Smurf Attack : Satu lagi kaedah serangan Denial-of-Service dengan menjana trafik yang besar ka atas rangkaian sasaran.
Penyerang menggunakan satu program yang dipanggil sebagai Smurf menyebabkan bahagian yang diserang menjadi tidak beroperasi. Cara serangan ini mengambil kesempatan dari beberapa karakteristik (ciri-ciri atau sifat) Internet Protocol (IP) dan Internet Control Message Protocol (ICMP).
ICMP digunakan oleh nod rangkaian dan pentadbir untuk bertukar-tukar maklumat tentang keadaan rangkaian. ICMP boleh digunakan untuk ping nod yang lain untuk melihat jika ia beroperasi. Nod yang beroperasi akan membalas kembali mesej ‘echo’ sebagai tindak balas kepada mesej ping.
Untuk lebih mudah faham, sila tonton video di bawah.