Utama Blog Laman 142

Scam Windows Movie Maker Palsu Merebak Pantas Dengan Bantuan Google

0

Seperti yang kita semua sudah maklum, perisian pengeditan video kesukaan ramai daripada Microsoft, Windows Movie Maker telah ditamatkan pada Januari 2017 yang lalu. Pengguna yang tidak memasang Microsoft Live Essentials 2012 atau perisian WIndows Movie Maker sebelum tarikh tersebut, sudah tidak boleh memuat turun aplikasi kegemaran ramai itu lagi pada laman web rasmi Microsoft.

Namun begitu, harapan masih ada dengan sumbangan daripada orang ramai di dalam komuniti. Banyak laman web ada menyediakan pakej pemasangan luar talian yang lengkap bagi pengguna yang gagal mendapatkan perisian tersebut daripada Microsoft. Seperti kebanyakan pengguna internet lain di dunia, sudah tentulah mereka akan ke Google untuk mencari pakej pemasangan ini di internet.

Ini pula cerita tentang bagaimana syarikat enjin pencarian internet terbesar di dunia, iaitu Google telah secara langsung membantu penipu menipu ribuan pengguna yang mencari perisian Windows Movie Maker untuk dipasang pada komputer mereka.

Scam ini sangat serius sehinggakan pada minggu lepas, syarikat antivirus terkenal iaitu ESET telah mengeluarkan amaran rasmi pada laman web mengenai scam Windows Movie Maker dengan kod amaran “Win32/Hoax.MovieMaker.A“.

Bagaimana Google Membantu Penipu Ini?

Google menjadi pilihan ramai dalam mencari maklumat yang dikehendakai di dalam internet dengan kepantasan dan ketepatan yang tinggi. Oleh itu, halaman pertama pada keputusan carian Google adalah tersangat penting. Para syarikat gergasi dunia telah menggunakan pelbagai kaedah untuk terus kekal di halaman pertama keputusan carian Google dengan pelbagai cara termasuklah dengan melabur sejumlah wang yang besar. Ini kerana, hampir 90% klik datangnya daripada halaman pertama keputusan carian Google.

Lain pula jadinya apabila kedudukan di halama pertama keputusan carian ini ditentukan melalui algoritma jumlah carian dan lawatan laman sesawang. Laman sesawang yang bertanggungjawab melakukan penipuan melalui perisian palsu Windows Movie Maker, iaitu “www.windows-movie-maker.org” telah mendapat kedudukan teratas dalam halaman keputusan carian Google. Ini telah memperdaya ramai orang untuk melawati laman hasad ini dan seterusnya memasang pakej perisian palsu yang disediakan mereka. Laman web ini telah wujud sejak tahun 2010.

Mereka yang memiliki perlindungan tambahan contohnya seperti Avast Web Rating boleh mengesan laman web ini dengan amaran. Namun bagi mereka yang tidak mempunyai sistem keselamatan seperti ini, risiko untuk tertipu adalah sangat tinggi.

Bagaiman Scam Ini Menipu Anda?


Apabila mangsa melawati laman sesawang tersebut dan memuat turun perisian Windows Movie Maker, mangsa akan menerima Windows Movie Maker yang berfungsi dengan normal dan mempunyai semua ciri-ciri Windows Movie Maker asal. Masalah timbul apabila mangsa ingin menyimpan hasil video mereka. Tetingkap tambahan akan muncul yang meminta mangsa membuat bayaran seolah-olah perisian Windows Movie Maker tersebut adalah sebuah perisian premium ataupun perisian percubaan. Setelah beberapa ketika juga, ada mangsa yang melaporkan perisian tersebut juga akan meminta bayaran sekiranya mangsa ingin terus menggunakan perisian Windows Movie Maker yang dimuat turun di laman sesawang tipu tersebut.

Sekiranya mangsa bersetuju untuk membayar, mereka akan dibawa ke halaman untuk membuat bayaran. Harga yang ditawarkan adalah 29.95$ (lebih kurang RM125.48) setelah pemberian diskaun sebanyak 25%.

Pelbagai laporan telah dibuat kepada Google dan Bing mengenai scam ini. Bing telah memberi maklum balas pantas dan segera membuang laman web tersebut daripada halaman keputusan mereka. Google pula, masih diam tanpa sebarang komen.

Apa Yang Perlu Dilakukan?

Sekiranya anda telah memuat turun perisian Windows Movie Maker daripada “www.windows-movie-maker.org“, adalah disarankan anda segera menyahpasang perisian tersebut dengan segera dan melakukan pemeriksaan sistem dengan menggunakan perisian antivirus yang bagus.

Bonus

Sekiranya ada di antara pembaca ingin mendapatkan perisian Windows Movie Maker yang asli, boleh lah memuat turun pakej Windows Live Essentials 2012 di laman sesawang yang dipercayai. Saya menggunakan rujukan daripada MajorGeeks.com.

Pautan : Windows Live Essentials 16.4.3528

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Batch Link Downloader : Pengurus Muat Turun Kelompok Percuma Dari Chrome Store

0

Penyimpanan data dalam talian sememangnya menjadi trend di masa kini. Ini membuatkan pentingnya untuk memiliki pengurus muat turun yang bagus untuk membantu anda menguruskan pelbagai muat turun yang diperlukan. Tidak dinafikan, ada pelbagai pengurus muat turun di pasaran. Tetapi ini memerlukan pemasangan berasingan. Anda mahukan penggabungan secara terus dengan pelayar web anda. Memiliki dan penggunaan perisian berasingan untuk menguruskan muat turun kadangkala meremehkan.

Fokus artikel pada kali ini adalah untuk muat turun kelompok. Ini selalunya dialami oleh para pelajar yang cuba memuat turun banyak fail dalam masa yang sama. Biasanya, pengguna perlu menekan pautan muat turun satu demi satu untuk memuat turun fail yang dikehendaki. Bayangkan sekiranya anda mahu memuat turun 50 fail sekaligus? Memenatkan bukan?

Di sinilah Batch Link Downloader dapat membantu. Ia membantu mengesan pautan fail yang banyak dalam satu halaman sesawang dan kemudiannya menjumudkannya untuk anda dalam satu senarai. Jadi, anda tak perlu menekan pautan satu per satu untuk memuat turun fail-fail yang banyak ini.

Untuk contoh pada kali ini, saya cuba memuat turun 50 fail sekaligus.

Perhatikan, terdapat 50 pautan yang perlu saya muat turun. Sekiranya saya menggunakan kaedah tradisional, ini akan mengambil masa. Jadi saya menggunakan Batch Link Downloader. Ia boleh didapati di Chrome Store secara PERCUMA sahaja.

Lakukan pemasangan tambahan ini pada pelayar web Chrome anda dan bersedia ke langkah seterusnya.

Setelah pemasangan selesai, ikon Batch Link Downloader akan muncul di bahagian penjuru atas kanan pelayar web anda. Ikonnya berwarna hijau. Klik pada ikon tersebut dan senarai pautan akan muncul dalam tetingkap kotak perisian Batch Link Downloader ini.

Untuk muat turun kali ini, saya cuma mahukan fail .pdf. Jadi, saya klik pada “Add by filename pattern“. Pada kotak pilihan, sudah tertulis “*.pdf“, jadi Batch Link Downloader akan memilih dan menyenarai semua pautan yang mempunyai fail .pdf sahaja. Sekiranya anda mahukan fail dengan pautan lain, contohnya seperti fail .zip, anda boleh mengubahnya juga. Namakan semula sahaja *.pdf kepada *.zip. Mudah bukan?

50 pautan kepada 50 buku yang saya mahukan sudah tersenarai secara automatik pada Batch Link Downloader. Seterusnya, saya cuma perlu tekan “Start download” sahaja. Sangat mudah sekali berbanding dengan menekan pautan satu persatu dan menunggu halaman muat turun memuat di pelayar web.

Saya ingatkan sekali lagi, ini hanyalah tambahan pada pelayar web Chrome. Ia ringan dan membantu menangkap pautan secara kelompok dan menyenaraikannya dalam satu senarai. Untuk memuat turun, malangnya, anda masih perlu menekan “Save” secara manual pada tetingkap muat turun Chrome.

Satu lagi kelemahan pada tambahan pengurus muat turun ini ialah had muat turun dalam satu masa iaitu cuma 3 muat turun pada satu masa dapat dilakukan. Maknanya, anda cuma boleh melakukan 3 muat turun dan perlu menunggu di depan komputer untuk menekan “Save” pada tetingkap muat turun sehingga habis kesemua fail anda dimuat turun. Kefungsiannya terbatas seiring dengan tahapnya sebagai hanya tambahan pada pelayar web. Tapi ia sememangnya membantu.

Sekian sahaja dari saya buat kali ini. Jangan lupa like, comment dan share artikel ini untuk lebih banyak lagi artikel di masa hadapan.

Pautan : Batch Link Downloader

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Growth Behind The Sun: Jauh Lebih Baik Daripada Drama Maghrib

3

 

Ingat kah lagi artikel saya yang lepas tentang 5 Tahap Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan ? Di dalam artikel tersebut juga saya ada menyatakan hasrat untuk melihat pengarah tempatan menghasilkan karya dengan bermain elemen ini untuk penyampaian yang lebih berkesan dan melekat pada jiwa penonton.

Baru-baru ini juga, saya tertarik dengan sebuah drama Mandarin di 8TV yang berjudul Growth Behind The Sun. Maaf, saya tak boleh baca mandarin, tajuk bahasa ingeris sajalah saya boleh baca. ?. Saya memang agak menggemari drama mandarin kerana bagi saya, banyak drama mandarin lebih bercorakkan kekeluargaan dan realiti hidup. Bukan nak kutuk drama melayu, tapi kalau hari-hari menghadap drama rumah banglo, drama anak korporat, cinta buta dan kahwin lari, mana tak sakit otak? Saya balik kerja, ingin menenangkan fikiran. Bukannya menambah stress.

Berbalik pada drama Growth Behind The Sun ini, agak sukar saya ingin mencari maklumat seperti nama pelakon, nama pengarah, dan sebagainya kerana saya memang tak boleh membaca bahasa mandarin. Maaf sekali lagi. Saya baru nak belajar secara perlahan-lahan. Tapi apa yang saya boleh katakan, drama ini memang sangat bagus.

Kalau nak saya ceritakan daripada awal pun, agak sukar juga kerana saya menontonnya pun, sudah pada episod pertengahan. Terima kasih kepada MyTV, rancangan ulangan boleh ditonton di saluran Drama Sangat. Untuk saluran 8TV pula, episod baru boleh ditonton pada setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam. Ironi bukan? Drama mandarin pada saluran mandarin ditayang pada jam SELEPAS waktu Isyak. Saluran berbahasa melayu? Hahaha…

Setakat yang saya tonton, secara ringkasnya, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama XiaoZhao yang telah tinggal bersama neneknya, Nenek Ikan Masin setelah kematian kedua orang tuanya. Oleh kerana kekurangan kasih sayang ibu dan ayah, dia telah menjadi samseng dari kecil di samping untuk mengelakkan dirinya dibuli. XiaoZhao telah mengandung dan melahirkan seorang anak pada usia muda. XiaoZhao kemudiannya telah meninggalkan anaknya, Ah Bi bersama neneknya dan kemudiannya telah melarikan diri ke luar negara.

XiaoZhao kemudiannya telah balik semula ke kampung tetapi gagal ke luar negara semula setelah duitnya hilang. Maka XiaoZhao terpaksa tinggal semula bersama neneknya dan melayan anaknya Ah Bi yang kini sudah berusia 7 tahun. Drama ini semakin menarik apabila kita sebagai penonton mula perasan tindak-tanduk Ah Bi sebenarnya tidak normal dan di luar kebiasaan kanak-kanak normal yang lain. Ah Bi sebenarnya menghidapi autisme.

Apa kaitannya drama ini dengan artikel 5 Tahap Menghadapi Kesedihan dan Kehilangan saya? Baik. Sekiranya anda turut sama menonton filem ini, anda dapat lihat proses pendedahan pada kesemua karakter di dalam drama ini. Sebenarnya, pendedahan juga mempunyai tahap dan jenisnya juga. Ini akan saya kupas dalam artikel lain. Namun, untuk drama ini, pendedahan yang berlaku adalah jenis Pendedahan Terus atau Pendedahan Langsung. Pendedahan jenis ini bersifat jelas dan menjurus. Untuk pengurusan konflik, pendedahan ini perlu dielakkan kerana akan menghasilkan tindak balas penentangan yang paling tinggi. Dalam drama Growth Behind The Sun ini pula, babak-babak ini digarap dengan sangat baik. Watak-watak saling menyalahkan satu sama lain dan melepaskan perasaan tidak puas hati yang terbuku setelah 7 tahun tidak bertemu.

Menerusi artikel saya, boleh dikatakan drama ini telah melalui tahap pertama iaitu tahap penafian dan juga tahap kedua iaitu tahap marah. Nenek Ikan Masin sudah banyak kali dipanggil ke sekolah kerana Ah Bi telah banyak melakukan banyak kelakuan tidak berdisiplin seperti menjerit, tidak suka beratur, dan menganggu rakan sekelas yang lain. Tapi Nenek Ikan Masin tetap menyalahkan cikgu sekolahnya yang tidak pandai mengajar dan tetap membela Ah Bi dengan mengatakan dia cuma disampuk hantu.

Setelah sering ditegur guru dan dikutuk jirannya yang mengatakan Ah Bi tidak normal, Nenek Ikan Masin telah menjadi marah dengan memukul kanak-kanak lain yang membuli Ah Bi sehingga mengakibatkan pergaduhan sesama jiran. Keadaan bertambah buruk apabila ibu Ah Bi sendiri, XiaoZhao mengatakan Ah Bi juga tidak normal.

Saya tertarik untuk melihat sejauh mana plot drama ini akan berkembang. Lagipun ini drama tempatan, sangat dekat dan sesuai ditonton semua. Latar masa dan latar tempatnya juga sangat segar. Penggambaran dibuat di kampung nelayan, bukan dalam banglo, kemudian bilik wad hospital, masuk mall, duduk restoran, dan masuk banglo semula seperti drama maghrib yang tipikal.

Tak sabar tunggu episod minggu depan pula!

Pelakon utama, XiaoZhao. Comel ke cantik? ?

 

Views: 66

Iklan Newspaper Inline

iPhone X Plus?

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Apple.
Kehangatan iPhone X tidak reda lagi, ada khabar angin mengenai iPhone X Plus! ?
Ini gambar konsep dari Martin Hajek, Artis 3D dari Netherlands. (Semua gambar dalam artikel ini beliau punya, hihihi)

Oh ya Martin Hajek ni tidak asing lagi dalam komuniti Apple dengan konsep reka bentuk membayangkan produk Apple sebelum dilancarkan.

Kali ini, beliau menerbitkan penerbitan terbarunya yang mengambarkan model iPhone X Plus berukuran 6.7-inci yang kelihatan seperti iPhone X, cuba tinggi sikit. Kalsium lebih ni. ? Paling menarik perhatian ialah, Apple boleh menyesuaikan panel OLED 6.7-inci dalam casis bersaiz Plus dengan memanfaatkan reka bentuk skrin hampir penuh.

Untuk mencipta perwatakan telefon pintar Apple berukuran peranti Galaxy Note, beliau menggunakan fail 3D sendiri untuk model iPhone 5.8-inci sebagai titik permulaan untuk melihat “Apa yang akan berlaku jika saiz skrin akan ditingkatkan dengan faktor sama seperti iPhone 8 dan 8 Plus.”

Hasilnya, cukup mengagumkan! Ampa boleh lihat sendiri di bawah.

Atas tu iPhone X Plus manakala bawah tu iPhone X.

iPhone 8 ada 8 Plus, mustahil X takda X Plus kan?

Seperti adik dan abang menanti orang datang ambil mereka.?

Kalau iPhone X Plus besar ni, baru la nampak lawa, takda ketot macam iPhone X. ?

Untuk pengetahuan ampa, ini hanya konsep sahaja, tapi kalau Apple keluarkan macam ni, ampa rasa camna? ?

Beberapa sumber rantaian bekalan telah mengatakan bahawa Apple kemungkinan besar akan mengembangkan barisan iPhone tahun hadapan dengan menambah sekurang²nya satu peranti gaya baru X ke dalam campuran yang dilengkapi dengan paparan tepi-ke-tepi yang sebesar 6.46-inci. 

Beberapa sumber yang lain pula seperti The Korean Herald, meramalkan bahawa terdapat dua saiz iPhone OLED baru pada tahun hadapan dengan skrin saiz 5.85-inci dan 6.46-inci, pada dasarnya meletakkan model iPhone X sebagai ‘flagship’ pada tahun 2018 yang setanding dengan siri Samsung Galaxy Note dari segi saiz skrin.

Rasanya tak salah kan sebab ramai orang suka pelbagai pilihan dan teori kan? ?

Patutkah Apple menawarkan penggunanya lebih banyak pilihan di luar model iPhone biasa dan bersaiz Plus? Adakah ampa perlukan iPhone X yang lebih besar atau skrin besar tu macam² benda boleh buat dengan reka bentuk iPhone X? ?

Komen pendapat ampa di bawah. ?

Sumber
iDownloadBlog

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Review Bluedio T2+ : Harga Marhaen, Kualiti Setaraf Jenama Terkemuka

Antara aksesori wajib ada bagi seorang penggemar muzik dan gamer,  ialah sepasang headphone. Saya sendiri mempunyai hobi mengumpul headphone, tapi headphone saya bukanlah yang mahal-mahal. Untuk gajet, saya sebolehnya akan membeli gajet yang semurah mungkin dengan kualiti yang bagus. Sebagai seorang yang aktif membawa kerja ke mana sahaja, mahu tidak mahu, saya terpaksa memiliki sepasang headphone. Mana tidaknya, untuk berkerja, saya perlu mendengar muzik. Tak kan la nak pasang pembesar suara kuat-kuat di kafe kan? Nanti kena kecam pula kata nak menunjuk laptop.

Baik, sebenarnya review ini dibuat setelah hampir setahun menggunakan headphone ini. Saya gunakannya hampir di mana sahaja dan saya bawa ke mana sahaja. Untuk bermain permainan video, mendengar muzik di telefon. menonton filem dan juga semasa sesi Discord. Saya mendengar pelbagai genre muzik, jadi amat penting untuk saya mendapatkan headphone dengan julat kualiti bunyi yang lebih lebar. Tidak terlalu fokus pada bass tapi cukup bergegar, dan juga clarity yang baik pada midrange.

Sebelum bergerak dengan lebih jauh, kita lihat dulu secara ringkas spesifikasi headphone ini :

General
Brand: Bluedio
Model: T2+
Color: Black,Blue,Red,White
Wearing type: Headband
Function: Answering Phone,Bluetooth,FM function,HiFi,Microphone,MP3 player,Song Switching

Product Details
Headset type: Dynamic
Connectivity: Wireless
Connecting interface: 3.5mm,Micro USB
Application: Computer,Mobile phone
Plug Type: ANT-IN,Bluetooth,Micro USB
Driver unit: 57mm
Sound channel: Two-channel (stereo)
Frequency response: 20~20KHz
Impedance: 16ohms
Sensitivity: 118dB
Input Power: Built-in 220mAh battery
Working Time: Talking time: About 45 hours, Music playing time: Around 40 hours
Standby time: As long as 1625 hours


Extended Function
FM radio: Yes
Bluetooth: Yes
Bluetooth Version: V4.1
Bluetooth distance: W/O obstacles 10m
Bluetooth protocol: A2DP,AVRCP,HFP,HSP
External Memory: TF card

Dimension and Weight
Product weight: 0.228 kg
Package weight: 0.530 kg
Product size (L x W x H): 18.60 x 8.50 x 20.00 cm / 7.32 x 3.35 x 7.87 inches
Package size (L x W x H): 20.00 x 17.00 x 8.50 cm / 7.87 x 6.69 x 3.35 inches

Package Contents
Package Contents: 1 x Bluetooth Earphone, 1 x USB Cable, 1 x Audio Cable, 1 x Bilingual User Manual in English and Chinese

Pandang pertama

Saya telah mendapatkan headphone Bluedio T2+ ini di lelong.com.my dengan harga RM135.00 pada tahun lepas. Pada tahun ini, saya rasa mungkin harganya sudah sedikit murah kerana model baru akan dikeluarkan. Sangkaan saya pada pertama kali mendapat bungkusan saya, agak baik. Kotaknya menggunakan bahan kotak hijau, jadi saya dapat gambaran bahawa syarikat ini mempunyai budaya kerja yang agak profesional. Tiada kesalahan tatabahasa dilihat pada kotak ini dan rekaan kotak yang sangat minimalis. Saya suka.

Headphone dilipat kemas di dalam kotak
Aksesori yang lengkap

Ada apa di dalam kotak? Di dalam anda boleh dapatkan sepasang headphone, (sudah tentulah) seutas kabel USB untuk mengecas, seutas wayar 3.5mm jack, buku manual dan surat jaminan.

Buku manual dalam pelbagai bahasa

Ini apa yang biasa saya buat apabila membeli produk baru, Saya akan baca buku manual sehingga habis. Untuk produk dari negara seberang pula, saya akan baca penulisan dalam bahasa inggeris mereka. Sekiranya anda dapati tatabahasa mereka betul dan tiada kesalahan ejaan, itu tandanya anda telah membeli produk mereka yang boleh dikatakan dalam kelas “AAA”.

Pastikan original

 

Saiz unit pembesar suara yang terbesar dalam kelasnya

 

Binaan bingkai yang diperbuat daripada besi untuk lebih ketahanan

 

Kusyen yang selesa pada bingkai kepala dan dibaluti dengan kulit sintetik

Sebenarnya, saya agak keliru untuk memilih di antara 2 model iaitu daripada jenama Bluedio ini ataupun daripada jenama Avantree dengan model hangat mereka iaitu Avantree Audition Wireless. Namun setelah lebih kurang 2 minggu melakukan kajian, saya telah memilih Bluedio T2+ ini atas faktor :

  1. Cirinya yang boleh dilipat.
  2. Hadir dengan driver yang paling besar dalam kelasnya iaitu 57mm.
  3. Kemasan yang lebih cantik
  4. Julat bunyi yang lebih lebar, tidak terlalu bassy dan tidak terlalu kuat pada treble.
  5. Pilihan warna yang lebih banyak.
  6. Kusyen pada telinga dan kepala yang lebih tebal untuk lebih keselesaan.
Pro :
  1. Bateri yang tahan sangat lama.
  2. Kualiti bunyi yang sangat memuaskan hati. Bass nya bergegar tapi untuk mendengar dialog filem tidak kedengaran seperti “dalam”.
  3. Ringan.
  4. Cawan telinga jenis tekup ataupun over-ear.
  5. Boleh digunakan secara tanpa wayar ataupun dengan jack 3.5mm sekiranya kehabisan bateri.
  6. Bingkai yang diperbuat daripada besi.
Kontra :
  1. Untuk telinga sensitif, akan terasa sakit setelah memakai buat seketika.
  2. Lampu LED yang sangat terang dan tidak boleh dinyahaktif semasa aktif.
  3. Mikrofon yang tidak berapa jelas bagi tujuan chatting.
Silau kan?

Sekian sahaja review tidak berbayar dari saya. Semoga mampu menjadi panduan bagi yang masih mencari-cari headphone yang sesuai.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Apple Mengeluarkan Kemaskini iOS 11.1.1 Untuk Baiki Ralat Autocorrect ‘A[?]’

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Apple.
Lama betul tak tulis pasal Apple kan?
Kali terakhir saya tulis masa pakai iPhone 5S dulu. (Rindu pula kat iOS ?)

Abaikan kesedihan tu, kita sambung tajuk kita iaitu Kemaskini iOS 11.1.1.
Adakah ini ada kaitan dengan jualan mega 11.11? Konspirasi apakah ini? ?

Hari ini merupakan kemaskini rasmi yang ke-6 sistem operasi iOS 11. iOS 11.1.1 ni mai selepas seminggu setengah iOS 11.1 di keluarkan, kemaskini utama pertama iOS 11. iOS 11.1 memperkenalkan emoji baru dan membaiki beberapa ralat penting.

Kemaskini iOS 11.1.1 boleh dimuat turun secara percuma pada semua peranti menerusi OTA dalam aplikasi Tetapan (Settings) atau melalui iTunes. Untuk proses kemaskini, pergi ke Tetapan>Umum>Kemaskini Perisian (Settings>General>Software Update).

Kemaskini iOS 11.1.1 ini menangani ralat dan isu² yang telah ditemui selepas kemaskini iOS 11.1 dilancarkan. Kemaskini ini membaiki ralat Autocorect yang mengganggu hampir ramai pengguna iOS. Ralat itu menyebabkan “i” menjadi A[?] dan telah menganggu pengguna sejak awal bulan November. ?

Inilah rupa ralat tersebut.
Kredit gambar, Macrumors.

Apple telah pun menangani ralat Autocorrect ini dalam iOS 11.2 Beta, tetapi ralat tersebut telah merebak kepada lebih ramai pengguna dan bukannya isu yang syarikat itu boleh menunggu untuk menetapkan dengan iOS 11.2. Kemaskini iOS 11.1.1 juga membetulkan ralat yang menyebabkan “Hey Siri” tidak berfungsi. ?

Kemaskini iOS termasuk baiki ralat untuk iPhone dan iPad, antaranya :
– Baiki ralat papan kekunci Autocorrect.
– Baiki ralat Hey Siri tidak berfungsi.

Kemaskini iOS 11 Apple pertama kali diperkenalkan pada September, membawa pengalaman skrin kunci yang direka bentuk semula, pusat kawalan (Control Panel) boleh diubahsuai, suara Siri lebih semula jadi, App Store yang direka bentuk semula, Codec HEVC dan HEIF yang baru untuk kecekapan gambar dan video yang lebih baik, serta antara muka yang sepenuhnya dirombak untuk iPad. ?

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Kenapa OnePlus Memilih Dash Charge, Tidak Memilih Pengecasan Tanpa Wayar?

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Banyak pengeluar peranti sudah pun mengikut teknologi terkini iaitu Pengecas Tanpa Wayar.
Tapi kenapa OnePlus tidak ikut dan masih lagi bergantung pada Dash Charge?

CEO OnePlus, Pete Lau menerbitkan satu post di forum syarikat mereka dan mengambil masa untuk membincangkan mengenai port fon kepala 3.5mm dan menjelaskan kenapa mereka masih lagi kekalkan port tersebut. Keputusan ini penting bukan hanya untuk OEM ketika merancang telefon baru, tetapi juga kepada pelanggan.

Jadi kali ini, beliau meneruskan perbincangannya dengan menumpukan pada kenapa OnePlus belum menggunakan teknologi canggih pengecasan tanpa wayar dalam produk mereka. ?

Encik Pete berhujah bahawa pengecasan berwayar lebih baik dan pengecas tanpa wayar pula tidak membenarkan cas penuh dalam masa lebih singkat. Maksud yang lebih jelas ialah Dash Charge adalah yang terbaik kerana ia lebih cepat, mudah dan serba neka. ehh serba boleh. ?

Alasan pertama yang Encik Pete ni cakap ialah Dash Charge lebih cepat daripada pengecasan tanpa wayar malah lebih baik kerana pengguna boleh mengurangkan masa untuk mengecas telefon mereka dan memberikan masa yang lama untuk pengguna gunakan telefon mereka. ?

Betul apa yang dikatakan oleh Encik Pete tu, tetapi pengecasan tanpa wayar ni tidak dimaksudkan untuk menjadi lebih cepat daripada mana² penyelesaian khusus pengecasan tanpa wayar. Ia dimaksudkan untuk digunakan untuk kemudahan seperti meletakkan telefon pada pad pengecasan tanpa wayar tanpa perlu nak cucuk atau cabut apa² kecuali anda cucuk plug dekat pad tu la. ?

Alasan kedua pula kait rapat dengan alasan pertama, iaitu bagaimana pengguna boleh terus melakukan sesuatu (seperti main permainan, atau menonton video dan bergayut telefon – ini jangan ikut bahaya cakap sambil cas, nanti kebabumbum) semasa mengecas dengan Dash Charge. ?

Sekali lagi secara teknikalnya benar, tetapi ia menganggap seseorang itu perlu menggunakan telefon mereka selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Memang ramai pengguna produk OnePlus menggunakan telefon mereka lebih daripada purata pengguna, tetapi pengecasan tanpa wayar ni membolehkan pengecasan sekejap yang pendek tetapi kerap. ?

Beliau juga mengatakan untuk memberi tumpuan kepada keperluan untuk membeli pad, case, meja dan lampu untuk menikmati pengecasan tanpa wayar. (biar benar Pete? hahaha) OnePlus mengawal bahan binaan yang digunakan oleh peranti mereka dan logam yang tidak berfungsi dengan baik dengan pengecas induktif. Sebab itulah OnePlus terpaksa meletakkan pembaca NFC pada OnePlus 5 berhampiran dengan tempat yang tidak dilindungi oleh logam, iaitu kamera belakang. ?

Apa pendapat ampa? Komen di bawah ye?

Penat membaca? Nah layan video ni hahaha ?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Twitter Melancarkan 280 Batas Aksara Kepada Penggunanya

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Twitter.
Pasti ampa tahu kan bahawa Twitter ni hadkan aksara sebanyak 140, lebih kurang macam perkhidmatan SMS ja kan?

Oleh kerana itu, ramai orang berjaya meringkaskan penulisan mereka seringkas yang boleh, kalau tak lepas, reply post sebelum ini sebagai penyambung cerita.

Walau bagaimanapun, pada awal tahun ini, terdapat khabar² angin mengatakan Twitter nak meningkatkan had aksara tersebut.
Ia mula menguji had aksara 280 pada bulan September, dan kini ciri tersebut semua orang dapat.
Ampa bimbang? Twitter kata tenang dahulu jangan gelabah. ?

Menurut Twitter, para pengguna bimbang kerana had aksara 280 tu akan merosakkan kerumitan Twitter yang tidak berasas.

Graf ini sebagai buktinya.

Kira² 9% daripada tweet mencapai batas aksara 140, tapi sudah tentu itu tidak termasuk semua tweet yang tak pernah dihantar kerana pengguna tidak boleh nak luahkan apa yang mereka mahukan. Selepas mengaktifkan aksara 280 pada sejumlah kecil akaun yang bertuah, Twitter mengatakan hanya 1% sahaja pengguna yang capai had aksara 280. Tulis panjang² nak buat karangan ka. ?

Ia juga jarang berlaku bagi pengguna untuk mencapai aksara 280, hanya 2% dari tweet melebihi aksara 190. Had aksara tweet sebanyak 280 juga mendapat lebih likes dan retweets daripada had aksara tweet sebanyak 140. ?

Cuba kira ada berapa?

Had aksara 280 baru ini telah pun ada pada aplikasi rasmi Twitter, antaramuka web, dan Tweetdeck untuk pengguna serata dunia. Selain kiraan aksara, ampa akan lihat bulatan kecil yang mengisi semasa ampa menaip.

Namun, bahasa Korea, Jepun dan Cina akan terus bersama had aksara 140 kerana ruang tidak menjadi masalah dalam bahasa² yang lebih padat ini, tapi aplikasi pihak ketiga tidak dapat mengintegrasikan tweet lebih lama semasa diuji dan kemungkinan akan menjadi pilihan tidak lama lagi. Sabar ya? ?

Apa pendapat ampa? Berbaloikah had aksara 280? Atau 140 pun sudah memadai? ?
Sila komen di bawah untuk kita berkongsi pendapat. ?

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[Tertiris] Google Files Go: Pengurus Fail Pintar Dari Google

0
Dalam diam rupa-rupanya Google sedang mengusahakan satu aplikasi pengurus fail yang dinamakan sebagai Google Files Go.
Mereka telah secara tidak sengaja memuat naik aplikasi tersebut namun kemudiannya ditarik semula. Ia sempat dimuat turun oleh beberapa orang, lalu dimuat naik pula ke APKMirror.
Menurut deskripsi dari Google Play Store, Google Files Go mempunyai ciri berikut:
  • Membantu anda membebaskan lebih banyak ruang dengan lebih banyak cara berbanding sebelum ini.
  • Memberi tahu anda untuk menyahpasang aplikasi yang tidak digunakan lagi untuk memastikan telefon anda tetap pantas & berasa baru.
  • Mengenalpasti dan bantu anda memadamkan imej spam & duplikat.
  • Cari dokumen penting anda tanpa usaha rumit dan manual.
  • Kongsi fail anda di luar talian – cepat & selamat – dengan klik satu butang sahaja.

Berikut adalah beberapa tangkap layar dari aplikasi ini.
 

 

Anda ingin mencuba? Klik pada pautan di bawah.

Muat turun: Google Files Go File Manager

Via: XDA

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Arch Linux

0

Setelah anda berjaya memasang Arch Linux serta sebuah persekitaran meja kegemaran anda, contohnya saya pasang MATE Desktop, sudah pasti anda akan tertanya-tanya apa perkara yang perlu dilakukan selepas selesai memasang Arch Linux ini.

Sebenarnya ia ada diterangkan secara super-duper terperinci dalam ArchWiki, namun saya cuba huraikan secara mudah dalam artikel ini supaya anda akan terasa lancar sahaja prosesnya.

Tak susah pun, cuma perlu fikirkan sahaja apa yang anda mahu, dan cari sahaja apa ciri yang tidak cukup pada persekitaran meja anda.

1. Sekiranya anda masih belum memasang persekitaran meja, anda boleh rujuk dan pilih sendiri di ArchWiki di sini: Desktop environment – ArchWiki

2. Sebelum melakukan apa-apa, elok kiranya anda kemaskini terlebih dahulu sistem anda.

$ pacman -Syu

3. Seterusnya, pemasangan pelayar web akan membantu anda meneruskan lain-lain proses kerja. Pilih dari variasi pelayar Firefox, Opera, Chrome, Chromium, Vivaldi dan sebagainya. Contoh:

$ sudo pacman -S firefox
$ sudo pacman -S seamonkey
$ sudo pacman -S chromium
$ sudo pacman -S opera
$ sudo pacman -S qupzilla
$ sudo pacman -S midori

4. Kemudian, untuk memasang pakej melalui AUR, bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan, maka AUR Helpers diperlukan. Rujuk artikel ini untuk tujuan pemasangan AUR Helpers: AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik

5. Kemaskini mirror anda. Anda memerlukan mirror paling hampir dan paling laju untuk memuat turun pakej. Saya syorkan untuk anda pasang dan gunakan Reflector bagi tujuan ini.

$ sudo pacman -S reflector

Untuk mendapatkan mirror paling laju dengan jumlah 5, gunakan baris perintah ini:

$ reflector –verbose –latest 5 –sort rate –save /etc/pacman.d/mirrorlist

Rujuk: Reflector – ArchWiki

6. Gunakan AUR Helpers bagi mendapatkan pakej di AUR. Tutorial pada pautan di poin nombor 3 menggunakan pacaur. Kita boleh pasang apa juga pakej AUR dengan pacaur, contohnya Google Chrome:

$ pacaur -S google-chrome

7. Tambah nama pengguna dan juga kata laluannya (sekiranya belum dibuat).

$ useradd -m -g users -s /bin/bash archer

Gantikan ‘archer’ dengan nama pengguna pilihan anda.

passwd archer <<< Tetapkan kata laluan untuk pengguna.

Kemudian, sunting visudo. Sila uncomment pada %wheel ALL=(ALL) ALL untuk membenarkan pengguna biasa menjalankan perintah sudo

$ EDITOR=nano visudo

#%wheel ALL=(ALL) ALL <<< uncomment ialah buang tanda ‘#’ di belakangnya.

Nak mudah, tambahkan nama pengguna anda di bawah baris root ALL=(ALL) ALL.

Contohnya:

root ALL=(ALL) ALL
archer ALL=(ALL) ALL

Simpan fail tersebut dengan menggunakan kombinasi Ctrl + O + Enter, dan Ctrl + X untuk keluar dari nano.

Anda sudah boleh reboot dan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang tersebut.

8. Pasang pemain media. Antara pemain media pilihan saya ialah SM Player. Ia mampu memainkan video dan audio serta strim video di YouTube tanpa masalah.
$ sudo pacman -S smplayer
Atau, boleh juga pasang dari variasi pelbagai pemain media yang lain. VLC, contohnya, amat popular di kalangan pengguna linux.
$ sudo pacman -S vlc
9. Hidupkan repository Multilib. Jika anda mahu jalankan aplikasi 32-bit pada sistem operasi 64-bit (Arch sudah menggugurkan ISO 32-bit), maka anda perlu aktifkan repo Multilib. Uncomment pada repo tersebut.
$ nano /etc/pacman.conf
[multilib]
include = /etc/pacman.d/mirrorlist
10. Pasang tema dan ikon. Ya, Arch Linux apabila selesai pemasangan persekitaran meja masih ‘mentah’ dan kelihatan tidak cantik. Anda selaku pengguna dan ‘pemiliknya’ perlu pasang sendiri tema dan ikon yang menarik. Untuk langkah ini saya serahkan sendiri kepada anda bagi mencari tema dan ikon apakah yang anda sukai.
Baiklah, kita jumpa lagi pada artikel seterusnya. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan jika anda mahu baca lagi artikel-artikel seperti ini di masa akan datang.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline