Kita semua sedia maklum akan isu SOPA/PIPA yang telah menyebabkan gegak gempita terhadap dunia IT amnya, dan penggemar sumber terbuka khususnya. Laman perkongsian fail seperti Megaupload telah pun ditutup, pengasasnya ditangkap dan hartanya disita. Malang sekali bagi sang pengasas yang hanya menunggu masa untuk tindakan mahkamah terhadap beliau.
Atas dasar ingin menentang sekatan internet dan menyuarakan hak rakyat sejagat, Anonymous telah mewujudkan ANONYUPLOAD, sebuah laman perkongsian fail yang percuma, tanpa iklan dan 100% ‘anonymous’.
Dicipta bukan dengan tujuan untuk menjadi 100% pengganti kepada Megaupload, Anonyupload masih dalam peringkat pembangunan. Namun anda sudah berpeluang untuk mendaftar dan hanya menunggu waktu untuk ia disiapkan.
Harapnya akan wujud lagi lebih banyak laman perkongsian fail seperti ini, dan harapan agar laman perkongsian fail dari Malaysia iaitu UploadUR Hosting kekal beraja di internet dan bertakhta di external hard disk menjadi kenyataan.
Via: Eins.my