Desura Game Client For Linux

Kebanyakan orang yang masih menggunakan Windows selalu menggunakan alasan ‘game’. Jika tidak kerana game, mereka menggunakan sistem operasi Linux dalam kehidupan seharian. Namun tahukah anda, Linux mempunyai jumlah permainan yang cukup banyak, berteknologi tinggi, dan juga pelbagai genre!

Dalam entri kali ini, Mr.Hac ingin memperkenalkan kepada anda Desura, iaitu sebuah klien permainan yang dicipta khas untuk Windows dan Linux. Jika anda melayari laman web Desura dalam sistem operasi Mac OS X, anda akan menerima ‘mesej’ yang mengatakan pembangun sedang berusaha menyiapkan klien untuk sistem operasi Mac dengan pilihan untuk makluman melalui e-mel apabila ia telah dilancarkan.

Melalui Desura, anda dapat melakukan eksplorasi terhadap pelbagai jenis permainan, dari yang berteknologi sederhana sehingga tinggi, dari yang percuma sehingga kepada yang berbayar. Jika anda lihat pada paparan skrin (screenshot) yang kedua, terdapat 4 permainan yang telah Mr.Hac pasangkan pada Ubuntu 12.04, masing-masing bersaiz hampir 1GB ketika dimuat turun dan kesemuanya percuma sahaja!

Percayalah, anda pasti tidak menyesal dengan keputusan anda untuk beralih kepada Ubuntu. Dengan permainan-permainan yang superb, Desura bakal menghiburkan dunia anda.

Untuk memasang Desura pada Ubuntu, anda cuma perlu mendaftar pada laman webnya, dan muat turun fail pemasang. Ekstrak fail pemasang itu pada mana-mana direktori, dan klik pada fail berlabel ‘desura’. Ia akan memuat turun konfigurasi terbaru dan akan dipasangkan secara automatik.

Mr.Hac akan cuba membuat reviu mengenai permainan-permainan tersebut apabila dapat masa yang terluang. Buat masa ini, anda boleh rujuk pada Linux Gaming Series untuk mengetahui permainan yang pernah direviu oleh Mr.Hac.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img