Midbrain : Anatomi Otak Misteri Yang Menimbulkan Pelbagai Teori

Otak merupakan pusat pemproses bagi tubuh badan manusia. Sekiranya komputer mempunyai cip pemproses pusat, tubuh badan manusia dan haiwan di muka bumi ini pula memiliki otak sebagai pusat kawalan untuk keseluruhan sistem badan mereka. Sejak daripada zaman purba lagi, para saintis, ahli nujum, tabib malah jurutera telah melakukan kajian terhadap pelbagai anatomi manusia termasuklah otak. Kajian inilah yang telah menjadi asas pengetahuan perubatan moden. Tanpa eksperimen mereka, mungkin pada hari ini, kita akan masih memikirkan bahawa pusat pemikiran manusia adalah jantung dan bukan otak.

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita kenali dulu antara bahagian-bahagian asas otak dan fungsinya. Pada pandangan kasar, otak mempunyai lima (5) bahagian utama yang terbahagi kepada empat (4) LOBUS yang membentuk SEREBRUM dan satu (1) SEREBELUM pada bahagian bawah otak. Lobus-lobus otak ini dikenali sebagai lobus frontal, lobus parietal, lobus temporal, dan lobus oksipital serta memproses maklumat yang berbeza dengan fungsi yang berbeza. Begitu juga dengan serebelum, ia juga memproses maklumat dan mempunyai fungsinya yang tersendiri, berbeza dengan keempat-empat lobus tadi.

Dari luar, otak kelihatan terbahagi kepada lima bahagian utama
Menerusi keratan rentas, serebelum kelihatan lebih jelas berserta anatomi dalaman otak
Secara ringkasnya, fungsi-fungsi otak anatomi asas ini ialah :
1) Serebrum
– Serebrum ialah bahagian otak yang paling luar. Bahagian inilah yang membezakan setiap manusia dari satu insan kepada insan yang lain. Ia bertanggungjawab dalam membentuk tingkahlaku, percakapan, kemahiran dan pelbagai lagi unsur-unsur kesedaran dan kewujudan manusia. Ia terbahagi kepada empat bahagian :
i. Lobus frontal
– melakukan proses dalam menyelesaikan masalah, kemahiran kognitif tahap tinggi, memori jangka pendek, penilaian dan fungsi motor.
ii. Lobus parietal
– menguruskan sensori, kemahiran motor halus seperti menulis dan juga posisi badan.
iii. Lobus temporal
– berfungsi dalam pendengaran dan memori jangka panjang.
iv. Lobus oksipital
– berfungsi dalam memproses stimuli visual terutamanya dalam mengenalpasti wajah, memproses gambar dan menerima maklumat daripada mata.
2) Serebellum
Serebellum juga dikenali sebagai otak kecil dan berfungsi dalam mengawal pergerakan automatik pada badan manusia. Ia menerima maklumat dari keseluruhan badan manusia dan memproses maklumat tersebut untuk koordinasi sistem tubuh badan. Kestabilan postur, koordinasi pergerakan dan kawalan sendi badan semuanya dikawal oleh bahagian yang kecil ini. Oleh sebab itulah juga ada yang menggelarkannya sebagai otak kecil.
Bahagian otak tengah
Di sinilah bahagian menarik bermula. Pada struktur dalaman otak pula, terdapat bahagian yang dikenali sebagai SISTEM LIMBIK. Sistem limbik terbahagi kepada lima (5) bahagian iaitu korpus kalosum, thalamus, hipothalamus, medulla oblongata dan juga kalenjar pineal. Lupakan yang lain dan fokus sahaja kepada kalenjar pineal. Kalenjar pineal merupakan bahagian yang menjadi tumpuan dalam artikel kali ini. Kalenjar pineal ini merupakan organ yang paling misteri di dalam perubatan neuro dan seringkali digelar sebagai MATA KETIGA kerana kedudukannya yang jauh di dalam otak dan berada pada bahagian tengah-tengah dahi sekiranya dilihat daripada hadapan di dalam gambar xray kepala. 
Kalenjar pineal bertindak dalam mengawal RITMA CIRCADIA iaitu sebuah kitaran selama 24 jam dalam jam biologi manusia. Ia bertindak seiring dengan waktu siang dan malam. Kerana itulah juga, sistem limbik pada otak manusia dikenali sebagai OTAK EMOSI. Ini kerana fungsi sistem ini yang sangat abstrak tetapi mempunyai kawalan dan kesan yang sangat besar terhadap keseluruhan badan manusia.
Zaman berlalu dan kegilaan teori konspirasi meletus. Penggila teori konspirasi sudah tentunya tidak melepaskan peluang untuk menggali jalan buntu saintis lama untuk dikaitkan dengan teori ciptaan masing-masing. Antara yang paling menjadi tumpuan sudah tentulah The All Seeing Eye. Pelbagai teori dan benih-benih ketakutan disebarkan. Mata ini dikaitkan pula dengan Eye of Horus dan dikatakan The All Seeing Eye adalah diilhamkan dari Eye of Horus.
All Seeing Eye

Eye of Horus
Eye of Horus sekali lagi dikaitkan pula dengan teori konspirasi lain iaitu Eye of Horus diilhamkan daripada sistem limbik otak. Dikatakan sistem limbik otak mengandungi rahsia kepada kuasa ketuhanan dan simbolnya digunakan meluas semasa zaman pemerintahan Firaun di Mesir. Dikatakan, firaun telah mendapat kekuasaan dan empayarnya kerana telah mampu menggunakan otak tengahnya dengan baik dan telah berjaya merungkai kuasa yang tersimpan pada otak manusia. 
Tidak ketinggalan juga pakar-pakar psikik yang mendakwa mereka juga telah berupaya menggunakan otak tengah mereka dan mampu memiliki kuasa telekinesis, telepati, hipnosis, dan kuasa luar biasa yang lain yang tidak ada pada manusia normal. Tak kurang juga ada yang membuka pusat pembelajaran untuk “membuka” otak tengah mereka. Di Malaysia juga, mereka tidak ketinggalan malahan ada pengasas pusat ini yang dengan berani mengaitkan pula teori ini dengan disaluti dan dipromosi dengan ayat-ayat berunsurkan ketuhanan dan Islamik.
Sehubungan dengan kewujudan golongan oportunis ini, pelbagai pihak telah melakukan justifikasi dan kajian terhadap dakwaaan ini. Pelbagai ujian berstruktur telah dibuat dalam persekitaran terkawal. Dan tidak mengejutkan kesemua individu dan pusat yang telah diuji ini telah gagal dalam ujian tersebut. Mereka sebenarnya hanya melakukan helah dan penipuan licik dan terancang. Apabila diuji dalam keadaan terkawal dan tanpa gangguan luar, mereka secara tiba-tiba “kehilangan” kuasa mereka.
Jadi? Adakah teori ini benar? Ataupun hanya sekadar penipuan dan jenaka kasar yang telah dicipta oleh seorang individu yang kebosanan di masa lapang mereka? Saya hanya menulis. Penilaian terletak pada jiwa pembaca. Sekian sahaja dari saya untuk kali ini.
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x