Salam…
Menyelongkar lipatan silam, membongkar khazanah lampau. Kiranya tidak berguna lagi tapi masih ada jua yang berkedip mencari. Justeru kita tegakkan disini menjadi tugu rujuk pada soalan dan huraian. Biar ia menjadi telahan ilmu walau sedikit. Walau sedikit itulah kita kotakkan dalam arkib. Manalah tahu rungsing esok akan bersinggah di sini jua.
Apakah Microsoft .NET Framework?
Terpanggil rasa berkongsikan ilmu tua. Berkenalan dengan Microsoft .NET Framework salah satu perkakas paling penting dalam sistem operasi Windows sejak berzaman. Apakah itu Microsoft .NET Framework? Microsoft .NET Framework adalah satu alat sebagai penghubung atau pengembang antara Windows System dengan pelbagai jenis aplikasi yang bakal dilancarkan termasuklah XML Web Services. Ia juga mendokong lebih daripada 20 bahasa programing seperti VB.NET, C#, J#, C++, Pascal, Phyton (IronPhyton), PHP (PhLager).
Dalam bahasa mudah faham, .NET Framework adalah plugin yang MESTI ada dalam Windows System supaya setiap aplikasi yang ingin anda lancarkan dapat di baca seterusnya berjalan dengan sempurna.
Sejarah Microsoft .NET Framework
Dikembangkan lewat tahun 1990, dengan nama asal Next Geneation Windows Services (NGWS). Mula di kenali sebagai Microsoft .NET Framework pada akhir tahun 2000 dengan versi Beta .NET 1.0 dilancarkan. Microsoft .NET Framework terdapat dalam dua versi iaitu mudah alih dan pemasangan. Terdapat juga versi mini .NET Compact Framework untuk platform telefon pintar khususnya Wndows CE dan Windows Mobile. Manakala versi .NET Micro Framework pula lebih di khususkan untuk tatakerja yang berat.
*.NET 2.0, 3.0 dan 3.5 sebenarnya adalah versi yang sama setelah melalui kemaskini. Dan versi terkini adalah .NET 3.5.1 Service Pack 1
Apakah versi Microsoft .NET Framework dalam komputer anda?
Satu hal apabila kita tidak tahu versi Microsoft .NET Framework yang telah terpasang dalam komputer. Untuk merungkai persoalan ini, kita boleh mencuba beberapa kaedah lalai yang mudah seperti di bawah.
1. Windows Update
Start Menu > Windows Update > View update history
*Anda boleh melihat dengan jelas versi .NET Framework yang telahpun di kemaskini di senaraikan.
2. Registry Windows
Win+R > taip regedit > HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoft.NET Framework
*Di bawah folder .NETFramework, terdapat folder v1.0, v2.0.50727, v3.0, v4.0.30319 menunjukkan versi-versi yang telah terpasang dalam komputer. Jika terdapat sedemikian, itu tandanya komputer anda telahpun lengkap dengan .NET Framework.
3. Perisian
Cara paling terhormat anda boleh memuat turun ASoft .NET Version Detector XI. Perisian ini adalah dalam versi mudah alih dan anda boleh lancarkan dari USB. Lihat pada versi angka yang berwarna hijau, bererti itulah versi yang terdapat dalam komputer anda.
*Jangan terkeliru dengan versi NET 1.0 dan 1.1 yang berwarna merah. Untuk Windows 7 sememangnya tidak memerlukan versi tersebut.
Masalah : unable to find a version of the runtime to run application?
Lazimnya anda akan mendapat notis unable to find a version of the runtime to run application apabila terjadi sesuatu aplikasi yang gagal di lancarkan. Terdapat 2 penyebab, samada komputer anda belum di pasang dengan Microsof .NET Framework ataupun terdapat kerosakkan. Sekiranya belum dipasang, anda perlu memuat turun dan memasangnya. Tetapi sekiranya terdapat kerosakkan, maka anda perlu menyusuli langkah-langkah yang berikut.
1. Muat turun .NET Framework cleanup tool kemudian lacarkan dan REMOVE versi .NET Framework yang bermasalah. Selanjutnya anda muat turun pula .NET Framework baru yang sama versi dengan versi yang telah dibuang tadi lalu lakukanlah pemasangan semula.
*Sayugia diingatkan jika anda mempunyai masalah dengan versi 2.0, 3.0 dan 3.5, adalah amat di galakkan anda memuat turun versi terkini .NET Framework 3.5.1 SP1
2. Kemudian muat turun pula .NET SetupVerifier untuk memastikan pemasangan baru yang telah anda lakukan dalam langkah 1 tadi telah dipasang dengan betul atau tidak.
PERINGATAN: Muat turun dan pemasangan .NET Framework yang baru harus dilakukan secara manual dan TIDAK melalui Windows Update. Dengan cara manual anda akan mendapat paparan notis ralat sekiranya terjadi sebarang ketidaktentuan semasa proses pemasangan.
Akhir kalam, mudahan yang sedikit ini mampu menjadi ubat sapu pening yang boleh dimanfaatkan bersama. Selamat maju dan berjaya buat semua :)
Sekian.
Muat turun Microsof .NET Framewok [ pr67am™ ]
*Dokumentasi berdasarkan Windows 7 Professional SP1