Utama Blog Laman 145

[GORE ANIME]: 5 Anime Brutal Yang Boleh Buat Anda Tidak Tidur Malam

0

Rasanya untuk remaja zaman ini sudah tidak perlu lagi diterangkan apa itu anime. Masing-masing sudah ‘pakar’ dan mempunyai senarai anime yang digemari.

Namun ada ungkapan yang mengatakan bahawa ‘anime hanya untuk kanak-kanak’.

Ianya tidak tepat sama sekali, kerana meskipun ia cuma animasi, ada antara anime yang bukan jalan penceritaannya untuk menarik minat kanak-kanak semata.

Berikut disenaraikan beberapa anime yang mempunyai jalan cerita berdarah, pembunuhan di sana-sini, dan pelbagai situasi memualkan yang hanya layak diklasifikasikan sebagai 18SG.

Ianya ditulis dan tidak disusun mengikut turutan mana yang paling seram dan ganas sekali. Semuanya adalah seram, ganas, dan brutal!

1. Attack on Titan

Menurut saya, anime ini adalah yang paling saya sendiri minati. Bukan kerana apa, apabila menontonnya, kita akan berimaginasi mengenai manusia raksasa tiada berakal, yang motifnya untuk terus hidup dengan memakan dan menelan manusia biasa, 24 jam.

Ya, mungkin sesetengah orang mengatakan filem ‘live action’ untuk anime ini adalah gagal, namun bagi saya, dari segi ‘keseramannya’ adalah bagus. Melihat gergasi (Titan) mengoyak manusia dan memakan mereka, bukan sesuatu yang menyelesakan untuk ditonton.

2. Blood-C

Disebabkan saya memang menyukai siri Attack on Titan, maka ada seorang kawan mengesyorkan kepada saya untuk menonton Blood-C.

Dan saya tidak pernah rasa menyesal lebih dari menonton siri ini…

Blood-C juga adalah antara anime yang penuh dengan babak gore serta manusia dibunuh di sana-sini. Terus-terang cakap saya masih belum habis menonton anime ini, dan akan cuba menghabiskannya sebelum akhir tahun – agar awal tahun hadapan, otak saya akan kembali segar dari keganasan. Huh.

3. Another

Another mengisahkan tentang seorang pelajar popular dalam kelas 3-3 Yomiyama North Middle School bernama Misaki yang meninggal dunia semasa persekolahannya.

26 tahun kemudian seorang pelajar iaitu Kouichi Sakakibara ditukarkan ke kelas tersebut. Beliau mula rapat dengan seorang pelajar misteri dengan mata ditutup sebelah, bernama Mei Misaki.

Tanpa disangka perkenalan itu membawa beliau kepada pertumpahan darah. Siapa rasa nak tidur malam, jangan tengok anime ini!




4. Elfen Lied

Serba-salah sebenarnya nak ‘up’ gambar untuk Elfen Lied, kerana walaupun ia mempunyai gambar paling ikonik, dalam masa yang sama juga ia separuh berbogel. Huh…

Anime ini adalah anime lama, yang mana ia mengisahkan mengenai Lucy, manusia ‘istimewa’ hasil eksperimentasi rahsia kerajaan yang menyebabkan dia lahir dengan dua tanduk kecil dan tangan telekinetik yang tidak kelihatan.

Apabila Lucy mendapat peluang untuk melepaskan diri, Lucy mendapat kecederaan di kepala yang mengakibatkan mindanya terpecah kepada dua personaliti.

Anda boleh tonton sendiri trailer di bawah dan kemudian tentukan sama ada anda hendak terus menonton Elfen Lied ataupun tidak.



5. Tokyo Ghoul

Ramai yang meminati anime Tokyo Ghoul, dan tidak hairan kerana jalan cerita dan wataknya yang menarik. Ia penuh dengan adegan perlawanan berdarah dan bunuh-berbunuhan yang tidak munasabah, tetapi dalam masa yang sama sangat menghiburkan – untuk jenis yang minat dengan anime yang gore semestinya!

Tak lama lagi akan terbit juga filem ‘live action’ bagi Tokyo Ghoul, sama seperti situasi Attack on Titan. Sama-sama kita nantikan filem tersebut.

Berikut adalah salah satu contoh babak perlawanan dalam Tokyo Ghoul.

Bagaimana pula dengan anda? Anime bergenre gore apakah yang anda paling minati?

Views: 12

Iklan Newspaper Inline

Key Reinstallation Attack (KRACK): Kerentanan WPA2 Membolehkan Penggodam Mencuri Maklumat Sulit

0

Waktu dahulu penggodam akan menggunakan RAT atau backdoor lain untuk memasuki sistem mangsanya, bagi mendapatkan pelbagai maklumat sulit/peribadi milik mereka.

Kini, serangan melalui WiFi atas kerentanan WPA2 yang dikenali sebagai Key Reinstallation Attack atau KRACK, mula menular.

Secara ringkas, jika peranti anda menyokong fungsi sambungan ke WiFi, maka ianya dapat dijangkiti dengan kerentanan ini.

Serangan menggunakan kaedah KRACK ini tidak memerlukan penyerangnya untuk mendapatkan terlebih dahulu kata laluan WiFi pengguna, sebaliknya ia membenarkan penyerang menyahsulit data pengguna WiFi tersebut tanpa mendapat kata laluannya sekalipun.

Tak faham? Tak mengapa. Berikut adalah demo bagaimana ia dijalankan:

Adalah disarankan untuk mengemaskini sistem operasi yang digunakan kepada versi terbarunya supaya setiap tampalan dapat dipasang. Microsoft mengumumkan bahawa mereka sudahpun melepaskan tampalan melalui kemaskini terbaru, manakala Google pula berjanji untuk memberikannya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Rujukan:

1. KRACK in Wi-Fi security: Everything you need to know
2. WPA2: Broken with KRACK. What now?
3. List of Firmware & Driver Updates for KRACK WPA2 Vulnerability
4. Microsoft has already fixed the Wi-Fi attack vulnerability
5. KRACK Demo: Critical Key Reinstallation Attack Against Widely-Used WPA2 Wi-Fi Protocol

Via: XDA

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Memahami Fungsi Sebenar Blockchain Dalam Bitcoin Mining

0

Apa Itu Blockchain?

Blockchain adalah sejenis transaksi buku digital yang berada dalam internet. Konsep sebenar Blockchain seperti kita mempunyai buku akaun bank, kita boleh mengetahui setiap duit yang masuk dan keluar dalam buku bank. Bezanya cuma blockchain dalam internet ataupun alam maya dan menggunakan bitcoin untuk menggantikan wang.

Secara amnya, blockchain ini menguruskan dan menyimpan data-data penting dan juga tidak penting. Sebut sahaja apa jenis data, blockchain adalah jawapannya.

Bagaimana Blockchain Berfungsi

Senang sahaja, Setiap transaksi yang berjaya akan dimasukan dalam blockchain, dan wallet bitcoin akan mengira jumlah baki yang ada boleh dibelanjakan. Setiap transaksi baru perlu disahkan oleh pemegang sebenar wallet bitcoin. Blockchain susah tertiris kerana mengunakan pelbagai algorithm cryptography.

Kiranya kalau nak lebih faham, setiap transaksi yang berjaya dalam matawang bitcoin akan dimasukan dalam blockchain ini. Dan kemudian, bitcoin wallet pula akan menyimpan data untuk pemegang sebenar. Pemegang sebenar wallet mempunyai kunci peribadi yang digunakan untuk mengesahkan transaksi itu wujud. Ianya seperti contoh dalam gambar ini.

Setiap transaksi tersebut menggabungkan kaedah matematik untuk mengesahkan yang transaksi datangnya dari pemegang wallet tersebut. Tujuannya ialah mengelakkan sesebuah transaksi tidak dapat diubah selain daripada pemengang sebenar wallet. 

Dan kemudian berlaku proses Mining sejurus proses transaksi dilakukan bagi mengesahkan transaksi berikut. P2P network digunakan untuk menyebarkan transaksi tersebut ke seluruh rangkaian blockchain.

Proses mining sebenarnya adalah sistem algoritma yang digunakan bagi mengesahkan setiap transaksi yang masuk ke dalam blockchain. Blockchain kemudian menyusun transaksi tersebut dalam susunan yang teratur bagi memastikan tidak berlaku sebarang unsur pelik. Transaksi itu kemudiannya dimampatkan ke dalam satu block yang kemudiannya pula disahkan oleh rangkaian miners. Block tersebut tidak boleh diubah susunannya dan ini melanggar peraturan sebenar pengasas bitcoin iaitu Satoshi Nakamoto. Para miners perlu ‘bekerja’ untuk mendapatkan block tersebut yang kemudiannya ditukar dalam bentuk matawang BTC.

Ini adalah contoh bagaimana sebenarnya transaksi block melalui blockchain ini.

Ok, jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Dual Scamera : Lensa Berkembar Palsu Pada Telefon Pintar

0
Kepesatan teknologi telah mendorong lebih banyak permintaan ke atas gajet dan telefon pintar. Dengan pertambahan permintaan, bertambahlah pengeluaran. Apabila permintaan melebihi pengeluar, maka pengeluar pula akan bertambah. Bagi pengeluar baru, sudah tentunya mereka akan mencuba sedaya upaya untuk kekal relevan dan menarik hati pengguna dalam perlumbaan teknologi dan produk para pengeluar “senior”. Antara ciri-ciri khusus yang menjadi kegilaan dan trend di masa kini ialah DWIKAMERA.
Di penghujung tahun 2017 ini, para pengguna boleh bergembira kerana banyak peranti hadir dengan dwikamera. Lebih menggembirakan, peranti kelas pertengahan juga telah hadir dengan dwikamera malah boleh didapati dengan harga serendah RM1000! Bagi pengguna seperti saya dan rata-rata pembaca juga, ini sangat menggembirakan. Jika dulu, kita terpaksa berbelanja hampir RM2000++ untuk mendapatkan peranti idaman dengan dwikamera. Kini kita sudah mampu memiliki satu dengan harga yang lebih mesra pengguna.
Namun begitu, di sebalik kegemparan dan populariti dwikamera ini, adakah semua peranti murah ini mempunyai hasil yang sama dengan telefon pintar kelas atasan? Maksud hasil di sini bukanlah kualiti kamera dan imej yang dihasilkan, kerana jika saya ingin membandingkan peranti yang hadir bersama harga dan kelas pertangahan dengan peranti kelas atasan, ia kerja tidak masuk akal. Maksud hasil di sini ialah rekayasa penghasilan gambar dan kefungsian dwikamera itu sendiri.
Sebelum saya menerjah lebih jauh, mari kita pelajari apa itu dwikamera dan cara ia berfungsi. Dwikamera ialah binaan pada peranti dengan dua lensa kamera yang mana berbeza dengan binaan tradisional yang menggunakan hanya satu lensa. Dwikamera menawarkan hasil gambar potret yang lebih menarik dengan kesan bokeh. Bokeh ialah teknik foto yang memberi fokus kepada subjek dan memudarkan latar belakang untuk memberikan kesan yang lebih “timbul” kepada subjek utama di hadapan.
Binaan satu lensa tradisional

Binaan dwilensa terkini
Dulu, teknik bokeh cuma boleh dihasilkan oleh kamera DSLR dan oleh jurugambar profesional. Namun kini, dengan kemajuan teknologi, kepantasan cip pemprosesan mudah alih dan keupayaan bantuan sistem operasi mudah alih, segalanya mungkin dan jurang perbezaan di antara kamera DLSR dan kamera pada peranti mudah alih sudah semakin mengecil.
Beralih kepada topik taktik kotor pengeluar peranti mudah alih yang memasarkan peranti mereka dengan dwikamera. Setelah peranti ini sampai ke tangan pembeli masing-masing, ada di kalangan pengguna merasa sesuatu “tidak kena” dengan gambar yang dihasilkan oleh peranti masing-masing.
Perkongsian demi perkongsian dan perbincangan telah rancak dibuat di forum-forum seperti XDA, Reddit, Tumblr dan Google+ yang akhirnya menemui jawapan. DWIKAMERA PADA PERANTI MEREKA ADALAH PALSU! 

Hal ini dapat dikesan kerana kesan bokeh yang diambil dengan peranti mereka jauh tersasar dari jarak sebenar dengan subjek mereka. Kesan bokeh cumalah terhasil daripada bantuan janaan imej palsu. Ia sama seperti anda mengambil gambar biasa dan kemudian melakukan edit menggunakan aplikasi gambar. Bezanya, dengan peranti dwikamera palsu ini, edit ini berlaku seiring dan pada masa sebenar anda mengambil gambar. Kesan blur dibuat berdasarkan titik anda memilih fokus dan bukan berdasarkan persepsi jarak sebenar. Untuk memudahkan pemahaman, lihat contoh gambar bokeh palsu dan bokeh sebenar di bawah.
Perhatikan, dengan peranti dwikamera asli menghasilkan fokus dengan lebih baik, Imej subjek di depan latar belakang diberikan fokus secukupnya dan cuma latar belakang dipudarkan. Berbeza dengan dwikamera palsu, di mana subjek di hadapan juga turut sama dipudarkan.
Jadi, sebagai pengguna, bagaimanakah caranya untuk anda mengelakkan diri daripada ditipu dengan taktik pemasaran kotor ini? Rata-rata ahli forum telah bersetuju dengan satu kaedah untuk mengesan dwikamera palsu. Caranya cukup mudah. Anda hanya perlu menutup salah satu kamera dan cuba mengambil gambar potret. Bagi peranti dengan dwikamera asli, sistem akan memberi amaran untuk mengalihkan halangan daripada kamera kerana kamera telah gagal mengagak jarak subjek dan latar belakang menggunakan kedua-dua lensa kamera. Dengan dwikamera palsu, tiada amaran akan diberikan sekiranya anda menutup salah satu kamera dan imej bokeh tetap dapat dihasilkan. Ini kerana, seperti yang telah saya nyatakan di atas tadi, peranti dengan dwikamera palsu cuma menghasilkan imej bokeh dengan bantuan janaan imej, bukannya dengan hasil anggaran jarak sebenar menggunakan lensa jarak.
Namun begitu, ini sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada sistem operasi peranti. Mungkin di masa hadapan para pengeluar akan lebih bijak dalam menipu pengguna dengan melepaskan patch pada kemaskini sistem operasi telefon yang akan memberikan amaran pada pengguna setiap kali salah satu lensa dihalang walaupun dwikamera mereka palsu!
Kesimpulannya, sebelum membeli sebarang peranti baru, adalah lebih bijak sekiranya anda menunggu terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumbalas pengguna awal dan ujian rasmi dilakukan oleh para pengendali laman uji peranti.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Blade Runner 2049 : Bukan Filem Aksi

0

Semalam saya sempat melapangkan masa saya untuk ke pawagam setelah 3 bulan suntuk berhempas pulas menyelesaikan urusan dan persediaan majlis sambutan peringkat negeri. Hajat di hati ingin menonton filem Jackie Chan, The Foreigner. Tapi sayang, slot tayangannya sudah terhad kerana sudah berada di minggu akhir tayangan. Jadi, filem yang menarik perhatian saya adalah filem reboot dari kegemaran klasik, Blade Runner 2049.

Bagi peminat genre sains fiksyen, filem Blade Runner 2049 sudah semestinya filem yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula, pratonton rasminya menjanjikan sebuah filem yang padat dengan aksi beserta kesan bunyi dan koreografi yang mantap. Di dalam kepala peminat genre ini sudah tentunya mula meneka dan memainkan plot-plot seumpama filem Repo-Man, Judge Dredd mahupun filem Blade. Namun, jangan kecewa, sangkaan ini meleset sama sekali.

Filem Blade Runner bagi saya lebih kepada genre penyiasatan. Anda akan dihidangkan dengan dialog demi dialog yang diisi dengan pelbagai maklumat penting. Jika anda masuk ke panggung dan mengharapkan aksi dari mula tayangan hingga ke hujung tayangan sepertimana filem daripada Marvel Studios, filem ini bukan untuk anda. Filem Blade Runner 2049 ini boleh dikatakan hanya selesa dan menarik ditonton oleh golongan peminat dan enthusiast sahaja. Saya telah pergi menonton bersama sahabat saya. Sepanjang tayangan saya telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap setiap dialog dan plot-plot yang terbuka dan dihamparkan dengan sangat teliti sepanjang lebih kurang 3 jam tayangan. Sahabat saya pula telah terlelap sebanyak lebih daripada 5 kali. Dan setiap kali dia terjaga, mulutnya tak henti merungut dan mengatakan filem ini merugikan duit tiket wayangnya.

Pada permulaan cerita, penonton sudah mula disajikan dengan teks ringkas yang menceritakan tentang bangsa manusia ciptaan yang dipanggil “Replicant”. Replicant dicipta untuk menjadi buruh dan hamba paksaan bagi memenuhi keperluan yang mendesak pada tahun 2020. Revolusi Replicant tercetus dan para Replicant memberontak bagi mendapatkan layanan sama rata seperti manusia biasa. Replicant generasi baru pula dicipta dan telah diubahsuai supaya patuh 100% dan telah diarahkan untuk menghapuskan semua Replicant generasi asal. Pada permulaan filem, Replicant generasi baru, ejen K lakonan pelakon utama Ryan Gosling telah berjaya menjejaki Replicant generasi asal yang telah dilakonkan oleh Batista. Pada pembukaan cerita penonton telah disajikan dengan aksi yang cemerlang. Dinding rumah runtuh dan tumbukan demi tumbukan dilayangkan.

Sayang sekali, setelah adegan ini, plot cerita lebih tertumpu kepada pengembaraan ejen K dalam mencari identiti dan kebenaran di sebalik generasi Replicant asal. Replicant generasi baru dicipta dan “dilahirkan” dalam bentuk manusia dewasa. Satu memori ciptaan telah dimasukkan ke dalam minda mereka supaya mereka lebih stabil. Plot bermula apabila ejen K telah terjumpa satu ukiran tarikh pada sebatang pokok iaitu 6.10.21. Ejen K telah menuruti klu ini sehingga ke akhir tayangan dan telah berjaya merungkai misteri yang bermain sepanjang filem ini.

Lontaran dialog, intonasi, pacing plot, dan ekspresi muka setiap pelakon sangat cemerlang. Ia sebuah filem yang boleh dikatakan masterpiece di dalam genrenya. Latar masa dan latar tempat telah dibina dengan teliti. Props dan ruang sekeliling telah diberi penekanan yang berkesan. Penonton dapat merasai kesesakan metropolitan dan kesan-kesan populasi lebihan. Bangunan dibina rapat-rapat dan pengiklanan tanpa batasan ada di mana-mana (ingatkan popup browser dah cukup rimas dah). Bagi peminat genre seperti ini, bagi saya filem ini wajib tonton kerana genre ini sudah semakin kurang dan jika ada pun, amat jarang hasilnya sebagus ini. Filem bergenre sebegini tidak meletakkan aksi sebagai fokus, tetapi lebih kepada dilema neorealisme dan falsafah-falsafah kemanusiaan sejagat yang dizahirkan dalam bentuk filem. Apabila keadaan mendesak kelak, adakah kita akan menggembleng tenaga mencari penyelesaian, atau meletakkan kesalahan dan beban di bahu orang lain sementara anda semua tinggal selesa di utopia masing-masing ketika hamba abdi dan buruh mempertaruhkan nyawa dalam memenuhi kehendak dan keselesaan anda?

Dari kacamata penonton kasual :

Ini pula pandangan bagi mereka yang mengharapkan filem ini penuh dengan aksi.  Filem ini kekurangan aksi menarik. Tempat yang ada adegan aksi pun cuma di permulaan filem dan hujung filem, Jika anda mengharapkan aksi berlawan, kejar mengejar, perlawanan senjata api futururistik, anda akan kecewa.

Dari segi props pula, walaupun filem ini berlatar masa masa hadapan, tidak banyak gajet yang boleh anda lihat. Ya, skrin dipenuhi dengan cahaya neon dan iklan hologram, tapi itu sahaja. Cuma satu jenis pistol sahaja yang menjadi prop filem ini. Malah, Replicant generasi asal dan generasi baru menggukan pistol yang 100% sama walaupun jarak masa generasi mereka adalah 30 tahun. Mustahil lah sepanjang 30 tahun, pistol dan rekabentuk senjata langsung tidak berubah. Bunyi tembakan pula sangat membingitkan dan tiada percikan api. Jika anda ingat, konsep pistol ini lebih kurang dengan filem Gantz yang menggunakan pistol gelombang. Namun begitu, pistol filem Gantz jauh lebih menarik dari filem ini.

Bunyi kesan khas pula dirasakan agak membingitkan telinga walhal bukanlah ketika babak aksi. Kesan bunyi sepanjang filem ini tidak berhenti demi mewujudkan suasana dan muzik berfungsi sebagai muzik latar bagi mewujudkan atmosfera bagi penonton. Bagi bukan peminat, ini menyukarkan anda terlelap dan sangat menyakitkan hati. Situasi lebih parah sekiranya anda membawa bayi atau kanak-kanak ke dalam panggung. Mereka akan menangis, tantrum dan tidak duduk diam kerana bingit. Ini sangat menyakitkan hati saya, seorang peminat asli genre ini. Perbuatan ini merosakkan pengalaman menonton orang yang benar-benar berminat dengan filem ini dan menikmatinya dengan serius.

Plot cerita ini perlahan dengan masa tayangan hampir 3 jam lamanya! Masa yang panjang digunakan bagi merungkaikan plot yang rumit. Saya menjangkakan mungkin filem ini ada sambungannya nanti dan filem ini adalah sebagai asas penting bagi peminat untuk menikmati sambungan yang akan datang dengan lebih pemahaman terhadap konsep dan prinsip di dalam filem ini. Bagi bukan peminat pula, mungkin ini akan jadi filem Blade Runner terakhir mereka.

Kesimpulannya, hanya tonton filem ini sekiranya anda berminat dengan filem yang menyajikan plot yang panjang dan perlahan. Filem ini sesuai ditonton jika anda merupakan seorang penonton yang sabar. Sekiranya anda mengharapkan filem seperti Guardians of The Galaxy dan seangkatan dengannya, JANGAN TONTON FILEM INI. Ini kerana, anda hanya akan merosakkan pengalaman menonton orang lain. Anda akan tak henti-henti merungut, sentiasa memeriksa telefon anda, menyalakan lampu jam tangan anda dan setelah selesai menonton pula, anda akan mengutuk filem ini tanpa henti dan menggoyahkan minat orang yang benar-benar berminat dengan genre filem ini untuk menontonya.

Jadi, Blade Runner 2049, bukan filem aksi. Tetapi masterpiece hebat dan sangat cemerlang bagi genrenya.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pemasangan Self-Hosted Red Hat Virtualization Menggunakan Ruangan NFS

0

Pengenalan

Apakah itu Self-Hosted EngineSelf-Hosted Engine ialah satu persekitaran maya yang mana Red Hat Virtualization Manager (RHEVM) atau enjin, yang berjalan diatas Virtual Machine (VM) pada sistem fizikal yang diuruskan oleh Manager. VM ini dibuat sebagai sebahagian daripada konfigurasi hos, dan Manager kemudian dipasang serta dikonfigurasikan secara selari dengan proses konfigurasi hos. Kelebihan utama Self-Hosted Engine ini ialah ianya tidak memerlukan perkakasan yang banyak bagi melancarkan ‘instance‘ bagi RHEV yang bertindak sebagai Manager yang berjalan sebagai VM bukannya sebagai fizikal.

Tambahan pula, Manager disetkan sebagai Highly Available. Jika hos yang menjalankan VM Manager memasuki mod penyelenggaraan, atau gagal berfungsi secara tiba-tiba, VM akan berpindah secara automatik kepada hos lain dalam persekitaran. Hos yang berupaya menjalankan VM Manager ini dipanggil sebagai nod self-hosted engine. Dan sekurang-kurangnya dua nod self-hosted engine diperlukan bagi menyokong ciri High Availability.

Rajah berikut menunjukkan aliran kerja enjin bagi melancarkan self-hosted engine:

Keperluan Pemasangan:

Pastikan hos telah dikemaskini melalui ‘yum update’ dan reboot sebelum memulakan pemasangan.

Nota ringkasan perkataan:
Red Hat Virtualization – RHEV
Red Hat Virtualization Manager – RHEVM
Virtual Machine – VM


Prasyarat:

DNS

Pastikan anda telah menetapkan nama hos fqdn untuk hos dan enjin. Jika anda tidak mempunyai pelayan DNS yang telah dikonfigurasi dan anda hanya menggunakan RHEV pada satu pelayan, gunakan /etc/hosts. Berikut adalah contoh:

Host: 
Hostname: virthost.omghackers.net 
IP Address: 192.168.0.10/24

Engine: 
Hostname: engine.omghackers.net
IP Address: 192.168.0.11/24

Ruang Penyimpanan

Pastikan anda telah tetapkan titik lekap NFS untuk enjin dan VM. Jika anda tidak mempunyai ruangan pelayan NFS dan anda hanya menggunakan RHEV pada satu pelayan, anda boleh konfigurasikan pelayan NFS secara lokal dengan pelayan hos, seperti yang akan ditunjukkan dibawah.

Nota: UID/GID bagi 36:36 ialah vdsm:kvm yang akan dicipta apabila anda memasang RHEV. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu mewujudkan pengguna ini bagi NFS berfungsi.

Penyediaan Ruang Penyimpanan

Di sini kita akan menyediakan ruang storan NFS. Anda boleh gunakan storan lokal dan lekapkan ia terlebih dahulu. Ini ialah struktur ruang simpanan saya:


Sebagaimana yang anda dapat lihat, saya akan menggunakan 15TB ruang storan sebagai tempat pemasangan kepada enjin. Ianya adalah lebih mudah untuk mengkonfigurasi virtualisasi berskala kecil seperti ini di dalam ruang simpanan pelayan itu sendiri.
mount /dev/mapper/rhel_virthost-storage /storage
df -h
Penyediaan NFS
yum install -y nfs-utils
mkdir /storage/{engine,vms,iso}
chown 36:36 /storage/{engine,vms,iso}
cat > /etc/exports << EOF 
/storage/engine *(rw,sync)
/storage/vms *(rw,sync)
/storage/iso *(rw,sync)
EOF
systemctl start rpcbind.service && systemctl enable rpcbind.service
systemctl start nfs-server.service && systemctl enable nfs-server.service
Pastikan anda boleh lihat dan lekapkan dengan betul semua poin-poin lekapan.
showmount -e virthost.omghackers.net
Export list for virthost.omghackers.net:
/storage/engine *
/storage/vms *
/storage/iso *
mount virthost.omghackers.net:/storage/engine /mnt && umount /mnt
Nota: perintah lekapan di atas adalah ujian untuk memastikan anda dapat melekapkan /storage/engine sahaja. Anda tidak perlu lekapkan ia secara kekal kerana RHEV akan memastikan ia dilekapkan apabila perlu. Jika anda mendapat ‘access denied‘, sila gunakan perintah di bawah dan jalankan semula ujian lekapan, jika ia gagal mengesahkan pelayan NFS anda

systemctl restart nfs-server.service

Pemasangan

NTP

Ini bukan keperluan, tetapi adalah digalakkan untuk anda memastikan masa diselaras dengan betul:
yum install -y ntp
systemctl start ntpd && systemctl enable ntpd

Pastikan anda mendapat capaian pelayan NTP:
ntpq -p

Anda boleh masukkan pelayan NTP anda sendiri dalam /etc/ntp.conf jika diperlukan.

Apabila anda telah mengesahkan DNS dan NFS, pasangkan pakej dan repository yang diperlukan. Jika anda menggunakan CentOS, pasangkan repo EPEL dahulu. Jika anda gunakan RHEL, hidupkan repository.
CentOS 7

yum -y install epel-release
yum localinstall -y http://resources.ovirt.org/pub/yum-repo/ovirt-release41.rpm
yum install ovirt-hosted-engine-setup bind-utils screen
Untuk RHEL, pastikan anda telah melanggan dari Red Hat dan hidupkan repo seperti berikut:
RHEL 7

subscription-manager repos –enable=rhel-7-server-rhv-4.1-rpms 
–enable=rhel-7-server-rhv-4-mgmt-agent-rpms
yum update
yum install ovirt-hosted-engine-setup bind-utils screen
Sekarang semua prasyarat telah tersedia, sila sahkan DNS dan kemudian jalankan wizard self-hosted engine
screen
hosted-engine –deploy

Jawab soalan yang wizard kemukakan, pilih Static apabila ia meminta alamat bagi IP. Berikut ialah konfigurasi  saya:
–== CONFIGURATION PREVIEW ==–
Bridge interface : eth1
Engine FQDN : engine.omghackers.net
Bridge name : ovirtmgmt
SSH daemon port : 22
Firewall manager : iptables
Gateway address : 192.168.0.1
Host name for web application : virthost.omghackers.net
Host ID : 1
Image size GB : 25
Storage connection : virthost.omghackers.net:/storage/engine
Console type : vnc
Memory size MB : 4096
MAC address : 
Boot type : pxe
Number of CPUs : 2
CPU Type :
Please confirm installation settings (Yes, No)[No]: Yes
Sila tunggu pemasangan dijalankan, kemudian hosted-engine itu akan dimatikan, tunggu sehingga beberapa minit dan ia akan dihidup semula secara automatik. Selepas lebih kurang satu minit anda boleh sahkan status VM bagi hosted-engine yang dihoskan dengan menggunakan perintah berikut:
hosted-engine –vm-status

Mencipta ISO Domain

Sebelum anda mencipta VM, ISO Domain perlu dicipta terlebih dahulu.

Selepas semuanya sedia, anda boleh log masuk ke paparan antaramuka Administrative menggunakan pelayar web melalui alamaat fqdn. Jika anda tidak mempunyai fqdn, gunakan fail hos. Ia hanya boleh diakses menggunakan fqdn, bukan IP.

Username : admin
Password : kata laluan anda
Profile : internal
Ciptakan Data/NFS Domain baru dengan menekan menu “System -> Storage -> New Domain”:
Masukkan nama, dan Export pathExport path menggunakan /etc/exports:
virthost.omghackers.net:/storage/vms
Tekan Ok, ia akan bertukar kepada locked state. Tunggu sehingga konfigurasi selesai dijalankan.
Setelah diaktifkan, buat Domain baru. Pada domain type, pilih ISO dari dropdown menu.
Nota: Anda hanya boleh mempunyai satu ISO Domain bagi satu Data Center. Setelah anda mencipta ISO Domain, anda tidak akan dapat ciptakan ISO Domain yang baru.
Jika semuanya berjalan sepertimana yang dikehendaki, anda akan dapat lihat Data Domain (Master) dan ISO Domain yang telah dihidupkan dan diaktifkan:

Muat Naik ISO

Buat masa ini, tiada paparan antaramuka pengguna untuk muat naik ISO, jadi untuk memuat naik imej ISO anda perlu log masuk ke pelayan enjin dahulu, dan masuk ke direktori di mana anda simpan ISO, kemudian gunakan perintah berikut:

ovirt-iso-uploader upload -i iso CentOS-7.0-1406-x86_64-Minimal.iso
Nota arahan: ovirt-iso-uploader upload -i <iso_domain_name> <iso file>

Mencipta Mesin Virtual

Pada wakti ni sepatutnya semuanaya mampu berjalan dengan lancar dan anda bolehlah mula mencipta VM

Sebelum mencipta VM, anda mungkin hendak membuat Templates terlebih dahulu. Ia akan mempercepatkan penciptaan VM pada masa akan datang.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Ku Sangkakan Oksigen Sampai Ke Petang, Rupa-rupanya Karbon Monoksida Di Tengah Hari!

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Seperti tajuk di atas, OnePlus dikatakan mengambil maklumat pengguna. Betul ka?
Boleh teruskan membaca di bawah sambil mengunyah makanan. (Saya makan Roti Tampal+Milo Ais, mai la join sekali ?)

OnePlus, mempunyai reputasi yang baik dari segi harga dan keterbukaan mereka dalam pembangunan, tetapi syarikat itu sendiri telah membuat beberapa keputusan yang dipersoalkan di masa lalu berkenaan dengan bagaimana mereka mengendalikan data pengguna. Tanpa kita sedar, OxygenOS akan membocorkan IMEI (International Mobile Equipment Identity) kita ke rangkaian sewaktu peranti kita menyemak kemaskini. Syarikat ini dituduh mengumpul maklumat yang lebih sensitif, dikenal pasti oleh Penyelidik Keselamatan, Christopher Moore.

Sewaktu Hack Challenge tahun lalu, Moore menyertai acara tersebut dan beliau memutuskan menyiasat lalu lintas internet dari perantinya, iaitu OnePlus 2. Beliau mendapati bahawa telefonnya menghantar permintaan HTTPS (Hyper Text Transfer Protocol Secure) ke domain open.oneplus.net lalu mendekripsi data menggunakan kunci pada peranti dan dapat melihat semua yang dihantar kembali ke pelayan AWS OnePlus.

Beliau menganalisis apa maklumat yang dihantar ke domain ini dan mendapati OnePlus sedang mengumpul maklumat seperti skrin on, skrin off, buka kunci peranti, reboot tidak normal, nombor siri, IMEI (International Mobile Equipment Identity), nombor telefon, alamat MAC (Media Access Control), nama rangkaian mudah alih dan awalan IMSI (International Mobile Subscriber Identity), serta rangkaian wayarles ESSID (Extended Service Set Identification) dan BSSID (Basic Service Set Identifier).

Tetapi tidak berakhir di situ kerja mereka, kerana Moore mendapati bahawa OxygenOS juga mengumpul cap masa ketika ia membuka dan menutup aplikasi dan bahkan apa aktiviti yang sedang dibuka. ?

Moore cari-gali lagi dan menemui bahawa kod yang bertanggungjawab untuk pengumpulan data ini sebahagian daripada OnePlus Device Manager dan OnePlus Device Manager Provider yang terkandung dalam aplikasi sistem OPDeviceManager.apk.

Jadi, jika peranti anda tidak root, anda boleh menjalankan arahan ADB di bawah untuk melumpuhkan aplikasi sistem tersebut pada peranti OnePlus ampa.

pm uninstall -k –user 0 net.oneplus.odm

Ada tutorial mengenai cara untuk menubuhkan ADB dan jalankan arahan di atas boleh rujuk sini. Jika anda sudah root, lagi² root dengan Magisk, boleh pasang module ini.

Semua maklumat ini sekali lagi dihantar melalui HTTPS (Hyper Text Transfer Protocol Secure) supaya tidak dapat dipintas oleh orang lain. (dengan syarat ampa berada di rangkaian yang selamat)

Namun, ada yang masih lagi tertanya-tanya apa yang OnePlus nak buat dengan maklumat² tersebut. Penjelasan OnePlus mengenai di sebalik analisis yang mereka kumpulkan :

Kami dengan selamatnya menghantar analisis dalam dua aliran yang berbeza ke atas HTTPS (Hyper Text Transfer Protocol Secure) ke pelayan Amazon. Aliran pertama ialah analitik penggunaan, kami kumpulkan agar kami lebih tepat menala perisian kami mengikut tingkah laku pengguna. Transaksi aktiviti penggunaan boleh dimatikan dengan menavigasi ke Settings>Advanced>Join User Experience Program. Aliran kedua ialah maklumat peranti, kami kumpulkan untuk memberi sokongan selepas jualan yang lebih baik.

Perlu ingat, bahawa pengumpulan data ini hanya berlaku pada ROM OxygenOS sahaja. Jadi jika ampa pakai ROM yang berasaskan AOSP ka, LineageOS ka, atau mana² ROM yang tiada kaitan dengan OxygenOS, maka telefon ampa selamat dari perlombongan data. Kalau ROM lain, ermm taktau la hahaha. ?

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya cadangkan ampa baca catatan blog asal yang dimiliki oleh Encik Moore di bawah
Chris’s Security and Tech Blog

Jadi, apa pendapat ampa? Komen di bawah jika ada sebarang pertanyaan atau perbincangan mengenai isu ini. Adakah syarikat lain juga ada buat juga macam ni. ?

Sumber
XDA Developers

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

VPN Penipu: Log Dari PureVPN Membantu FBI Menahan ‘Cyberstalker’

1

Khamis lepas, Ryan S. Lin, 24, dari Newton – Massachusetts, ditahan kerana disyaki menjalankan jenayah pengintipan siber (cyber stalking) terhadap bekas teman sebiliknya, seorang wanita Massachusetts berusia 24 tahun, serta ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), Lin mula melakukan aktiviti jenayahnya bermula pada April 2016 dengan menggodam akaun dalam talian mangsa, mendapatkan gambar-gambar peribadinya, maklumat-maklumat sensitif mengenai sejarah perubatan dan seksual, serta lain-lain maklumat sulit.

Dalam afidavit FBI yang diterbitkan minggu lalu oleh DoJ, Lin dituduh mengintip dan mengganggu rakan-rakan dan bekas teman sebiliknya dalam talian serta menghindari dari polis tempatan menggunakan pelbagai perkhidmatan seperti TOR, VPN dan Textfree.

Bagaimana Lin Tertangkap?

Dakwaan Lin yang mengatakan bahawa beliau menggunakan kelengkapan anonimiti untuk melindungi identiti dirinya tetapi masih dapat ditangkap oleh pihak berkuasa telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang terutamanya dari pengguna.

Namun laporan afidavit dari ejen Jeffrey Williams terhadap jenayah yang dilakukan oleh Lin mempunyai jawapan kepada persoalan awam.

Menurut afidavit, Lin merupakan seorang pakar komputer – yang pernah mengambil jurusan sains komputer. Beliau didakwa telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyembunyikan identiti dan alamat IP, termasuk menggunakan TOR, VPN, servis-servis dan penyedia emel yang tidak menyimpan atau merekod sebarang log.

Lin telah melakukan gangguan dalam dan luar talian terhadap Jennifer Smith, untuk satu setengah tahun selepas mencuri nama pengguna dan kata laluan bagi beberapa akaun dalam talian Jennifer dari MacBook-nya, dan juga beberapa fail peribadi termasuk gambar dari iCloud dan akaun Google Drive.

Adalah perlu diingat bahawa tindakan Lin terhadap mangsanya banyak ditunjukkan secara fizikal. Dari situ, pihak berkuasa telah meletakkan beliau sebagai suspek utama dan bermula dari situ bukti-bukti mengenai jenayah yang dilakukan oleh Lin dijejak.

FBI telah memeriksa komputer yang pernah digunakan oleh Lin di bekas tempat kerjanya. Meskipun sistem operasi (Windows) telah dipasang semula, FBI berhasil mendapatkan data Google Chrome yang membuktikan Lin pernah membaca beberapa artikel tentang ancaman bom – yang pernah beliau lakukan sebelum ini. Mereka juga mendapati Lin telah mengakses akaun Gmail mangsa dan data tambahan menunjukkan beliau telah menggunakan servis VPN.

Dinyatakan lagi dalam afidavit, PureVPN, ialah servis VPN yang telah dipasangkan ke komputer tersebut.

Atas sebab itu, FBI mendapatkan kerjasama dari PureVPN untuk membantu menyelesaikan kes.

Secara signifikannya, PureVPN membantu mengesan servis mereka telah diakses oleh pelanggan yang sama dari dua alamat IP, iaitu dari rumah Lin dan juga syarikat perisian tempat Lin pernah bekerja dahulu.

Jika diteliti kembali polisi ‘NO LOGS‘ PureVPN, mereka menyatakan bahawa servis mereka akan menyimpan rekod bila seseorang pengguna disambungkan ke servis mereka dan berapa lama ia digunakan. FBI juga mendakwa PureVPN merekodkan alamat IP penggunanya. Dengan kombinasi beberapa maklumat inilah FBI berjaya mengumpulkan bukti bagi mendakwa Lin dalam jenayah yang dilakukan olehnya.

Benar, menangkap penjenayah seperti ini adalah sangat bagus, ianya adalah satu tindakan terpuji. Namun syarikat VPN yang telah mengumumkan secara jelas polisi privasi yang mengatakan bahawa mereka tidak akan sesekali memantau mahupun log sebarang aktiviti dari pengguna – telah secara jelas pula mengkhianati polisi tersebut.

Servis VPN penipu?

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ophcrack: Satu Alternatif Kepada Anda Yang Lupa Kata Laluan Windows

0

Ophcrack adalah program sistem operasi terbuka dan percuma (GPL licensed) yang memecahkan kata laluan log masuk Windows dengan menggunakan hash LM melalui jadual. Program ini mempunyai pelbagai ciri termasuk keupayaan untuk mengimport hash dari pelbagai format, termasuk membuang terus fail Security Account Manager (SAM) daripada sistem operasi Windows.

Corak godamannya berasaskan Rainbow Table dan ia mempunyai GUI yang mudah difahami serta dapat dijalankan pada platform yang berbeza..

Program Ophcrack dapat memecahkan kebanyakan kata laluan dalam masa beberapa minit sahaja. Ianya sangat berkesan kepada mereka yang lupa kata laluan pada komputer peribadi dan komputer skandal.

Ophcrack boleh didapati dalam bentuk Live CD yang boleh
digunakan untuk memecahkan kata laluan sistem operasi Windows. Ianya juga tersedia untuk sistem operasi lama seperti Windows XP dan untuk
Windows Vista serta Windows 7. Versi terbaru iaitu 3.7.0 menyokong sehingga ke sistem operasi terbaru iaitu Windows 10.

Cara penggunaannya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu boot melalui Ophcrack Live CD atau USB dan apabila ia mula boot, ia akan menjalankan fungsinya secara automatik. Sebaik saja kata laluan dapat dipecahkan, sila catitkan dan keluarkan Live CD atau USB itu tadi.

Lawati: Ophcrack

Views: 18

Iklan Newspaper Inline

Midbrain : Anatomi Otak Misteri Yang Menimbulkan Pelbagai Teori

0

Otak merupakan pusat pemproses bagi tubuh badan manusia. Sekiranya komputer mempunyai cip pemproses pusat, tubuh badan manusia dan haiwan di muka bumi ini pula memiliki otak sebagai pusat kawalan untuk keseluruhan sistem badan mereka. Sejak daripada zaman purba lagi, para saintis, ahli nujum, tabib malah jurutera telah melakukan kajian terhadap pelbagai anatomi manusia termasuklah otak. Kajian inilah yang telah menjadi asas pengetahuan perubatan moden. Tanpa eksperimen mereka, mungkin pada hari ini, kita akan masih memikirkan bahawa pusat pemikiran manusia adalah jantung dan bukan otak.

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita kenali dulu antara bahagian-bahagian asas otak dan fungsinya. Pada pandangan kasar, otak mempunyai lima (5) bahagian utama yang terbahagi kepada empat (4) LOBUS yang membentuk SEREBRUM dan satu (1) SEREBELUM pada bahagian bawah otak. Lobus-lobus otak ini dikenali sebagai lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal, dan lobus oksipital serta memproses maklumat yang berbeza dengan fungsi yang berbeza. Begitu juga dengan serebelum, ia juga memproses maklumat dan mempunyai fungsinya yang tersendiri, berbeza dengan keempat-empat lobus tadi.

Dari luar, otak kelihatan terbahagi kepada lima bahagian utama
Menerusi keratan rentas, serebelum kelihatan lebih jelas berserta anatomi dalaman otak
Secara ringkasnya, fungsi-fungsi otak anatomi asas ini ialah :
1) Serebrum
– Serebrum ialah bahagian otak yang paling luar. Bahagian inilah yang membezakan setiap manusia dari satu insan kepada insan yang lain. Ia bertanggungjawab dalam membentuk tingkahlaku, percakapan, kemahiran dan pelbagai lagi unsur-unsur kesedaran dan kewujudan manusia. Ia terbahagi kepada empat bahagian :
i. Lobus frontal
– melakukan proses dalam menyelesaikan masalah, kemahiran kognitif tahap tinggi, memori jangka pendek, penilaian dan fungsi motor.
ii. Lobus parietal
– menguruskan sensori, kemahiran motor halus seperti menulis dan juga posisi badan.
iii. Lobus temporal
– berfungsi dalam pendengaran dan memori jangka panjang.
iv. Lobus oksipital
– berfungsi dalam memproses stimuli visual terutamanya dalam mengenalpasti wajah, memproses gambar dan menerima maklumat daripada mata.
2) Serebellum
Serebellum juga dikenali sebagai otak kecil dan berfungsi dalam mengawal pergerakan automatik pada badan manusia. Ia menerima maklumat dari keseluruhan badan manusia dan memproses maklumat tersebut untuk koordinasi sistem tubuh badan. Kestabilan postur, koordinasi pergerakan dan kawalan sendi badan semuanya dikawal oleh bahagian yang kecil ini. Oleh sebab itulah juga ada yang menggelarkannya sebagai otak kecil.
Bahagian otak tengah
Di sinilah bahagian menarik bermula. Pada struktur dalaman otak pula, terdapat bahagian yang dikenali sebagai SISTEM LIMBIK. Sistem limbik terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu korpus kalosum, thalamus, hipothalamus, medulla oblongata dan juga kalenjar pineal. Lupakan yang lain dan fokus sahaja kepada kalenjar pineal. Kalenjar pineal merupakan bahagian yang menjadi tumpuan dalam artikel kali ini. Kalenjar pineal ini merupakan organ yang paling misteri di dalam perubatan neuro dan seringkali digelar sebagai MATA KETIGA kerana kedudukannya yang jauh di dalam otak dan berada pada bahagian tengah-tengah dahi sekiranya dilihat daripada hadapan di dalam gambar xray kepala. 
Kalenjar pineal bertindak dalam mengawal RITMA CIRCADIA iaitu sebuah kitaran selama 24 jam dalam jam biologi manusia. Ia bertindak seiring dengan waktu siang dan malam. Kerana itulah juga, sistem limbik pada otak manusia dikenali sebagai OTAK EMOSI. Ini kerana fungsi sistem ini yang sangat abstrak tetapi mempunyai kawalan dan kesan yang sangat besar terhadap keseluruhan badan manusia.
Zaman berlalu dan kegilaan teori konspirasi meletus. Penggila teori konspirasi sudah tentunya tidak melepaskan peluang untuk menggali jalan buntu saintis lama untuk dikaitkan dengan teori ciptaan masing-masing. Antara yang paling menjadi tumpuan sudah tentulah The All Seeing Eye. Pelbagai teori dan benih-benih ketakutan disebarkan. Mata ini dikaitkan pula dengan Eye of Horus dan dikatakan The All Seeing Eye adalah diilhamkan dari Eye of Horus.
All Seeing Eye

Eye of Horus
Eye of Horus sekali lagi dikaitkan pula dengan teori konspirasi lain iaitu Eye of Horus diilhamkan daripada sistem limbik otak. Dikatakan sistem limbik otak mengandungi rahsia kepada kuasa ketuhanan dan simbolnya digunakan meluas semasa zaman pemerintahan Firaun di Mesir. Dikatakan, firaun telah mendapat kekuasaan dan empayarnya kerana telah mampu menggunakan otak tengahnya dengan baik dan telah berjaya merungkai kuasa yang tersimpan pada otak manusia. 
Tidak ketinggalan juga pakar-pakar psikik yang mendakwa mereka juga telah berupaya menggunakan otak tengah mereka dan mampu memiliki kuasa telekinesis, telepati, hipnosis, dan kuasa luar biasa yang lain yang tidak ada pada manusia normal. Tak kurang juga ada yang membuka pusat pembelajaran untuk “membuka” otak tengah mereka. Di Malaysia juga, mereka tidak ketinggalan malahan ada pengasas pusat ini yang dengan berani mengaitkan pula teori ini dengan disaluti dan dipromosi dengan ayat-ayat berunsurkan ketuhanan dan Islamik.
Sehubungan dengan kewujudan golongan oportunis ini, pelbagai pihak telah melakukan justifikasi dan kajian terhadap dakwaaan ini. Pelbagai ujian berstruktur telah dibuat dalam persekitaran terkawal. Dan tidak mengejutkan kesemua individu dan pusat yang telah diuji ini telah gagal dalam ujian tersebut. Mereka sebenarnya hanya melakukan helah dan penipuan licik dan terancang. Apabila diuji dalam keadaan terkawal dan tanpa gangguan luar, mereka secara tiba-tiba “kehilangan” kuasa mereka.
Jadi? Adakah teori ini benar? Ataupun hanya sekadar penipuan dan jenaka kasar yang telah dicipta oleh seorang individu yang kebosanan di masa lapang mereka? Saya hanya menulis. Penilaian terletak pada jiwa pembaca. Sekian sahaja dari saya untuk kali ini.

Views: 23

Iklan Newspaper Inline