Baru-baru ini, satu penipuan e-mel sedang hangat diperkatakan dalam forum dan blog internet, khusus ditujukan kepada pelanggan Netflix.
Seperti yang dilaporkan oleh laman Deadline, e-mel individu yang telah dihantar oleh penipu, mengancam untuk mengambil langganan Netflix kecuali maklumat akaun pengguna dikemas kini. Walau bagaimanapun, e-mel penipu ini sebenarnya mencuri maklumat peribadi pengguna.
Menyasarkan hampir 110 juta pengguna Netflix, penipuan e-mel itu datang dengan perkataan pemberitahuan penggantungan akaun anda, dan menasihatkan bahawa Netflix tidak dapat mengesahkan maklumat pengebilan anda untuk kitaran bil seterusnya. E-mel palsu itu kemudian mengancam untuk menggantung akaun Netflix pengguna, melainkan mereka menekan pautan palsu di mana ia akan meminta butiran Netflix dan juga butiran kad kredit.
Walaupun terdapat tanda-tanda jelas bahawa e-mel seperti dalam gambar itu palsu, sangat mencurigakan untuk meminta mengesahkan maklumat dan butiran kad kredit, namun begitu penipuan e-mel ini kelihatan sangat sahih.
Oleh itu, pengguna Netflix perlu mengambil sedikit masa untuk membaca
e-mel mereka, dan mungkin menimbulkan tanda hairan kerana e-mel tersebut mengancam untuk mengambil butiran peribadi akses mereka.
Laman Netflix pada hari ini semakin besar dan lebih besar organisasi, namun malangnya, jenis penipuan ini sebenarnya menjadi lebih mudah bagi penipu internet. Penipu mungkin melihat pelanggan Netflix sebagai mangsa mudah percaya. Pengguna Netflix dinasihatkan agar mengawasi, dan berhati-hati apabila membaca melalui e-mel yang mendakwa mereka daripada perkhidmatan streaming tersebut.
Selama bertahun-tahun, perkhidmatan dalam talian popular telah secara konsisten menjadi sasaran penipuan, dan sering kali muncul tindakan penyelesaian yang sangat pantas untuk menangani masalah penipuan internet ini.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Android.
Setiap apa yang popular, pasti ada yang akan mengambil kesempatan.
Seperti tajuk artikel ini, ramai yang tertipu.
Penjenayah siber mengambil kesempatan apa yang popular di kalangan pengguna untuk menyebarkan malware, malah Google Play Store juga salah satu tempat yang baik untuk penggodam untuk melaksanakan kerja² jahat mereka.
Beberapa hari sebelum ini, beberapa pengguna perasan akan versi palsu aplikasi WhatsApp yang terkenal tu di Play Store yang mana telah menipu lebih daripada sejuta pengguna untuk memuat turunnya. Dengan mengeluarkan Update WhatsApp Messenger, dengan menyamar dan mengelirukan pengguna dengan nama pemaju WhatsApp Inc. yang mana nama pemaju sama dengan WhatsApp Messengeryang sebenar di Play Store.
Mungkin ampa tertanya² bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku kan? Ini semua kerana ruang aksara Unicode. Mereka menambah ruang aksara Unicode selepas nama sebenar WhatsApp Inc. yang dalam kod komputer iaitu WhatsApp+Inc%C2%A0.
Namun, ruang aksara yang tersembunyi tu akan mudah dilihat oleh pengguna Android yang rata² melayari Google Play Store. Maka membolehkan versi ini menyamar sebagai sebahagian daripada produk WhatsApp Inc.
Dengan kata lain, nama yang digunakan oleh mereka ini dengan WhatsApp yang sebenar sangat berbeza tapi ia kelihatan sama kepada pengguna.
Menurut Redditors, yang mula² menyedari aplikasi palsu ini pada Jumaat lalu, aplikasi tersebut bukan aplikasi sembang, tapi menyediakan pengguna Android dengan iklan untuk memuat turun aplikasi yang lain.
I’ve also installed the app and decompiled it,” one Redditor said. “The app itself has minimal permissions (internet access) but it’s basically an ad-loaded wrapper which has some code to download a second apk, also called ‘whatsapp.apk.’ The app also tries to hide by not having a title and having a blank icon.
Kini, Google telah mengeluarkan aplikasi tersebut dari Play Store mereka tetapi kejadian ini sekali lagi menunjukkan kegagalan teknologi Google untuk melihat penipuan di platform aplikasinya, lagi² untuk program yang mempunyai sejuta lebih muat turun.
Google Play Store masih lagi dikelilingi, dihantui oleh ratusan aplikasi palsu yang berniat jahat untuk memperdaya pengguna untuk memuat turun dan memasangnya serta berpotensi menjangkiti, merebak telefon pintar mereka untuk menjalankan kegiatan jahat tanpa pengetahuan pengguna.
Oleh itu, pengguna semua dinasihatkan supaya lebih berhati² semasa memuat turun aplikasi yang bukan sahaja dari gudang aplikasi pihak ketiga, malah juga dari Play Store untuk melindungi ampa semua dari dipergunakan dan diperalatkan serta diapa²kan.
Jika ada sebarang maklumat untuk dikongsi bersama, sila komen di bawah ye? ?
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Bukan nak cerita pasal peranti baru dia, tapi ROM OxygenOS.
Tahukah anda, versi tiris OxygenOS telah terlepas dan ia Android Oreo!
Saya rasa ini mungkin Closed Beta punya binaan (Open Beta merupakan binaan umum seperti OxygenOS Open Beta OnePlus 3/3T) yang tertiris sebab ada tangan gatal yang tiriskan dia. ehh berapa banyak kali tiris daa hahaha. ?
Terima kasih juga kepada mereka kerana tiriskan binaan ni, ini menunjukkan bahawa OnePlus tidak cakap kosong. (Sila tunaikan janji ampa pada pengguna OnePlus 2, mana Nougat depa ?)
Seperti biasa, ini binaan Beta tau, Beta. So kebarangkalian ralat yang ada tu tinggi dan bagi kaki layan binaan Beta ni, makanan depa la ni. ? Saya nak tekankan kat sini, saya tak tanggungjawab sekiranya peranti ampa tu meletup ke, atau kena pengsan seperti Beerus pukul leher Goku semasa dia bertukar menjadi Super Saiyan 3 (ala yang rambut panjang tu).
Backup dahulu data, lagi² WhatsApp kerana data ampa akan hilang selepas lakukan aktiviti ini hahaha.
Jangan pi celup peranti ampa dalam susu pula bila dah pasang Oreo. ?
Cara pemasangan dia pula :
Pasang dahulu ROM OxygenOS 4.5.14 pada peranti ampa. Pastikan ampa backup dulu semua data (WhatsApp sila backup dekat Google Drive, jika tidak jadi macam saya chat hilang hahaha)
Pindahkan fail OxygenOS Beta Oreo tu dekat root folder. (Root folder tu yang luar folder, jangan letak dalam folder)
Tekan logo skru tu, kemudian ambik Local Upgrade dan tekan fail OxygenOS Beta Oreo tu.
Selesai sahaja proses dia tu, dia akan reboot dan keluar tulisan kuning satgi tekan butang volume dan masuk Recovery.
Dekat Recovery satgi, ambil Wipe data and Cache>Erase everything>Continue. (Lepas proses ni, segala data yang ada dalam phone akan hilang. Tu la dah pesan backup awal2 ?)
Lepas tu reboot lah (tekan butang back sebelah butang home, back belah kanan tau), dan selesaikan Setup Wizard tu dan TAHNIAH, ampa dah pakai ROM OxygenOS Beta Oreo versi tiris.
Ini pula pemasangan versi TWRP dan Root dengan Magisk v14.3.
Sama macam cara di atas tu, cuma buat sampai No.4, cuma kena masuk Fastboot Mode, bukan Recovery Mode.
Jika anda guna Windows 7, boleh abaikan langkah ini. Untuk yang guna Windows 8-10, sila ikut langkah² di sini untuk masuk mod Disable Driver Signature Enforcement. (Ini untuk kita gantikan driver yang dah ada dalam komputer kita. Windows 7 ke bawah ia termasuk dalam mod lalai, tapi bila keluarnya Windows 8 dan ke atas, mod ini dipindah ke tempat lain. Sebab tu kena buat macam tu.)
Sila extract fail platform-tools dan Driver tu dekat desktop dan letak TWRPdalam folder platform-tools.
Sila pasang Driver, kalau keluar overwrite (warna merah warning tu, dengan poyo tekan Install this driver software anyway)
Sila buka Command Prompt (cmd), buka folder platform-tools tu, copy lokasi dia dan dekat cmd letak cd dan klik kanan dalam cmd tu dan Enter (contoh cd C:UsersAmirAppDataLocalAndroidsdkplatform-tools)bagi pengguna Windows 8-10 manakala Windows 7 hanya tekan Shift+Klik Kanan dekat folder platform-tools tu dan ambil Open command window here.
Sila sambungkan peranti ampa pada komputer dan taip perintahfastboot devices dan Enter. Kalau keluar kod tu kira sambungan tersebut cemerlang, tapi kalau takda, periksa semula driver ye.
Bila dah keluar code tu, boleh teruskan dengan taip fastboot flash recovery xxx.img dan Enter. Ini contoh perintah dia fastboot flash recovery twrp-3.1.1-0-cheeseburger.img (ampa boleh menamakan semula TWRP tu, copy nama dia lalu lepas perintah recovery tu klik kanan saja serta jangan lupa letak .img belakang dia. Satgi dia tak kenai lak hahaha)
Cabut kabel tu dan dekat peranti tu tekan butang Volume sampai jumpa Recovery Mode lalu tekan butang Power untuk masuk.
Sudah masuk TWRP tu (leret ke tepi untuk membenarkan modifikasi) dan terus pi Wipe>Format Data dan taip yes dan tekan tanda ✔.
Sila periksa partition data pada lokasi Wipe>Advance Wipe>tick partition data dan tekan change file system. Kalau EXT4 abaikan langkah ini, tapi kalau F2FS, jangan getaq, hanya tukar semula dengan tekan EXT4 dan leret ke tepi untuk tukar.
Dekat sini, jangan sesekali reboot tau. Sebab kalau silap kat sini, kena ulang semula langkah No. 9. Sambung semula peranti pada komputer lalu pindahkan fail Magisk tu dan tulisan. (kalau nak tukar tulisan, boleh balaih kat sini)
Cabut kabel tu dan pasang fail zip tadi tu kemudian Wipe Cache/Dalvik (kalau pasang tulisan la) lalu Reboot System.
Tahniah, ampa dah guna OxygenOS Beta Oreo yang dah root. (dan tukar tulisan jika tukar tulisan)
Diingatkan bahawa TWRP tu pening kalau ampa pasang ia semula, hanya kerja sia² ja melainkan lakukan Format Data untuk mewaraskan semulaTWRP tu. Tapi data habih hilang la. ?
Dah nama pun Beta kan, tipu la kalau takda ralat. Jadi ralat yang saya perasan, lalui dan alami ialah :
Rakaman video terhenti, dan rakaman video untuk WhatsApp juga sama (untuk penyelesaian, sila pasang aplikasi ini Footej Camera).
Tiada watermark pada Gambar.
Tiada pemain muzik.
Masalah mic tak berfungsi (Masuk Tetapan Panggilan, dan tutup Noise Cancellation).
Masalah tidak boleh menerima panggilan selepas panggilan pertama (ini pun beberapa orang sahaja yang alami).
Bila anda tekan lama² untuk guna app shortcut tu, ada Bahasa Melayu (padahal bahasa peranti, English hihihi).
TWRP kosong, jika tekan pemilihan stor penyimpanan, 0MB (mungkin TWRP tak serasi lagi dengan OxygenOS Beta Oreo ni).
OnePlus Launcher mereng sikit, tiap kali kita pasang aplikasi dia akan letak shorcut sendiri dia dekat homescreen. haih.
Ok, cara pemasangan pun dah bagi tahu, ralat pun dah dimaklumkan pada ampa. Jom layan screenshot kat bawah ni. ?
4.5.2? versi stabil 4.5.14 hmm?
Lihat ikon notifikasi aplikasi, comel kan?
Jika ampa scroll atas bawah perlahan²,
ikon tu menolak sesama depa untuk berada dalam satu barisan.
Ni pula Quick Settings Tiles serta notifikasi Spotify bila anda mainkan muzik, lawa tak?
Jangan kecewa, memang beginilah rupabentuk Settings ni.
Tak nampak macam Oreo kan?
Tapi bila masuk sini, baru la ada nampak Oreo tu. Alahai.
Tetapan Bluetooth Audio boleh cari dekat Developer Options
(kena tekan banyak kali dekat Build Number di About Phone).
Lihatlah, PIP (Picture-in-Picture) boleh cari dekat Apps>Special access.
Autofill with Google, tak perlu dah ampa nak taip kata laluan bagai.
Benda ni ada dekat OnePlus 3/3T dan kini ada dekat OnePlus 5.
Benda ni bagi aplikasi ada dua, boleh la log masuk dua akaun sekali. (saya tak cuba pun ni hahaah)
Antaramuka pengguna yang baru pada aplikasi Kamera
Tetapan kamera pun ada la lain sikit.
Antaramuka pengguna baru pada aplikasi Gallery.
Ada gambar terpaksa tutup takut kena bahan lagi hahaha.
Bahagian collections ni macam biasa la.
Bukan tu saja, siap ada tunjuk dekat peta gambar yang kita ambil berdasarkan lokasi GPS kita.
Salah satu fungsi PIP (picture-in-picture) pada Google Maps.
Ini pula launcher OnePlus.
Stor penyimpanan dan Memori.
Ambient Display yang simple.
Ramai yang suka tengok skor penanda aras kan? Ni saya belanja. ?
Ni skor dari aplikasi Geekbench 4.
Masih lagi aplikasi Geekbench 4, tapi ujian Compute.
Ini pula skor dari aplikasi Antutu Benchmark.
Bonus, saya belanja jangka hayat bateri pada ROM ni. Diingatkan lain orang, lain ketahanan bateri tau hahaha.
Apa pendapat ampa?
Saya buka Spotify dan biarkan screen tutup lalu terlelap hahaha.
Sampai di sini saja saya taip pasal ROM ni. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh komen kat bawah ni. Ingat tau ni BETA tau. Kalau ada ralat tu BIASA la, Alpha lagi teruk hihihi.
Tidak dapat dinafikan, dwikamera sudah menjadi trend di dalam pengeluaran telefon pintar sejak kebelakangan ini. Para pengeluar besar telefon pintar seperti Apple, Samsung, Oppo dan LG juga tidak terlepas dalam mengeluarkan peranti pintar mereka sendiri dengan binaan dwikamera baik di bahagian belakang, mahupun bahagian hadapan. Malahan, pengeluar telefon pintar bajet seperti Xiaomi juga tidak terlepas dalam mengeluarkan model telefon dengan binaan dua kamera ini. Tidak kurang juga pengeluar ataupun muka-muka baharu dalam arena telefon pintar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan telefon pintar dengan binaan dwikamera palsu yang hanya sekadar gimik pengeluaran seperti yang pernah dibincangkan dalam artikel Dual Scamera : Lensa Berkembar Palsu Pada Telefon Pintar.
Untuk itu, mari kita kenali jenis-jenis kanta yang dipadankan dengan binaan dwikamera pada kamera telefon pintar ini. Apabila kita lebih mengenali jenis dan fungsi kanta -kanta ini, maka risiko untuk kita ditipu dengan gimik pemasaran murahan akan lebih berkurang. Di samping itu, kita juga akan lebih mengetahui apa yang perlu dijangkakan dengan kualiti dan jenis gambar yang bakal diperolehi dengan setiap pembelian peranti baru kita.
Baiklah, tanpa membuang masa lagi, perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah jenis-jenis kanta yang berada di dalam pasaran pada masa ini. Seperti yang tertulis pada tajuk artikel pada kali ini, apa yang patut kita ketahui adalah kanta pada dwikamera biasanya dipadankan dengan 3 jenis kanta iaitu :
Kanta Telefoto(Telepotrait)
Kanta Sudut Luas
Kanta Kroma Tunggal
1. Kanta Telefoto (Telepotrait)
Kanta telefoto ataupun biasanya dikenali juga sebagai kanta telepotrait berfungsi dengan menangkap gambar jarak jauh dan kemudiannya membuatkan ia kelihatan lebih besar. Ia memberikan kesan yang lebih hidup dengan kesan kedalaman dalam setiap gambar yang diambil. Ia berfungsi dengan memfokuskan objek pada jarak jauh dan kemudiannya membesarkannya tanpa mengurangkan kualiti imej yang dihasilkan.
Untuk mengenalpasti kanta telefoto ini, ia biasanya hadir dengan jarak fokus yang besar pada sensor kantanya. Biasanya , mereka hadir dalam julat angka melebihi f/2.2. OnePlus 5 contohnya, hadir dengan sensor kanta telefoto sebesar f/2.6.
Ciri istimewa yang ditawarkan oleh peranti dengan kanta telefoto ialah mod gambar bokeh dan juga 2X Zoom. Bokeh ialah kesan gambar di mana kanta mengaburkan gambar latar belakang untuk memberikan fokus pada satu subjek di dalam satu ambilan. 2X Zoom pula ialah keupayaan untuk melakukan zum pada gambar dengan nisbah 2:1 tanpa mengurangkan kualiti gambar seperti mana yang terjadi pada kanta biasa di mana gambar zum akan kelihatan pecah berbanding dengan gambar tanpa zum. Antara peranti yang terkenal dengan kanta ini ialah iPhone 8. Berikut antara contoh gambar yang diambil menggunakan kanta telefoto pada iPhone 8 :
Mod potret diaktifkan untuk memberikan kesan bokeh ke atas subjek
Kanta telefoto memberikan perincian yang lebih baik pada ambilan gambar pemandangan jauh
2. Kanta Sudut Luas
Kanta sudut luas berfungsi untuk meluaskan medan pandangan kamera berbanding dengan kanta tunggal tradisional. Ini bermakna, lebih ramai orang boleh dimasukkan dalam satu ambilan gambar ketika foto ramai. Bagi mereka yang gemar melancong juga, anda boleh kelihatan lebih bersopan dan boleh mengambil gambar pemandagan dengan lebih mudah menggunakan kanta ini. Tidak perlu lagi untuk berdiri di tengah jalan untuk mengambil gambar keseluruhan bangunan atau menggunakan monopod yang sangat panjang dan menjengkelkan ramai hanya semata-mata untuk memastikan semua rakan-rakan anda masuk ke dalam gambar yang ingin diambil.
Untuk menghasilkan kesan sudut luas, kanta bagi peranti biasanya dipadankan dengan kanta fokus yang lebih kecil. LG G6 contohnya mempunyai dua kanta iaitu satu dengan f/1.8 dan satu lagi kanta dengan f/2.4.
Contoh lain peranti dengan kanta ini adalah LG G5. Berikut antara contoh gambar yang diambil menggunakan LG G5 :
3. Kanta Kroma Tunggal
Jika kanta telefoto lebih baik dipadankan dengan mod potret untuk menghasilkan kesan bokeh dengan bantuan pemprosesan perisian, dan kanta sudut luas lebih sesuai digunakan untuk mengambil gambar pemandangan dengan sudut pandangan yang luas, kanta kroma tunggal pula lebih menekankan perincian pada gambar yang diambil. Kanta kroma tunggal boleh menerima 3X kali ganda lebih banyak cahaya berbanding kanta berwarna biasa.
Untuk pemahaman mudah, bayangkan partikel cahaya diperumpakan seperti titisan hujan dan sensor seperti baldi. Kanta mempunyai banyak tapak pengumpulan cahaya yang dikenali sebagai photosite yang boleh diperumpakan seperti baldi. Kanta biasa akan menerima dan memproses cahaya Merah, Hijau dan Biru (RGB). Partikel ini kemudianya akan diproses dan cuma satu partikel daripada tiga partikel ini akan “dipilih” untuk masuk dan menghasilkan gambar pada photosite.
Cuma 1 daripada 3 partikel cahaya dipilih pada photosite warna
Berbeza dengan kanta kroma tunggal, semua partikel cahaya pada photosite kroma tunggal akan diterima lantas menghasilkan gambar yang lebih jitu dan tajam dengan perincian yang lebih tinggi.
Semua partikel cahaya diterima masuk ke photosite dan menghasilkan imej yang lebih terperinci
Kanta kroma tunggal tidak semestinya hanya sesuai untuk gambar dalam keadaan gelap atau gambar hitam-putih sahaja. Kanta kroma tunggal akan membantu kanta berwarna untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dan tajam. Samada gambar berwarna, hitam-putih atau mod bokeh, memilih peranti dengan kanta kroma tunggal berupaya menghasilkan gambar dengan resolusi yang lebih tinggi.
Antara peranti dengan kanta kroma tunggal adalah Huawei Honor 9. Berikut adalah contoh gambar yang diambil oleh Huawei Honor 9 dengan kanta kroma tunggal :
Mod kroma tunggal pada Honor 9
Kanta kroma tunggal membantu memberi lebih perincian pada gambar berwarna
Sekian sahaja buat kali ini. Jangan lupa, Like, Comment dan Share artikel ini untuk lebih banyak artikel di masa akan datang.
Seringkali terjadi buat pemula yang baru hendak mengenali Arch Linux di luar sana, terhenti di tengah jalan dek kerana pemasangannya yang dibuat secara baris perintah penuh.
Ia sememangnya dicipta sebegitu, bertujuan ditala kepada pengguna mahir Linux.
Namun ramai juga pengguna baru yang begitu inginkan sistem yang digunapakai oleh Arch Linux. Oleh itu pelbagai ‘spin off’ dibuat, sama ada dari distro penuh hinggalah kepada skrip pemasangan. Anarchy Linux tidak terkecuali.
Anarchy Linux bukanlah sebuah distro penuh, berasaskan Arch Linux. Ia bukan derivatif seperti Linux Mint yang berasaskan Debian dan kemudiannya menjadi sebuah distro penuh yang berdiri di atas kakinya sendiri.
Anarchy adalah Arch Linux. Ya, ia adalah Arch Linux yang disertakan dengan skrip pemasang berbentuk paparan antaramuka baris perintah (command line interface/CLI).
Secara asasnya, sebaik anda memulakan skrip, satu paparan antaramuka baris perintah akan keluar. Ia bermula dari penentuan partisi, hinggalah berakhir kepada penamaan pengguna.
CUMA, ianya dipermudahkan dengan paparan antaramuka (baris perintah) yang memberikan anda pilihan dari satu elemen ke satu elemen. Di akhirnya, anda akan selesai dan berjaya memasang Arch Linux. Ya, diulangi, Arch Linux.
Berikut saya paparkan, beberapa tangkap layar dari Anarchy Linux ini.
Baiklah, ini pula adalah paparan persekitaran meja MATE selepas siap pemasangan.
Sangat-sangat mudah. Hanya perlu fahamkan apa yang ditanya, jawab ya atau tidak, anda sudah boleh memasang Arch Linux sehingga siap. Cuma bab partitioning tu saya sarankan kaji baik-baik dahulu, takut nanti gagal untuk boot pula.
Anda boleh muat turun dan cuba Anarchy Linux hari ini melalui laman webnya: Anarchy Linux
Kita tahu Razer sememangnya cemerlang dalam bidang gaming. Tidak dapat dinafikan lagi peranti dan produk yang mereka hasilkan berkualiti dan memuaskan hati.
Tetapi terkini mereka mula melangkah ke arena baru, iaitu menghasilkan telefon pintar khusus untuk gaming. Sejauh manakah ia memberikan ekspresi terbaik dan prestasi terhebat?
Mari kita lihat dahulu spesifikasinya.
Gambar dari TNW
Spesifikasi Razer Phone:
5.7-inch IGZO LCD
120 Hz ‘adaptive refresh rate’
8GB RAM
Snapdragon 835
64 GB ruang storan dalaman, sokongan microSD.
Bateri 4,000 mAH
QuickCharge 4.0+
12MP F1.75 kamera bersudut lebar, 12MP F2.6 zoom
8MP F2.0 selfie camera
Pembesar suara stereo dengan dual amplifiers dan Dolby Atmos
Tiada headphone jack, tetapi hadir dengan THX-certified dongle
Nougat 7.1.1
Ada beberapa kontra dan pro yang boleh ditimbang tara untuk anda yang berminat hendak mendapatkannya. Harganya untuk masa ini ialah 699$ atau lebih kurang RM2900+. Mungkin harganya akan menjadi kontra buat ramai orang kerana dengan harga seperti ini banyak lagi telefon pintar lain boleh dibeli.
Ia juga hadir tanpa headphone jack, dan meskipun didatangkan bersama dongle, ia pasti tidak akan memuaskan hati peminat jack audio 3.5 kerana telefon ini tidak boleh dicaj dan digunakan untuk mendengar muzik atau caj sambil bermain game dan digabungkan bersama headphone.
Android 7.1.1? Sayang, ia sepatutnya dimasukkan Android 8.0.
Pun begitu, antara pro yang ada padanya – skrin IGZO LCD 120 Hz dengan adaptive refresh rate. Saya tak dapat pastikan sejauh mana lancarnya skrin ini, namun video dari MKBHD dapat memberikan sedikit gambaran.
Selain itu, pembesar suara stereo menghadap ke hadapan, dipadukan lagi bersama Dolby Atmos, pastinya memberikan pengalaman dan rasa yang terbaik semasa bermain. Kombinasi skrin, dan pembesar suara, juga bateri yang berkapasiti 4000mAh, sudah semestinya memenuhi impian para gamers.
Cuma, nak tanya, berapa banyak permainan 3D yang padu, yang anda mainkan di Android – menjadi sebab berbaloi untuk anda sambar telefon ini?
Sekumpulan penyelidik dalam internet mendapati bahawa harga kod digital pengintip cetak rompak perisian komputer telah dijual lebih tinggi daripada harga yang diperlukan untuk membeli senjata di pasaran laman gelap.
Penyelidik keselamatan daripada laman Venafi mengesahkan bahawa hari ini terdapat perdagangan yang berkembang dalam penjualan kod digital pengintip cetak rompak perisian komputer, yang boleh digunakan untuk memastikan ketulinan aplikasi perisian komputer.
Kod digital perisian komputer asli yang dijual, adalah secara asasnya untuk memastikan perisian dan aplikasi adalah sah dan asli, tetapi jika pihak pembangun perisian itu mengesan belaku penggunaan cetak rompak, kod digital tersebut ada ciri malware pada rangkaian dan peranti yang membuatkan perisian tersebut tidak disenaraihitamkan dan ada ciri pengintipan.
Dengan kod perisian cetak rompak ini, adalah sangat mustahil sesuatu organisasi mengesan perisian yang berniat jahat, kata Kevin Bocek, ketua strategi keselamatan di Venfai. Mana-mana penyerang siber boleh menggunakannya untuk membuat malware, ransomware, dan juga serangan kinetik.
Mengikut kata Peter Warren iaitu pengerusi CSRI, “Kami menyiasat untuk beberapa tahun yang lepas ada dikalangan penjenayah siber secara aktif mencari kod digital asli pengintip untuk menyebarkan malware melalui komputer,”.
Siasatan serius telah dilakukan pada enam bulan lepas oleh CSRI dengan kerjasama Pusat Siber di Universiti Hertfordshire.
Pada bulan ini,dikatakan penyelidik daripada Flashpoint menemui satu lagi trend terkini yang membimbangkan di laman gelap, yang mana akses kawalan jauh ke komputer telah dijual di laman gelap. Sebagai contoh, kawalan jauh komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP dijual serendah RM12, dan penyerang siber juga boleh mengubahsuai Sistem Operasi Windows 10 dengan harga serendah RM50.
Dengan ada kod digital perisian cetak rompak ini, penyerang siber boleh mengintip pengguna dan perniagaan tanpa perlu berkompromi sistem melalui kempen phishing atau malware.
Pernah tak anda terfikir untuk mempunyai aplikasi klien bittorrent yang ringan kepada sistem, ringkas pada paparan antaramuka, serta hanya mempunyai ciri-ciri yang anda gunakan sahaja?
Dahulu uTorrent ada kesemua yang tersebut, sehinggalah mereka mula memasukkan pelbagai ciri yang tidak perlu, kepadalah iklan-iklan yang menyesakkan pandangan mata. Jika anda hendak membuang iklan tersebut, memang boleh gunakan Pimp My uTorrent, tetapi ia tidak dapat lari dari hakikat bahawa di dalamnya terdapat bermacam-macam ‘bloat’, kemungkinan spyware, dan pastinya adware.
Dari saiz 1MB, uTorrent kini sudah bersaiz ‘bagak’. Oleh itu, alternatif perlu dicari dan nampaknya PicoTorrent ada ciri-ciri yang diingini.
Tetapi kebanyakan dari ciri yang dimuatkan tidak digunakan sepenuhnya. PicoTorrent telah memenuhi kehendak pengguna dengan hanya menjadi apa yang sepatutnya ia jadi, iaitu klien torrent yang memuat turun fail-fail torrent dengan laju, tanpa ‘bloat’, tanpa adware, spyware, tupperware.
Lihat sahaja paparannya. Tidak ubah seperti aplikasi Windows natif yang lain. Tidak terasa seperti anda telah memasang aplikasi ‘alien’ yang berupa lain wajah.
Ia menyokong penggunaan fail torrent yang telah dimuat turun, dan juga pautan magnet. Anda yang sudah biasa menggunakan mana-mana aplikasi pemuat turun torrent lain pastinya akan dapat terus memahami PicoTorrent kerana ia memaparkan apa ‘yang perlu’ sahaja.
Tidak kurang juga saiznya hanyalah sekitar 2MB untuk sistem operasi 32-bit dan 3MB untuk 64-bit. Saiz kecil, serta penggunaan memorinya adalah rendah, tidak membebankan Windows. Oh ya, sebelum terlupa, PicoTorrent hanya terdapat untuk Windows sahaja.
Tetapan juga tidak banyak yang perlu diubah. Jika anda pasang dan terus gunakan pun tiada masalah. Pendek kata ringkas-seringkas-ringkasnya aplikasi ini. Ia memang dicipta bertujuan untuk terus kepada hala tujunya, atau orang putih kata straight to the point.
Ia mungkin tidak sesuai untuk anda yang jenis suka banyak tetapan, suka mengubah tema pada paparan antaramukanya, dan juga suka pelbagai lagi ciri lain. Ia hanya sesuai untuk orang yang seperti saya, hanya mahukan aplikasi torrent yang berkesan, berfungsi terus, atau sekali lagi orang putih kata ‘just works’.
Anda boleh muat turun PicoTorrent di sini: PicoTorrent
Kosa kata:
1) Aplikasi gudang = store application
2) Jalur = tab
3) Antaramuka = user interface/UI
4) Pelayaran = navigation
5) Palang pelayaran = navigation bar
Bagi pengguna sistem operasi Android, sudah tentu anda sudah biasa dengan aplikasi gudang aplikasi rasmi daripada Google iaitu Google Play Store. Bagi pengguna yang lebih mahir, aplikasi gudang aplikasi sumber terbuka, F-Droid juga pasti tidak asing lagi. Ia telah menjadi alternatif kepada Google Play Store sejak 7 tahun lalu. F-Droid telah menjadi pilihan ramai pengguna Android yang telah mendapatkan capaian root pada peranti mereka kerana ada di antara aplikasi yang dikehendaki mereka tidak tersedia di dalam Google Play Store, tetapi ada tersedia di dalam F-Droid.
F-Droid versi lama memang terkenal dengan antaramuka yang sangat ringkas, malah terlalu ringkas. Jauh berbeza dengan Google Play Store dan gudang aplikasi yang lain yang kebanyakannya telah beralih kepada Material Design atau Flat Design. Walaupun antaramuka tidak menjadi isu besar bagi pengguna F-Droid kerana rata-rata pengguna lebih mementingkan fungsi daripada estetika, ini agak membosankan bagi pengguna seperti saya yang lebih suka segalanya kelihatan cantik pada peranti saya. F-Droid lama ada menyediakan pilihan untuk menukar tema, tetapi sekadar terhad kepada tema gelap dan tema cerah sahaja.
Tema cerah pada F-Droid Beta
Tema gelap pada F-Droid Beta
Kini, setelah 7 tahun di dalam peringkat ujian, F-Droid akhirnya telah melancarkan F-Droid versi 1.0 secara rasmi pada tarikh keramat iaitu pada 10 Oktober 2017 (10.10.17). Kemaskini dan pelancaran rasmi ini menawarkan lebih daripada antaramuka yang lebih segar dan kontemporari. Selain daripada kemaskini antaramuka, F-Droid 1.0 juga membawakan pengkategorian aplikasi yang lebih teratur, dan jalur tambahan pada antaramuka. Pengenalan 2 jalur tambahan pada antaramuka tambahan ini memudahkan pelayaran pengguna ketika menggunakan aplikasi ini. Selain daripada itu, palang pelayaran juga telah dialihkan daripada kedudukan di bahagian atas kepada kedudukan di bahagian bawah skrin.
Di samping itu, penyemakan maklumat dan perincian aplikasi yang telah dipasang juga lebih mudah dengan penyusunan antaramuka baru yang boleh diakses dengan memilih pada Settings>My App>Manage Installed Apps. Fungsi lain yang menarik perhatian saya ialah fungsi Nearby yang membenarkan pengguna memasang aplikasi daripada pengguna lain yang turut sama menggunakan F-Droid. Ini sangat bermanfaat buat pengguna yang memiliki data internet yang terhad ataupun yang tidak mempunyai sambungan internet yang aktif.
Pilihan untuk kemaskini automatik juga telah dikemaskini di mana pengguna boleh memilih lebih banyak pilihan selang masa untuk F-Droid melakukan semakan dalam talian untuk mendapatkan kemaskini aplikasi yang telah dipasang. Pilihan yang disediakan adalah samada untuk setiap jam, setiap 4 jam, setiap 12 jam, setiap hari, setiap minggu ataupun setiap 2 minggu. Pengguna juga boleh memilih samada untuk membenarkan F-Droid memasang kemaskini pada aplikasi secara automatik setelah kemaskini tersedia, ataupun untuk memasangnya secara manual apabila mendapat pemberitahuan daripada F-Droid.
Dari segi estetika pula, F-Droid tidak ketinggalan dengan penawaran 3 tema warna untuk antaramuka keseluruhan. 3 pilihan yang disediakan adalah pilihan skim warna iaitu Light, Dark dan Night.
Tema Light
Tema Dark
Tema Night
Sekian sahaja daripada saya buat kali ini. Jangan lupa, Like, Comment dan Share artikel kali ini untuk lebih banyak artikel di masa akan datang.
Dulu waktu zaman-zaman bermain dengan Ps1, saya amat menyukai permainan Crash Bandicoot dan amat merinduinya hinggalah saya ‘berkenalan’ dengan permainan SuperTuxKart yang ada dalam Linux.
Kemudian, setelah beberapa tahun ia dibangunkan, akhirnya versi untuk Android kini muncul mengisi kekosongan.
Disebabkan permainan ini amat menyerupai Crash Bandicoot, maka penyesuai diri terhadapnya menjadi begitu mudah dan cepat. Apatah lagi versi untuk Android ini tidak ubah seperti versi untuk desktopnya, maka tidak perlu lagi hidupkan PC semata-mata untuk bermain.
Cara kawalan kart adalah mudah dan jelas. Di sebelah kirinya ada kemudi kereta, dan di sebelah kanan berbentuk roda itu pula adalah pendikit/pemecut. Tekan sahaja roda tersebut dan kart anda akan bergerak ke hadapan. Ada juga cermin pandang belakang yang akan anda tekan, akan memaparkan apa yang ada di belakang anda. Well..
Apabila anda berlumba, akan ada ‘hadiah’ di tepi/tengah jalan yang berbentuk senjata. Anda boleh lancarkan senjata tersebut dengan menekan butang di sebelah kanan apabila ia muncul.
Setakat yang saya cuba, ianya dapat dimainkan pada peranti yang mempunyai spesifikasi agak rendah. Grafik masih boleh ditetapkan kepada yang lebih tinggi/baik.
Muat Turun
Anda boleh muat turun SuperTuxKart di Google Play Store: SuperTuxKart