Utama Blog Laman 141

Ubuntu Unity 7 Desktop Experience Bionic Beaver: Unity Kembali Dihidupkan?

0

Kita sedia maklum bahawa Unity (dekstop shell/environment) pada Ubuntu telah pun digugurkan beberapa bulan lalu dan diganti dengan Gnome.

Ramai yang ‘menarik nafas lega’, ramai pula yang berasa kesal dengan keputusan tersebut. Apa yang menarik tentang sesuatu projek bersumber terbuka ini ialah sekiranya ia ‘dimatikan’ dari satu sumber, namun jika ia mendapat sokongan kuat dari komuniti dan pembangun, maka tidak mustahil untuk ia dapat ‘dihidupkan’ semula.

Begitulah yang terjadi kepada Ubuntu yang disertakan dengan Unity. nampaknya ura-ura ia kembali dihidupkan (fork) menjadi kenyataan apabila idea tersebut mendapat sokongan dari komuniti.

Dikatakan perbincangan mengenai terbitan baru Ubuntu ini masih dalam perbicangan awal, namun Canonical sudah memberi lampu hijau kepada mereka yang terlibat untuk menggunakan nama ‘Ubuntu’.

Kini sudah ada ISO yang berasaskan versi 18.04, namun apabila sudah memasangnya ia dipapar sebagai 17.10.

Bagaimana saya tahu? Saya menulis artikel ini melalui Ubuntu Unity.

Muat turun ISO: Ubuntu Unity 7

Sumber: OMG! Ubuntu!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Dolby Mengukur Dan Menganalisis Emosi Manusia

0
Gambar dari The Verge

Hari ini, terdapat banyak telefon pintar dan komputer riba yang kita gunakan setiap hari, dan kemudian ada teknologi baru diperkenalkan. Dalam siri video The Verge ini, editor kanan
Lauren Goode membawa anda di sebalik tabir untuk menunjukkan kepada
anda teknologi yang sedang dijalankan di beberapa syarikat dan institusi
penyelidikan yang paling inovatif di dunia.  

Dolby
Laboratories telah wujud sejak tahun 1965, dan bagi kebanyakan orang,
syarikat itu sinonim dengan label logo putih yang anda lihat pada akhir filem
yang memberitahu anda bahawa bunyi dan video telah dijanakan dengan teknologi Dolby. Di dalam ibu pejabatnya di San Francisco,
Dolby mempunyai lebih satu ratus makmal teknikal, dan sejak lima
tahun yang lalu beberapa makmal telah menjalankan projek yang
kurang dikenali iaitu menonton orang ketika menonton filem.

Ya, pelik bukan? Diketuai oleh neurophysiologist dan ketua sains Dolby, Poppy Crum, syarikat itu telah menggunakan biosensors kepada subjek yang bersedia duduk di atas sofa untuk sesi hiburan. Menggunakan topi EEG, pemantau denyutan jantung, sensor tindak balas kulit galvanik, dan pengimejan kamera termal, saintis dapat melihat respon biofizik dan emosi yang dialami manusia yang menonton filem.

Mereka cuba menganalisis jenis video dan suara yang menjadikan kulit mereka bertindakbalas, dan apa yang menyebabkan mereka terlibat secara kognitif, terangsang, ataupun mungkin cepat bosan. 

Untuk lebih lanjut. Mari tonton video ini. 

Jumpa lagi pada artikel akan datang!

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

iPad Pro Adalah Definisi Komputer Moden Dari Apple

0
Sumber gambar dari: News4C
Sudahkan anda menonton iklan video daripada Apple ini? Dalam iklan terbaru, Apple menyatakan tidak perlu lagi orang menggunakan komputer bagi kegunaan harian. Kenapa? Kerana iPad Pro adalah penyelesaiannya!

Adakah anda hari ini masih menggunakan perkataan komputer?  

Kalau anda perasaan, akhir-akhir
ini, syarikat Apple tidak terlalu banyak mendedahkan tentang keluaran
terbaru untuk siri MacBooks, mereka kini lebih suka menumpukan pada
teknologi iPhone dan iPad. 

Sekarang, dalam iklan terbaru untuk iPad Pro, menunjukkan seorang budak perempuan yang menggunakan teknologi untuk segalanya. 

Iklan ini sangat kelakar bagi saya, anda mungkin berfikir suatu pekara yang pasti: 

– Untuk masa terdahulu, Syarikat Apple menegaskan bahawa iPad Pro adalah sebuah komputer. Pesaing syarikatnya iaitu Microsoft, menanggap ia sebagai satu lawak jenaka. 

Kenapa? Pada minggu lepas, CEO Microsoft iaitu Satya Nadella memberitahu beberapa wartawan
yang mempunyai iPad supaya “lebih menggunakan komputer yang sebenar”. 

Tetapi
masalahnya, ramai peminat Apple yang beranggapan mereka memilih iPad
Pro, kerana apa yang ada didalamnya lebih kurang serupa dengan produk
Microsoft iaitu Surface Pro. 

Apa pandangan anda tentang perkara ini?

Jumpa lagi pada artikel akan datang!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

China Mendominasi Senarai Teratas Super Komputer

0

Ya, jangan tak pecaya kerana sekarang negara China telah mengatasi negara Amerika Syarikat dalam senarai paling banyak sistem super komputer terpantas di dunia. Negara China sekarang mempunyai 202 mesin super komputer iaitu merupakan pencapaian paling tertinggi di dunia, menurut laman kajian Top 500.

Amerika Syarikat mempunyai 143 sistem super komputer dan sebenarnya ia masih tahap terendah sejak 25 tahun yang lalu, tetapi masih mendapat tempat kedua.

Jepun diletakkan tangga ketiga dengan 35 sistem super komputer dan Jerman tangga keempat dengan 20 sistem super komputer.

Hal ini disebab faktor utama iaitu, peningkatan pelaburan China dalam penyelidikan dan pembangunan, serta menurut satu kajian lain baru-baru ini, negara china kini menyumbang kira-kira 20% daripada jumlah pengeluaran R & D di dunia.

Super komputer DKRZ yang berada di Jerman

Sedikit fakta sains tentang super komputer: 

Super komputer biasanya berskala besar dan merupakan sistem yang sangat mahal kerana memaparkan puluhan ribu pemproses yang direka untuk menjalankan tugas-tugas pengiraan khusus yang intensif.

Contohnya termasuk, kajian perubahan iklim, simulasi senjata nuklear, prospek minyak, ramalan cuaca, data DNA dan pemodelan biomolekul

Prestasi super komputer biasanya diukur dalam petaflops (satu ribu triliun operasi terapung per saat). Flop boleh dianggap sebagai langkah dalam perhitungan.

Komputer terpantas China yang dinamakan sebagai Sunway Taihu Light kini mengekalkan pendahulunya sebagai yang paling cepat di dunia iaitu sebanyak 93 petaflops.

Sebaliknya, Titan yang terpantas Amerika Syarikat kini menduduki tempat kelima di dunia, dengan prestasi sebanyak 17.6 petaflops.

Angka tersebut sebenarnya menunjukkan China telah mengatasi Amerika Syarikat dari segi prestasi agregat, menyumbang 35.4% daripada jumlah kuasa pemprosesan senarai berbanding Amerika Syarikat 29.6%.

Erich Strohmaier salah seorang pengasas bersama itu memberitahu berita BBC bahawa banyak sistem di negera China telah diwujudkan untuk mendapatkan wang dengan pemilik menyewakan kuasa pemprosesan mereka kepada firma tempatan dan antarabangsa.

Erich memberitahu kenapa dua sebab utama belaku pekara ini terjadi:

Salah satunya adalah prestasi yang ditunjukan dengan menjadi peneraju utama dalam pasaran yang dulu menjadi contoh utama penguasaan teknologi Amerika Syarikat.

“Yang satu lagi berkaitan dengan penerokaan saintifik dan keselamatan negara dan sebenarnya banyak sistem ini digunakan untuk tujuan pengiraan yang berkaitan dengan sistem senjata.”

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Firefox Quantum : Ulasan Setelah Sehari Penggunaan Penuh

0

Mozilla telah memperkenalkan Firefox Quantum secara rasmi dan ianya memang pantas. Sangat pantas.

Tanggal 15 November 2017, Mozilla, sebuah syarikat yang memperjuangkan kebebasan internet telah melepaskan versi pelayar web terbaru mereka iaitu Firefox Quantum. Bagi pengguna Firefox sedia ada, anda cuma perlu mengemaskini pelayar web masing-masing kepada versi v57 untuk menaik taraf Firefox anda kepada Firefox Quantum. Atau boleh saja muat turun di laman rasmi Firefox.

Saya telah mencubanya selama sehari dengan penggunaan menyeluruh untuk kerja dan juga kasual. Sebagai pengguna Google Chrome sebagai pelayar utama untuk sekian lama, tanggapan pertama saya setelah menaik taraf ke Firefox Quantum adalah; IA SANGAT PANTAS.

Untuk ujian pertama saya, saya telah terlebih dahulu mengemas kini ketiga-tiga pelayar web saya ke versi terkini iaitu Google Chrome, Mozilla Firefox dan Opera Browser. Seterusnya, saya telah menutup dan membuka semula ketiga-tiga pelayar web ini. Firefox Quantum termuat dengan hampir serta merta. Ia sangat pantas sehinggakan saya berasa Google Chrome saya lembab untuk dibuka. Opera Browser macam biasa lah, sangat lembab. Saya rasa Microsoft Edge saya jauh lebih pantas. Saya menggunakan laptop Asus ROG G751 dengan RAM sebanyak 8GB untuk ujian kali ini. Sistem operasi saya ialah Windows 10 Pro 1703.

Seterusnya, seperti yang ditunggu-tunggu, penggunaan RAM. Firefox Quantum menjanjikan kelajuan 2X kali ganda dengan 30% lebih kurang penggunaan memori berbanding Google Chrome. Dari segi kelajuan, tidak dinafikan, memang pantas. Facebook dan Instagram memuat dengan pantas, lebih pantas dari Google Chrome. Gambar dan teks memuat dengan cepat tanpa perlu saya menunggu ikon “loading” berjoget-joget di skrin. Laman Youtube juga, walaupun merupakan produk daripada Google, dimuat lebih pantas pada Firefox Quantum berbanding dengan pelayar web rasmi daripada mereka iaitu Google Chrome.

Ini adalah perbandingan penggunaan RAM pada Firefox Quantum berbanding dengan Google Chrome dan Opera Browser. Ketiga-tiga pelayar web ini sedang membuka 2 tab yang sama. Ironinya, Firefox Quantum dilihat menggunakan paling banyak RAM berbanding dua lagi pesaingnya.

Menariknya, setelah saya membuka 3 lagi tab, penggunaan RAM pada Firefox Quantum menurun kepada hanya 74MB. Saya cuba membuka tab yang sama pada Google Chrome dan Opera Browser, dan penggunaan RAM mereka meningkat dengan mendadak. Penggunaan tab yang banyak terasa lebih selesa pada Firefox Quantum berbanding Google Chrome tanpa ia mengalami kelewatan atau atau kelembapan. Mungkin benar dakwaan Mozilla, Firefox Quantum dengan enjin baru memang dicipta khusus untuk pelayaran yang lancar tidak kira samada anda membuka 10 mahupun 100 tab serentak.

Apa Lagi Yang Menarik?

Dengan enjin baru, Mozilla menawarkan antaramuka yang baru pada Firefox Quantum. Sekali pandang, nampak macam Microsoft Edge pula. Saya seorang yang kurang memilih pada rupa. Apa yang penting, adalah kefungsian dan kebolehan serta kemampuan. Tapi saya memang sangat sukakan sesuatu yang minimalis. Butang-butang pada pelayar web ini dipenuhi dengan pilihan untuk diperibadikan mengikut kehendak pengguna termasuklah kedudukan butang pada palang menu. Tema gelap yang disediakan juga nampak kemas dan seolah-olah membuatkan ruangan skrin terasa lebih besar untuk membaca kandungan laman sesawang. Halaman tema juga telah diberi nafas baru yang lebih segar.

Firefox Quantum juga telah menawarkan fungsi segerak yang lebih mantap di antara pelayar versi desktop dan juga pelayar versi mudah alih. Sama seperti Google Chrome, menyambung kerja daripada pelayar desktop kepada pelayar mudah alih kini lebih mudah pada Firefox Quantum. Penanda buku, sejarah dan maklumat kuki disegerakkan dengan lebih baik pada Firefox Quantum baru.

Mozilla juga menawarkan lebih privasi dengan produk baru mereka ini. Mereka telah menambah baik Pelayaran Sulit mereka pada Firefox Quantum agar maklumat anda lebih dilindungi ketika melayari laman sesawang sensitif.

Fungsi Baru Yang Sangat Memudahkan

Sebagai seorang penulis dan seorang pekerja yang banyak melakukan kerja-kerja pembentangan, saya banyak menangkap paparan laman sesawang.Selalunya, saya terpaksa menekan butang print screen pada papan kekunci dan kemudiannya menampal paparan tersebut pada Microsoft Paint. Sekiranya perlu penyuntingan, saya terpaksa memotong pula gambar pada Microsoft Paint dan kemudian barulah saya dapat menyimpan gambar yang dikehendaki tersebut.

Kini dengan Firefox Quantum, ia menawarkan fungsi Screenhot terbina dalam. Saya boleh memotong, memilih, menyimpan dalam akaun Firefox Screenshot saya ataupun muat turun tangkap layar saya terus ke komputer saya. Lebih menarik lagi, ia menawarkan fungsi memilih elemen untuk ditangkap seperti Magic Select pada Adobe Photoshop dengan membaca kod elemen pada halaman sesawang. Jadi tidak perlu susah-payah anda membidik tetikus anda pada gambar yang anda mahukan.

 

Kerisauan Paling Besar

Ramai yang menyuarakan ketakutan untuk beralih kepada Firefox Quantum setelah sekian lama setia bersama Google Chrome. Antara alasan yang popular adalah masalah dengan flash dan juga kurang sokongan extension. Saya tiada komen dengan extension yang banyak, namun saya menggunakan extension yang sama pada Google Chrome saya dan juga Mozilla Firefox saya yang lama. Setelah naik taraf ke Firefox Quantum, extension lama saya masih lagi berfungsi dengan baik. Ya, IDM MASIH BERFUNGSI DENGAN BIASA pada Firefox Quantum.

Video pada laman popular seperti Youtube dan Facebok juga dapat dimainkan dengan baik tanpa masalah sepanjang penggunaan saya. Tidak ketinggalan, saya juga sudah membuat ujian pada laman Tumblr kerana ramai yang mempersoalkan prestasi Firefox Quantum pada laman Tumblr. Juga sama, tiada masalah.

Masa pemuatan pada laman sesawang juga dilihat lebih pantas berbanding Google Chrome. Tiada masalah kelambatan komen pada Facebook atau Youtube sepanjang ujian saya. Laman forum sperti XDA, Reddit dan Lowyatt Forum juga berfungsi dengan lancar.

Kesimpulannya?

Mungkin Firefox Quantum masih belum sempurna. Di sebalik kehebatannya, ada juga pengguna yang melaporkan keralatan. Malang atau bernasib baik, ia tidak berlaku kepada saya untuk saya tuliskan. Namun ia sudah cukup sempurna untuk saya kembali rujuk kepada Firefox setelah sekian lama menduakannya dengan madunya si Google Chrome.

Sekian sahaja penulisan saya pada kali ini. Jangan lupa like, share dan komen artikel ini untuk lebih banyak artikel di masa akan datang.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Iphone X Dilaporkan Gagal Berfungsi Di Dalam Cuaca Sejuk

0

Baru sahaja dilancarkan, peranti terkini yang mendapat sambutan hangat daripada Apple ini sudah dilanda dengan kegagalan.

Kecoh baru-baru ini apabila ada pengguna melaporkan bahawa peranti iPhone X mereka gagal berfungsi ketika baru sahaja 2 saat keluar daripada rumah mereka ketika musim sejuk. Peranti itu dilaporkan “beku” (hehe) ? setelah terdedah dengan keadaan sejuk di luar rumah. Skrin iPhone X dikatakan tidak bertindak balas setelah pengguna keluar daripada rumah mereka dalam musim sejuk. Pengguna tersebut telah meleret skrin iPhone X kepunyaannya berkali-kali namun peranti itu tetap tidak memberikan sebarang tindak balas.

Perkongsian itu telah dimuat naik oleh pengguna Reddit, darus214 pada SubReddit iPhone. Perkongsian ini kemudiannya mendapat sambutan yang hangat dengan ramai  lagi pengguna iPhone X tampil dan mengadu masalah yang sama di dalam SubReddit tersebut.

Sedar dengan masalah ini, Apple telah memberikan maklum balas segera. Mereka mengatakan memang skrin iPhone X direka untuk digunakan dalam suhu cuaca 0॰-35॰ C. Sekiranya pengguna menggunakan iPhone X mereka dalam julat suhu di luar suhu yang ditetapkan, maka pengguna mungkin akan mengalami tindak balas yang “luar biasa” pada iPhone X mereka.

Buat masa sekarang, Apple mencadangkan pengguna tidak menggunakan iPhone X mereka dalam keadaan sejuk dan berjanji akan membaiki masalah ini dengan pelepasan kemaskini sistem pada kemaskini akan datang dalam masa terdekat.

Perkongsian lain di Reddit pula, ada pengguna mendakwa beliau telah menggunakan perantinya dalam suhu 2॰ C namun tetap mengalami masalah ini. Manakala pengguna yang lain juga ada melaporkan peranti mereka sihat-sihat sahaja di dalam cuaca sejuk. Adakah ini bermakna Apple juga telah menggunakan lebih daripada satu pembekal untuk skrin iPhone X mereka? Itu kita biarkan Apple untuk menjawabnya.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Solus: Rolling Release Distro Yang Dinantikan Oleh Peminat Linux?

0

Intro

Pengguna Ubuntu pasti tahu, meskipun sistem operasi itu disokong oleh syarikat yang kukuh, namun pembangunannya dirasakan sedikit terumbang-ambing.

Keputusan yang dibuat untuk perubahan kepada pembangunan sistem operasi selalu membuat pengguna kecewa.

Ketika Unity diperkenalkan, ianya masih ‘vanilla’, masih hijau. Lantas mengundang kecaman dari pelbagai pihak.

Apabila Unity sudah mula matang, ia digugurkan dari pembangunan dan sokongan, diganti dengan Gnome, namun seiras Unity. Nampak sama tetapi tidak serupa. Ia mengundang juga kontroversi dan suara bising dari komuniti.

Beralih pula kepada Arch Linux. Satu sistem operasi berasaskan rolling release tanpa versi 1.0 dan seterusnya.

Pembangunan kukuh dan stabil, namun untuk mereka yang mula hendak berjinak dengan Linux pasti akan terkandas jika tidak kuat hatinya. Ciri ringkas Keep It Simple, Stupid atau KISS dari mula langkah pemasangan menyebabkan ramai yang gagal kerana ia memerlukan pembacaan yang intensif, dan perlu juga rajin menonton video ulasan di YouTube untuk lebih kefahaman.

Di sinilah hadirnya Solus – sebuah sistem operasi Linux berasaskan ‘curated rolling release’ atau mereka menggelarnya dengan ‘hybrid approach’.

Solus 3

Ya, kebanyakan pengguna baru tidak terlalu peduli tentang sama ada ia mempunyai versi rilisan seperti Ubuntu, atau rolling release seperti Arch. Apa yang lebih penting kepada mereka ialah sistem operasi tersebut perlu terus berfungsi di luar kotak, tanpa perlu bersusah payah memahami bagaimana ia perlu digunakan.

Baiklah, sepertimana Ubuntu Linux Mint, Solus mempunyai ‘segalanya’ sebaik sahaja siap dipasang. Pengguna tidak perlu lagi tercari-cari apa yang perlu dilakukan selepas selesai pemasangan.

Solus mempunyai ‘flagship desktop environment’, iaitu Budgie, serta pengurus pakej mereka sendiri, eopkg.

Sejarahnya, Solus berasal dari Evolve OS. Namun atas sebab trademark, mereka (pembangun) terpaksa menukar nama. Dari sinilah mereka mengubahnya kepada Solus Project, dipendekkan kepada Solus, yang mana menjadi pusat kepada pembangunan Solus Operating System, Budgie Desktop, dan lain-lain projek di bawahnya.

Dari satu snapshot ke satu snapshot, akhirnya versi ke 3 atau Solus 3 dilancarkan.

Hybrid Approach, Curated Rolling Release

Tiada lagi ‘regular snapshot’, kerana ia sudah beralih sepenuhnya kepada sistem ‘curated rolling release’. Digelar sebagai pendekatan hibrid, setiap kemaskini tidak lagi agak menakutkan (seperti Arch) kerana anda tidak perlu bimbang pakej bercanggah atau sistem yang gagal boot.

Solus bukan derivatif kepada mana-mana sistem operasi Linux yang lain. Ia dibuat dari mula (from scratch), sama seperti Arch Linux.

Pengurus pakejnya, eopkg, juga mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun masih sangat baru, ianya stabil dan laju. Buat pengguna yang terus ‘melompat’ kepada Solus, proses pembelajaran adalah sedikit berbanding Arch Linux.

Beris perintahnya boleh dikatakan sedikit berbeza, namun itu adalah biasa untuk pengurus pakej yang baharu. Sebagai contoh dalam Ubuntu kita menggunakan sudo apt update && sudo apt upgrade dan dalam Arch kita menggunakan sudo pacman -Syu untuk mengemaskini sistem.

Berbeza pula dengan Solus, ia menjadi sudo eopkg ur dan sudo eopkg up. Agak kekok juga untuk menaip ‘eopkg’ pada mulanya, namun apabila sudah biasa, ia tidak menjadi satu masalah lagi.

Pengguna yang baru beralih dari Windows, ataupun mana-mana sistem operasi Linux, sepatutnya tidak akan berasa janggal dengan Solus. Budgie Desktop akan membuatkan pengguna terasa seperti ‘biasa’ sebaik sahaja memulakannya.

Sumber gambar

Budgie Desktop mempunyai persekitaran seakan Windows, dengan adanya task bar, menu aplikasi, dulang sistem, pusat notifikasi, dan aplikasi yang boleh di-pinkan kepada dock.

Antara aplikasi yang disertakan dalam Solus ialah:

Firefox, LibreOffice, Thunderbird, pemain muzik Rhythmbox, pemain video GNOME MPV, GNOME Calendar, GNOME Files, GParted, dan pelbagai lagi aplikasi lain.

Apa yang menarik, tidak seperti Arch yang memerlukan AUR untuk mana-mana aplikasi dari pihak ketiga atau mana-mana aplikasi yang tiada dalam repo, Solus memberikan pilihan terus kepada penggunanya melalui Software Center.

Ini bererti pemasangan aplikasi seperti Spotify dan Google Chrome adalah sangat mudah. Tidak lagi perlu ‘mencari’, sebaliknya hanya perlu klik pasang di Software Center. Ini menjadikan paparan dan ‘perasaan’ ketika menggunakan aplikasi tersebut adalah lebih ‘natif’.

Selain itu, proses kemaskini sistem operasi juga boleh dikendalikan oleh Software Center ini.

Sepertimana Windows 10 dan Ubuntu, Solus juga mempunyai Night Light.

Kalau anda memang biasa menggunakan PC sehingga lewat malam, maka fungsi atau ciri ini akan menjadi sangat berguna dalam membantu anda untuk lebih mudah tidur serta mengurangkan pedih di mata akibat cahaya biru di skrin.

Sumber gambar



Sokongan Snap Dan Flatpak

Ya, Solus menyokong Snap dan Flatpak. Ianya adalah pakej perisian universal untuk Linux. Bererti jika pun aplikasi yang anda mahu itu tiada dalam repo Solus, tetapi ia mempunyai pakej Snap atau Flatpak, anda boleh memasangnya seperti aplikasi natif – tiada masalah juga untuk kemaskini.

Ini memang WOW.

Isu?

Isu yang saya dapati adalah disebabkan sistem ini agak baru, maka pakej aplikasinya tidak besar sepertimana Ubuntu dan Arch. Maka mungkin ada Tutorial juga tidaklah mudah dijumpai meskipun anda mencari.

Namun saya percaya ia akan menjadi lebih baik lagi dari masa ke semasa.

Anda yang ingin mencuba boleh muat turun pada pautan ini: Download | Solus

Nota: Solus menawarkan tiga jenis persekitaran meja, namun saya syorkan Budgie Desktop (Solus Budgie) kerana ia adalah persekitaran meja ‘flagship’ bagi sistem operasi ini. 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Penggodam Juga Boleh Menggodam Monitor Anda: Ini Faktanya

0

Selepas anda menonton video ini, anda mungkin tidak pecaya. Ya, monitor juga boleh digodam oleh pengodam. Ang Cui dari Red Balloon Security telah menunjukkan cara untuk menggodam monitor Dell yang popular dan memanipulasi apa yang anda lihat di skrin anda.

Dengan menggunakan serangan jenis ini, pengguna dengan mudah boleh ditipu untuk mendedahkan maklumat peribadi dan sulit. Inilah cara ia berfungsi. Berikut adalah video demo.

Setelah anda menonton video ini, pada asasnya, anda tidak boleh mempercayai apa-apa perkara yang keluar dari komputer anda, kerana monitor sekarang mampu mengubah kandungan skrin.

Namun begitu, berwaspadalah kerana terdapat sekurang-kurangnya satu billion monitor di planet hari ini yang terdedah kepada serangan jenis ini.

Ang memanggil penggodam ini sebagai “Kegelapan Monitor” (atau, Monitor Kegelapan?).

Kalau anda perasaan, sebenarnya fakta ini telah muncul di siri TV musim ke 3 Mr Robot.

Ang telah memaklumkan kepada syarikat Dell mengenai kerentanan tersebut. Dell seterusnya mengesyorkan pengguna agar mengemaskini firmware monitor U2417. Dell memandang serius perkara ini kerana mereka lebih mengutamakan keselamatan sebagai asas utama pelanggan mereka.

Sumber: Red Balloon Security

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OnePlus ‘Tidak Sengaja’ Meninggalkan Backdoor Pada Peranti

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita mengenai syarikat OnePlus.
Tak sejuk lagi isu pasal OnePlus didapati mengumpul maklumat peribadi untuk analisis.
Tapi dengan pantas pihak OnePlus berjanji bahawa akan lebih telus selepas ini dan memberi pengguna pilihan untuk menutup analisis OxygenOS.
Walaubagaimana pun, isu tersebut sudah selesai, tapi timbul pula isu baru. hahaha ?

Seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama Elliot Anderson, telah menemui bahawa OnePlus secara tidak sengaja meninggalkan aplikasi ujian diagnostik yang dibuat oleh Qualcomm. Selepas godek-godek sana sini aplikasi ini, beliau mendapati bahawa ia boleh dieksploitasi untuk memberikan akses root yang bertindak sebagai pintu belakang! ?

Aplikasi tersebut ialah EngineerMode dan ia pada asalnya merupakan aplikasi sistem yang dibuat oleh Qualcomm dan disediakan kepada OEM seperti OnePlus agar OEM dapat menguji kesemua komponen perkakasan peranti dengan mudah. Aplikasi ini juga dipasang pada semua peranti OnePlus 3, 3T, 5 dan mungkin 5T sekali dan boleh diakses dengan mudah melalui mana-mana aktiviti launcher kerana semua aktiviti aplikasi dieksport.

Beberapa bulan yang lalu, ada sesetengah orang menyedari akan wujudnya aplikasi ini dalam peranti mereka, tapi tak pasti untuk apakah aplikasi tersebut. Ada mengatakan untuk kita sendiri mendiagnosis peranti kita apabila berlaku apa2 masalah. Si Elliot telah merungkai aplikasi tersebut (di sini)dan mendapati terdapat aktiviti yang menarik yang dipanggil DiagEnable.

Ada satu aktivi yang menonjol kelakuan dia iaitu escalatedUp. kaedah ini menerima nilai bootlean (true/false) dan string. String adalah kata laluan yang diperiksa oleh kaedah sebelum ia menetapkan set properties sistem persist.sys.adroot dan oem.selinux.reload_policy kepada 1.

persist.sys.adbroot sangat menarik kerana ia membolehkan pengguna menjalankan ADB sebagai root. Ini bermakna dengan serta-merta membuka kemungkinan mendapatkan akses root sepenuhnya pada semua peranti tanpa membuka kunci bootloader. (OnePlus mengatakan bahawa root dan membuka kunci bootloader tidak membatalkan waranti). Jadi gena nak dapatkan aplikasi EngineerMode untuk menetapkan properties sistem menjadi 1? ?

@fs0c131y perlu mencari kata laluan yang betul dalam kaedah yang dipaparkan di atas tadi dan ia bukan mudah. Walaubagaimana pun, beliau memecah library yang bertanggungjawab untuk menghasilkan kata laluan (disebut libdoor.so) dan mendapati di mana kata laluan hash terletak di /data/backup/fpwd. Kemudian kata laluan dijana daripada pelbagai ciri binaan seperti ro.product.model dan ro.product.brand dan tidak akan mudah untuk membalikkan jurutera.

Nasib baik ada bantuan dari David Weinstein dan Now Secure di Twitter, beliau dapati kata laluan yang diperlukan oleh aplikasi EngineerMode untuk meningkatkan ADB kepada keistimewaan root.

Apa yang perlu dilakukan ialah menghantar arahan dalam format ini.

adb shell am start -n com.android.engineeringmode/.qualcomm.DiagEnabled –es “code” “angela”

Di mana com.android.engineermode/.qualcommDiagEnable adalah nama komponen aktiviti DiagEnable yang mereka mengeksploitasi dan kod adalah nama string dan kata laluan adalah nilai kata laluan. ?

@fs0c131y menyatakan dia akan menerbitkan aplikasi tidak lama lagi yang akan menghantar saka ini untuk meningkatkan ADB ke dalam kelebihan root, dan patch imej boot untuk mematikan dm-verify dan pasang binari su. Selalulah menziarahi XDA Developers untuk berita pasal perkara ini pada masa hadapan. ?

Ini bermakna pengguna OnePlus 3, 3T, 5 dan 5T, ampa boleh root dengan mudah tanpa membuka kunci bootloader! Tapi sudah tentu ini merupakan ekploitasi dan harap OnePlus akan patch isu ini tak lama lagi. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menghapuskan aplikasi ini dari binaan masa depan. ?

Pssttt, ada berita bisik telinga ni.
Brader @fs0c131y ni menyiarkan kemas kini pada halaman Twitternya dengan kata laluan yang ampa perlukan untuk masuk ke root ADB shell dan passwordnya ialah angela. Bagi ampa yang tak menonton rancangan Mr. Robot, Angela adalah nama salah seorang protagonis. Hmm, pasti banyak peminat rancangan Mr. Robot di Qualcomm. ?

Jika ampa memasukkan perintah ADB yang terdapat di atas tu, ampa akan perasan ADB segera memutuskan sambungan dan server dimulakan semula. Masuk ADB sekali lagi, dan ampa akan lihat ia kini rooted shell. ?

Jadi apa pendapat ampa? Sila komen di bawah ye ?

Sumber
XDA Developers

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengembalikan Tetapan ‘Back Up While Charging Only’ Pada Google Photos

0

Dalam banyak-banyak aplikasi Google, saya paling suka dengan Google Photos. Ia amat membantu dalam menjadi simpanan sandaran kepada semua gambar-gambar kenangan yang pernah saya ambil.

Cuma ada satu ciri yang Google telah buang dengan sengaja, iaitu hanya buat salinan sandaran ketika peranti sedang dicaj.

Pilihan ini sedikit sebanyak membantu untuk menjimatkan penggunaan bateri. Tetapi disebabkan kita menggunakan Android, kita masih lagi boleh cuba mendapatkan kembali tetapan tersebut sepertimana yang dipaparkan melalui gambar di bawah, cuma peranti anda perlu root terlebih dahulu.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah anda harus mempunyai aplikasi pengurus fail yang menyokong fungsi root. Dalam tutorial ini saya menggunakan Solid Explorer.

Kemudian, buka direktori ini:

/data/data/com.google.android.apps.photos/shared_prefs

Buka pula fail ini:
photos.backup.backup_prefs.xml
Cari baris seperti di bawah, dan tukarkan perkataan ‘false’ kepada ‘true’.
<boolean name=”backup_prefs_backup_only_when_charging” value=”false” />
Simpan fail tersebut. Kemudian pergi ke Settings > Apps > Force Close/Force Stop Google Photos. Sekarang, jika anda buka semula aplikasi Google Photos, anda akan perolehi kembali tetapan ‘back up while charging only’.
Selamat mencuba!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline