Baiklah, untuk info lanjut, anda boleh ke laman web Chrono DM ini di sini: Chrono Download Manager

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Mi MIX 2, Hampir Sempurna

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Gadget.
Kali ini, cerita mengenai Mi MIX 2 dari Xiaomi setelah keluaran Mi MIX.
Semestinya ampa biasa dengar kan? Ala, Mi MIX yang bezel-less tu.

Hah, ni la Mi MIX, gambar dari GSMArena.

Tapi artikel ni bukan nak cakap pasal Mi MIX, tapi pasal Mi MIX 2 dan di bawah merupakan spesifikasi yang umum :

  • Pemproses – Qualcomm® Snapdragon™ 836 dan GPU Adreno 540. (khabarnya sama seperti 835)
  • Saiz Skrin6.2-inci. (ada yang kata 6.4-inci)
  • Sistem OperasiAndroid Oreo, 8.0. (MIUI 9 7.8.29)
  • Kamera belakang20MP.
  • Stor penyimpanan128GB/258GB.
  • RAM 6GB/8GB.
  • Bateri 4,400 mAh.
Saya teruja spesifikasi Mi MIX 2 ni bukan sebab pemproses dia, tapi sebab stor penyimpanan dia 258GB! dan bateri 4,400 mAh dengan skrin besar macam tu. ?
CEO Xiaomi, Lei Jung telah muat-naik dua keping gambar menerusi akaun Weibo beliau menunjukkan kotak peranti tersebut dan ini bermaksud hampir sempurna. Gambar² tersebut diambil dengan Xiaomi Mi 6 serta terdapat poster promosi mengenai Mi MIX 2.

Timbalan Pengerusi Xiaomi juga beritahu berita gembira ini pada akaun Twitter beliau.

Xiaomi juga telah mengumumkan tarikh rasmi bagi Mi MIX 2, iaitu pada 11 September ini! dan sehari selepas itu (iaitu 12 September) merupakan acara Apple (kemungkinan besar pelancaran product baru iPhone X, iPhone 8 dan lain²) jadi dapat la curi sedikit tumpuan orang ramai. ?

Kita nantikan apa yang menarik pada acara mereka, jadi jangan lepaskan peluang ini ya!
Apa pendapat ampa mengenai Mi MIX 2?

Sumber
XDA Developers

Saya belanja sikit gambar Xiaomi Mi MIX 2 ?

Kredit gambar
The Mobile Indian

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Xiaomi Mengumumkan Xiaomi A1 , Peranti Mereka Yang Pertama Menggunakan Android Asli

0

Buat penggemar telefon pintar jenama Xiaomi, hari ini pasti mengujakan mereka kerana Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Xiaomi Mi A1. Antara tumpuan bagi peranti ini adalah kerana Xiaomi telah menggunakan perisian Android asli tanpa MIUI melalui program Android One.

Bagi peminat Sistem Operasi Android anda pasti fikir program Android One telah terkubur, nampaknya projek ini kembali malahan laman sesawang Android One oleh Google juga memaparkan Xiaomi Mi A1 sebagai produk utama.

Spesifikasi utama bagi peranti Mi A1 adalah penggunaan kerangka badan besi secara penuh dengan skrin paparan HD penuh 5.5 inci. Ketebalan ia juga cuma 7.5mm lebih nipis berbanding telefon pintar seperti Samsung Galaxy S8. Ia juga meragakan kamera dual, satu dengan lensa telephoto(2x zoom dan satu lagi lensa wide angle. Kamera tersebut berkemampuan untuk menangkap gambar sehingga 12MP. Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 625 processor(menyokong Vulkan 1.0),4GB RAM dan 64 GB ruang simpanan. Dijangka juga telefon pintar ini akan menerima kemas kini untuk Android terkini iaitu Android Oreo.

Secara peribadi admin sendiri teruja dengan penggunaan Android One atau Android asli dengan spesifikasi yang tidak terlalu rendah oleh Xiaomi ini, tambahan pula spesifikasi kamera tidak kurang hebatnya.

Apa pendapat para pembaca, adakah anda berminat dengan peranti ini disebabkan jenama Xiaomi? atau penggunaan Android asli? Jom kita bincangkan di ruang komen.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

KFC Di China Membenarkan Pelanggan Membayar Menggunakan Senyuman

0

Sebuah restoran KFC konsep terletak di Hangzhou, China yang berteraskan makanan kesihatan, bernama K PRO, telah memasang sistem pembayaran Alipay yang menggunakan pengecaman wajah.

Sistem tersebut menggunakan kamera 3D yang dipasang di atas skrin sesentuh kiosk berkenaan di mana pelanggan boleh memberikan pesanan, masukkan nombor telefon, dan membenarkan gambar wajah mereka diambil – lalu bayaran bagi pesanan tersebut dibuat menggunakan akaun Alipay mereka.

Restoran tersebut adalah cawangan pertama yang menggunakan sistem ‘Smile to Pay‘ yang telah dicipta oleh Ant Financial Services Group.

Menurut Ant, meskipun ini bukan kali pertama teknologi pengecaman wajah digunakan, namun Smile to Pay ialah servis pertama seumpamanya. Samsung, PayPal, MasterCard dan NEC adalah antara firma-firma yang telah menguji teknologi ini. iPhone seterusnya dari Apple berkemungkinan akan mempunyai teknologi ini.

Smile to Pay juga adalah cukup canggih untuk mengesan sama ada seseorang itu cuba untuk memalsukan pengesanan/pengecaman pada kamera dengan gambar pegun ataupun video.

Sumber: CNET

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apa Yang Abam Buat Bila Abam Berhentikan Langganan Ast**?

0

Artikel asal oleh Arya Putra

Berikut adalah 10 panduan dari abam:

1. Langgan Netflix dan iflix.
Netflix dan iflix adalah ‘gedung’ filem dan drama terbaik yang boleh ditonton secara ‘on demand’.

2. Layan YouTube. Serius, bila dah tak tengok TV lagi, rupanya macam-macam khazanah boleh jumpa dalam YouTube. Filem Tamil pun ada.

3. Tengok gusti (WWE, NXT, Impact Wrestling), dekat bollyrulez.me dan watchwrestling.in.

4. Layan movie-movie dekat dalam Kodi. Bila dah setup cantik-cantik, sah takkan ‘heran’ lagi dah dengan TV.

5. Untuk korang yang nak bagi mak ayah dekat kampung tengok TV jugak tu, boleh cuba ‘kaji’ dulu MYTV: http://mytvbroadcasting.my/

6. Layan siaran yang berkaitan dengan Ast** contohnya Maharaja Lawak Mega dekat blog-blog. Jangan silap, abam tak menyokong piracy, dan abam tak promote, tapi dah depa upload, takkan nak buat-buat tak nampak pulak. Eheheh.

7. Gunakan Maxis Fibre untuk muat turun video-video. Siapa yang guna Maxis Fibre/Unifi/TIME/Digi INFINITE tahu betapa nikmatnya ada internet tanpa had untuk tonton dengan ketenangan.

8. Gunakan aplikasi-aplikasi strim yang lain, contohnya Mobdro, Time4Popcorn/Popcorn Time, Terrarium TV, dan lain-lain untuk menonton video/filem.

9. Tonton siri The Flash, Arrow, Ghost Adventures, dan lain-lain di cyro.se atau di Watch Series.

10. Segalanya boleh kita dapatkan dalam talian (online), asalkan tahu manfaatkan ‘kuasa’ enjin carian. Terima kasih.

Editorial : Bolehkah Rakyat Malaysia Hidup TANPA ASTRO? Bagaimana Caranya?

Views: 8

Iklan Newspaper Inline

Projek MKUltra, Satu Kajian Rahsia tentang Kejuruteraan Manusia Yang Mengejutkan Sepanjang Zaman

0

Projek MKULTRA, atau MK-ULTRA, adalah nama kod bagi program penyelidikan manusia CIA yang tersembunyi, yang dikendalikan oleh Pejabat Perisikan Sains. Program kerajaan A.S ini secara rasminya bermula pada awal tahun 1950-an lagi dan pada tahun 1960-an, warga Amerika Syarikat dan Kanada dijadikan sebagai bahan uji kaji eksperimen.

Pada asalnya CIA menggunakan program ini untuk memastikan ejen dibawah mereka tidak dimanipulasi apabila ditangkap dan disoal siasat apabila melakukan pengintipan. Hasil ujikaji pertama mereka berjaya apabila seorang askar darat Amerika yang telah diberi dadah LSP dan juga PSP dalam keadaan tidak sedar membuat pergerakan sendiri tanpa mengikut mana-mana arahan lain.

Projek MKULTRA telah didedahkan ke perhatian umum pada tahun 1975 oleh Kongres Amerika Syarikat melalui penyiasatan oleh Jawatankuasa Gereja, dan oleh sebuah suruhanjaya presiden yang dikenali sebagai Suruhanjaya Rockefeller. Namun begitu, usaha penyelidikan terhenti oleh Pengarah CIA Richard Helms yang mengarahkan semua fail yang berkaitan MKULTRA dimusnahkan pada tahun 1973. Ini berikutan susulan daripada hasil penyiasatan mendakwa mendapat pengakuan daripada bekas peserta yang mendedahkan bahawa mereka telah menyertai ujikaji tersebut.

Hasil penyiasatan mendapati bahawa, projek MKULTRA ini banyak melibatkan penggunaan metodologi untuk memanipulasi keadaan mental individu dan juga mengubah fungsi otak, termasuk penggunaan dadah, renjatan elektrik, suntikan mengejut dan juga pelbagai teknik lain. Mereka yang terlibat juga kurang deria rasa dan bau, mengasingkan diri, mula bercakap seorang diri dan juga kehilangan nafsu seksual.

Walaupun CIA menegaskan bahawa projek MKULTRA ini telah berkubur, namun veteran CIA berusia 14 tahun, Victor Marchetti telah mendedahkan bahawa penyelidikan ini sebenarnya telah diteruskan. Dalam wawancara video pada tahun 1977, Marchetti mengatakan sebenarnya ia mempunyai kod program lain iaitu Projek Montauk dan juga Projek Monarch.

Apa pula kaitan Projek Montauk dan juga Projek Monarch pada zaman masa kini? Sama-sama kita nantikan pada artikel yang akan datang.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Dua Browser Ringan dengan Penggunaan RAM Sedikit

0

Bukan semua orang mampu untuk mempunyai smartphone seperti Samsung Galaxy S8 , IPhone 7 mahupun Oneplus 5, yang mana mempunyai ruangan RAM yang berlebihan hingga mencapai 8GB RAM. Lag, saya pasti semua orang pernah mendengarnya. Kita tak boleh upgrade RAM pada smartphone tetapi apa yang kita melainkan smartphone tersebut sejenis smartphone modular. Apa yang kita boleh buat adalah memasang Apps yang mengelakkan diri kita daripada menghempas peranti Android kita ke atas lantai.
Mungkin anda cuma dihadiahkan tablet/smartphone Android yang mempunyai ruangan RAM yang paling besar pun 512MB, membuatkan menjalankan sesetengah Apps/Games atau melayari Internet menjadi satu perkara yang sangat sukar akibat kekurangan RAM.

Tanpa membuang masa anda membaca artikel ini, saya perkenalkan dua aplikasi Browser(pelayar laman web) yang telah dicipta khas untuk peranti yang agak ‘slow’ dan mempunyai RAM yang sangat rendah. Browser tersebut adalah Lightning Browser dan Naked Browser.

Kedua-dua browser ini mempunyai banyak ciri-ciri yang sama antaranya adalah saiz Download aplikasi yang sangat kecil ,lebih kurang 1 Megabyte(MB)  jika dibandingkan dengan Chrome ,Dolphin ,Firefox dan lain-lain yang mencecah sehingga 20MB ke 50MB. Selain itu , kedua-dua app menawarkan penggunaan footprint(RAM) yang sangat rendah berbanding Chrome,Dolphin atau Firefox , ini bermaksud dengan menggunakan browser ini anda boleh membuka lebih banyak tab pada satu masa. Terdapat banyak lagi feature lain seperti sekuriti,halang imej,sync bookmark dan lain-lain, saya sarankan anda sendiri mencubanya lagipun aplikasi-aplikasi ini kecil sahaja.

Perbezaan yang paling ketara antara kedua-dua browser ini adalah dari segi antara muka, saya lebih menyukai antara muka yang terdapat pada Lightning Browser kerana ianya lebih mudah difahami dan lebih cantik berbanding Naked Browser yang kelihatan seperti datang daripada zaman komputer DOS. Tapi untuk anda semua saya sarankan untuk mencuba kedua-dua terlebih dahulu untuk melihat browser yang lebih memenuhi citarasa anda

Kedua-dua browser ini terdapat di Playstore, cuma perlu Search! . Seperti yang telah saya nyatakan tadi saya lebih meminati Lightning Browser, tetapi adakah anda bersetuju dengan saya? Jangan lupa tinggalkan komen atau apa-apa cadangan. (:D)

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Terbaik Dari Langit : Sarat Nilai Pengajaran Dengan Sinematografi Setaraf Hollywood

0

Pada era lambakan filem sampah berbahasa Melayu, saya tertancap dan terpesona dengan filem ini. Terbaik Dari Langit. Bunyinya agak narsisis dan buatkan saya teragak-agak untuk menontonnya. Namun, setelah mengetahui ianya antara produk dari Astro Shaw, saya tonton juga kerana melihat kepada beberapa filem sebelum ini daripada Astro Shaw yang memang memenuhi kehendak penonton cerdik dan pencinta filem tempatan yang bermutu tinggi.

Terbaik Dari Langit berkisar kepada 4 sahabat dari zaman sekolah asrama iaitu Berg, Ijam, Toyu dan Ali serta seorang watak pelakon upahan iaitu Sofea Jane. Kisahnya bermula dengan pengenalan watak-watak lelaki ketika masih di bangku sekolah.

Berg yang bercita-cita untuk menjadi pengarah filem.
Ijam yang bercita-cita menajdi pelakon lelaki popular.
Toyu yang penakut dan selalu melarikan diri daripada konflik.
Ali yang tidak sukakan sekolah dan sering terlibat dengan masalah disiplin.

Di awal cerita, saya rasa seperti tidak ada apa-apa yang menarik. Ini babak yang sangat landai dan memberikan anda info yang ringan dan remeh. Sehinggalah babak di awal cerita yang menunjukkan Berg telah melihat sebuah UFO di padang sekolah. Mulai babak ini saya sudah mula memutarkan pelbagai hipotesis, ini bukan lagi filem biasa-biasa!

Kita kemudiannya terus dibawa ke jangkau masa apabila mereka berempat sudah menjangkau dewasa dan hampir semua watak sudah berjaya mencapai cita-cita dan melakukan apa yang mereka suka. Toyu kini menjadi guru, Ijam kini seorang pelakon popular dan Berg sudah ke arah menjadi seorang pengarah filemnya sendiri. Masing-masing masih lagi kekal dengan karakter masing-masing. Dapat dilihat olahan pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha dalam mengembangkan plot. Babak permulaan di sekolah pada awal cerita yang dilihat agak bland diolah dan dibawa ke hadapan dengan baik.

Babak Ali muncul semula apabila Berg mula mengumpulkan semua sahabatnya untuk mengembara mencari UFO yang pernah dia lihat 15 tahun dahulu di sekolah dan dalam masa yang sama, membuat penggambaran filemnya. Di sinilah watak Sofea Jane diperkenalkan kerana Berg mahukan seorang watak perempuan dalam filemnya.

Konflik demi konflik bermula dan timbul satu demi satu yang mula merenggangkan persahabatan mereka berempat dan seringkali juga Sofea Jane masuk campur untuk meredakan mereka. Dendam lama Ijam pada Ali juga masih belum hilang yang menambahkan lagi masalah dan konflik di antara mereka. Dalam setiap konflik yang timbul, kita akan tertanya-tanya, apa sebenarnya yang berlaku 15 tahun dahulu? Sekali lagi, saya rasakan pengarah filem ini, Nik Amir Mustapha telah melakukan kerja yang sangat bagus.

Di samping penerapan elemen persahabatan, kepercayaan dan kejujuran, filem ini juga ada kekuatannya tersendiri dalam skripnya. Jujurnya, kalau nak ditulis semua bait dialog dari filem ini, sudah boleh dibuat buku selfie. Tidak lupa juga OST filem ini, Sahabat daripada kumpulan Pitahati, saya kira sangat tepat dengan lirik lagu yang sangat orang kata, hit the spot.

Pada klimaks plot cerita ini, Ijam semakin hilang kawalan dan memecahkan kamera Berg. Mereka berempat akhirnya berpecah dan membawa diri masing-masing. Toyu, masih lagi diam membisu dan enggan campur tangan dalam konflik mereka walaupun dia sebenarnya ada peranan penting dalam menerangkan apa yang sebenarnya berlaku 15 tahun dahulu. Sofea Jane akhirnya campur tangan dengan serius dan akhirnya Toyu telah membuka mulut setelah mendapat keyakinan diri. Gandingan di antara dua pelakon ini saya kira sangat mantap dan ada chemistry. Watak yang dibawa dilihat sangat dijiwai dan tidak kaku. Antara babak menarik dalam filem ini ialah kemunculan Aziz Satar sebagai watak datuk kepada Berg semasa Berg lari membawa diri dan akhirnya tiba di sekolah lamanya.

Di peringkat penurunan plot cerita ini, satu demi satu persoalan mengenai apa sebenarnya yang berlaku 15 tahun dulu mula terungkai dan kebenaran tentang Ali akhirnya terbongkar. Ijam akhirnya mengakui kesilapannya dan mereka berdua akhirnya telah berbaik-baik.

Filem ini juga saya kira bukan sekadar filem tentang pemburuan mencari UFO semata-mata. Di dalam filem ini juga sarat dengan elemen kritikan sosial dan falsafah :

– Ijam sebagai seorang pelakon baru popular yang tiada prinsip diri dan melakukan apa sahaja atas dasar populariti walaupun melibatkan perkahwinan dengan orang yang langsung tidak dicintainya. Dia juga mudah tertipu dengan kepura puraan dan menjadi mangsa sikap buruknya sendiri sehingga tidak boleh membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan.

– Toyu yang sering melarikan diri dari masalah dan merasakan perbuatannya itu boleh mengelakkan diri dari masalah. Toyu sering berharap masalah selesai dengan sendiri walaupun dia sedar perbuatan melarikan diri cuma menyebabkan masalah tersebut semakin parah kerana tidak ditanggani dari awal.

– Ali yang menjadi mangsa keadaan dan persepsi negatif terhadap dirinya walaupun dia seorang yang baik dan sering mempertahankan rakan-rakannya di belakang orang lain.

– Berg yang tetap mengejar impiannya dengan penuh keazaman walupun sering dicemuh dan pandangannya diperbodohkan. Berg sangat percaya dengan prinsip yakin pada diri dan melakukan sesuatu bukan kerana pengiktirafan orang lain,

– Sofea Jane yang menunjukkan peri pentingnya kejujuran dalam sesuatu hubungan. Ini ditampilkan dengan jelas di mana watak beliau sering menyibuk dalam konflik 4 sahabat ini. Semuanya hanya atas satu sebab, MENCARI KEBENARAN SEBENAR.

– Watak wartawan hiburan yang sering bertanyakan soalan murahan dan gosip sampah daripada berusaha mendapatkan maklumat yang benar-benar bermanfaat.

– Watak pengkritik filem yang terus melabel filem sebagai sampah, hanya kerana mereka gagal memahaminya dan ia lari dari kebiasaan. Mereka tidak memandang dari sudut nilai dan kualiti dan tidak ambil kisah pun dengan penerangan pengarah baru.

– UFO dalam filem ini saya lihat sebagai metafora dan analogi sebuah impian dan usaha yang tidak putus asa. Pada awal filem, cuma Berg sahaja yang melihat UFO itu. Di akhir filem, setelah filem Berg siap, mereka semua akhirnya telah mampu melihat UFO tersebut dan Berg telah mengikuti UFO ini meninggalkan mereka. Sama seperti impian Berg yang mahu melihat keempat-empat mereka kembali akrab dan impiannya untuk membuat filem sendiri, kedua-dua visi ini cuma ada pada Berg dan tidak pada Ijam, Toyu dan Ali. Dengan keazaman dan usaha tanpa putus asa, akhirnya fantasi telah menjadi realiti.

Sinematografi dalam filem ini juga saya kira sangat cemerlang. Penggunaan imej janaan komputer juga dilihat tidak berkotak-kotak dan agak trippy. Satu teknik yang sangat jarang digunakan dalam perfileman tempatan tapi sangat bertepatan dan sempurna dengan tema dan niche filem ini. Dengan kualiti setaraf Hollywood, kesan khas filem ini juga merupakan antara rencah yang telah melengkapkan filem ini. Ia juga tak memerlukan elemen seks dan keghairahan melampau hanya untuk menarik penonton ke pawagam. Tiada babak berpelukan, rogol ataupun rempit. Sangat sesuai untuk tontonan keluarga malah sangat sarat dengan pengajaran. Tak sabar rasanya untuk menagih air tangan daripada pengarah muda Nik Amir Mustapha. Filem ini bagi saya, sangat masterpiece!

Views: 44

Iklan Newspaper Inline