Cara Menggunakan Flatpak
Contoh:
flatpak install flathub com.discord.Discord
Contoh:
flatpak run com.discord.Discord
Anda boleh gunakan kekunci tab jika lupa command. Jangan lupa gunakan –help.
Itu sahaja untuk entri kali ini.
Views: 2
Anda boleh gunakan kekunci tab jika lupa command. Jangan lupa gunakan –help.
Itu sahaja untuk entri kali ini.
Views: 2
Telah beberapa minggu berlalu sejak Ubuntu 17.10 dilepaskan. Buat para veteran Linux, mereka sudah tahu apa yang patut dilakukan setelah siap memasang.
Namun buat pemula, pasti akan tertanya-tanya dari mana hendak mula. Atas sebab itu, artikel ini menyusul bagi membantu pemula ‘menyiapkan’ sistem operasi mereka ke tahap optimum.
Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 17.10 (Artful Aardvark)
sudo apt install ubuntu-restricted-extras
xhost si:localuser:root
sudo apt install gnome-tweak-tool
Views: 2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Ubuntu.
Ini bukan you buntu tau, tapi Ubuntu dan saya nak habaq pasal versi 17.10.
Nama haiwan bagi versi ini ialah Artful Aardvark.

Inovasi seperti HUD (head-up display), menu global, menu bunyi, memberitahu-osd, dan banyak lagi ciri desktop Unity yang ampa suka tu sudah tiada. Tapi tapi, ada la beberapa di antaranya mempunyai penggantian analog (seperti pengawalan suara, sistem pemberitahuan) tetapi yang lain tidak (seperti HUD).
Ubuntu 17.10 ini menggunakan dua panel susun atur iaitu ketinggian menegak penuh dock terdapat di sebelah kiri (ini boleh ubah kedudukan) dan bar atas tu.
Ubuntu Dock
Ubuntu Dock baru mempunyai task manager dan pelancar aplikasi yang tinggal sekali di sini. Ia menunjukan aplikasi yang telah dibuka dengan penunjuk dot dan boleh pin kan sebagai aplikasi kegemaran.
Dock tersebut juga global di mana ia memaparkan ikon/aplikasi dari semua Workspaces tak kisah mana satu Workspace yang anda lihat.
Kedua² Ubuntu Dock dan bar atas tu merupakan separa telus, di mana ia menambahkan pandangan visual yang menarik. Ciri ketelusan dinamik akan menjadikan kedua² dock dan bar atas jadi lebih gelap, menjadikan kandungan label panel lebih mudah dibaca di latar depan.
Walaupun tiada tingkah laku lalai, tapi ampa boleh sorok dock tersebut secara automatik untuk melihat pandangan lebih luas. Boleh pi kat tetapan ini Settings > Dock dan on slide Autohide.
Activities dan Workspaces
Kawasan desktop utama kekal sebagai ruang yang boleh digunakan di mana ampa boleh letak ikon, folder dan fail.
Tiada lagi app menu global, tapi ada sesetengah aplikasi meletakkan menu kecil di bar atas yang mengandungi nama aplikasi dan app Menu tersebut mengandungi butang ‘quit’.
Jika ada aplikasi yang ampa letak bawah, bila tekan fungsi atas akan keluar semua. Ampa boleh gunakan fungsi tersebut dengan menekan butang papan kekunci Start atau klik perkataan Activities pada penjuru bar atas, sebelah kiri.
Oh ya, dekat Windows 10 pun ada juga tau benda ni, nama dia Task View. ?
Gambar Keseluruhan Aplikasi
Untuk dapatkan ciri ini, hanya tekan dot-grid dekat penjuru bawah kiri ampa. Ia disusun mengikut huruf dan jika ampa scroll dia akan ke page yang lain.
Ampa boleh lancarkan aplikasi dengan klik aplikasi tersebut, atau pilih dengan papan kekunci lalu tekan Enter atau pun sentuh saja ia (untuk yang ada skrin sentuh la ?)
Kalau cari tak jumpa atau malas nak scroll, ampa tulis aplikasi yang ampa nak tu dekat ruang pencarian dekat atas tu. Tapi dengan syarat aplikasi tu ampa dah pasang la. ?
Lihat dan Rasa serta Hayatilah ehhh ?
Ubuntu 17.10 ini masih lagi menggunakan tema Ambiance GTK dan set ikon Ubuntu Mono Dark.
Kalau ampa perasan, butang windows (yang ada tutup, besar dan sorok tu) pada Ubuntu 17.10 ni macam Windows kan? Sebab dia dok belah kanan. Kalau tak suka, ampa boleh tukar balik. ? Kalau nak tukar, masuk Tweak>Windows>Titlebar Buttons.
Tak syok satu ja, kenapa warna butang Create tu hijau? Kata guna tema Ambiance? ? Ni bukan ralat, memang depa buat macam tu la geng. ?
GDM3 (GNOME Display Manager 3) mengambil alih log masuk dan kunci dari LightDM dan Unity Greeter.
Skrin kunci ni ambik masa sikit nak guna sebab kena tekan kekunci untuk masuk bahagian masuk kata laluan, tengok gambar kat bawah. Selain tekan kekunci, boleh klik dan heret ke atas ataupun jika anda ada skrin sentuhan, boleh heret ke atas (yang ni best hahaha). Jika ampa perasan, Windows pun lebih kurang macam ni kan? ?
App Tetapan Baru
App System Settings yang lama takda masalah, cuma sedikit tidak konsisten. Tapi versi baru ni, reka bentuk centric bar sisi ni nampak kemas lagi kan? Pelbagai panel penetapan yang terkandung di dalam aplikasi juga telah diuji semula untuk mengikuti susun atur dan corak yang sama.
Aplikasi Dikemaskini dan Baru
Pengenalan GNOME Shell pada desktop ini merupakan perubahan yang paling ketara dalam Ubuntu 17.10 ni, tapi terdapat beberapa kemas kini app utama dan juga penambahbaikan lain².
Dalam Ubuntu, terdapat versi terkini aplikasi utama, iaitu Firefox 56 untuk melayari web, Thunderbird untuk e-mel dan LibreOffice yang terkini serta RhythmBox untuk mainkan muzik dan menguruskan koleksi muzik ampa.
App Kalender pula mengintegrasikan dengan baik dengan Message Tray, malah aplikasi itu sendiri kini menyokong penciptaan dan penyuntingan peristiwa berulang.
Jika ampa guna Wi-Fi awam percuma, anda pasti hargai usaha untuk meningkatkan keupayaan pengesanan portal.
Unity 7
Tabahlah kerana ia hilang dari imej muat turun tapi ampa boleh pasang ia kembali di Ubuntu 17.10 jika ampa merinduinya. ?
Sekiranya ampa naik taraf dari pelepasan yang lebih awal, iaitu Ubuntu 17.04, Unity akan tetap dipasang tapi ampa kena pilih sesi Unity dari skrin masuk untuk tukar tau.
Ubuntu Telah Buang Muat Turun 32-bit
Ubuntu 17.10 hanyalah tersedia untuk dimuat turun sebagai imej 64-bit.
Jika ampa tersangkut pada peranti 32-bit, ampa boleh naik taraf daripada pelepasan sebelum ini (seperti Ubuntu 17.04 32-bit) tetapi untuk melaksanakan pemasangan baru, ampa perlu menggunakan pemasangan minimum atau bersih .iso dan mengambil keseluruhan distro secara manual.
Perubahan ini tidak menjejaskan rasa Ubuntu, jadi ampa boleh tukar kepada yang lebih ringan seperti Ubuntu MATE.
Aardvark Juga Mempunyai Sendiri Bahagian ‘Ard
Walaupun usaha yang terbaik buat GNOME seperti Unity, mungkin terdapat pilihan aneh pada pameran.
Sebagai contoh, bukannya meletakkan butang “Aplikasi” di bahagian atas Ubuntu Dock (untuk membuat analog ke butang Dash dalam Unity Launcher), Ubuntu telah meletakkannya di bahagian bawah dock, di bahagian bawah skrin, daripada jangkauan, hampir tidak perasan kewujudan benda tu. ?
Mengurus workspace jauh lebih intuitif berbanding di bawah Unity (walaupun tiada jalan pintas kekunci yang tidak dapat dibetulkan) dan UI (antaramuka pengguna) sering terasa agak lembap untuk bertindak balas terhadap klik (walaupun ini adalah lebih banyak masalah persepsi kerana animasi GNOME yang perlahan).
App Amazon pula yang takda sapa (rasanya la) yang mintak masih lagi datang sebelum dipasang dan disematkan pada pelancaran desktop. Di sisi positif, ia memuat dalam penyemak imbasan lalai dan bukannya bingkai tingkap.
Nak muat turun macam mana?
Kalau nak muat turun, boleh klik pautan bawah ni
Muat Turun Ubuntu 17.10 (64-bit)
Ni saya belanja lagi gambar² Ubuntu 17.10.
Tak perlu nak pasang Tweak GNOME ni kerana dah ada siap² dalam ni. Tapi ada fungsi dalam ni memerlukan fail lanjutan untuk berfungsi.
Kalau ampa tekan dekat ikon (contoh gambar aplikasi Chrome) tu, akan keluar pratonton aplikasi tersebut.
Views: 2
Kemaskini pada pelayar sesawang kegemaran ramai iaitu Chrome Browser for Android ini sentiasa hadir dengan ciri-ciri baru. Daripada kemaskini paparan muka, kepantasan, kestabilan dan penambahan fungsi baru. Namun begitu, masih terasa ketara perbezaan pada pelayar sesawang ini di antara versi desktop dan versi android. Fungsi yang dimaksudkan ialah kebolehan untuk melihat senarai kata laluan anda yang disimpan pada akaun Google anda untuk laman sesawang kegemaran.
Sebelum ini, fungsi ini hanya dimiliki oleh versi desktop. Untuk pengguna android pula, anda perlu melayari alamat sesawang pada akaun Google anda. Tidak cukup dengan itu, anda perlu memasukkan semula kata laluan akaun Google anda dan menunggu pengesahan pula sekiranya anda mengaktifkan fungsi pengesahan 2 faktor pada akaun Google anda. Sangat merumitkan bukan?
Cabaran di alaf modenisasi ini antaranya adalah cabaran untuk mengingati terlalu banyak perkara. Anda mengejar masa, tanggungjawab, dan ada di antara kita melakukan dua hingga tiga kerja pada masa yang sama. Dengan lambakan kata laluan yang perlu diingati pula, menambahkan lagi tekanan pada pengguna. Harus diingat, menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun adalah sangat berbahaya.
Menyedari masalah ini, Google akhirnya telah akur pada permintaan pengguna dan menawarkan kebolehan untuk melihat senarai kata laluan yang telah disimpan pada akaun Google anda. Lebih baik lagi, anda boleh melihatnya walaupun tanpa sambungan internet. Harus diingat, atas faktor keselamatan, anda perlu menggunakan kunci skrin pada telefon pintar anda jika ingin mendapatkan fungsi ini. Ini demi menjamin privasi dan keselamatan data peribadi anda.
Langkah-langkah untuk melihat senarai kata laluan anda sangat mudah :
1. Buka Chrome dan tekan pada 3 titik di bucu kanan atas Chrome.
2 . Pilih pada “Settings”.
3. Pilih ” Save passwords”.
4. Di sini anda boleh melihat senarai kata laluan anda yang telah disimpan.
*nota : kata laluan hanya akan disimpan dan dapat dilihat pada Chrome for Android sekiranya anda telah memilih “On” pada pilihan “Save passwords”.
Jadi, apa tunggu lagi? Kemaskini lah Chrome anda hari ini. Apakah pandangan pembaca untuk fungsi ini? Adakah bermanfaat atupun berbahaya? Itu sahaja perkongsian dari saya pada kali ini. Selamat mencuba!
Like Facebook page kami di sini. Like, komen dan kongsi artikel ini untuk lebih banyak lagi artikel di masa akan datang.
Views: 2
Amazon Key merupakan salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Amazon bersama-sama dengan produk Amazon Cloud. Secara ringkas, Amazon key membolehkan staff perkhidmatan Penghantaran Amazon membuka pintu Rumah seseorang untuk menghantar barang yang telah dibeli melalui Amazon.
![]() |
| Staff Amazon sedang mengimbas kod bar. |
Apabila staff Amazon sampai ke rumah pelanggan tersebut , staff tersebut akan mengimbas kod bar pada pakej tersebut seterusnya menghantar maklumat kepada Amazon. Sekiranya alamat pada pakej tersebut tepat , Amazon Cloud akan membenarkan kamera Cloud Camera untuk mula merakam bahagian pintu sementara staff pula akan menerima pengesahan pada peranti mereka. Pintu anda akan terbuka apabila menerima isyarat dari Cloud Camera ke kunci pintu pintar.
![]() |
| Kamera Amazon Cloud dari bawah menghadap pintu masuk rumah. |
Sistem dan perkhidmatan ini boleh dimiliki denga harga 249.99 USD , termasuk kunci pintu pintar dan kamera Amazon Cloud.
Maklumat lanjut boleh didapati dalam video ini.
Views: 2
Assalamualaikum, kembali lagi kita dalam siri tutorial Linux.
Hari ni kita akan mempelajari cara membaiki Grub, dan melakukan konfigurasi Dual Boot antara Windows dan Linux dengan baik.
Ramai yang menghadapi masalah grub samada tersalah kemaskini, tersalah konfigurasi, atau grub yang rosak dan putus asa dalam membaikinya kerana tidak memahami asas direktori dalam satu-satu sistem. Harini saya akan kupas sedikit dan menerangakan panduan bagaimana hendak membuat konfigurasi dengan betul supaya anda tidak perlu membuat menu secara manual bagi Windows – Linux Dual Boot atau merisikokan Grub anda rosak.
Perkara yang pertama ialah perlu difahami bagaimana Legacy atau UEFI berfungsi. Legacy ialah cara boot tradisional yang mana sistem dimulakan dengan membaca sektor pertama dari hardisk. Anda tidak perlu set apa-apa lekapan, pemasangan adalah lurus. Manakala UEFI pula sistem dimulakan dengan memuaturun fail program dari format .efi didalam partisi hardisk.
Komputer moden kebanyakannya menggunakan mod UEFI, lebih panjang dan lebih banyak ciri tambahan.
Dapatkan medium Live ISO dan boot masuk kedalam Live. Anda bebas menggunakan Ubuntu, Fedora, CentOS, Arch Linux, atau mana-mana jenis Linux yang ada medium Live mengikut kemudahan kerana kita ingin chroot ke persekitaran dalaman bukannya persekitaran Live.
Kenalpasti partisi EFI terlebih dahulu sebelum memulakan pemasangan Grub.
Tips: Cari partisi yang berformat FAT32 bagi mendapatkan kepastian kedudukan EFI Windows
Bagi memudahkan pemahaman, contoh diatas adalah dari hardisk laptop saya yang mana partisi format FAT32 adalah partisi /dev/sda1 (WinDrv), bukannya /dev/sda3 (Windows).
Selalunya partisi EFI berada pada kedudukan pertama dalam susunan. Kemudian lekapkan titik partisi.
su –
mount /dev/mapper/camtono-root /mnt (atau mount /dev/camtono/root /mnt)
mount /dev/sda4 /mnt/boot
mount /dev/sda1 /mnt/boot/efi
ls /boot/efi
Gambar diatas ialah senarai direktori /dev/sda1. Terdapat direktori EFI dan didalamnya terdapat direktori Microsoft. Hal ini tak semestinya sama bagi semua orang. Ini hanyalah cara mudah, ringkas, “idiot proof” yang paling mudah difahami.
WARNING: Jangan sesekali format partisi tersebut kerana ia akan menghapuskan Windows Boot.
Cara lekapan tersebut adalah berdasarkan LVM, jika anda menggunakan partisi tradisional, lekapkan saja partisi root anda seperti biasa, diikuti partisi boot jika ada, kemudian partisi EFI.
Sah, /dev/sda1 terdapat Windows EFI.
Selalunya bila terdapat masalah pada Grub, kita akan kemaskini semula konfigurasi Grub atau memasang semula kemudian kemaskini Grub.
Pastikan semua titik partisi telah dilekapkan dengan betul seperti prasyarat diatas. Kemudian chroot dari Live kedalam persekitaran dalaman.
Fedora Live / Ubuntu Live
chroot /mnt
Arch Linux Live
arch-chroot /mnt
Kemudian pasangkan Grub dan kemaskini konfigurasi.
Fedora
grub2-install /dev/sda
grub2-mkconfig -o /boot/grub2/grub.cfg
Ubuntu
grub-install /dev/sda
update-grub
Berbeza dengan distro lain, Arch Linux tidak memerlukan direktori /boot atau /boot/efi, jadi lekapan partisi EFI hanyalah bagi mencukupkan syarat untuk mencipta menu boot.
Arch Linux
grub-install /dev/sda
atau
grub-install /dev/sda –efi-directory=/boot/efi
Anda tidak perlu lagi risau samada berjaya atau tidak Grub mengesan Windows anda sekiranya partisi EFI Windows anda dilekapkan dengan betul. Grub akan mencipta sendiri menu tersebut jika terdapat kehadiran Windows EFI boot didalam direktori tersebut.
Sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah hubungi secara terus diFacebook atau diruangan komen portal dibawah.
Views: 1
Assalamualaikum warahmatullah.
Bertemu kembali kita dalam tutorial Linux. Hari ini saya akan menerangkan asas pembahagian ruangan storan Linux.
Dalam Linux terdapat satu framework pemetaan storan yang dikenali dengan nama Logical Volume Management atau disingkatkan dengan LVM. Konsep pemetaan LVM pada kernel Linux dilakukan dengan memetakan block device fizikal kepada block device maya. Tak faham? Dalam kata orang awam, LVM menjadikan hardisk anda kepada storan maya.
Jadi dalam artikel ini saya akan menjelaskan pengenalan umum konsep dasar yang mempunyai banyak manfaat berbanding partisi biasa. Sebelum mula, saya akan terangkan sedikit konsep asas supaya mudah difahami ketika membuat LVM nanti.
LVM terdiri daripada 3 struktur.
1. Physical Volume (PV)
PV ialah ruang fizikal yang merupakan blok perkakasan seperti hardisk, iscsi, dan lain-lain yang bersifat ruangan storan sinonim dengan cakera. Setiap pecahan blok mampu dijadikan Physical Volume.
2. Volume Group (VG)
VG adalah gabungan dari beberapa PV diatas menjadi satu atau lebih VG. VG ini akan kita pecahkan kepada Logical Volume (LV) yang mana saiz kapasiti bergantung kepada jumlah keseluruhan VG.
3. Logical Volume (LV)
LV adalah pecahan maya yang dihasilkan daripada VG. Dengan terhasilnya LV, anda boleh setkan format partisi sistem fail perkakasan anda kepada ext4, xfs, ntfs, dan sebagainya mengikut keperluan.
Masih keliru? Lihat gambar penjelasan gambar dibawah.
![]() |
| Sumber Ihsan Google |
(dari bawah ke atas) Anggapkan Physical Volume (PV) ialah hardisk anda. PV digabungkan menjadi satu Volume Group (VG) maya yang besar dan kemudiannya terhasil Logical Volume (LV) yang merupakan partisi yang akan digunakan untuk pemasangan Sistem Operasi atau ruangan simpanan dan lain-lain.
Jadi, apa bezanya LVM dengan partisi biasa? Bukankah sama saja pada akhirnya membentuk partisi juga? Sebenarnya berbeza tuan-tuan.
Antara kelebihan ketara yang ada pada LVM ialah:
1. Jika anda mempunyai lebih dari satu hardisk, LVM mampu menambahkan saiz ruangan lebih dari saiz satu hardisk: saiz tidak dihadkan pada satu hardisk tapi jumlah keseluruhan saiz.
2. Tidak perlu mematikan titik lekap (un-mount) terlebih dahulu jika melalukan perubahan saiz. Oleh itu, ia tidak mengganggu proses yang berjalan pada partisi tersebut. Berbeza dengan partisi yang tidak menggunakan LVM yang perlu kepada proses mematikan titik lekapan (umount) yang mana jika terdapat proses yang menggunakan partisi tersebut haruslah dimatikan terlebih dahulu. Kesan yang lain lihat poin 3.
3. Mengurangkan kesukaran sekiranya titik partisi berada pada blok yang berlainan. Contohnya kita telah pecahkan partisi normal kepada 6, sda1, sda2, sda3. sda4, sda5 dan sda6. Terdapat sistem windows sda1, simpanan windows sda2, linux sda3 dan swap sda4, storan linux pada sda5. Blok sda6 dan seterusnya tidak digunakan dan kita ingin bawa lebihan ruang tersebut menjadikan sda2 lebih besar. Untuk membawa blok tersebut kedepan, sistem haruslah mengubah blok sebelumnya dengan mengubah saiz partisi satu persatu terlebih dahulu bermula dengan sda5, sda4 dan seterusnya dan ini mengambil masa berjam-jam. Cara paling cepat adalah menghapuskan semua partisi tersebut termasuklah sistem linux. Jika menggunakan LVM, masalah ini tidak akan berlaku. Kita berupaya mengubah saiz mana-mana partisi tanpa melalui kesukaran diatas.
4. LVM mampu melakukan partisi yang lebih banyak yang mana terdapat had kepada partisi biasa.
5. Mampu membuat backup dengan menggunakan keupayaan Snapshot, ini adalah salah satu ciri unik yang hanya ada pada LVM. Snapshot berfungsi hampir dengan backup yang mana partisi LVM kita boleh bekukan dan kuncikan sehingga terdapat masalah atau kehilangan data, kita dapat kembalikan menggunakan snapshot terakhir sebelum berlakunya kejadian.
6. LVM mempunyai sokongan High Availability yang boleh bertindak sebagai ruang penyimpanan perkongsian contohnya model cluster yang memanfaatkan DRBD yang menghubungkan antara nod. Cluster ini bertindak tanpa perlu memaklumkan kernel mengenai partisi baru yang telah dibuat, dengan syarat LVM ini perlulah disetkan pada VG dan lumpuhkan LV terlebih dahulu.
![]() |
| Partisi Tradisional |
Sukar dipastikan dimana partisi Linux, dimana partisi Windows dan bagaimana untuk menggabungkan partisi.
![]() |
| Partisi LVM |
Lebih mudah difahami kedudukan partisi, tujuan partisi, dan lebih mudah menguruskan partisi.
Dengan kelebihan yang diterangkan diatas, bergantung kepada tujuan yang kita ingin lakukan pada sistem kita, saya yakin ianya menjadi faktor penting samada pemasangan kita sistem kecil atau besar. Kedua-duanya mampu memanfaatkan kelebihan yang ada pada LVM.
Secara personal, saya lebih suka menggunakan LVM pada laptop saya 🙂
Nantikan tutorial seterusnya cara melakukan LVM pada partisi.
Views: 4
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita, kali ni mengenai Wallpaper Google Pixel/2.
Bak kata orang, tak dapat beli seketul Pixel/2 tu, dapat guna wallpaper, launcher dia pun jadi la kan?
Boleh la rasa ‘ala²’ Pixel/2 hahaha. ?
Tak pasti kalau peranti yang lain ok ke tak guna, macam saya cuba dekat OnePlus 5 (launcher asal dan Nova Launcher) berfungsi dengan baik tapi dengan syarat peranti anda versi Android 6.0 Marshmallow dan ke atas lah. ? Tapi malang bagi processor lain seperti Exynos, Kirin, MediaTek, Intel dan AMD kerana benda ni boleh pakai dekat Snapdragon sahaja. Tapi nak cuba boleh ja. ?
Ok cakap banyak watpa, sebab pasti ampa tak sabaq nak cuba kan? Ok sedut .apk tersebut dekat pautan di bawah ni :
Proses pemasangan?
Saya belanja gambar dan video mengenai Wallpaper Google Pixel/2. ?
Views: 4
Dalam dunia IT yang semakin rancak ini, hampir kesemua tugasan memerlukan komputer peribadi untuk disempurnakan. Pelbagai tugas memerlukan kita menggunakan komputer samada untuk menyimpan rekod, menghasilkan produk, mahupun untuk menyempurnakan tugasan harian seperti memantau tahap kecergasan ataupun memindahkan gambar daripada peranti kepada simpanan mudah alih.
Ini memerlukan sistem anda supaya sentiasa berada dalam keadaan stabil dan selamat kerana ia banyak menyimpan data dan maklumat peribadi anda. Malahan, daripada data-data dan maklumat ini, ada yang sangat sulit dan bersifat peribadi. Sudah tentulah anda tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kesusahan anda.
Berbagai cara yang digunakan oleh samseng dan pengganas siber ini untuk mencuri data anda dan merosakkan kestabilan sistem komputer anda bagi mendapatkan apa yang mereka mahukan. Apabila data ini jatuh ke tangan mereka, maka keselamatan dan privasi anda akan terancam. Mereka mungkin mengugut anda dengan tebusan data yang dicuri mereka. Ataupun, mereka akan menyebarkan terus atas sebab-sebab tertentu.
Antara langkah keselamatan yang biasanya diambil dan disyorkan oleh pakar keselamatan IT ialah dengan memasang antivirus pada komputer anda untuk menghalang kecurian data dan kerosakan sistem ini daripada berlaku. Perlindungan premium antivirus pula ditawarkan dengan tanda harga yang turut sama premium. Perlindungan premium lebih menyeluruh dan selamat berbanding dengan perlindungan percuma yang lebih asas dan tidak mencukupi.
Atas sebab ini, ramai pengguna yang memilih untuk mencetak rompak perlindungan antivirus premium bagi mendapatkan perlindungan premium tetapi pada harga percuma. Persoalannya, adakah perbuatan mencetak rompak antivirus premium ini benar-benar selamat dan memberikan anda perlindungan sama seperti antivirus yang dibeli secara sah? Adakah penggunaan antivirus premium cetak rompak ini tidak mempunyai risiko?
RISIKONYA? Aplikasi keygen tersebut mungkin berupaya menghasilkan nombor siri yang legit, tetapi pada coding aplikasinya, mungkin telah dimasukkan dengan kod hasad. Apabila anda menggunakan keygen tersebut, ia mungkin akan meminta kebenaran sistem anda untuk melakukan pemasangan. Apabila anda memberikan kebenaran, anda berjaya memperoleh nombor siri untuk antivirus anda, tetapi sebagai galang ganti, anda telah memberikan kunci rumah anda kepada pembina keygen tersebut.
2. CRACK PATCHER
Crack patcher secara asasnya lebih mudah digunakan berbanding keygen. Anda cuma perlu menjalankan aplikasi ini ataupun memasang patch pada komputer anda. Ia bertindak dengan melakukan perubahan pada perisian antivirus itu sendiri pada lokasi akar ataupun mungkin pada perisian itu sendiri. Selalunya, pencipta aplikasi patcher akan memerlukan anda untuk menyahaktifkan fungsi perlindungan pada antivirus anda bagi membolehkan perisian antivirus tersebut diubahsuai.
RISIKONYA? Anda telah menyahaktif fungsi perlindungan pada perisian antivirus anda. Anda mungkin telah melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Sekiranya perisian antivirus anda sendiri pun telah disuntik dengan kod hasad, apatah lagi keseluruhan komputer anda. Pelayan database antivirus anda mungkin telah diubahsuai oleh patcher tadi dan setiap kemaskini antivirus anda bukannya menambahkan sekuriti komputer anda, tetapi telah lebih merosakkan integriti keselamatan komputer anda.
3. REPACK
Repack bagi saya adalah kaedah mendapatkan antivirus cetak rompak yang paling berbahaya. Ini kerana, segala isi kandungan pakej pemasangan itu tidak diketahui. Anda hanya mampu berpegang pada janji pencipta bahawa segala isi pakej tersebut selamat. Bukan sesuatu yang jarang berlaku apabila pengguna memasang pakej repack ini, mereka secara tidak sengaja juga telah terpasang miner dan backdoor untuk pencipta repack tanpa mereka ketahui.
RISIKONYA? Semua sekali. Anda mengambil risiko terbesar dengan menggunakan repack. Anda tidak lagi memasang pakej antivirus “original” dari pengeluar dan melakukan modifikasi untuk menjadikannya versi premium. Sebaliknya, anda menggunakan 100% hasil dari ciptaan pencipta repack ini.
4. LICENSE KEY FILE
Menggunakan fail lesen untuk mendapatkan versi premium antivirus ini seperti anda mencuri secara langsung. Anda boleh memuat turun pakej antivirus dari laman web pengeluar antivirus untuk mendapatkan perisian yang asli tanpa sebarang modifikasi hasad. Kemudian, anda memasukkan fail lesen premium seolah-olah anda betul-betul telah membeli versi premium antivirus anda.
RISIKONYA? Pengeluar antivirus mungkin dapat menghidu anda telah menggunakan lesen curi dan komputer anda dapat dikesan oleh mereka. IP anda mungkin akan disenarai hitam dan anda akan mengalami kesukaran untuk membeli antivirus secara sah di masa depan menggunakan komputer anda yang telah disenarai hitam tersebut.
5. TRIAL RESET
Sama seperti menggunakan fail lesen premium, untuk menggunakan Trial Reset, anda masih boleh menggunakan pakej pemasangan yang dimuat turun secara terus daripada laman web pengeluar. Trial Reset kebiasaannya didapati pada antivirus yang menawarkan tempoh percubaan untuk mencuba versi premium mereka secara percuma untuk beberapa tempoh tertentu. Setelah tamat tempoh percubaan, antivirus anda akan terkunci dan antivirus akan memaksa anda untuk membayar bagi terus menggunakannya dengan versi premium. Di sinilah Trial Reset berfungsi, Ia akan menipu antivirus anda dan antivirus anda akan berkelakuan seperti anda baru sahaja memasang perisian antivirus anda. Kitaran tempoh percubaan akan bermula semula kepada asal setiap kali anda menggunakan Trial Reset.
RISIKONYA? Sama seperti aplikasi hasad yang lain, aplikasi Trial Reset juga mungkin telah dipasang dengan kod hasad. Jadi, setiap kali anda meggunakan Trial Reset, anda mungkin telah memberi akses komputer anda kepada pencipta pakej Trial Reset tersebut.
Ya, nampaknya hidup sebagai seorang lanun cetak rompak bukanlah seindah yang disangka. Anda akan sentiasa membayar untuk apa yang anda inginkan. Tiada benda yang datang dan diberi percuma, pasti ada udang di sebalik batu. Melainkan anda betul-betul tahu dan pasti apa yang anda lakukan, guna sajalah yang original. Tak sakit kepala. Dalam komuniti ini, tiada siapa yang boleh dipercayai. Walaupun anda kenal rapat dengan pencipta ini, bila-bila masa sahaja mereka akan berpaling tadah dan menyusahkan anda demi memenuhi matlamat jahat mereka. Situasi ini juga telah banyak kali berlaku ke atas otai cetak rompak yang disegani kerana banyaknya “sumbangan” beliau dalam senario cetak rompak antarabangsa. Manusia perlukan wang. Otai-otai ini telah banyak kali didedahkan telah menyuntik kod hasad dalam perisian cetak rompak mereka untuk memenuhi matlamat mereka tanpa pengetahuan pengguna dan “pelanggan” mereka.
Tapi, harus diingat, segala risiko sebenarnya datang daripada pencipta cetak rompak dan bukan daripada pengeluar antivirus. Pengeluar antivirus tiada hak dan akan melanggar undang-undang sekiranya mereka merosakkan sistem anda WALAUPUN ANDA MENGGUNAKAN PERISIAN CETAK ROMPAK MEREKA. Mereka cuma berhak ke atas perisian mereka sahaja samada untuk menyekat akses kemaskini, menyenarai hitam komputer anda, ataupun menyebabkan perisian mereka gagal digunakan oleh komputer anda. Mereka tetap tidak boleh mencuri fail anda ataupun melakukan sebarang aktiviti hasad ke atas sistem komputer anda. Sedangkan mengumpul log pun tidak boleh, inikan pula melakukan kerosakan.
Jadi, beli atau lanun? Anda pilih.
Views: 4
Tidak dapat dinafikan, bagi pengguna mahir peranti Android, kepuasan sebenar adalah apabila anda mampu memaksa peranti anda untuk beraksi dan berfungsi dengan jauh lebih besar, lebih pantas, dan lebih kuat (ba dum tss) daripada biasa. Peranti yang hadir dengan sistem operasi stok selalunya lebih mementingkan kestabilan daripada prestasi. Untuk pengguna biasa dan kasual, hal ini tidak mendatangkan sebarang masalah. Namun, bagi pengguna mahir, hal ini agak menjengkelkan kerana anda tahu peranti anda boleh berfungsi dengan jauh lebih baik daripada sedia ada.
XPOSED FRAMEWORK telah menjadi antara pengubahsuaian yang popular di kalangan pengubahsuai android tegar. Namun, semenjak daripada android Lollipop, modul ini agak perlahan di dalam pembangunannya dalam mengejar versi Android terkini. Bagi pengguna Android 7.0+ pula, sudah terlalu lama mereka menunggu untuk mendapatkan sokongan rasmi Xposed Framework bagi peranti mereka. Bukannya sebelum ini tidak ada langsung, namun Xposed Framework Nougat yang dibocorkan sebelum ini adalah versi tidak rasmi dan dipenuhi dengan pepijat. Tiada pasukan rasmi yang akan melayani sebarang permasalahan anda dalam menggunakan Xposed Framework tersebut.
Kini, para pengguna Android Nougat daripada Versi 7.0 dan versi 7.1 dapat mengukir senyuman semula apabila sokongan rasmi Xposed Framework Nougat telah dilepaskan melalui perkongsian daripada pembangun senior XDA iaitu rovo89 melalui laman XDA [OFFICIAL] Xposed for Lollipop/Marshmallow/Nougat [v88.1, 2017/10/10].
Dengan penambahan modul Xposed Framework pada sistem operasi Android anda, pelbagai modifikasi dapat dilakukan. Modul-modul yang terikat pada Xposed Framwork juga dapat dinikmati dengan lebih selesa dengan adanya sokongan rasmi pada pembangunan Xposed Framework untuk Android Nougat. Modul popular seperti Greenify dan mod audio kini dapat dipasang tanpa anda perlu risau dengan ketiadaan sokongan teknikal melalui Xposed Framework tidak rasmi.
Jadi, apa tunggu lagi? Teruskan flashing!
Views: 3