Xiaomi Mengumumkan Xiaomi A1 , Peranti Mereka Yang Pertama Menggunakan Android Asli

Buat penggemar telefon pintar jenama Xiaomi, hari ini pasti mengujakan mereka kerana Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Xiaomi Mi A1. Antara tumpuan bagi peranti ini adalah kerana Xiaomi telah menggunakan perisian Android asli tanpa MIUI melalui program Android One.

Bagi peminat Sistem Operasi Android anda pasti fikir program Android One telah terkubur, nampaknya projek ini kembali malahan laman sesawang Android One oleh Google juga memaparkan Xiaomi Mi A1 sebagai produk utama.

Spesifikasi utama bagi peranti Mi A1 adalah penggunaan kerangka badan besi secara penuh dengan skrin paparan HD penuh 5.5 inci. Ketebalan ia juga cuma 7.5mm lebih nipis berbanding telefon pintar seperti Samsung Galaxy S8. Ia juga meragakan kamera dual, satu dengan lensa telephoto(2x zoom dan satu lagi lensa wide angle. Kamera tersebut berkemampuan untuk menangkap gambar sehingga 12MP. Peranti ini dikuasakan oleh Snapdragon 625 processor(menyokong Vulkan 1.0),4GB RAM dan 64 GB ruang simpanan. Dijangka juga telefon pintar ini akan menerima kemas kini untuk Android terkini iaitu Android Oreo.

Secara peribadi admin sendiri teruja dengan penggunaan Android One atau Android asli dengan spesifikasi yang tidak terlalu rendah oleh Xiaomi ini, tambahan pula spesifikasi kamera tidak kurang hebatnya.

Apa pendapat para pembaca, adakah anda berminat dengan peranti ini disebabkan jenama Xiaomi? atau penggunaan Android asli? Jom kita bincangkan di ruang komen.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x