Apt-fast ialah ialah skrip yang menggabungkan pemuat turun Axel dan juga apt-get. Kini versi terbarunya iaitu 1.6 telah dirilis. Anda boleh pasangkan apt-fast pada Ubuntu atau distro terbitan darinya melalui baris perintah dengan menggunakan PPA.
1. Buka Terminal dan masukkan baris perintah berikut:
sudo add-apt-repository ppa:apt-fast/stable
sudo apt-get update
sudo apt-get install apt-fast axel
2. Kemudian, masukkan baris perintah ini:
gksu gedit /etc/apt-fast.conf
Paparan seperti di bawah akan keluar. Uncomment (buang tanda #) pada axel:
3. Setelah itu, masukkan pula baris perintah ini:
sudo mkdir /var/cache/apt/archives/apt-fast
Selesai. Anda kini sudah boleh menggunakan apt-fast untuk memasang pakej atau perisian yang anda mahu. Silakan mencuba.
Update:
Mr.Hac telah mencuba memasang beberapa aplikasi menggunakan apt-fast, namun gagal dilancarkan (command not found). Jadi apa yang boleh kita harapkan selepas memasang aplikasi ini ialah semoga pembangunnya mengemaskini kod sumber supaya ia dapat digunakan dengan sempurna.
Update 2:
Semua masalah pemasangan sudah selesai. Sekarang apt-fast dapat digunakan dengan cemerlang!