Menggabungkan Fail 001 Dalam Ubuntu

Jika anda adalah peminat setia Jieazzmovie, anda pastinya peminat setia filem terbaru dan muat turun secara percuma. Seringkali juga anda pasti akan terjumpa dengan fail 001, 002, 003 dan seterusnya. Ini adalah kerana fail bersaiz besar tidak dapat dimuat naik secara terus ke dalam laman perkongsian fail seperti Mediafire apatah lagi jika anda menggunakan akaun percuma.

Untuk pengguna Windows, anda mempunyai aplikasi yang paling sempoy iaitu FFSJ: The Fastest File Splitter and Joiner. Ianya amat mudah digunakan. Anda cuma perlu klik pada ‘Joining’, cari fail 001, dan klik pada ‘Join’. Mr.Hac juga selalu menggunakannya melalui WINE.

Untuk Ubuntu (Atau Linux Mint dan lain-lain distro terbitan dari Ubuntu), anda boleh menggunakan lxsplit, yang mana fungsinya adalah sama dengan FFSJ. Ia sudah tersedia dalam repository Ubuntu, jadi apa yang anda perlu lakukan untuk memasangnya ialah dengan membuka terminal dan masukkan perintah ‘sudo apt-get install lxsplit’.

Untuk menggabungkan fail, sila alihkan fail-fail yang berkenaan ke ‘Home Folder’. Masukkan perintah seperti di bawah:

lxsplit -j namafail.mkv.001

Ia juga boleh digunakan untuk memisahkan fail:

lxsplit -s namafail.flv 80M

-> atau 3M untuk fail bersaiz kecil

Jika anda malas hendak mengalihkan fail yang berada di folder muat turun seperti ‘Downloads’, anda boleh juga mengarahkan ke folder tersebut dengan perintah ‘cd Downloads’, dan kemudian jalankan perintah di atas.

Mudah kan? Sekian.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img