Salam kepada semua rakyat jelata, para pembaca yang budiman.
Baru petang tadi Mr.Hac menulis mengenai vpn.fikri.my. Malam ini pula Mr.Hac ingin membuat sedikit reviu berkenaan dengan VPN ini! Ujian VPN.Fikri.my ini telah dijalankan pada sistem operasi Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot.
Berikut Mr.Hac berikan beberapa paparan skrin untuk tatapan mata anda:
Berikut adalah pandangan Mr.Hac mengenai VPN ini:
1. Murah! Mana lagi servis VPN yang anda boleh cari dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25, dan pembayaran RM15 untuk setiap 2 bulan penggunaan!
2. Mudah digunakan. Mempunyai panduan yang lengkap, ibarat mini Wiki di dalamnya (Rujuk paparan skrin nombor 3 dari atas).
3. Kelajuan yang memuaskan hati. Malah menggunakan VPN ini tidak pula melambatkan kelajuan internet anda. Dengan pakej Streamix 1MBps, Mr.Hac boleh memuat turun 1 fail dengan kelajuan purata 127kbps.
4. Mempunyai 3 pelayan (Server). Anda boleh pilih sama ada London, Kansas ataupun Dallas. Setiap satunya dengan kelajuan yang sama. IP anda juga akan ditukar sebaik sahaja ia berjaya disambungkan.
5. Servis ini pasti boleh pergi lebih jauh sekiranya mendapat liputan yang meluas!
Terima kasih kepada saudara Fikrizaman kerana memberikan saya peluang untuk mencuba servis VPN anda. Semoga servis VPN ini akan dapat dimajukan lagi pada masa akan datang!
NOTA: Kepada pengguna UBUNTU, sila lihat panduan ini untuk menggunakan OpenVPN.