Panduan Menjadi Seorang Hacker

Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?.

Saya merupakan penulis jemputan terbaru MHAH.

Jika ada kesilapan harap dimaafkan.

Baiklah berbalik kepada tajuk kita iaitu “Panduan Menjadi Seorang Hacker”
Sebagaimana yang kita tahu, Mr.Hac telah membincangkan perkara ini sebelum ini.

Sila rujuk di sini Etika Seorang Hacker.

Sebenarnya hacker adalah seorang yang mampu menyelesaikan sesuatu masalah dan mencipta sesuatu benda yang baru. Mereka ini mahir dalam selok belok komputer. Mereka mengetahui bagaimana sesuatu program itu beroperasi dan tahu menyelesaikan masalah jika program tersebut mengalami sebarang kerosakkan atau tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di rancang.
Untuk menjadi seorang hacker bukannya senang, ada beberapa perkara yang perlu ada pada diri anda jika anda ingin menjadi seorang hacker:

  • mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan tidak mudah berputus asa
  • mempunyai pemikiran yang kreatif
  • bijak dalam mencari penyelasaian masalah
  • mahir dalam bahasa pengaturcaraan(programming language)
  • pandai dalam bahasa inggeris

Ini adalah antara perkara-perkara yang mesti ada pada seorang hacker. Jika anda mengalami kegagalan, anda perlulah mencari jalan penyelasaiannya di google atau di forum yang berkaitan dengan masalah anda itu. Jujur saya cakap, google ada segala-galanya untuk membantu anda menjadi seorang hacker. Selain itu, anda perlulah belajar memahirkan diri dalam “programming language”.
Antara programming language yang terkenal ialah C, C++, Python, Perl, PHP dan banyak lagi. Itu semua anda boleh cari di google.

Tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda mestilah mahir dalam Hypertext Markup Language(Html) dahulu, kerana apa? Kerana html adalah bahasa utama yang di gunakan dalam pembinaan sesebuah laman web. Kadang-kala kita boleh dapatkan maklumat atau informasi dengan hanya melalui “view page source” di web browser. Jadi jika anda pandai html, mungkin senang sedikit bagi anda untuk faham apa yang terkandung dalam page source tersebut. Seterusnya apabila anda mahir dalam html, anda pelajarilah mengenai PHP programming pula. PHP programming bersangkut paut dengan Mysql Database. Mungkin anda terfikir, “mana satu aku nak belajar ni?”. Jangan panik. Anda perlulah memahirkan diri dulu dalam PHP programming. Apabila anda mahir, barulah anda pelajari Mysql Database. Kenapa perlu belajar benda ni? Baiklah, saya nak tanya kamu, apakah kamu faham apa yang kamu taip semasa kamu mempelajari sql injection? Mungkin daripada anda tidak faham. Betul tak?

Jadi dengan mempelajari Mysql Database, anda akan memahami bagaimana hacker mendapatkan maklumat dari database sesuatu website. Dari situ anda juga akan belajar bagaimana untuk mengelakkan diri anda dari Sql injection ini.Apa yang saya terangkan ini adalah bagi panduan yang ingin menjadi hacker laman web.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan sql injection di sini.

Bagi memantapkan lagi ilmu yang ada, anda pelajarilah java. Ianya sangat bagus. Kenapa saya cakap bagus? Belajar la sendiri. Hehe. Google kan ada. 🙂

Selain itu juga anda perlu mempelajari apakah itu IP telnet, ftp, www, email dan apa sahaja yang berkaitan dengan komputer. Pelajari bagaimana benda-benda ini berfungsi. Percayalah ianya akan membantu anda. Saya rasa dalam mhah ni semua ada. Lagi satu kenapa perlu belajar bahasa inggeris? Sebabnya ialah bahasa inggeris adalah bahasa yang di gunakan dalam programming, dan jika anda mencari maklumat mengenai hacking pun, kebanyakkannya mesti dalam bahasa inggeris. Nak cari dalam bahasa Melayu tu susah. Anda bertuah kerana Mr.Hac telah mewujudkan laman web yang berkaitan dengan hacking dalam bahasa MELAYU.

Janganlah anda menggunakan kelebihan yang ada pada anda untuk membinasakan orang lain.
Itu adalah cracker bukannya hacker. Ya. Nak jadi cracker senang. Anda tidak perlu belajar pasal programming pun sebaliknya anda cuma perlu mengetahui bagaimana sesuatu program itu berfungsi, anda sudah boleh di gelar sebagai cracker. Anda hanya perlu menggunakan “tools” yang ada di internet untuk menjalankan aktiviti “nakal” anda itu.

Untuk menjadi hacker mahupun cracker, anda perlulah sentiasa membaca dan membaca. Di sebalik melakukan aktiviti membaca anda itu, anda perlulah praktikkan apa yang di pelajari agar apa yang di pelajari tidak menjadi sia-sia. Jika ada masalah, selesaikan sendiri dahulu. Kerana hacker adalah seorang yang berdikari. Kalau masalah itu betul betul sukar untuk di selesaikan, barulah anda bertanya kepada mereka yang lebih arif. Jika ada kelapangan masa nanti, saya akan buat entri mengenai cara-cara untuk bertanya dengan cara yang di sukai oleh hacker. 🙂

Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Harap dapat membantu anda untuk melangkah setapak kehadapan dalam dunia “hacker” ini.

Sumber rujukkan:

A guide how to become a cracker

How To Become A Hacker

Artikel Terkini

spot_imgspot_img
Previous article
Next article

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img