Ophcrack adalah program sistem operasi terbuka dan percuma (GPL licensed) yang memecahkan kata laluan log masuk Windows dengan menggunakan hash LM melalui jadual. Program ini mempunyai pelbagai ciri termasuk keupayaan untuk mengimport hash dari pelbagai format, termasuk membuang terus fail Security Account Manager (SAM) daripada sistem operasi Windows.
Corak godamannya berasaskan Rainbow Table dan ia mempunyai GUI yang mudah difahami serta dapat dijalankan pada platform yang berbeza..
Program Ophcrack dapat memecahkan kebanyakan kata laluan dalam masa beberapa minit sahaja. Ianya sangat berkesan kepada mereka yang lupa kata laluan pada komputer peribadi dan komputer skandal.
Ophcrack boleh didapati dalam bentuk Live CD yang boleh
digunakan untuk memecahkan kata laluan sistem operasi Windows. Ianya juga tersedia untuk sistem operasi lama seperti Windows XP dan untuk
Windows Vista serta Windows 7. Versi terbaru iaitu 3.7.0 menyokong sehingga ke sistem operasi terbaru iaitu Windows 10.
Cara penggunaannya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu boot melalui Ophcrack Live CD atau USB dan apabila ia mula boot, ia akan menjalankan fungsinya secara automatik. Sebaik saja kata laluan dapat dipecahkan, sila catitkan dan keluarkan Live CD atau USB itu tadi.
Lawati: Ophcrack