Kod Digital Pengintip Perisian Cetak Rompak Komputer Lebih Bernilai Daripada Senjata Di Laman Gelap

Sekumpulan penyelidik dalam internet mendapati bahawa harga kod digital pengintip cetak rompak perisian komputer telah dijual lebih tinggi daripada harga yang diperlukan untuk membeli senjata di pasaran laman gelap.

Penyelidik keselamatan daripada laman Venafi mengesahkan bahawa hari ini terdapat perdagangan yang berkembang dalam penjualan kod digital pengintip cetak rompak perisian komputer, yang boleh digunakan untuk memastikan ketulinan aplikasi perisian komputer.

Kod digital perisian komputer asli yang dijual, adalah secara asasnya untuk memastikan perisian dan aplikasi adalah sah dan asli, tetapi jika pihak pembangun perisian itu mengesan belaku penggunaan cetak rompak, kod digital tersebut ada ciri malware pada rangkaian dan peranti yang membuatkan perisian tersebut tidak disenaraihitamkan dan ada ciri pengintipan.

Dengan kod perisian cetak rompak ini, adalah sangat mustahil sesuatu organisasi mengesan perisian yang berniat jahat, kata Kevin Bocek, ketua strategi keselamatan di Venfai. Mana-mana penyerang siber boleh menggunakannya untuk membuat malware, ransomware, dan juga serangan kinetik.

Mengikut kata Peter Warren iaitu pengerusi CSRI, “Kami menyiasat untuk beberapa tahun yang lepas ada dikalangan penjenayah siber secara aktif mencari kod digital asli pengintip untuk menyebarkan malware melalui komputer,”.

Siasatan serius telah dilakukan pada enam bulan lepas oleh CSRI dengan kerjasama Pusat Siber di Universiti Hertfordshire.

Pada bulan ini,dikatakan penyelidik daripada Flashpoint menemui satu lagi trend terkini yang membimbangkan di laman gelap, yang mana akses kawalan jauh ke komputer telah dijual di laman gelap. Sebagai contoh, kawalan jauh komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP dijual serendah RM12, dan penyerang siber juga boleh mengubahsuai Sistem Operasi Windows 10 dengan harga serendah RM50.

Dengan ada kod digital perisian cetak rompak ini, penyerang siber boleh mengintip pengguna dan perniagaan tanpa perlu berkompromi sistem melalui kempen phishing atau malware.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x