Kita cerita pasal perisian/aplikasi Multi Platform lagi. Kebiasaannya pemuat turun untuk One-Click Hosters seperti Rapidshare, Megaupload, Hotfile, dan seumpama dengannya, yang biasa digunakan dan digemari ramai ialah JDownloader. Kini anda mempunyai satu lagi pilihan, sebuah perisian yang ditulis sepenuhnya dalam Python, iaitu pyLoad. Pemuat turun ini tersedia untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux!
Ia menyokong laman One-Click Hoster seperti Rapidshare.com, Netload.in, Uploaded.to, Hotfile.com, Fileserv.com, DepositFiles, Filesonic, yourfiles.to, 4shared.com, Youtube, Myvideo dan banyak lagi, tak lupa juga URL http dan ftp. Bagus bukan? Selain itu, ia menyokong fungsi masa menunggu dan juga pengecaman Captcha. Ia menyediakan web interface, command line interface, Qt GUI, Android client dan juga terdapat untuk router. Wow..
Web Interface boleh diakses setelah anda melengkapkan konfigurasi sebelum penggunaan pertama. Pada pelayar web anda, akses melalui alamat lalai 127.0.0.1:8000.
Berikut adalah paparan skrin untuk panduan anda:
Paparan GUI
Pengecaman Captcha
Muat turun dari URL http
Konfigurasi Sebelum Penggunaan Pertama
Paparan Muat Turun Pakej Pada Terminal
Paparan GUI Web Interface
Muat turun pyLoad di sini -> pyLoad