[Giveaway] BDlot Video Converter

Dengar pr67am™ punya seloka…

Hari yang bahagia, jiwa rasa merdeka. Bertemu lagi dengan rasa lapang dada. Terdengar khabar gembira…si dia telah tiada. Eh! Si dia maksudnya bukanlah kekasih hamba. Jangan pula anda tersalah sangka! Ini cuma cerita orang biasa…kisah malaun berdosa. Yang bebal tatasusila. Yang tak ikut negaranya punya Pancasusila. Memaki hamun dan mencuri itulah kerja utama. Entah, kenapalah si dia tu macam orang gila! Tak cukup duit lah tu agaknya…HAHAHA…

Pagi tadi tiba-tiba dapat satu berita. Berita duka untuk manusia sepertinya. Tetapi berita sukaria untuk kita semua. Dia telah meninggal dunia…Dengar khabar di langgar kereta. Ketika tidur di tengah lebuhraya. Eh! Kenapalah tidur kat situ pula? Tak ada rumah agaknya…kahsian dia! Ala…dah namanya gila! Nak tahu yang langgar tu kereta apa? Yang pasti bukanya angkara perodua. Tapi mati dilanggar oleh MY HACKERS ARE HERE. Dipandu pula oleh Tuan Arya Putra…Padan muka!…HAHAHA…

Seronoknya rasa sampai terlupa. Berbalik pada tajuk entri kita. Masih lagi cerita giveaway yang sentiasa ada. Maklumlah dia orang pun nak raya. Bagi offer sampai percuma. Siapa tak suka percuma bukanlah namanya manusia. Ambil je…tak rugi apa-apa! Buat simpanan di hari muka. Mana tahu esok lusa? Rasa nak pakai tiba-tiba. Nah! Barang asli dah ada. Kali ini giliran giveaway BDlot Video Converter. Sebuah perisian penukar format media. Mengandungi lebih 200 codecs di dalamnya. Bersama sokongan CUDA. Tiada masalah dengan format yang berbeza-beza. Menukar format video ke AVI, MP4, Youtube, iPod, iPhone, iPad, Android-based phone, DVD dan sebagainya. Tapi ingat ini hanya untuk menukar video sahaja. Jangan nak mengada-ngada…tukar mp3 jadi video memanglah tak jalan punya…HAHAHA…

Antara perisian mendapat rangking agak baik di dunia. Bernilai USD29.95 kini dijual tanpa harga. Di jangka tamat 4 Januari 2012 kalau tak silap saya. Apa kata, kalau hati dah suka. Kita terus saja ke halaman utama. Anda koreklah maklumat lanjut di sana. Usah banyak bertanya. Saya cuma berkongsi rasa. BDlot Video Converter saya tak pernah mencuba. Baru je bersua muka…HAHAHA…

Berbuat baik tempatnya Syurga. Buat jahat azabnya di Neraka. Sebelum tutupnya mata. Beringatlah dengan 5 perkara. Jangan lupa singgah lagi di MY HACKERS ARE HERE. Dah banyak sangat ketawa, nanti saya pula yang di katakan gila…HAHAHA…

Sekian sahaja, jumpa lagi di lain masa.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img