A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Anda suka melihat desktop? Kalau anda suka ia kelihatan ‘bersih’ tanpa sebarang shortcut yang berserabut, anda boleh hiaskan ia dengan Conky. Pada Ubuntu 12.04, ditambah pula dengan Conky-Lua, ia memang tampak bergaya.

1. Anda boleh pasangkan Conky dengan mudah melalui Terminal:

sudo apt-get install conky conky-all

2. Muat turun fail Conky-Lua pada pautan ini : gnome-look

3. Ekstrak fail Conky-Lua itu tadi dan Ekstrak pula fail-fail yang berada dalamnya.

4. Pilih folder yang anda perlukan. Sebagai contoh Ubuntu, pilih folder Conky ubuntu-lua. Dalam folder tersebut terdapat satu fail dengan nama conkyrc. Namakan semula (rename) ia kepada .conkyrc dan alihkan ia ke Home Folder.


5. Buka Home Folder anda, dan tekan kekunci Ctrl+H untuk menampilkan semua fail tersembunyi. Cipta satu folder dengan nama .conky dan salin dua fail dari folder Conky ubuntu-lua (new-ubuntu-logo.png dan clock_rings.lua) ke dalam folder .conky tersebut.


6. Buka fail .conkyrc yang tersembunyi itu tadi dengan klik kanan padanya dan pilih Open With Text Editor.


7. Tukar baris berikut:

/~.lua/scripts/clock_rings.lua

kepada

~/.conky/clock_rings.lua

8. Kemudian buka Startup Applications, klik Add, dan pada:

Name : Conky

Command : sh -c “sleep 30s; conky -c ~/.conkyrc”

Comment : Display system information

9. Untuk menjalankan Conky, buka Terminal dan taipkan ‘conky’.

Anda boleh lihat pada tutorial yang terdahulu mengenai Conky di sini.