Aktifkan Compiz Effects Pada Ubuntu 12.04

Anda mahukan dekorasi pada sistem operasi Ubuntu anda dengan kesan visual (effects) yang menawan dan ‘stunning’? Jika anda mahu, maka anda perlukan Compiz Config Settings Manager untuk mengaktifkan/menghidupkan kesan visual pada desktop anda.

Caranya mudah sahaja. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:

sudo apt-get install compizconfig-settings-manager compiz-plugins-extra compiz-fusion-plugins-extra

Kemudian, melalui Dash Home, taipkan ‘ccsm’ dan buka Compiz Config Settings Manager.

Untuk menghidupkan 3D desktop cube, anda boleh rujuk kepada panduan ini :

Iklan Google
Menghidupkan 3D Desktop Cube
Cuma bezanya dalam Ubuntu 12.04, Ubuntu Unity Plugin tidak akan dapat ‘diusik’ lagi, jadi selepas ini mungkin tiada lagi masalah kehilangan paparan desktop Unity secara tiba-tiba selepas mengaktifkan Dekstop Cube dan Rotate Cube.
Untuk lain-lain kesan visual seperti burn, magic lamp, spread leaf, dan sebagainya lagi, anda perlu aktifkannya pada Effects > Animations. Disitu terdapat berbagai pilihan seperti Open, Close dan Minimize Animation. Anda boleh ‘godek’ atau bereksperimentasi sendiri di situ.
Untuk Wobbly Windows, anda boleh tandakan pada kotak Wobbly Windows.
Apa lagi yang anda mahu? Hmm.. Anda boleh lihat contoh animasi pada video di bawah:

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img