Utama Blog Laman 147

Google Mengumumkan Sentuhan-Sifar Bagi Peranti Android Organisasi

0

Kredit gambar : Android Police

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Android.
Biasanya syarikat yang membekalkan telefon pintar (atau komputer) untuk digunakan oleh pekerja mereka, dan proses tetapan peranti² boleh tahan lama kan?

Ambil semua peranti untuk menetapkan dan memasang perisian pengurusan tu makan dan minum masa yang lama dan Google cuba menyelesaikan masalah ini dengan sentuhan-sifar untuk jadikan perusahaan lebih lancar dan selamat. Maka ciri terbaru ini membolehkan syarikat mengkonfigurasi peranti proses pembelian dan peranti tersebut sudahpun bersedia untuk berkhidmat untuk anda. Anda boleh lihat keseluruhan proses tersebut pada GIF di bawah, sangat pantas bukan?

Kredit gambar : Android Police

Pihak organisasi boleh menggunakan perisian dari VMware AirWatch, Blackberry, MobileIron, IBM, GSuite atau lain² untuk memilih konfigurasi yang digunakan secara automatik. Ciri ini boleh didapati pada peranti yang dibeli daripada Verizon, AT&T, Sprint, T-Mobile, BT, Deutsche Telekom, Softbank dan Telstra. Malaysia tak pasti sudah ke atau belum ciri² ini.

Buat masa sekarang ini, sentuhan-sifar hanya berfungsi pada peranti Google Pixel tapi Google bekerjasama dengan OEM (Original Equipment Manufacturer) yang lain seperti Sony, Samsung, LG, HMD Global, dan lain² supaya sentuhan-sifar ini dapat digunakan pada peranti yang lain. Sony Xperia XZ1/XZ1 Compact dan Huawei Mate 10 akan menjadi peranti yang pertama untuk menyokong ciri ini malah Google juga mengatakan bahawa mana² peranti Samsung yang dilancarkan, atau dikemaskini, serta Android Oreo akan menyokong sifar-sentuh.

Jadi apa pendapat anda terutama pada bos² yang membaca artikel ini, berbaloi ka? Berikan pendapat anda di bawah ?

Sumber : Android Police

– Amir H.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

1

Kita dah selesai mengetahui cara memasang Arch Linux (tapi mungkin saya akan kemaskini panduan tersebut), kita juga sudah berkenalan dengan Arch User Repository (AUR), dan juga baris perintah asas yang perlu diketahui dan dipelajari oleh para pemula.

Setelah kita tahu bagaimana hendak memasang pakej dari AUR, secara automatik juga kita akan tahu bagaimana prosesnya, dari muat turun pakej, hinggalah kepada menyusun pakej dan pemasangan.

Jadi setelah mahir dan terbiasa dengan jalan kerja pemasangan pakej AUR, elok juga kiranya sebagai pengguna Arch kita berkenalan dan mencuba pula AUR Helpers.

AUR Helpers ialah alat yang digunakan untuk mengautomatikkan sesetengah tugas bagi pemasangan pakej AUR. Ianya tidak disokong secara rasmi oleh Arch Linux, oleh itu anda perlulah mahirkan diri terlebih dahulu dengan pemasangan manual.

Terdapat banyak AUR Helpers, antaranya packer, yaourt, pacaur, aurutils, pamac, dan sebagainya lagi. Anda boleh rujuk di sini.

Untuk kali ini saya akan perkenalkan kepada anda – pacaur, AUR Helper kegemaran saya.

Dahulunya saya lebih menggemari yaourt, kemudian mencuba packer, tetapi selepas beralih kepada pacaur, saya terpaut terus kepadanya. Ia lebih efisien dan lebih pantas, intuitif, serta lancar.

Bagaimana cara kita hendak pasang pacaur? Caranya adalah berpandukan kepada penyahkodan kita sebelum ini melalui artikel Pengenalan Kepada Arch User Repository (AUR) Dan Cara Pemasangan.

Ianya adalah pakej yang ada di AUR, jadi apa yang kita perlu lakukan ialah,

Pasangkan cower (pacaur dependency) terlebih dahulu:

sudo pacman -S expac yajl –noconfirm
gpg –recv-keys –keyserver hkp://pgp.mit.edu 1EB2638FF56C0C53
git clone https://aur.archlinux.org/cower.git
cd cower
makepkg -si
cd ..

Kemudian barulah kita muat turun dan pasangkan pacaur:

git clone https://aur.archlinux.org/pacaur.git
cd pacaur
makepkg -si
cd ..

Mudah sahaja bukan?

Apa yang menarik tentang pacaur ialah ia bukan sahaja boleh menguruskan pemasangan, kemaskini dan naik taraf aplikasi dari AUR, ia juga adalah wrapper kepada pacman dan dapat juga menguruskan pakej-pakej rasmi.

Contohnya jika biasanya kita menggunakan perintah sudo pacman -Syu untuk kemaskini sistem dan naik taraf, ia boleh digantikan dengan pacaur -Syu.

WPS Office ialah pakej yang ada di AUR. Pemasangan manual adalah sama seperti perintah memasang pacaur, tetapi sebaik sahaja pacaur dipasangkan, anda boleh gantikan ia hanya dengan,

pacaur -S wps-office

Untuk langkah pertama pacaur akan mencari pakej tersebut melalui repo rasmi. Jika ia tidak dijumpai, pacaur akan terus langkau kepada AUR.

Berikut adalah contoh jalan kerja pacaur.

Nah, WPS Office dah siap dipasang! Sangat lancar dan mudah. Tiada ralat, semudah ABC.

Baiklah. Cukup dulu setakat ini pengenalan kita kepada AUR, AUR Helpers, dan pacaur. Artikel Linux yang akan datang mungkin akan membawa anda kembali lagi kepada asas-asas, untuk memberikan lebih kefahaman dalam mengendalikan sistem operasi Linux.

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

The Pirate Bay Didapati Menjalankan Cryptocurrency Miner Menggunakan Sumber Kuasa Dari Pelawat

0

Dah lama tak masuk The Pirate Bay. Kali terakhir adalah sebelum ia kena ‘raid‘ dulu. Selepas dari tu, saya dah mula belajar move on, dan cari alternatif yang lebih baik.

The Pirate Bay ni memang terkenal dengan kontroversi. Namun kontroversi terbaru yang melibatkan laman ini ialah apabila ia telah didapati menjalankan sejenis cryptocurrency miner berasaskan pelayar web, di mana ia akan ‘memanfaatkan’ kuasa CPU dari para pelawatnya.

Disebabkan trafik yang masuk ke dalam laman ini adalah berjumlah jutaan pelawat, mungkin inilah yang menggerakkan hati pembangun TPB untuk menggunakan kuasa CPU para pelawatnya itu untuk menjana pendapatan melalui Monero, sebuah alternatif kepada Bitcoin.

Ini dibuat menggunakan cryptocurrency miner berasaskan JavaScript dari Coin Hive yang diaplikasikan dalam laman tersebut. Kod ini akan menggunakan kuasa CPU dari pelawat-pelawat laman untuk mendapatkan wang digital Monero.

Baca juga: 5 Laman Torrent Alternatif Kepada KickassTorrents

Namun apabila perkara ini telah terdedah, TPB mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya menguji skrip tersebut selama 24 jam untuk melihat sama ada ia boleh digunakan untuk menjana pendapatan alternatif ataupun tidak.

Skrip tersebut dikatakan akan menggunakan kuasa CPU pelawat sebanyak 20 hingga 30 peratus, dan akan dihadkan penggunaannya hanya pada satu tab.

Apa pun, anda pilih yang mana. Senarai putih laman yang anda gemari pada AdBlock, atau biarkan laman tersebut menggunakan CPU anda untuk menjadi cryptocurrency miner?

Via: The Hacker News
Sumber berita: Torrent Freak

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Baris Perintah Asas Linux: Pelajari Asas Mengendalikan Sistem Operasi Linux Dengan Baris Perintah

0

Sebelum kita masuk ke kelas/bengkel advance Linux, mari kita mulakan dengan asasnya terlebih dahulu.

Kalau nak dikatakan semua perkara yang hendak dilakukan dalam Linux adalah menggunakan baris perintah, sebenarnya kurang tepat. Tetapi dengan mengetahui dan memahirkan diri menggunakan baris perintah, maka kerja-kerja atau menyelesaikan sesuatu masalah lebih cepat dilakukan.

Apapun, mari kita mulakan dahulu dengan beberapa asas yang patut anda tahu.

Baris Perintah Asas Linux Yang Anda Patut Tahu

  • sudo

sudo ialah perintah yang membenarkan pengguna biasa untuk menjalankan program dengan kebenaran tahap pengguna root. Dari segi ‘sejarah’ pula namanya adalah gabungan antara ‘su’ iaitu substitute user dan ‘do’, iaitu ‘buat’.

  • ls

Anda boleh paparakan senarai fail dalam sesebuah direktori menggunakan perintah ini.

  • ls -R

Menyenaraikan fail dari direktori dan subdirektori.

  • ls -al

Menyenaraikan fail beserta informasi lengkap.

  • ls -a

Menyenaraikan fail beserta fail tersembunyi.

  • touch

Perintah ini adalah untuk mencipta satu fail kosong.

  • cat

cat digunakan bagi menyenaraikan isi kandungan sesuatu fail. Anda tidak perlu menggunakan penyunting teks bagi menyemak sesuatu fail, contohnya fail fstab.

cat /etc/fstab

  • nano

nano ialah penyunting teks dalam bentuk baris perintah. Ianya amat mudah digunakan, dengan gabungan kekunci ‘Ctrl + o’ untuk menyimpan, ‘Ctrl + x’ untuk keluar dari persekitaran nano, dan ‘y’ atau ‘n’ bagi ‘menjawab’ ‘ya atau tidak’ untuk menyimpan fail.

  • cd

cd (change directory) akan digunakan apabila anda mahu menukar atau memasuki sesuatu direktori dari Terminal. Contohnya,

cd /Downloads

  • cd ..

cd .. pula akan membawa anda kepada aras folder paling atas. Contohnya,

cd /Downloads/Movies
cd .. (/Downloads)

  • cd /

Baris perintah ini akan membawa anda kepada direktori root.

  • rm

Ringkas sahaja – untuk memadam fail.

  • rm -rf

Untuk memadam folder.

  • cp

cp – copy – untuk menyalin sesuatu. Contohnya,

cp uji.txt /Downloads/Documents

  • cp -R

digunakan untuk menyalin folder.

  • mkdir

Digunakan untuk membuat/mencipta satu folder/direktori.

  • rmdir

Memadam direktori.

  • mv

mv – move – untuk mengalih fail, atau menamakan ia semula (rename). Contoh,

mv uji.txt /Downloads/Documents
mv uji.txt ujicuba.txt < menamakan semula

  • ifconfig -a

Ia akan memaparkan data rangkaian anda.

  • chmod

Digunakan untuk menukar permissions pada fail.

  • top

Ia akan memaparkan gambaran lengkap status sistem anda.

  • df -h

Memaparkan ruang kosong dan ruang yang telah digunakan pada cakera dalam unit megabytes.

  • dmesg

Ia digunakan untuk memapar mesej dari boot sistem terkini, yang mana ianya amat berguna jika anda mahu menyelesaikan ralat.

  • man

Terminal akan memapar laman manual bagi perintah tersebut.

  • history

Untuk memaparkan sejarah perintah yang telah digunakan.

  • clear

Jika Terminal mula berserabut dengan pelbagai teks dan perintah, anda boleh gunakan ‘clear’ untuk ‘memadamkan’ ia.

Ctrl + Shift + v

Kebiasaannya jika anda menyalin sesuatu, anda akan gunakan ‘Ctrl + p’ untuk menampal. Tetapi jika anda ingin menampal sesuatu ke dalam Terminal, anda perlu gunakan kombinasi ‘Ctrl + Shift + v’.

  • poweroff

Mudah kata, digunakan untuk mematikan sistem operasi (shutdown).

  • mount

Untuk melekapkan sesuatu direktori.

mount /dev/sda1 /mnt/boot

  • echo

Digunakan untuk memasukkan/memaparkan output teks kepada sesuatu fail.

Penutup

Baiklah. Selesai dahulu untuk asas-asas baris perintah yang anda patut tahu sebelum memulakan langkah untuk menggunakan Linux. Selepas ini kita akan belajar pula pelbagai lagi perkara lain yang berkaitan, untuk anda menjadi Linux Ninja!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Media Player Classic Qute Theater: MPC-HC Untuk Linux

0

Kita sedia maklum bahawa dengan versi 1.7.13, berakhirlah sudah pembangunan bagi Media Player Classic Home Cinema atau MPC-HC. Ada ura-ura dari pembangunnya yang mengatakan bahawa projek tersebut sudah mempunyai tenaga pengaturcara yang baru. Sama-sama kita nantikan sekiranya ada berita baik.

Bagi Linux, pengguna ada pelbagai pilihan pemain media dari VLC, SMPlayer, Totem, dan sebagainya lagi.  Tetapi jangan tak tahu, Linux juga mempunyai versi ‘MPC-HC’ yang tersendiri iaitu Media Player Classic Qute Theater.

Dalam artikel ini saya akan merujuk ia sebagai MPC-Qt.

Sedikit quote dari laman rasminya:

Media Player Classic Home Cinema (mpc-hc) is considered by many to be the quintessential media player for the Windows desktop. Media Player Classic Qute Theater (mpc-qt) aims to reproduce most of the interface and functionality of mpc-hc while using libmpv to play video instead of DirectShow.

Secara umumnya MPC-Qt mempunyai semua ciri yang ada pada MPC-HC – beserta beberapa penambahbaikan seperti quick queuing, playlist searching, screenshot templates, looped playback, dan custom metadata.

Untuk pengguna Arch Linux, anda boleh dapatkan dan pasang ia melalui AUR. Manakala untuk distro lain, anda boleh compile ia dengan berpandukan kepada cara pemasangan yang ada dalam laman rasmi MPC-Qt.

Apa yang saya suka berkenaan dengan MPC-Qt ini ialah prestasinya adalah sama dengan MPC-HC. Ia sangat laju, mempunyai pilihan untuk ‘boost volume’ sehingga 130%, dan boleh ubahsuai pelbagai tetapan mengikut citarasa pengguna. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai aplikasi ini, anda boleh ke laman web mereka dan pasangkan sendiri untuk menguji sejauh mana aplikasi ini boleh digunakan untuk menjadi pemain media utama anda.

Rujuk: Media Player Classic Qute Theater

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

AOSP 8.0 Oreo pada OnePlus 5

0
Kredit gambar getdroidtips

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Jangan risau, bukan nak cerita pasal produk, tapi cerita pasal perisian dia.
Tahukah anda, OnePlus 5 kini dapat kemaskini Android 8.0 Oreo?

Terdapat dua versi yang dilepaskan iaitu LineageOS dan AOSP.
Tapi dalam artikel ini saya menceritakan pasal ROM AOSP.
ROM AOSP ini hasil air tangan updateing merupakan Senior Member di XDA Developer.
ROM ini asalnya Google Pixel punya, kemudian port untuk OnePlus 5.

Untuk mengetahui ciri² yang terdapat dalam Oreo ni, apa yang baru, apa yang menarik boleh rujuk sini > Android 8.0 Oreo

Untuk pasang ROM ni, anda mesti tahu dahulu ralat² yang terdapat dalam ROM ni. Antaranya :

  • SELinux Permissive bukan Enforcing.
  • Individu² yang bertuah sahaja akan mengalami isu kamera. (tapi kalau phone anda reboot kepada EDL/9008 selepas pemasangan ROM ni, sila tukar ROM lain dengan kadar segera)
  • Status cas tak keluar, tapi lampu notifikasi bercahaya. (Dash Charge masih berjalan dengan lancar)
  • Jam penggera ada masalah, jadi gunalah Google Clock.
  • VoLTE tak berfungsi, tunggu blobs dikemaskini.
  • Tiada offscreen gesture.
  • Nak buka lockscreen agak lama (kalau anda guna fingerprint untuk buka, boleh la ?)
  • Tiada pilihan profil warna (kena edit manual (saya sarankan guna FX File Manager) dekat System (Root)/sys/class/graphics/fb0/color_profile = edit 1 dan save) Jangan lupa root pula, nanti tak leh ubah hahaha.
  • Alert Slider tidak berfungsi, tapi boleh guna aplikasi pihak ke-3 untuk cuba.
  • Virtual keys dan hardware keys ada sekali. Kena guna aplikasi pihak ke-3 untuk tutup salah satu, tapi sementara ja la.
Saya tak bertangungjawab jika OnePlus 5 ampa tu meletup ka, bertukar jadi Super Saiyan Rose ka, mati diperjalanan mengemaskini ka apa. Risiko tanggung sendiri. ? ROM ni boleh digunakan sebagai kegunaan harian kerana saya telah pakai beberapa hari, tiada masalah cuma ralat² tu takleh kata apa la hahaha.

Jadi, nak pasang macam mana? Sabar la gelojoh betul hahaha. Sila sedut ini :
  • platform-tools. (tak perlu nak sedut Android Studio untuk dapatkan folder ini)
  • AOSP 8.0 Oreo. (ini binaan 20170916)
  • Magisk v14.0
  • GApps (ini pakej Nano)
  • Google Play Services (ini Beta)
  • Google Text-To-Speech
  • Kamera Google yang dah dimodifikasi, boleh dapatkan di sini > Google Camera MOD
  • Milo Ais ikat tepi satu untuk saya hahaha ?
  • Pastikan bateri 80% atau ke atas ye.
  • Sila backup dahulu data dalam internal storage (WhatsApp pula, sila backup dan backup aplikasi tu menggunakan Titanium Backup serta folder WhatsApps dan folder Titanium Backup wajib keluarkan juga. Simpan dalam PC ka apa) sebab lepas pasang ROM ni, internal anda akan kosong macam beli baru hahaha ?
Ok dah sedia? Jom kita pi proses pemasangan
  1. Folder platform-tools tersebut letak la kat desktop ke or mana² anda suka.
  2. Dua file (boot.img dan system.img) yang ada dalam zip (aosp-cheeseburger-8.0-20170916.zip) tersebut sila letak dalam folder platforms-tools.
  3. Kalau Windows 10 (kemaskini lama) atau 8.1 ke bawah boleh tekan shiff+klik kanan dalam folder tersebut (pastikan klik ruang kosong dalam folder) kemudian pilih open command prompt. Jika ada guna kemaskini terkini Windows 10, kena buka command prompt, taip cd *lokasi folder tu, boleh copy dari address atas folder*. Contoh cd C:Androidsdkplatform-tools
  4. Sila masuk recovery (TWRP) dan lakukan clean flash. (tick semua kecuali Internal Storage dan OTG)
  5. Sila off dan masuk mode fastboot.
  6. Masuk command fastboot devices untuk mengesan adakah mode fastboot berhubung dengan baik dengan komputer anda. (Jika ada error itu bermakna driver dia ta install dengan baik. sila install driver OnePlus. Tapi bagi pengguna Windows 10, sila masuk mode Disable Signature Driver Enforcement)
  7. Jika tiada error, proceed dengan fastboot erase boot
  8. Kemudian enter command fastboot flash boot boot.img dan fastboot flash system system.img
  9. Selepas itu, reboot to recovery. (buat pilihan menggunakan volume buttom dan untuk pilih tekan power button untuk pilih)
  10. Bila dah masuk recovery, sila pergi ke Wipe/Advance Wipe/tick Data,Cache dan Cache Dalvik sahaja kemudian, swipe.
  11. Selesai tu reboot to system (jangan terkejut boot dia agak sekejap hahaha)
  12. Anda akan alami error jangan risau reboot sekali lagi, InsyaaAllah semuanya berfungsi dengan baik.
  13. Dah selesai boot sebanyak 2 kali, sila masuk recovery untuk pasang GApps kemudian reboot to system.
  14. Sekali lagi masuk recovery untuk pasang Magisk v14.0 lalu reboot to system.
  15. Sila pasang secara manual Google Play Services dan Google Text-To-Speech (kalau tak pasang nanti ada masalah nak masuk Play Store)
  16. Kemudian login email dan password Google anda dan tahniah sudah siap pasang AOSP 8.0 Oreo pada OnePlus 5.
Kalau cara TWRP senang ja.
  1. Pindahkan boot.img dan system.img tu dalam internal storage ampa.
  2. Masuk recovery dan lakukan clean flash. (tick semua kecuali Internal Storage dan OTG)
  3. Bawah tu tekan Install Zip akan tukar jadi Install Image.
  4. Pilih boot.img dan pilih boot (jangan silap pilih kang tak hidup padan muka hahaha) dan swipe to install.
  5. Pilih system.img dan pilih system lalu swipe to install.
  6. Kemudian reboot to recovery dan sila pergi ke Wipe/Advance Wipe/tick Data,Cache dan Cache Dalvik sahaja kemudian, swipe.
  7. Kemudian reboot to system dan ikut step 13 di atas sampai step 16 ye ?
Ini sedikit screenshot dari ROM tersebut
Ini proses pemasangan ROM tersebut, boleh rujuk sini

Untuk pemasangan aplikasi luar Play Store (Unknown Sources) kena tick ini.

Kalau ampa dapat panggilan, macam ini la UI dia.

Jika ampa periksa dekat Settings>About Phone>Android version (klik banyak kali) keluar la ni. Ingatkan Oreo terbang hmm.

Ini lockscreen ROM tersebut. Oh ya webe dah tukar kepada unifi. Hanya tukar nama sahaja. hahaha

Picture-in-Picture tak banyak aplikasi boleh guna ciri ni, setakat la, Google Maps berfungsi dengan baik, manakala YouTube? Nahhh

Ini merupakan About Phone ROM ni.
Ini pula sedikit video mengenai ROM ni .

Selamat mencuba dan hati² sama, kalau ikut langkah² kat atas tu, InsyaaAllah takda masalah. Kecuali bahagian TWRP tu, saya tak cuba lagi pon hihihi ?

Jika ada sebarang persoalan, dan nak kongsi pendapat, komen kat bawah ye ?
– Amir H.

Nota kaki : Untuk rujukan, sila layari pautan ini > [EXPERIMENTAL][AOSP][O] Homemade Oreo for OnePlus 5

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Pengenalan Kepada Arch User Repository (AUR) Dan Cara Pemasangan

1

Hari ini kita akan belajar serba sedikit untuk menyahkod Arch Linux Wiki dan cuba untuk memasang sesuatu melalui panduan tersebut.

Untuk topik kali ini kita menjengah Arch User Repository atau AUR.

Nyahkod Arch Wiki – Arch User Repository

Baiklah, kita mulakan dengan ‘Getting started‘. Apa katanya?

“Users can search and download PKGBUILDs from the AUR Web Interface. These PKGBUILDs can be built into installable packages using makepkg, then installed using pacman.”.

Jadi, apa yang boleh kita nyahkod dari sini? Pertama sekali, kita perlu cari dan muat turun PKGBUILDS mana-mana aplikasi yang kita hendak pasang. Nak cari macam mana? Google la.

Contohnya,

Jika anda hendak memasang Google Chrome, dengan carian ‘google chrome arch’, akan membawa anda kepada pautan ini (pautan pertama): Package Details: google-chrome 61.0.3163.91-1

Nak muat turun guna apa? Disarankan untuk anda menggunakan wget. Kalau belum pasang, pasangkan dahulu.

sudo pacman -S wget

Kemudian, muat turun PKGBUILDS Google Chrome.

wget https://aur.archlinux.org/cgit/aur.git/snapshot/google-chrome.tar.gz

Nak muat turun menggunakan pelayar web pun boleh juga. Tapi kita kekalkan dengan wget untuk mudahkan kefahaman.

Seterusnya,

“Ensure the base-devel package group is installed (pacman -S –needed base-devel).”

Rasanya dah jelas di situ, sekiranya anda belum pasangkan keperluan dari base-devel, sila pasangkan terlebih dahulu. Kalau di awal pemasangan Arch Linux waktu pacstrap anda sudah pasangkan base-devel, bahagian ini anda boleh langkau.

Kemudian,

“Run makepkg -si in the directory where the files are saved. This will download the code, resolve the dependencies with pacman, compile it, package it, and install the package.”

Perkara di atas ini kemudiannya diterangkan secara terperinci pada bahagian ‘Acquire build files‘.

Kalau anda menggunakan git, dijelaskan dalam Wiki bahawa:

“Clone the git repository that is labeled as the “Git Clone URL” in the “Package Details”:”.

git clone https://aur.archlinux.org/nama_pakej.git

Setelah itu, sebelum menjalankan perintah, makepkg -si dalam direktori aplikasi, kita harus mengekstrak ia terlebih dahulu.

“Download the build files with your web browser by clicking the “Download snapshot” link under “Package Actions” on the right hand side. This will download a compressed file, which must be extracted (preferably in a directory set aside for AUR builds)”.

Kita abaikan bahagian ‘Download the build files with your web browser‘ sebab kita dah pun muat turun pakej menggunakan wget. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah ekstrak pakej tersebut.

tar -xvf package_name.tar.gz <<< baris perintah untuk mengekstrak pakej.

Contoh,

tar -xvf google-chrome.tar.gz

Untuk memasuki direktori aplikasi, gunakan perintah:

cd nama_pakej

Contoh,

cd google-chrome

Langkah seterusnya,

“Make the package. After manually confirming the integrity of the files, run makepkg as a normal user”.

makepkg -si

Kemudian, dalam Wiki ada dijelaskan tentang pelbagai pilihan selepas ‘make the package‘. Kena baca ia perlahan-lahan untuk memahami apa yang diterangkan. Tetapi apa yang penting selepas makepkg ini ialah kita ingin memasang terus aplikasi tersebut, yang dijelaskan dengan baris perintah,

-i/–install installs the package if it is built successfully. Alternatively the built package can be installed with pacman -U package.pkg.tar.xz.

Jadi, gunakan sahaja perintah,

sudo pacman -U package.pkg.tar.xz

Contoh,

sudo pacman -U google-chrome.pkg.tar.xz

Ini akan meneruskan pemasangan Google Chrome pada sistem operasi Arch Linux. Anda perlu berinteraksi lagi dengan Terminal di mana ia akan menanyakan kepada anda sama ada anda mahu teruskan pemasangan atau tidak (Y/n). Masukkan ‘Y’ dan klik Enter. Selesai.

Pada artikel seterusnya kita akan berkenalan pula dengan AUR Helpers, yang akan membantu anda memasang pakej dari AUR secara automatik.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Pengenalan Kepada Sistem Operasi Linux

0

Artikel ini dibawakan khas kepada anda dengan kerjasama dari Guru99 – Free Training Tutorials & Video for IT Courses.

Apa Itu Sistem Operasi?

Setiap kali anda menghidupkan komputer, anda akan dapat melihat skrin di mana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti berbeza seperti menulis, melayari internet atau menonton video. Apakah perkara yang membuatkan perkakas komputer dapat menjalankan kerja-kerja seperti itu? Bagaimana pemproses pada komputer anda tahu yang anda mahukan ia untuk memainkan satu fail mp3?

Ianya adalah peranan sistem operasi atau kernel yang menjadikan setiap tugas tersebut sebagai kenyataan. Kernel ialah satu program yang menjadi jantung kepada setiap sistem operasi di mana ia mengendalikan perkara-perkara asas, seperti menjadi perhubungan komunikasi antara perkakas dan perisian/aplikasi.

Sila lihat rajah di bawah.

Jadi, untuk menjalankan komputer anda, anda memerlukan sistem operasi. Lebih tepat lagi, anda memang sedang menggunakan ia semasa anda sedang membaca artikel ini pada komputer anda. Sekarang anda mungkin telah pun menggunakan sistem operasi yang popular seperti Windows dan Apple OS X tetapi di sini kita akan mempelajari apa itu Linux dan apa faedah yang ditawarkan berbanding sistem operasi lain.

Klik di sini untuk ke sumber video

Apa Itu Linux? Siapa Pencipta Linux?

Linux ialah sejenis Sistem Operasi (dan/atau) Kernel yang terhasil dari minda seorang lelaki bernama Linus Torvalds, ketika beliau masih seorang pelajar sains komputer. Beliau pernah membangunkan Sistem Operasi UNIX (sejenis sistem operasi tertutup atau ‘proprietary‘) dan berpendapat bahawa ia memerlukan penambahbaikan.

Walau bagaimanapun, apabila cadangannya ditolak oleh para pereka UNIX, beliau terfikir untuk melancarkan sistem operasinya sendiri yang akan menerima perubahan, pengubahsuaian yang dicadangkan sendiri oleh penggunanya.

Linus Torvalds

Kernel Tunggal Dan Hari-Hari Awalnya

Jadi Linus menyusun dan membangunkan satu Kernel yang dinamakan sebagai Linux pada tahun 1991. Cuma ia memerlukan program seperti pengurus fail, penyunting dokumen, program audio dan video untuk dijalankan padanya. Ibaratkan ia seperti anda mempunyai kon tanpa aiskrim di atasnya.

Semakin waktu berlalu, beliau berkolaborasi pula dengan para pengaturcara lain di tempat-tempat seperti MIT dan aplikasi-aplikasi untuk Linux mula muncul. Di sekitar 1991, satu sistem operasi Linux yang dapat digunakan dengan beberapa aplikasi dilancarkan secara rasmi dan ini merupakan titik tolak permulaan kepada salah satu sistem operasi sumber terbuka yang disayangi dan menjadi pilihan pada waktu ini.

Versi Linux yang terdahulu adalah tidak begitu mesra pengguna kerana ianya digunakan oleh para pengaturcara komputer dan Linus Torvalds pula tidak pernah ingin untuk mengkomersilkan produknya.

Ini sudah semestinya menjejaskan populariti Linux seperti sistem operasi lain yang berorientasikan komersil seperti Windows. Walau bagaimanapun, aspek sumber terbuka sistem operasi Linux menjadikannya lebih mantap dan teguh.

Linux Mendapat Perhatian Sewajarnya

Kelebihan utama Linux ialah para pengaturcara dapat menggunakan Kernel Linux untuk mencipta dan merekabentuk sistem operasi mereka sendiri. Dari semasa ke semasa, beberapa sistem operasi Linux yang lebih mesra pengguna mula menyerang dunia komputer.

Sekarang, Linux ialah salah satu Kernel yang paling popular dan digunakan secara meluas, serta menjadi tulang belakang kepada pelbagai sistem operasi yang popular seperti Debian, Knoppix, Ubuntu, dan Fedora. Senarai ini tidak terhenti di sini kerana terdapat beribu-ribu sistem operasi yang berasaskan Linux yang menawarkan pelbagai ciri dan fungsi berbeza kepada penggunanya.

Faedah-Faedah Menggunakan Linux

Linux kini mendapat populariti di peringkat utama dan ia terkenal di kalangan pengaturcara serta pengguna komputer biasa di seluruh dunia. Faedah utamanya adalah:

Ia menawarkan sistem operasi percuma. Anda tidak perlu membelanjakan wang beratus-ratus Ringgit untuk mendapatkan ia seperti sistem operasi Windows.

Disebabkan ia sumber terbuka, sesiapa yang mempunyai ilmu pengaturcaraan boleh mengubahsuainya.

Sistem operasi Linux menawarkan berjuta program/aplikasi untuk dipilih, dan kebanyakan darinya adalah percuma!

Sebaik sahaja anda telah memasang sistem operasi Linux, anda tidak lagi memerlukan antivirus! Linux adalah sistem yang sangat selamat. Lebih-lebih lagi, terdapat komuniti pembangunan global yang sentiasa mencari cara untuk meningkatkan keselamatannya. Dengan setiap kemaskini, sistem operasi menjadi lebih selamat dan mantap.

Linux ialah sistem operasi pilihan untuk persekitaran pelayan disebabkan stabiliti dan kebolehpercayaan/kebolehharapannya (Syarikat-syarikat mega seperti Amazon, Facebook, dan Google menggunakan Linux untuk pelayan-pelayan). Pelayan berasaskan Linux boleh dijalankan tanpa henti, tanpa reboot selama bertahun-tahun.


Adakah Ia Untuk Saya?

Pengguna yang baru dengan Linux, biasanya akan mengelak dari menggunakan ia dengan salah tanggapan bahawa ia adalah sistem operasi yang sukar dan teknikal untuk dijalankan, sedangkan kebenarannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini sistem operasi Linux adalah lebih mesra pengguna berbanding yang lain seperti Windows. Jadi hanya dengan mencubanya sahaja anda akan tahu sama ada ia sesuai atau tidak untuk anda.

Terdapat beribu sistem operasi berasaskan Linux; kebanyakan darinya menawarkan keselamatan dan aplikasi terkini, kesemuanya secara percuma!

UNIX Atau Linux?

UNIX digelar sebagai ibu kepada sistem operasi yang menjadi tapak kepada Linux. UNIX direka secara khasnya untuk kerangka utama dan berada dalam perusahaan serta universiti, sementara Linux menjadi pilihan para pengguna komputer, pemaju, dan persekitaran pelayan. Anda mungkin perlu membayar untuk menggunakan kernel UNIX manakala Linux pula sentiasa percuma.

Akan tetapi, setiap baris perintah bagi kedua sistem operasi adalah kebiasaannya sama. Tidak terdapat perbezaan ketara antara UNIX dan Linux. Walaupun antara keduanya tampak berbeza, pada terasnya, kedua-dua UNIX dan Linux pada dasarnya adalah sama. Kalau diselak kembali sejarahnya yang di atas, Linux ialah klon kepada UNIX. Jadi, mempelajari salah satu adalah sama seperti mempelajari yang lainnya.

Sumber asal dari: Introduction to the Linux Operating System

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

MangaDLR: Aplikasi Pemuat Turun Khusus Buat Peminat Manga

0

Sesetengah laman tempat untuk membaca manga secara atas talian adalah sangat bagus sekali. Namun pembaca tidak dapat memuat turun manga yang digemari, atau perlu mendaftar terlebih dahulu.

Oleh itu MangaDLR hadir dalam memberikan penyelesaian kepada ‘masalah’ ini.

MangaDLR ialah sebuah aplikasi pembaca manga untuk Android yang dapat digunakan untuk memuat turun manga, manhwa dan komik dari pelbagai sumber dan menyimpan ia ke dalam bentuk arkib untuk dapat dibaca ketika di luar talian.

Anda akan dapat membacanya menggunakan pembaca terbina dalamannya atau mana-mana aplikasi pemapar gambar.

Berikut adalah beberapa tangkap layar aplikasi ini:

 

Antara ciri-ciri aplikasi ini (disalin dari thread asal dalam forum XDA) ialah:

  • Read online or offline.
  • Support more than 40 sources.
  • Horizontal reading (left to right or right to left), vertical reading.
  • Bookmarks, check for new releases.
  • Show latests chapters, new series, popular series.
  • Search by name from a static list, search with the advanced search of the source.
  • Keep the reading progression.
  • Download in the background.
  • Show series in card mode or list mode.

Anda boleh muat turun ia di sini: [APP][4.0+] MangaDLR – Manga downloader and reader

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Peluang Melanggan Digi Postpaid™ 100 INFINITE Dibuka Sekarang! Hanya 5 Hari Sahaja!

0

Sama seperti plan ‘abangnya’, iaitu Digi Postpaid™ 80 INFINITE yang telah dirilis beberapa bulan yang lepas, kini Digi melancarkan pula plan terbaru, Digi Postpaid™ 100 INFINITE.

Secara mudah untuk faham, Digi 100 INFINITE ini, kesemua cirinya adalah sama dengan plan 80 INFINITE, iaitu berkelajuan sehingga 5Mbps (atau lebih – boleh baca reviu saya di sini), kecuali data untuk tethering yang diberikan sebanyak 20GB. Bab SMS dan panggilan juga adalah sama, iaitu panggilan kepada semua rangkaian tanpa had, dan 300 SMS percuma.

Tawaran ini hanya dibuka selama 5 hari sahaja! Jadi buat yang dah lama menanti tu, jangan lepaskan peluang ini. Langgan sekarang di sini: Digi Postpaid Infinite Plans

Views: 2

Iklan Newspaper Inline